Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Jun 2010

Tahniah Kepada Ulama Wahabi Yang Sudah Menjadi Ahli Parti !

  1. Pertama sekali sekalung tahniah kepada gerombolan ( pinjam ayat Tukar Tiub ) yang sudah pun diterima menjadi ahli parti UMNO beberapa jam tadi. Meskipun saya membantah keras ura ura mereka menyertai UMNO namun tugas saya menyampaikan ingatan dan pandangan tentang baik dan buruk mereka diterima sebagai ahli parti sudah dilaksanakan dan keputusan yang dibuat tentu ada strategi dan pendekatan tersendiri.
  2. Menyorot sejarah silam kita masih ingat lagi pada tahun 1974 semasa zaman Ayahanda DS Najib para ulama telah bangkit menyokong agar perpaduan dikuatkan sesama Islam terutama kalangan ahli politik kerajaan dan pembangkang. Hasilnya 12 tahun kerajaan Perikatan sebagai bukti Melayu Islam boleh bersatu.
  3. Seakan sejarah kembali berulang dan adakah ini detik permulaan kepada penyatuan umat Melayu Islam di negara kita ? Adakah fikrah Wahabi yang dimuat turun dalam kepala ahli agama (bagi saya bukan ulama) yang menyertai UMNO ini boleh membantu menguatkan perpaduan Melayu atau semakin memecah belahkannya ?
  4. Untuk menjelaskan perkara ini baik kita kaji satu persatu mula dari A - Z agar tidak ada yang akan keliru. Mohon maaf saya bukan penulis yang baik tetapi saya suka menghasilkan tulisan dari apa yang terlintas di fikiran berdasarkan fakta bukan perasaan atau sebab perasan.
  5. Dalam entri Utusan Malaysia di sini Dr Fadlan Mohd Othman Pensyarah UKM telah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli mewakili 39 yang lain. Dua anak bekas Mufti Perlis iaitu Fathul Bari dan Khairi menyertai majlis masuk UMNO tersebut. Kisah Fathul Bari yang pernah ditahan mengajar tanpa tauliah akan diulas kemudian. Menariknya majoriti yang menyertai UMNO adalah berasal dari Kelantan seperti laporan Malaysiakini di sini
  6. Untuk info Fadlan Mohd Othman adalah spesis sama dengan Asri iaitu 'peminat' Wahabi seperti bukti di blog beliau di sini yang membela tokoh Muhammad Abd Wahab sebagai reformis agama untuk memurnikan akidah. Beliau juga telah menjadi panel dalam rancangan Hello Malaysia di Astro seperti laporan blog beliau di sini
  7. Carian selanjutnya saya menemui fakta sangat bahaya iaitu pemikiran beliau ibubapa Nabi Muhammad s.a.w adalah kafir dan tidak beriman klik sini Ternyata biadap sungguh golongan yang hanya pandai memutar belit pendapat Imam Nawawi demi menjustifikasikan pendapat Bin Baaz dan Ibnu Taimiyah. Dalam rencana 'Jangan sakiti Rasulullah s.a.w ' tulisan Panel Penyelidikan Yayasan Sofa (di sini) dan disiar di kebanyakan blog Ahlu Sunnah Wal Jamaah menjelaskan bahawa ibubapa Baginda s.a.w beriman dan mustahil Nabi lahir dari keturunan yang musyrik !
  8. Asri pernah juga menyentuh isu Maulid yang diamalkan IJMAK ULAMA warisan dari Syiah http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/02/perarakan-maulud-nabi-warisan-syiah-dr.html dan bukti beliau suka angkat pendapat tidak popular kalangan Ulama untuk jadi popular ada diulas Korban Demokrasi di sini http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/02/asri-wahhabi-dan-maulid.html
  9. Apa lagi kita mahu dari ulama pro wahabi ini ? sekali lagi saya ulangi bahawa UMNO akan cepat pupus dengan menerima Ulama fahaman Wahabi ini kecuali mereka dikawal dan tidak dibenar menyebarkan fikrah mereka dalam UMNO atau Kerajaan. Ini pendirian saya dan ini kata kata yang MUKTAMAD !!!

