Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 September 2010

PAS cuba elak jawab isu I'DA WORLD dengan siar gambar dan dokumen ini !!!

  1. Isu I'DA WORLD semakin panas apabila gambar dan dokumen didedahkan sendiri oleh pihak I'DA WORLD di laman mereka seperti yang tersiar di blog Panglima semalam.
  2. Namun apa yang dikesalkan tindakan Nik Aziz Nik Mat telah 'mengamok' sehingga menyenarai hitamkan syarikat tersebut di Kelantan. Ia telah menyebabkan projek bernilai RM313.71 bilion yang bakal dilaksanakan akan terhenti.
  3. Apakah rasionalnya keputusan tersebut hingga 'madu dibalas tuba' dan kepentingan rakyat Kelantan dinafikan tanpa pertimbangan yang kukuh semata-mata kerana kes ini telah terbongkar ?
  4. Menjawab tindakan tersebut Pengerusi I'DA WORLD telah menarik balik keputusannya untuk menderma RM4 bilion yang telah dipersetujui untuk diguna demi pembangunan rakyat Kelantan.
  5. Sudahlah Kelantan tidak kukuh ekonomi dan semakin mundur berbanding negeri lain selama diperintah PAS Kelantan, malah tindakan terbaru ini akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada telah teruk dan buruk.Inilah yang berlaku apabila 'politik didahulukan rakyat dibelakangkan' slogan 0Malaysia (zero Malaysia) tajaan PAS.
  6. Apa perlu dibuat ? Turunkan PAS dari terus memerintah Kelantan dan berikan ruang di masjid dan surau kepada mereka agar gejala sosial yang sangat teruk di sana akan dapat diatasi. 
  7. Panglima menulis ini dengan menahan pedih di dada kerana mengkritik negeri sendiri namun terpaksa demi melihat 'baldatun toyyibatun warabbun ghafur' akan terhasil apabila dipimpin oleh orang yang 'ahli' dalam ekonomi dan pentadbiran serta tidak meminggirkan Islam.  


Lihat gambar mereka siarkan untuk elak jawab isu ini dan menutup kegagalan mereka menjawabnya seperti di bawah.

Jangan lupa mereka juga telah MENIPU apabila menafikan mengenali dan mengetahui projek dilaksanakan oleh I'DA WORLD seperti penjelasan blogger Umno Cheras di sini http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2010/09/isu-rm4b-penjelasan-nik-aziz-tidak.html :

 
 
sumber : Greenboc

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

walau seribu keping pun PAS keluarkan gambar i'da world dengan umno.

tapi hakikatnya i'da world tak beri 4 billiounn ke umno. i'da beri ke paihh.

hahakkksss...

karim benzema

ISAC berkata...

Salam Pang 5,

Kalau balik Kelantan boleh call, kita "nge teh" dekat pantai Seri Tujuh, mana tahu kita boleh sambung balik projek tu...

Jangan biarkan Kelantan terus tertinggal.

Melayu juga perlu bijak berpolitik macam orang Cina.

Helang Buana berkata...

PAS, kalau orang lain dapat, mati di kerjakan nya. Dia dapat , senyap sepi. Takut kena ambil semula duit tu.

BodoKoKito berkata...

Fuiihhh.. kayanyer I'da World.. camtu tak payah la Datuk Seri Najib dok pening2 kepala. Baik pi joint venture ngan I'da World jer...

Patut la aritu aku nampak Bill Gates angkat sembah kat Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab manakala Donald Trump lak tabik spring. Mana bleh lawan kan, org ada aset sampai 3 trilion, aku pon tak reti nak kira sampai jumlah tu.... hahahaha...

Cari Blog Ini

Translate