Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Julai 2010

CIA dan Mossad mahu bunuh Anwar dan skandal seks Benazir Bhutto dan anaknya terbongkar ?


Saya pernah membaca artikel tentang kaitan Benazir Bhutto dengan Barat. Di mana karakter dan peluang yang diberi kepada Benazir Bhutto hampir sama dengan tokoh 'tertentu' di Malaysia bernama Anwar. Mereka ini berperwatakan menarik, bijak, petah berpidato, liberal, dan mudah dipengaruhi untuk menjadi alat dan juga gemarkan populariti dan kuasa. Satu lagi mungkin kita boleh tambah iaitu ada 'kes songsang' !

Jangan terkejut kerana saya ingin berikan anda link skandal anak Benazir Bhutto iaitu Bilawal yang sekarang menjadi Pemimpin baru kepada Pakistani People's Party yang mana urusan pentadbiran parti dijalankan oleh bapanya Asif Ali Zardari. Menariknya skandal tersebut berlaku antara anak Benazir Bhutto dengan perempuan yang 'dua alam' bernama Julio. Info lanjut klik sini http://www.zimbio.com/

2010 Sundance Film Festival -
Gambar anak anak Benazir Bhutto

Lagi mengejutkan ialah Benazir Bhutto yang kita kenali disokong kuat oleh Amerika ternyata mempunyai skandal yang saya juga baru ketahui selepas mengkaji dengan lebih teliti. Rupa rupanya perkara ini telah terbongkar dan pentadbiran Bush pada masa itu telah membela beliau seperti laporan ini http://www.crystalair.com/story.php?id=200711011 dan menghantar diplomatnya John Negroponte ke Pakistan untuk menyelesaikan skandal tersebut.

US officials confirmed that the State Department was dispatching diplomat John Negroponte to Pakistan to press Musharraf to forge an elected civilian government by making a new tape with Bhutto to show just how well they can get along.

Sama seperti kes Anwar di mana banyak pemimpin USA membela beliau serta menghulurkan bantuan secara langsung atau tidak langsung....


Perkara ini ditulis bukan bermaksud untuk mengaibkan mana mana pihak namun untuk membongkar persamaan antara agen agen atau talibarut Amerika di seluruh dunia khasnya dunia Islam....Iaitu mempunyai skandal samada seks atau salah guna kuasa atau lain lain. Mungkin jika ada blogger atau ahli akademik yang mampu menganalisa lebih dalam boleh membuat perbandingan persamaan isu antara Benazir Bhutto dan Anwar Ibrahim dari segi keturunan,pembelajaran, perjuangan politik, skandal dan hubungan dengan Barat.

Mereka yang bergenetikkan 'Abdullah Bin Ubai' ketua Munafiq zaman Rasulullah s.a.w ini, berkongsi ciri ciri yang sama iaitu memperjuangkan hak asasi manusia mengikut acuan Barat, membawa demokrasi ala Barat, mengkritik kerajaan yang enggan menjadi alat kepada kuasa Barat serta gemar mengagungkan tamadun Barat dari tamadun Islam..Serta memperjuangkan perkara yang bertentangan dengan acuan Islam yang sebenar.

Musuh Islam tahu bahawa mereka tidak mampu menyamar tetapi mereka mampu untuk membentuk 'agen' atau 'alat' meskipun memakan masa puluhan tahun. Ia untuk menghapus atau menyekat kemaraan Islam dengan cara menggunakan umat Islam yang sanggup menjual maruahnya demi dunia. Dalam hal ini jangkaan penganalisa Barat khasnya CIA dan MOSSAD bahawa Malaysia boleh menjadi negara Islam yang kuat ternyata benar dan usaha mereka menyiapkan agen selama ini tidak sia sia..

Maka sebab itulah agen yang telah dilatih sejak Universiti telah dilengkapi dengan segala kepandaian dan kemahiran agar dapat menjadi individu berpotensi besar memimpin Malaysia masa akan datang. Ternyata perancangan tersebut hampir berjaya selepas puluhan tahun namun digagalkan Allah ketika hampir setapak lagi 'manusia tersebut' mencecah takhta tertinggi hieraki negara.

Mujur masih ada ketika itu manusia yang celik hatinya bernama Tun Mahathir yang jelas dapat menilai dengan baik latar belakang insan bernama Anwar yang sudah pun bergelar Timbalan Perdana Menteri. Jika tidak, tentu negara ini akan berada di bawah telunjuk Amerika dan sudah tentu kita akan melihat satu persatu demokrasi Barat akan menjadi sumber rujukan dalam aspek pemerintahan sehingga tidak mustahil hak kebebasan beragama dan bersosial termasuk gay dan lesbian, akan dihalalkan di negara kita.

Untuk memahami pendirian Anwar tentang isu isu Islam sila klik link ini http://aidcnews.blogspot.com

Jika sekarang ini berbagai isu agama diliberalkan termasuk kalimah Allah ketika pakatan mereka menguasai 4 buah negeri maka apa akan jadi jika satu Malaysia berada di bawah pemerintahan mereka? Apakah ada jaminan bahawa kuasa asing tidak akan dibenarkan masuk ke perairan negara kita ? Adakah kemungkinan kuasa Barat akan dibenarkan berlabuh ke negara kita jika Anwar Ibrahim memerintah Malaysia seperti yang Dr Chandra Muzaffar dedahkan, akan berlaku ?

