Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Oktober 2010

Azizah pilih Khalid lawan Azmin bantu Zaid ?






Apa alasan kepada andaian Panglima bahawa Khalid disuruh lawan Azmin bantu Zaid ?

1. Tindakan Khalid menerima pencalonan Timbalan Presiden. Walaupun beliau sudah menjadi MB Selangor tetapi masih bercita cita untuk menjadi calon Timbalan Presiden  untuk saingi Azmin. Kebetulan pula Azmin memang mengidam jawatan MB dan banyak gosip disebar bahawa perancang utama menjatuhkan Khalid adalah Azmin. Tindakan ini jelas untuk menggugat potensi Azmin Ali sebagai calon Timbalan Presiden PKR. Tindakan ini adalah untuk membalas balik serangan Azmin terhadap beliau sebelum  ini.

2. Selepas Zaid dimalukan dan disekat termasuk dihentam calon pro Azmin maka calon sesuai untuk menghadapi Azmin ialah Khalid. Beliau lagi lama berada dalam PKR berbanding Zaid... Lihat bagaimana sokongan terbuka 20 Ahli Parlimen PKR kepada Azmin yang jelas tentunya atas arahan Anwar Ibrahim. Namun hingga kini Cabang PKR masih lagi mencalonkan nama lain untuk kerusi Timbalan Presiden meskipun 20 Ahli Parlimen telah meluahkan sokongan terbuka mereka kepada Azmin.


3. Pemilihan Khalid tentu direstui Wan Azizah yang jelas melalui signal tertentu mahu menyingkirkan Azmin Ali. Gosip mengatakan Azizah 'berbulu' dengan Azmin sudah tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi ia melibatkan suami kesayangannya yang sanggup buat apa sahaja untuk adik kesayangannya itu. Lihat taktik kotoryang dibuat untuk memenangkan Azmin didedahkan oleh Jenapala di sini http://www.anwaraidc.com/ 


4. Agak menarik apabila kita membaca kenyataan Khalid yang meminta cabang agar jawatan Presiden dicalonkan kepada Wan Azizah tetapi bertukar kepada Anwar Ibrahim. Ia seperti satu sindiran halus kepada Anwar yang sedang 'nazak' dengan kes liwatnya agar menerima pencalonan tersebut melawan isterinya. Ini satu penderaan psikologi kepada Anwar yang tentu tidak akan menerima pencalonan jawatan tersebut yang telah ditolak olehnya.

Gmbar bukti sayangnya Anwar kepada Azmin hingga dibawa ke White House...


5. Pertembungan kali ini pasti akan menyaksikan pihak yang dianiayai Azmin Ali ( seperti pendedahan REFORMIS bahawa Azmin Ali yang rancang jatuhkan Khalid sebagai MB ) akan bangkit melawan beliau habis-habisan...Meskipun dikhabarkan team yang menguruskan pemilihan adalah pro kepada Anwar dan Azmin sehingga membangkitkan kemarahan ahli ahli parti di cabang...

Apakah rancangan untuk menyekat Azmin Ali oleh musuhnya akan berjaya ? Wallahu A'lam




Sila baca berita Malaysiakini kenyataan Khalid Ibrahim di bawah ...


 Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau menolak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden daripada cabangnya kerana mendapati Datuk Seri Wan Azizah Ismail turut dinamakan untuk jawatan itu.

Khalid yang juga bekas pengerusi PKR Selangor berkata, beliau telah meminta supaya cabangnya Kuala Selangor mencadangkan Wan Azizah sebagai presiden tetapi sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih.

NONE"Bila terdapat pertandingan antara Wan Azizah dan saya, saya rasa Azizah lebih lama lebih pengalaman," katanya Khalid (kanan).

Tambahnya, keputusan itu tidak bermakna beliau menolak sepenuhnya pencalonan sebagai timbalan presiden.

"Saya nak tunjukkan, baguslah parti namakan Wan Azizah, tapi ini tak akan menyekat saya kalau saya nak bertanding timbalan presiden. Saya dah dapat lebih dua pencalonan (minimum)," katanya lagi.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Selangor hari ini, Khalid berkata, beliau akan memutuskan pada 5 Oktober ini sama ada akan bertanding untuk jawatan tersebut atau tidak.

Setakat berita ini ditulis, Khalid kini telah mendapat empat pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu, di belakang Azmin Ali (98), Datuk Zaid Ibrahim (37), Mustaffa Kamil Ayub (17) dan Tian Chua (5).

Dalam perkembangan berkaitan, ketika peti undi ditutup pada jam 4 petang tadi, sekurang-kurangnya 1,400 kertas undi dikeluarkan. Cabang itu mempunyai 6,218 pengundi.

Untuk pertandingan di peringkat cabang, Khalid ditentang bekas ketua penerangan AMK Selangor Mazli Saring.

Seorang lagi pencabarnya ialah M Thamilvaanan @ Muhammad Kamilvaanan Abdullah.







tambahan : ahli DAP pun mengundi dalam pemilihan PKR, apa kes ? klik sini 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate