Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 September 2010

Gempar : Gambar MB Kelantan Nik Aziz tersipu-sipu malu ditegur oleh DYMM Sultan Muhammad ke-5 - Daulat Tuanku !!!

Pertama sekali patik pacal yang hina ingin merafakkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pertabalan  Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang kini memakai gelaran Sultan Kelantan ke-5 sebagai mewakili rakan Blogger Pembela Negara (BPN).

Sesungguhnya pertabalan DYMM Tuanku menerajui Kelantan sangat tepat pada masanya bagi meneruskan kelangsungan pentadbiran kerajaan dan semoga semua lapisan rakyat jelata akan merasai kedamaian dan ketenangan dengan berkat pemerintahan DYMM Tuanku. 

Selepas sekian banyak dugaan dan tribulasi menimpa institusi yang memayungi rakyat ini  yang amat merisaukan hati dan perasaan kami di bawah sebagai rakyat jelata.

Patik berdoa negeri Kelantan akan semakin maju rohani dan jasmaninya di bawah naungan pemerintahan Tuanku dengan iringan rahmat dan berkat Ilahi.

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang sangat baik dan juga umur yang sangat panjang untuk memimpin rakyat Kelantan sekelian.

Daulat Tuanku !

Berita Pemasyhuran DYMM Sultan Kelantan sebagai Sultan Muhammad Ke-5 seperti berikut :

Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan guna gelaran Sultan Muhammad Kelima

September 22, 2010
KOTA BAHARU, 22 Sept — Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.     

Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept lalu.

“Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ianya akan menjadi nama rasmi bagi gelaran Baginda untuk sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media bagi mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata baginda berkenan untuk menggunakan nama itu atas kehendak sendiri dan untuk mendapatkan berkat kerana nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda sejak dahulu lagi.

Katanya penggunaan gelaran Sultan Muhammad I bermula pada 1800 hingga 1835 oleh Sultan Kelantan pada ketika itu dengan nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera sulung kepada baginda Long Yunus yang memerintah Kelantan sejak 1765 hingga 1795.

Abdul Halim berkata baginda Long Senik Long Tan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kedua (Sultan Muhammad Mulut Merah) pada 1836 hingga 1886.

Katanya, baginda Long Kundor iaitu putera sulung kepada Sultan Ahmad menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ketiga sejak 1890 hingga 1891.

Beliau berkata gelaran Sultan Muhammad Keempat telah digunakan oleh baginda Tuan Long Senik yang memerintah Kelantan pada 1900 sehingga 1920.

“Kita akan memaklumkan kepada seluruh jabatan kerajaan negeri penggunaan nama Al-Sultan dan ianya telah diwartakan untuk kegunaan rasmi,” katanya.      

Sementara itu, mengenai pemashyuran baginda yang berdepan dengan petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, beliau berkata Al-Sultan Kelantan tetap menjalankan tugas baginda sebagai ketua negeri seperti biasa.

“Kita telah merujuk perkara pemasyhuran itu kepada pakar undang-undang kita termasuk Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. Kita akan memberi respons terhadap petisyen itu mengikut prosedur mahkamah.

“Ini bukanlah kali pertama dan kita yakin Setiausaha Majlis Perajaan Negeri akan memberikan penjelasan. Namun tugas dan aktiviti baginda berjalan seperti biasa,” katanya mengulas petisyen yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya 20 Sept lepas bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah berkenaan bahawa pemasyhuran anakanda sulung baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai sultan baru, tidak mengikut perlembagaan.

Tuanku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar, di sini pada 13 Sept lepas.

Berhubung laporan polis yang dibuat Istana Kelantan semalam berhubung beberapa salinan dokumen palsu berkaitan pengurniaan darjah kebesaran negeri oleh pihak tidak bertanggungjawab, Abdul Halim berkata pihak terbabit telah memalsukan namanya dan tandatangannya untuk menipu mangsa kononnya mereka mempunyai hubungan dengan saya untuk mendapatkan darjah tertentu daripada Istana Kelantan, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

“Saya tidak pernah berbuat demikian dan tidak mempunyai kuasa untuk mengurniakan darjah,” katanya. — Bernama

Di bawah pula sedikit sedutan artikel oleh Bumiyang yang mentafsirkan gambar majlis yang dihadiri DYMM Sultan Kelantan bersama MB Nik Aziz Nik Mat. Selamat membaca dan memberi komen anda di bawah

Ini apa yang penulis faham daripada turutan gambar-rambar di bawah, menjadi hak masing-masing untuk mentafsirnya tetapi janganlah ianya dilakukan mengikut selera dan kepentingan peribadi;

Foto 1: Selepas solat Jumaat, rakyaat jelata berebut-rebut hendak bersalam dengan baginda. Tetapi TG NIk Aziz pula "mendahului" barisan keluarga diraja dan akhirnya dibelakangkan oleh (body guard) Sultan Kelantan.

