Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Julai 2010

CNN dibayar tuduhan Blogger Amerika Bukan Utusan Malaysia

  1. Kelam kabut Anwar dan konco-konconya menerima serangan demi serangan. Perintah Panglima Perang Barisan Nasional Dato Seri Najib Tun Razak dipraktikkan tanpa banyak soal oleh para soldadu siber dan juga fizikal. Masa bertahan sudah berlalu dan sekarang masa membuat serangan demi serangan.
  2. Saman fitnah Felda ke atas Suara Keadilan isu fitnah Felda bankrap antara 'gol' permulaan BN dalam hal ini. Seterusnya 'penyerang utama' BN iaitu akhbar Utusan Malaysia sekali lagi mendahului dalam misi ini dengan membuat hantaran cantik kepada blogger pro BN dalam mendedahkan tulisan blogger Amerikan bernama Joshua Traviner yang menulis di portal The New Ledger berhubung dakwaan CNN dibayar Anwar.
  3. Tidak cukup dengan itu, 'penyerang import' BN iaitu penulis popular Rachel Motte yang berani menulis Anwar mempunyai sejarah menggigit hatta Yahudi apabila diperlukan berbuat demikian meskipun mempunyai ramai kawan dari golongan itu seperti Al Gore dan Paul Wolfowitz.
  4. Semalam juga 1Malaysia telah membaca berita di muka hadapan Utusan Malaysi isu pasir di Selangor yang menunjukkan muka bumi Dengkil yang semakin berlobang dek penangan 'penyamun pasir' yang rakus mengorek hasil bumi Selangor hingga menjejaskan Paya Indah Wetland dan habitatnya.
  5. Untuk menjawab isu CNN maka penyerang PR iaitu Malaysiakini seperti biasa dengan tangkas sekali menyerang Utusan Malaysia atas dakwaan membuat tuduhan palsu terhadap Anwar isu beliau dan temuramah CNN. Namun 'hantaran lemah' yang dibuat gagal membolos 'gawang' BN.
  6. Sebenarnya bukan Utusan Malaysia yang melontar tuduhan tetapi blogger Amerika yang menulisnya. Anwar dan Malaysiakini sepatutnya mencari pengesahan berita dari Joshua Traviner bukan menyuruh Utusan Malaysia mendapatkan pengesahannya.
  7. Isu ini gagal dijawab dengan baik oleh Malaysiakini dan blogger Pakatan Rosak lalu mereka terpaksa mengalih tuduhan kepada Utusan Malaysia dengan harapan rakyat yang bodoh akan terpedaya dengan alasan yang mereka berikan.
  8. Namun di zaman siber dan IT ini tidak ada orang yang mudah ditipu dan rakyat Malaysia harus sedar Anwar sudah pun tidak relevan lagi untuk negara kita. Semua blogger samada Malaysia atau pun luar negara sudah pun tahu diri beliau yang sebenar dan kita harus lebih bersungguh mendedahkan perangai beliau yang jelas tidak kisah apa sahaja digadai demi menjadikan beliau PM Malaysia seterusnya pada PRU akan datang.
  9. Tuduhan Elaine Meinel Supkis bahawa Anwar alat CIA pun gagal dijawab. Adakah dah habis jawapan atau mereka sudah kalah dalam pertempuran ? Dua dua betul bagi saya. Syabas kepada semua dan mari kita meneruskan serangan demi serangan dan jangan bagii mereka peluang walau sebesar kuman!!!



  10. tiga gol berbalas satu sekarang...dan BN masih mendaului perlawanan...

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betui kah dah ada kilang proses babi organik di negeri sembilan?

AbgTuah berkata...

YUP..KITA KASI MASUK BERPULUH-PULUH GOL DALAM GAWANG PAKATAN RAKYAT..

BIAR MEREKA TERUS GOOLLLL

megat berkata...

