Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Ogos 2010

SUARA HATI RAKYAT YANG DAHAGAKAN PERPADUAN PAS DAN UMNO DALAM AKHBAR SINAR HARIAN !!!







Perpaduan amat dituntut oleh Islam.
Orang beriman berkasih sayang sesama mereka dan bersatu membela agama mereka dari ancaman kafir harbi yang anti agama Rahmat dan Berkat ini.

Samada sesama Islam atau antara rakyat bukan Islam dalam mana mana negara Islam.

Perpaduan kunci keamanan dan benteng keselamatan dari serangan fizikal atau mental musuh negara.

Perpecahan disukai syaitan dan juga tentera syaitan yang setia menunggu ketibaan Dajjal untuk menyempurnakan misi mereka membawa manusia kepada Neraka Jahanam.


Mari kita jadikan hari Jumaat setiap minggu sebagai hari menyuburkan perpaduan sesama Islam dan mengajak warga Malaysia bukan Islam agar menghormat umat Islam dengan tidak menghina atau menyentuh hak hak yang telah dimuktamadkan oleh undang-undang.


Perbuatan menyentuh nama Allah lalu menjadikannya sebagai rebutan, sangat mengguris hati umat Islam dan boleh membawa perpecahan.


Jangan kita mengambil risiko yang tinggi ini kerana kelak ia boleh membawa kemusnahan kepada semua pihak tidak kira Melayu, Cina atau India.



Ramai yang akan rugi dari untung dengan menjadikan isu ini sebagai taruhan dalam agenda perjuangan politik mereka.



Lihat suara hati rakyat di atas yang dahagakan perpaduan untuk kita fikirkan bersama hasrat mereka.


Salam Jumaat dan moga hari ini kita membanyakkan doa agar bertepatan dengan detik yang mustajab khasnya ketika mana doa antara dua khutbah.



Doalah agar pemimpin yang masih lalai dan sombong agar berubah,
doalah pemimpin yang ghairah meraih kuasa agar berhenti dari mempertaruhkan agama,

berdoalah agar rakyat yang tidak sedar lagi akan betapa bahayanya jika kerajaan sedia ada ini tumbang, akan sedar dengan segera.


Doa kita tidak ada ganjaran dari sesiapa tetapi doa itulah SENJATA ORANG BERIMAN dan sangat ditakuti lawan.



Marilah kita berdoa selepas membersihkan hati dengan amalan amalan sunat yang boleh mendatangkan cinta Allah kepada hambaNYA.







RENUNGKAN BAIT BAIT LAGU 'DAMAI YANG HILANG'
DARI KUMPULAN NOWSEEHEART INI.


DAN TIDAK MUSTAHIL NASIB YANG SAMA
MENIMPA KITA JIKA RAKYAT DAN UMAT ISLAM MASIH LALAI DAN ALPA...


BANGUNLAH UMAT ISLAM SEMUA DEMI MENJAGA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA!!!


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate