Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 September 2010

AMARAN KEPADA BLOGGER JIKA MAHU SELAMAT DAN JOM LIHAT GAMBAR NIK AZIZ PAKAI KOT TALI LEHER BERSANDING !

Laporan Daripada blog Media Permatang Pauh

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.




Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.




Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.




Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.




Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.




Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.




Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.




Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.




Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.




Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.




Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.




Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.




Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.




Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.




Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.





SOALAN CEPU MAS PANGLIMA :



- KENAPA BLOG PEMBELA AGAMA BANGSA NEGARA DISERANG ???



SKMM DIHARAP DAPAT BANTU BLOGGER ATASI MASALAH INI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG..




JUGA KEPADA SESIAPA YANG MAHU 'BACK-UP' BLOG DENGAN PERCUMA BAGI MENGELAKKANNYA HILANG JIKA DISERANG MAKA SILA HUBUNGI PANGLIMA ATAU MEGAT PISAU.NET



SEMUA KOMEN DAN ARTIKEL BERJAYA DILINDUNGI DENGAN DILETAKKAN DI BLOG BARU DENGAN MUDAH DAN CEPAT.




SEBELUM BEREDAR APA KATA TENGOK GAMBAR PERSANDINGAN MURSYIDUL AM PAS DATUK NIK AZIZ NIK MAT YANG DISALIN DARI BLOG HIBURAN DI SINI http://malaysiasensasi.blogspot.com/2010/01/nik-aziz-masa-bersanding.html















BANDINGKAN DENGAN INI!







DAN INI !!!




APA KOMEN ANDA ?

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

super impose, nik ajis belajaq ugama di india..mana buleh lagu tu..?


mahfoz omaq

buaya berkata...

salam ...

blog buaya merah dah kena virus malware..terpaksa lah delete semua iklan...hehe

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH..
MAKLUMAT YANG BERGUNA.

"blogenstarz"

Tanpa Nama berkata...

INILAH MELAYU TAK SEDAR DI UNTUNG ORANG YANG TAK MENYOKONGNYA SEMUA KAFIR DAN MUNAFIK,TAPI AH CHONG DAN SAMY YG UNDI DAN SOKONGNYA BOLEH MASUK SYURGA. INILAH MANUSIA YG LEBIH TAHU DARI PARA MALAIKAT SIAPA BAKAL MASUK SYURGA DAN NERAKA.INILAH MANUSIA YG BOLEH BERKATA APA SAJA BILA DAH BERKAWAN DGN SYAITAN. NIK AJIS WAJIB BERTAUBAT KALAU HANG TAK MAHU TERIMA SIKSA DUNIA SEBELUM MATI NANTI.CEPAT AJIS BERTAUBAT, RASANYA MASA HANG DAH DEKAT. GAMBAR TU BOLEH MELAYU BUAT BERBAGAI HURAIAN TENTANG SIAPA NIK AJIS SEBENARNYA.

Tanpa Nama berkata...

jangan dengki. ambo pakai bowtie dan tuxedo semasa kawin sebab ambo malu jadi melayu. kalau kamu tak berenti kutuk ambo, nanti ambo doa perut gembung.

Tanpa Nama berkata...

cam x caya jer.. hrp bukan fitnah.....

Tanpa Nama berkata...

x payah tabur fitnah laaa.......
jelas orang yang pakai kot dalam gambar hitam putih tu bukan nik ajis

Unknown berkata...

Salam, hipokrit

SESTER berkata...

kahkahkahkah

kutuk UMNO sekular, sekular...sapa sekular masa duku? dulu dia pon ex UMNO jugak. smarttt

Tanpa Nama berkata...

Terasa macam menghina sahabat Rasullah iaitu Umar Al-Khattab dan para solihin lain yang telah bertaubat...

Umar semasa bukan Islam adalah seeorang yang zalim tapi setelah memeluk Islam dan berubah dia menjadi seorang mujtahid dan berjuang disisi agama..

Yang menjadi masalahnya seseorang yang tidak mahu berubah dan kekal dalam kenunafikan...

Cari Blog Ini

Translate