DUDUK DALAM BAKUL, ANGKAT SENDIRI. KEH..KEH..KEH.. BENAR - BENAR JEJAKA PERASAN PANGLIMA NI. HANYA ORANG BODOH AJE DAPAT MENERIMA BULAT - BULAT. KEH.. KEH..KEH. RAKYAT SUDAH TAHU TEKTIK PERMAINAN UMNO PENUH DENGAN MUSLIHAT DAN KEKOTORAN. PUAK JUAK KAMU AJE YANG PERCAYA INI SEMUA. ZAMAN SUDAH BERUBAH PANGLIMA, RAKYAT SUDAH BIJAK UNTUK MENILAI BENAR DAN PALSU. UMNO AJE YANG TAK MAHU BERUBAH. KEH.. KEH..KEH..AKHIR KATA, SERANGAN MEMBUTA TULI PUAK UMNO AKHIRNYA TERJARING GOL SENDIRI... KEH..KEH..KEH.

MEGAT berkata...

Di petik dari NUKILAN BERANIKAN HATI.

BLOGGER PRO UMNO BN SUDAH SEMAKIN BOSAN.

Saya pernah menulis tentang blogger pro UMNO BN kebanyakkannya sedang beralih arah dan mengigit ekornya sendiri. Kerana apa ini terjadi? Adakah pemimpin-pemimpin UMNO BN ambil kisah tentang ini? Blogger pro UMNO BN sebenarnya sudah bosan, yang berjuang dalam media blogger yang mendapat pingat kerana mengenang jasa pemimpin.


Tidak kurang juga dengan kebosanan mereka kerana sentiasa ditipu dari perkara sebesar-besarnya hinggalah perkara sekecil-kecilnya. Saya masih ingat pada suatu ketika blogger dijemput ke Angkasapuri pada pelancaran blog TS Muhyiddin. Semua yang datang dijanjikan akan diberikan modem broadband. Memanglah bukan kerana itu kami datang, kalau tak janji apa-apa pun kami yang ada waktu luang dan bersemangat menyumbang dan menghulurkan bantuan kepada UMNO BN tetap juga akan datang. Tapi kemana janji- janji itu semua? Tak akan sikit punya hal pun kami nak ditipu? Ini mungkin blogger papa gomo boleh berikan penjelasan siapa yang janji dan alasan apa janji dimungkiri. Sudah tentu saya tak percaya bahawa Papa Gomo makan seorang diri. Kalau dia makan tentu adan dengar bunyi 'brruuppp' nya. Eloklah tokoh politik itu dipanggang atas api yang panas didunia ini sebelum dicampak dalam neraka nanti, memang haramjadah!


Nampaknya UMNO BN hanya ingin memeras keringat blogger tanpa ingin memberikan sedikitpun penghargaan kepada mereka itu. Kalau diharapkan kepada Blogger UMNO saja, memadaikah setakat blogger-blogger UMB yang kebanyakkannya dah tertidur atau sudah separuh mati.


Seperti dinegeri lain juga. Pahang pun sama. UMB nya masih leka dan tidak berbuat apa-apa. 10 kali bertukar pengerusi pun tetap sama kerana mentalitinya juga sama. Sindir sudah, tegur sudah, kutuk sudah tetapi mereka tetap tidak ingin berubah. Biarkanlah rakyat akan mengubah mereka dalam PRU13 nanti, mungkin itu pengajaran yang terbaik untuk mereka.

hilbert berkata...

hehehe salam 1Malaysia Pang5,

ini aaahhh Pakatan Pembangkang DAP/PKR bagaikan pasukan Belanda dah...selama 80 tahun iaitu sejak tahun 1930 pesta piala dunia diadakan,,belum pernahpun pasukan ayam belanda tu menjulang trofi piala dunia... heh heh

sehingga kini Belanda hanya mampu ditempat kedua sebagai naib juara sebanyak tiga kali heh heh heh...

malang, malang bagi PR... pihak lain yang membongkar isu itu tapi Utusan Malaysia pulak yang dijadikan sasaran...apalah heh heh

Cari Blog Ini

Translate