Foto 2: Menyedari hal itu, Tuanku Sultan mempersilakan TG Nik Aziz pada susunan barisan yang mengikut "protokol".

Foto 3: Menyedari hal itu, Tuanku Sultan mempersilakan TG Nik Aziz pada susunan barisan yang mengikut "protokol". Tuan Guru Nik Aziz kelihatan malu-malu mungkin juga kerana menyedari kesilapan beliau.

Foto 4:  VVIP yang lain turut mempersilakan TG Nik Aziz agar memasuki susunan barisan yang betul dan mengikut "protokol". Yang peliknya ada satu tangan tu (sebelah kiri), macam suruh keluar pulak???

Foto 5:  Hah... Baru betul... Mengikut hiriki dan protokol, sewajarnyalah Tuanku Sultan yang sepatutnya berada di barisan paling kanan sekali.

Foto 6:  Bukan ke cantik macam tu... Mengikut Susunan....Siapakah gerangan lelaki yang berada di kedudukan kedua di antara Tuanku Sultan dengan TG Nik Aziz, tidaklah pulak penulis kenali. Apapun kalau mengikut protokol mungkin beliau adalah kerabat diraja, kerana beliau dilihat lebih dihormati dan lebih "kanan" kepada Tuanku Sultan berbanding TG Nik Aziz.

Terimakasih buat blog "perisik- rakyaat" klik sini, kerana membekalkan maklumat dan gambar-gambar di atas. Tetapi maaf, kerana pendapat penulis tidak sama dengan pendapat beliau. Klik sini.

Adakah para pembaca sependapat dengan penulis???

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salah tu

mula-mula sultan, tg bendahara n mb..berjalan menyalam jemaah. dah betul la mb ada dibelakang sultan.

kemudian mungkin penat berjalan atau ramai sgt nak bersalam...susunan dibuat....

so betul la tu...dimulai oleh sultan, tg.bendahara dan mb...

tiadalah nak kata sultan mengajar mb erti protokol...

Tanpa Nama berkata...

yg berdiri selepas Sultan Kelantan ialah adindanya yg kedua, Tengku Bendahara kalau tak salah

Tanpa Nama berkata...

Pada saya, Tengku Faris nih amat hormat Tok Guru. Di beritakan, tuanku selalu ke kediaman Tok Guru di Pulau Melaka. Tok Guru nih sebenarnya adalah Keturunan Raja Jembal, yang susur galornya lebih hampir kepada pewaris Kesultanan Kelantan..... tapi beliau tak berminat dengan "jawatan" berkenaan....

Unknown berkata...

kalau ditanya pada penyokong totok PAS jawapan mereka pastilah mengampu dan memuja penuh taksub pada nik aziz , pasti mereka sokong dan kata Nik aziz betul ,

tetapi sebagai pemerhati bebas , kita mampu melihat riak muka Nik Aziz yang berubah kemalu-maluan , ketara telah menerima satu 'ketukan' , padan muka ! tu la gelojoh sangat ..

akhirnya Nik aziz kantoi juga , biarlah pecacai PAS kata apa pun , kita ada mata dan mampu menilai !

alehkayong™ berkata...

salam ziarah panglima ,saya adalah rakan apai ngelai dari sarawak mohon saudara pautkan blog saya dan tunjuk ajar.

Tanpa Nama berkata...

alahai bangangnya lu ni , camana boleh jadi panglima perang? inipon lu dah anggap berita gempar. apa masaalahnya kalau ditegur sultan? sultan tu mulia sangat ka? kalau makan nasi keluar tahi, sama je taraf manusia. siapa yang muliakan sultan? bodoh betulla lu ni. diri kita lagi mulia tau tak? pasal kita makan hasil dari usaha sendiri, bukan macham dia, harap orang lain bagi makan.... sapa lebih mulia? guna otak la bro!!!!

Tanpa Nama berkata...

Doakanlah Kebaikan Keatas Sultan Muhammad ke-V
Alhamdulillah, akhirnya kebenaran berjaya juga mengatasi kebatilan.