Golongan yang dilatih menjadi agen ini diberi segala kemudahan, seperti wang yang banyak, bantuan teknikal, sorotan media massa bertaraf dunia, serta dihubungkan dengan agen agen yang lain yang telah sedia ada dalam sistem perisikan mereka. Bukti mereka mendapat wang yang banyak ialah pada PRU yang lalu di mana calon yang lemah dan mudah turut dimuat dalam senarai calon mereka.. Perancangan mereka sangat tersusun rapi kerana di belakang mereka ada 'kuasa bermata satu' yang memberi pertolongan dari semua aspek yang diperlukan oleh agen atau alat mereka.

Nak memahami perkara ini tidak susah, baca artikel AIDC di sini http://www.anwaraidc.com/ dan lihat gambar di bawah





Selepas diberi berbagai bantuan dan kemudahan, misi yang ditetapkan perlu diakhiri dengan kejayaan. Jika tidak maka peluang untuk hidup lebih lama sangat sukar. Demi menghapuskan segala bukti bukti perhubungan akrab mereka maka riwayat agen dan alat perlu dihapuskan dengan menamatkan hayatnya.

Akhirnya selepas gagal maka agen Barat samada CIA atau Mossad seperti Benazir Bhutto telah dibom dan mati serta merta. Lalu berakhirlah riwayat 'agen' CIA yang diharap dapat menjadi 'alat' kepada mereka. Sama seperti 'orang itu' yang ditulis telah lama menjadi 'alat' atau 'tool' kepada CIA.

Pembunuhan individu yang telah gagal dalam misi mereka adalah perkara biasa bagi CIA atau MOSSAD. Istilah lembut hati atau gagal tiada dalam kamus perisikan dan siapa yang tidak mampu men'keras'kan hatinya atau gagal mencapai matlamat misi, tidak layak menjadi seorang agen atau menyertai agensi perisikan.

Sebab itu beberapa kali sudah kedengaran isu bunuh membunuh ini. Hingga Anwar terpaksa melarikan diri ke Kedutaan Turki selepas memberitahu dunia dirinya terancam...

Terbaru Saifuddin Nasution juga menimbulkan isu yang sama (ancaman bunuh) samada ia atas arahan Anwar atau pihak lain yang mahukan sedemikian. Soal terjadi pembunuhan atau tidak, bukan soal pokok tetapi soal keselamatan negara kita dan rakyat sekeliannya yang lebih utama. Begitu juga kita mendengar PI Bala dan Dr Pornthip yang mendakwa terancam hingga takut untuk datang ke Malaysia bagi membantu siasatan.

Pergerakan CIA atau MOSSAD sememangnya menunggu detik sebegitu dan lihat bagaimana di Iran dan Thailand bukti bukti penglibatan mereka di dalam menghasut rakyat agar memberontak terhadap kerajaan. Akibatnya kerugian demi kerugian ditanggung oleh semua pihak kerana kestabilan dan keamanan sudah terjejas sehingga ia sukar dipulihkan kembali walaupun askar dan polis bekerja keras memeranginya.

Jika penentang Kerajaan dibunuh oleh mana mana pihak maka sudah tentu kekacauan akan berlaku. Rakyat akan fikir singkat bahawa tindakan ini adalah dibuat oleh Kerajaan selepas gagal menyekat kemaraan Anwar. Walhal Anwar sendiri yang gagal menyekat kemaraan rakyat yang mula sedar, apa dan bagaimana perangai Pakatan Rakyat yang sebenar selepas dua tahun diberi kuasa mentadbir 4 buah negeri.

Lihat tulisan blogger Amerika bertajuk 'CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assasinated' yang telah mengulas bahawa Mossad dan CIA mahukan Anwar dibunuh http://emsnews.wordpress.com/2010/06/28/cia-and-mossad-want-anwar-ibrahim-assassinated/

Kenapa Saifudin Nasution timbulkan isu bunuh ini ? Terlebih dahulu lihat gambar beliau dengan VVIP dari Singapura di bawah

butiran lanjut gambar di sini http://qasehnuryz.blogspot.com


Selepas itu baca huraian lengkap Emang Galileo di AIDC isu ini di sini http://www.anwaraidc.com/2010/07/kenapa-saifudin-nasution-kata-anwar-akan-dibunuh.html


Selepas itu barulah anda akan dapat memahami kenapa isu ini ditimbulkan ketika imej PKR sudah dibogelkan menerusi isu korek pasir secara haram dan PAS yang semakin lekat dengan imej anti Perpaduan manakala DAP dengan isu usir penduduk Melayu tanpa perikemanusiaan...


Selamat membaca dan mengkaji secara 6-D iaitu dari 6 dimensi iaitu atas bawah kiri kanan depan belakang dalam menerima atau menilai sesuatu yang berlaku di depan mata anda...

Ingatlah jika seorang agen dihapuskan maka agen agen yang lain akan ke hadapan untuk diberi peluang menyempurnakan misi yang belum selesai ini...

Kita harus hati hati !!!

1 ulasan:

C L J berkata...

Walau cerita ceritanya ada sedikit perbezaan, namun polanya tetap sama. Faham fahamlah .....

Cari Blog Ini

Translate