Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 September 2010

PERMOHONAN MAAF TV3 MENCUKUPI ???



Iklan Raya: TV3 mohon maaf

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

Sehubungan itu, iklan tersebut yang ditayangkan sejak Khamis lalu telah pun dihentikan penyiarannya semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

"Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.

"Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,'' katanya.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Menurut Farid, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam tadi selepas lima kali disiarkan.

''Walaupun iklan itu baru lima kali ditayangkan, kami telah pun menarik penyiarannya demi memelihara keharmonian dan menghargai pandangan penonton.

"Sebagai sebuah stesen televisyen yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada penonton, komen-komen begini sedikit sebanyak membantu kami untuk tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.

Farid berkata, disebabkan kesuntukan masa, mulai esok sebagai menggantikan iklan tersebut, TV3 akan menyiarkan iklan raya tahun lalu iaitu 'Ikan di laut, asam di darat' arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3.

Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.

"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.

"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.

"Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.

Beliau berkata, komen dan pandangan pelbagai pihak akan dijadikan panduan dalam menghasilkan sesuatu karya pada masa depan.

Iklan Sinari Lebaran yang menelan kos sebanyak RM200,000 menjalani penggambaran tiga minggu lalu di Bukit Broga, Semenyih, Negeri Sembilan.

Penggambaran selama seminggu itu mengabadikan babak beca ajaib dari Pulau Pinang, Perak dan Bukit Broga dengan menggunakan CGI dengan lagu latar hari raya ciptaan komposer Jerry dan Bijay dan dinyanyikan oleh Atilia.


http://www.utusan.com.my

VIDEO ASAL BOLEH DILIHAT PADA MINIT 9.00 DI LINK INI http://www.tv3.com.my/

Panglima baru pulang dari Perak petang ini dan tidak dapat mengemaskini blog dengan segera isu iklan raya tv3 yang sudah berakhir polemiknya semalam. Ini kerana masalah wifi di tempat penginapan Panglima di Ipoh.

Meskipun Panglima mengetahui lebih awal melalui FB berita tv3 yang secara rasmi telah memohon maaf atas iklan tersebut.

Persoalannya adakah kemarahan kita ekoran dari penyiaran sebuah iklan yang telah mengguris perasaan umat Islam di negara kita sehingga menjadi topik panas di blog dan facebook, telah padam atau tidak wallahu A'lam.

Cuma dalam hal ini disyorkan agar perkara ini disertai dengan perletakan jawatan oleh sesiapa yang terlibat melulus atau menghasilkan iklan ini. Termasuk dari pihak SKMM atau Lembaga Penapisan sendiri...

Jika tidak, ia tidak akan mampu mengajar erti menghormati sensiviti orang lain apabila ia dengan mudah diselesaikan dengan permohonan maaf. Adakah ia boleh dihilangkan dengan sepatah kata maaf di bibir tanpa langkah pro aktif memecat siapa yang bertanggungjawab?

Adakah pengarah kreatif tersebut tampil membuat permohonan maaf atas tindakannya yang gagal merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam sebelum disiarkan ? Adakah tulisan jawi terbalik tidak disengajakan??? Baca huraian lanjut kekeliruan iklan tersebut di sini http://www.agendabangsa.com/

Pembangkang juga dilihat cuba mengaut keuntungan politik dari isu ini walhal ia tidak ada kaitan langsung dengan dasar kerajaan.

Sikap mereka juga jelas tidak profesional kerana menjadikan isu ini untuk mengutuk Umno dan Kerajaan. Termasuk cuba membuat gosip liar dengan kaitannya iklan tersebut dengan APCO.

Memang bangang !

Diharap selepas ini iklan raya dihasilkan oleh pakar atau ahli tentang agama Islam dan sewajarnya orang beragama Islam lebih utama untuk menghasilkannya.

Jangan ia diambil ringan oleh pihak tv3 khasnya atau mana mana stesen tv yang lain kerana perayaan Hari Raya sangat bererti kepada kita.

Siasatan lebih dalam perlu dibuat oleh pihak berkuasa adakah ada agenda tersirat menghina Islam dalam isu ini atau tidak.

Salam Ramadhan dan hari Lailatul Qadar 27 Ramadhan semalam....

2 ulasan:

C L J berkata...

Betullah kalau dah sedar silap dan mintak maaf cukuplah tu.
Tetapi silap itu jelas dirancang. Maka pihak yang merancang itu hendaklah menerima padahnya. Barulah boleh dinamakan sebagai sudah bertaubat.
Kalau tudak kesilapan lain yang lebih cermat dirancang akan berlaku lagi. Maka taubat itu pun tak bolehlah dinamakan sebagai taubat nasuhah.
Kenalah rancang supaya kesilapan atas unjuran yang serupa tidak mungkin berlaku lagi sebolehnya.

fan berkata...

mereka berdua patut letak jawatan!!!!!!!!!!!

Cari Blog Ini

Translate