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Panglima Perang Cyber,

Gol.Wahabi sudah lama menyokong UMNO da banyak menyerang PAS terutamanya dalam Bab Bughah dalam Debat Idealis Mahasiswa sejak tahun 2003 lagi.

Sebelum puak2 ni masuk UMNO pun puak Wahabi telah menulis e-book berkenaan wajibnya bersama pemerintah:

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/ASWJ/ciri6.htm

Panglima Perang Cyber berani menolak hadith sahih berkenaan tidak Islamnya ibu bapa Rasulullah SAW berdasarkan hadith2 sahih:

1. Muslim (203) meriwayatkan dengan sanadnya daripada Anas r.a. bahawa seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah ayahku?” Jawab Nabi, “Di dalam neraka.” Apabila lelaki itu berpusing untuk pergi, Baginda memanggilnya lalu berkata, “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka.”
Berkata al-Imam al-Nawawi r.a.:
“Petunjuk dalam hadith ini: bahawa sesiapa yang mati dalam keadaan kafir maka dia di dalam neraka dan dia tidak dapat disyafaatkan oleh hubungan kekeluargaan ahli keluarganya yang dekat. Petunjuk lain: bahawa sesiapa yang mati dalam tempoh ‘fatrah’ berdasarkan amalan masyarakat Arab yang menyembah berhala maka dia adalah di kalangan ahli neraka; ini bukan merupakan hukuman sebelum tibanya dakwah kerana sesungguhnya mereka itu telahpun sampai dakwah Nabi Ibrahim dan nabi-nabi lain kepada mereka a.s. “

2. Muslim (976) meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku telah meminta izin Tuhanku agar aku boleh meminta ampun untuk ibuku tetapi Dia tidak mengizinkan untukku. Aku juga telah meminta izinNya agar aku dapat menziarahi kuburnya lalu Dia mengizinkan untukku.”

Agama buan berasaskan sentimen tetapi berdasaran hujah yang sahih.

Pas adalah parti bid'ah masakan ahli bid'ah boleh melawan ahli bid'ah yg lain pula?

Maharaja Zhou

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Moga Allah beri Tuan blog ini Hidayah.

Bersama kita tolak PAS Khawarij.

Megat berkata...

Panglima oh panglima, Dalam umno mana ambil peduli ini semua, asalkan dapat kekalkan kuasa itu yang penting. Bagi umno, halal atau haram , itu bukan kayu ukur, asalkan ianya mendatangkan keuntungan itu sudah cukup. Inilah umno dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Menyalaklah tuan hamba tentang wahabi ke , Ahli Sunnah Wal Jamaah ke, Syiah ke, khawarij ke. Dalam umno itu semua tak penting, yang pentingnya kita dapat kekalkan kuasa. Teruskanlah perjuangan bodohmu ni. kamu fikir Pak menteri nak ambil kisah ini semua. INILAH PADAHNYA JIKA PEGANGAN POLITIK DAN AGAMA TERPISAH. kadang- kadang hamba kesian juga dengan perjuangan bodoh kamu ni.... tetapi oleh kerana iannya adalah kebodohan kamu sendiri . teruskanlah dengan perjuangan yang sia- sia ini. Kah- kah .kah ANTI WAHABI KONON. DALAM UMNO TAK PERNAH AMBIL KIRTA INI SEMUALAH. MENYALAKLAH SEPUAS-PUASNYA PANGLIMA, BUKIT TAK AKAN BERGANJAK.