Firman Allah, mafhumnya: Dan janganlah kamu mencampur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Surah al-Baqarah: Ayat 42)

Firman Allah lagi, mafhumnya: Dan katakanlah, “Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik), sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. (Surah al-Isra’: Ayat 81)

Insya’Allah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V akan berusaha sedaya-upaya Baginda untuk melaksanakan amanah memerintah negeri Kelantan Darul Naim sebaik mungkin di antara lainnya dengan berdasarkan kepada panduan-panduan berikut:

1. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad: Ayat 7)

2. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan munkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya. (Surah al-Nahli: Ayat 90)

3. Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Hujurat: Ayat 9)

4. Ya Allah, barang siapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan umatku kemudian ia membuat kesengsaraan kepada mereka maka berilah kesengsaraan kepada orang itu sendiri, sedang barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan umatku kemudian ia menunjukkan kasih sayang kepada mereka, baik ucapan ataupun perbuatannya, maka kasih sayangilah orang itu. (Riwayat Muslim)

5. Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu ialah orang-orang yang kamu mencintai mereka dan mereka pun mencintai kamu, juga yang kamu mendoakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu ialah orang-orang yang kamu membenci mereka dan mereka pun membenci kamu, juga yang kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu. (Riwayat Muslim)

6. Barangsiapa yang diserahi oleh Allah akan sesuatu kekuasaan dari beberapa urusan pemerintahan kaum Muslimin, kemudian orang itu menutup diri (tidak memerhatikan) perihal hajat, kepentingan atau kefakiran orang-orang yang di bawah kekuasaannya maka Allah juga akan menutup diri (yakni tidak memerhatikan) perihal hajat, kepentingan atau kefakirannya sendiri pada hari kiamat”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Sama-samalah kita semua mendoakan kebaikan, pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V yang kita kasihi.

Allahu Akbar.

-The Kelantan Insider-

The Kelantan Insider

MOHAIS berkata...

salam...
hang ni apo laa.. TGNA tu bru jer lps solat sunat, beliau baru jer bangun dari tempat duduk orang dah datang nak salam sblm smpat masuk line..jd kna la sambut salam tu dulu nntkan rakyat kata sombong plak..orang alim mmg mcm tu rakyat sentiasa nk salam...THEN baginda KDYMM al-sultan diberitahu TGNA ada kat blakang baginda so baginda pon persilakan laa TGNA masuk saf bukan BARISAN hehe.. so jd la urutan gambar tu macam tu...
korang suka buat spekulasi tu yang negara ni makin tak aman...tolong pikir POSITIF sket...

Tanpa Nama berkata...

Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Faiz Petra yang berada di antara Tuanku Sultan dan TG MB.

Ulasan tuan amat tidak tepat. biasa lah dlm masjid yng penuh sesak, kedudukan pada mula-mula belum tersusun..tak timbul sapa nk potong sapa.

Tok Pambu berkata...

Jangan buat fitnah bodoh di hari baik bulan baik ini.

Sebenar nya pada masa itu Tuan Guru berdiri agak jauh sedikit di belakang Baginda Sultan.

Maka dengan itu Tuan Guru di persilakan hadir berdiri kebarisan hadapan.

Itu sahaja yang sebenarnya telah berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Betul,betul,betul. Orang tua ingatan dah tak berapa bagus!

MEGAT berkata...

ULASAN PALING BODOH MENAMBAHKAN DOSA SENDIRI DAN MENANGGUNG DOSA ORANG LAIN YANG BODOH MEMPERCAYAINYA. INGATLAH PANGLIMA SETIAP APA YANG KITA TULIS TIDAK AKAN TERLEPAS DARI DOSA DAN PAHALA. HAMBA TOLONG MEMPERINGATKAN SAHAJA SUPAYA PANGLIMA SEDAR SETIAP DETIK YANG BERLALU KITA SEMAKIN HAMPIR DENGAN KEMATIAN,

Tanpa Nama berkata...

Salam pang5, nak tanya sikit... Tak adakah rasa takut pada Allah walau sedikit di hati pang5?

Unknown berkata...

ini kerja tukang spin je nihh.. dah takde modal la tu. cri le idea lain yg berkualiti skit kot ya pun

Tanpa Nama berkata...

ini cerita yang sebenarnye.. http://ohartis.com/2010/09/gambar-tuanku-sultan-dan-menteri-besar-kelantan/

Cari Blog Ini

Translate