Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Julai 2010

Edisi Sukan : Sepanyol Juara Piala Dunia 2010


gambar : Mstar Online



Sepanyol juara Piala Dunia.


JOHANNESBURG – Sepanyol muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-166 masa tambahan.


Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.


Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.



Sumber : Utusan Malaysia





Komen : Panglima turut serta menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut. Meskipun agak lambat kerana tidak sedar dari lena hingga babak perlawanan sudah memasuki separuh masa kedua, namun kesempatan bersama sama peminat bola yang lain di kedai mamak berhampiran rumah sudah cukup menggembirakan.



Tahniah kepada semua penyokong Sepanyol dan takziah kepada penyokong Belanda. Satu lagi ramalan sotong Paul tidak betul kerana ramalannya boleh dipertikai seperti alasan buta warna kecuali warna terang dan hanya memilih kotak di sebelah kanannya.



Ramalan sotong Paul yang diangkat oleh media massa seluruh dunia sedikit sebanyak telah membekas dalam hati pemain dan memberi kesan kepada persembahan mereka samada makin baik atau buruk. Bukan kerana Paul The Octapus pandai meramal atau mengetahui masa depan kita.



Jangan biarkan sotong menguasai hidup kita !



Octopus oracle Paul chooses a mussel from a glass tank marked with a Spanish flag, next to a box with a flag of Holland, in the SeaLife Aquarium in Oberhausen, Germany on July 9, 2010. /AP

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate