Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Ogos 2010

Lagi Rumah Allah dimasuki Wakil Rakyat DAP hasil ajaran sesat PAS !

JAIS memang kena tegas..!! Janganlah kita mengharapkan apa apa tindakan daripada PAS Selangor yang memang sanggup dan rela menjadi barua dan kuda tunggangan kepada DAP dan PKR.

Setelah semalam kita disajikan dengan berita pembongkaran majlis mencemarkan Surau Al-Huda di Kajang oleh wakil rakyat DAP, Teo Nie Ching, masih ada lagi wakil rakyat bukan islam diajak masuk kedalam tempat solat orang islam..! Kali ini giliran Masjid At-Taqwa Selayang Baru mentauliahkan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen.

Bertopengkan majlis penyampaian sumbangan, William Leong turut diberikan ruang untuk “bertazkirah” diimana beliau berpesan supaya isu agama tidaklah dimainkan semata mata untuk kepentingan politik…..


sumber : Blog Medan Info http://medan-info-kita.blogspot.com




Pandangan Panglima :

Jika saudara meninjau Masjid Putra di Putrajaya atau Masjid Negara tentu jelas sekali kita dapat melihat pengunjung bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid.

Mereka dibenarkan berada di kawasan luar ruang solat sahaja dan SAMA SEKALI tidak dibenarkan masuk ruang solat atas alasan takut najis mengotorkan tempat.

Masuk masjid boleh tetapi ruang solat TIDAK BOLEH sama sekali.

Tetapi tindakan orang tertentu yang membenarkan orang bukan Islam masuk ke dalam RUANG SOLAT dalam RUMAH ALLAH sangat biadap dan kurang ajar sama sekali.

Apa yang berlaku jelas menunjukkan bagaimana Rumah Allah telah menjadi mangsa kepada permainan politik yangbertopengkan agama sehingga perbuatan sebegini berlaku secara berleluasa.

Tidak hairanlah mereka bukan Islam dari DAP PKR sangat gemar menggunakan ayat Al Quran dalam berceramah demi untuk mengelirukan umat Islam bukan untuk dijadikan panduan dalam kehidupan...

Wahai Pemimpin PAS ! Bertaubatlah kamu dari fahaman sesat ini dan jangan sampai kamu diazab Allah kerana perbuatan kamu yang telah menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal.

Tindakan biadap DAP ini jelas untuk menguji tahap kesabaran orang Islam yang saban hari menahan gelojak kemarahan di dada melihat 'celaka'nya mereka menceroboh rumah Allah dengan pertolongan orang PAS yang layak digelar Munafiqin moden zaman ini.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sejak pakatan rakyat ambil alih kuasa di selangor..kegiatan agama
semakin baik sama ada di surau atau masjid..

banyak kebaikan yang dibawa olih pakatan diselangor..rasuah jauh semakin kurang...aku pasti jika pakatan ambil pusat negara akan lebih baik...penyelewengan akan dapat dibenteras...mahkamah akan bebas dari politik...dan banyak lagi...yang mengelupuh sekarang adalah melayu umno..

nasihat harap tiada yang membunuh dan bunuh diri lagi...

Tanpa Nama berkata...

sambung...aku sebagai pengundi di selangor akan tetap mengundi pakatan rakyat..

Tanpa Nama berkata...

GEMPAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

UMNO TERKANGKANG: Pendapat Ulamak dan Fatwa JAKIM berkaitan isu non muslim masuk ruang utam

solat..(video inside)http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/08/pendapat-ulamak-dan-fatwa-jakim.html

sasha2020 berkata...

Apa nak jadi dgn PAS ni....

Dah kemaruk kuasa ke??

Dah tak yakin lagi ke dgn kuasa Allah??

Mereka ingat yg bagi kemenangan kepada mereka ialah orang Cina dan DAP ke??? Kemana keimanan mereka??

PAS akan hancur tak lama lagi !!! Bala Allah akan sampai..Tunggu dan lihat!!!

Mereka(PAS) masih tak sedar lagi dgn taktik halus DAP untuk mempengaruhi orang melayu/islam...

Sedarlah wahai PAS....DAP ideologinya apa?? Sosialis, sama rata, bebas mutlak, tiada hak keistimewaan, semua agama sama dan byk lagi... Kenapa parti ini yg dijadikan kawan???

MEGAT berkata...

SEBELUM MENUDUH SESEORANG ITU SESAT KELUARKAN SATU DALIL PENGHARAMAN ORANG BUKAN ISLAM DILARANG MASUK KE MASJID ?.

sahabat gunung berkata...

Bro, William nie bukan wakil rakyat DAP bro tapi dia Wakil Rakyat dari PKR (Parlimen Selayang)

Tanpa Nama berkata...

sedih la...

nak tnya knp ada cina yg mmbina masjid kita?
mana perginya org2 kita dlm mmbina masjid?

saya anggap bro msti berpengalaman orgnya..tp jgn la tnjuk bro cetek..
kalau mcm 2 apa pendapat bro ttg Dr.Danial ni :

Dr. DANIAL MEDIA 2 :
ISU NON MUSLIM MASUK MASJID & WAHABI ( PART 1 ) http://www.youtube.com/watch?v=8cbz3hQg_08

Dr. DANIAL MEDIA 2 : ISU NON MUSLIM MASUK MASJID & WAHABI ( PART 2 ) http://www.youtube.com/watch?v=IxRYXhzie4k

saya sbgai anak muda memerhati..
xkan bab agama bob nak dipolitikan..xseronok la dgr..
indonesia dh mmberontak,malaysia tungganglanggang...
kiri kanan memerhati malaysia..
mereka just tnggu masa ja..


salam saudara ^.^

Cari Blog Ini

Translate