Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Ogos 2010

Pelaburan Langsung Asing (FDI) Malaysia menurun kerana Anwar Ibrahim !!!

FDI lepasi prestasi 2008

PETALING JAYA 29 Julai - Pelaburan langsung asing (FDI) negara pada tahun ini dijangka berada di landasan betul untuk mencapai sasaran seperti mana 2008 berjumlah RM46.1 bilion.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sasaran itu adalah berdasarkan FDI yang diterima pada suku pertama tahun ini berjumlah RM5.06 bilion, hampir menyamai prestasi keseluruhan 2009.

Mukhriz berkata, aliran masuk FDI tahun ini adalah baik dan dijangka berterusan meskipun keadaan ekonomi diramal tidak menentu pada separuh kedua tahun ini.

"Pada tahun ini, kerajaan berusaha keras untuk menarik pelaburan asing dan memberi fokus terhadap intensif modal berbanding intensif buruh.

"Ini kerana kerajaan mahu mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dan menjadi dasar kerajaan untuk memastikan berlaku pertumbuhan dalam FDI,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar bertajuk 'inovasi untuk pertumbuhan produktiviti lebih tinggi- cara Korea' yang dihadiri oleh 300 peserta di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Mohd. Razali Hussain.

Mengenai pertumbuhan FDI pada separuh kedua tahun ini berikutan ketidaktentuan ekonomi global, Mukhriz berkata, kerajaan telah pun mengambil langkah berhati-hati sejak tahun lalu menerusi Model Baru Ekonomi (MBE) dan program transformasi kerajaan

"Dalam ketidaktentuan ekonomi pada separuh kedua tahun ini, kami menjangkakan para pelabur asing akan berhenti membuat keputusan dan tindakan ini akan memberi sedikit kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara,'' ujarnya.



Komen : kestabilan menjadi punca minat pelabur untuk datang. Maka tindakan menghuru harakan negara telah menakutkan pelabur hingga mereka telah lari ke tempat lain... Tahniah kepada anda jika menyokong Anwar Ibrahim dan konco-konconya yang gigih menjatuhkan kerajaan tiap masa.


Jika negara makin mundur maka rakyat juga akan susah akhirnya nanti....


Sedarlah sahabat sahabat semua...Jangan biarkan negara hancur kerana Anwar Ibrahim yang jelas khianat kepada agama,bangsa serta negara.


1 ulasan:

oghe kito berkata...

salam.

bukannya PAS x nak berbaik dengan UMNO, tetapi mereka mengambil iktibar dari kejadian lampau.
yang kedua, UMNO bukan Islam, dan tak pernah ingin menegakkan syariat Islam. yang nampak Islam dalam UMNO adalah munafiq semata-mata.

Cari Blog Ini

Translate