Jeepers Creepers berkata...

janganlah marah dan menuduh semua wahabi itu jahat. benar wahabi adalah gerakan pembaharuan dan biasalah didalam gerakan pembaharuan memang ada yang terlebih..Macam pas juga..terlebih islam dari orang lain..

saya juga setuju pendapat maharaja zhou:

Muslim (203) meriwayatkan dengan sanadnya daripada Anas r.a. bahawa seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah ayahku?” Jawab Nabi, “Di dalam neraka.” Apabila lelaki itu berpusing untuk pergi, Baginda memanggilnya lalu berkata, “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka.”
Berkata al-Imam al-Nawawi r.a.:

“Petunjuk dalam hadith ini: bahawa sesiapa yang mati dalam keadaan kafir maka dia di dalam neraka dan dia tidak dapat disyafaatkan oleh hubungan kekeluargaan ahli keluarganya yang dekat. Petunjuk lain: bahawa sesiapa yang mati dalam tempoh ‘fatrah’ berdasarkan amalan masyarakat Arab yang menyembah berhala maka dia adalah di kalangan ahli neraka; ini bukan merupakan hukuman sebelum tibanya dakwah kerana sesungguhnya mereka itu telahpun sampai dakwah Nabi Ibrahim dan nabi-nabi lain kepada mereka a.s. “

2. Muslim (976) meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku telah meminta izin Tuhanku agar aku boleh meminta ampun untuk ibuku tetapi Dia tidak mengizinkan untukku. Aku juga telah meminta izinNya agar aku dapat menziarahi kuburnya lalu Dia mengizinkan untukku.”

Saya bukanlah arif agama tetapi ini adalah yang telah disepakat oleh ulama ulama muktabar. lagipun ianya adalah urusan Allah maka serahkanlah kepada Allah. Tidak perlu kita berbahas mengenai agama ibubapa Rasullullah s.a.w.

Sama samalah kita doakan perkara baik. Janganlah sentiasa berprasangka buruk terhadap orang lain walaupun dia wahabi sekalipun.

Kerana Allah memandang iman dan taqwa sedangkan kita sendiri tidak tahu dimana tingkat iman dan taqwa kita sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Jika UMNO tidak mementingkan halal dan haram,kita sebagai rakyat perlu pentingkan yg halal. Hukum halal dan haram bukan hanya utk pemimpin tetapi utk semua.

Adalah haram menjatuhkan kepimpinan yg masih Muslim,yg mendirikan solat walaupun pemimpin tersebut tidak mengikut petunjuk Rasul,merampas harta,mencambuk belakang rakyat dan berhati syaitan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Panglima Cyber,

Terima kasih kpd yg menyokong saya dalam blog ini.

Suka saya petik dari blog Ali-Zaidan PAS totok dan pembela kumpulan Haji Hadi dalam PAS:

Punca aku ambil sikap berdiam diri ialah sebab aku kenal juga Zamihan ini. Kalau tak silap aku, Zamihan pernah belajar dengan TGNA dahulu. Dan jika sesiapa yang kenal Zamihan, beliau memang agak kritikal terhadap kerajaan sekarang. Jadi tak munasabah jika ada yang dakwa Zamihan pro Umno!

Ali Zaidan Cakap Tak Serupa Bikin

Kita lihat apa pandangan puak totok PAS kepada Wahabi, yang mereka sgt takut terhadap hujah2 kami:

Tapi jangan sampai kita membela Wahhabiah pula. Kena ingat, Wahhabiah Ghulat la yang anti demokrasi. Malahan sampai ke tahap menuduh PAS sebagai bughah atau pemberontak ke atas kerajaan Malaysia.

Kalau ada yang masih ingat, ketua mereka di Malaysia (Rasul Dahri) pernah menulis bahawa Ikhwanul Muslimin ialah Ikhwanul Muflisin dan pengasasnya As Syahid Hasan Al Banna seorang sufi yang sesat. Bin Bazz pernah menyebut IM dan Tabligh sebagai antara 72 golongan yang sesat

Kalau dah IM sesat, PAS apa hal nya? Kalau 'bapak' sesat, takkan 'anak' yang mewarisi ilmu 'bapak' jadi tok wali pulak!


Ali Zaidan Cakap Tak Serupa Bikin

Pernah geng2 Ahbash yang disayangi Panglima Cyber ini menulis dalil menyesatkan PAS dan tegas mengatakan bhawa adalah gerakan yg mneyeru ke arah jalan jahiliyyah?

Maharaja Zhou

Abu Idris berkata...

“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” [Hadis Riwayat Baihaqi].

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Tuan Sheikh !

Tahniah kerna masih berterusan menuduh org dan tidak pernah jemu-jemu melagakan cerdik pandai islam dlm blog anda !

Kalau tak nak siarkan comment ana ni pun tak apa. ALLAH maha mengetahui segala niat di dalam hati kita.

Teruskan lah usaha anda dan semuga Allah memberi petunjuk kpd tuan sheikh bagaimana utk mendapatkan dr asri dan puak2 yg sewahabi dgnya seperti yg tuan sheikh katakan unt duduk semeja berhujah secara ilmiah.

Jgn takut tuan sheikh, jika anda dipihak yg benar Allah akan memberi kelapangan unt anda memusnahkan puak2 yg tuan benci itu.

Tetapi tuan sheikh perlu juga ingat, Allah juga tidak akan melepaskan anda begitu sahaja sekiranya tuan sheikh berniat disebaliknya.

Kami dipihak ketiga cuma memohon agar Allah ta'ala tunjukkan segala kebenaran agar kami tidak dipesong oleh hamba2Nya yg hina

Tanpa Nama berkata...

Jangan terlalu kecewa, ada hikmah besar dalam aturan Allah Ta'ala. Renungi dengan mata hati tentang realiti Tanah Haram di bawah kuasa wahabbiyyah Bani Saud. Bada'an Islam Ghariban......

Fakeh Khalifah Saka

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.

Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.

Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.

Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.

Panglima Perang Cyber berkata...

komen anda Maharaja Zhou diulas dalam tajuk artikel terkini saya.

tq

Panglima Perang Cyber berkata...

Admin UMPP : tq atas semangat anda...Saya akan link blog tuan di sini..

tq

Tanpa Nama berkata...

Suka mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu muslim yang lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya.



Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Sikap suka menuduh orang lain kafir atau sesat sewenang-wenangnya merupakan penyakit jiwa yang terpendam dalam dada si penuduh yang berpunca dari keegoan, sikap pantang berbeza pendapat, suka monopoli kuasa dan suka menyalahgunakan agama.

Lebih bahaya daripada itu, sikap suka mengkafir ini akan membawa kepada perbalahan yang meruncing dalam masyarakat Islam, bahkan sering membawa kepada tumpah darah yang banyak terjadi dalam sejarah umat ini. Kebelakangan ini kita dapati ada pihak yang tidak menerima beberapa pandangan pembaharuan atau tajdid dalam masyarakat kita.

Tidak dapat menerima itu tidak menjadi masalah, kerana memang adat kehidupan untuk manusia berbeza pendapat. Tetapi apabila mereka yang enggan menerima pandangan yang dianggap berbeza dengan tradisi yang mereka pertahankan itu mula menggunakan pendekatan kafir mengkafir dan sesat menyesat, ini amatlah merbahaya.


- Abdullah al-Harari

Antara aliran yang terkenal suka mengkafirkan orang lain ialah aliran ‘Ahbash’. Ahbash adalah aliran atau puak yang berpusat di Lebanon yang diasaskan oleh seorang lelaki habsyi atau negro yang dikenali dengan nama Abdullah al-Harari. Mereka mendakwa merekalah Ahlus Sunnah wal Jama’ah sejati dan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka menjadi sesat atau kafir.

Dr Yusuf al-Qaradawi mengulas tentang puak ini dengan katanya:

“Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-’Asy’ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa’iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).

Cari Blog Ini

Translate