Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Jun 2010

Edisi Kemaskini : Fosforus dan Flotila - Sajak Untuk Gaza !



Tajuk : Fosforus dan Flotila





Dunia menyaksikan sekali lagi


Kekejaman manusia yang tidak lagi rahsia


Bangsa dilaknat Allah dulu hingga kini


Kali ke berapa, siapa dan apa pun tak peduli


Nyawa manusia sudah tidak ditimbang atau di-kali


Merekalah Zionis yang wajar dilaknat kerana tiada hati.


Fosforus menerpa Palestin umpama persembahan bunga api


Cantik ibarat percikan cahaya sambutan awal tahun umat manusia


Tetapi seksa derita terkena Allah yang Maha Mengetahui


Kepedihan tidak terperi, mustahil diukir mata pena.


Kekejaman Zionis Yahudi makin menjadi jadi


Tidak sekadar kepungan bertahun tahun ke atas rakyat Palestin


Kini tembakan ganas ke atas flotilla misi aman


Yang sarat dengan bahan untuk hidup dan dinding sejuk malam


Hingga ada nyawa turut gugur dalam perjalanan


mujurnya ia mula menarik perhatian


umat dunia atas titisan darah mereka.





Rakyat kita selamat, dan negara lain sudah 'selamat'


Derita Palestin dirasa ke nadi denyut mereka


walau tidak sama tempoh warga Palestin diseksa


namun bau derita mereka yang sudah mula ke angkasa

dihidu oleh insan insan yang perihatin seluruh dunia.


Palestin, kami bersama mu dengan doa dan harapan serta sokongan !


Senjata kamu dan kami ialah ALLAH Tuhan Sekelian Alam


Yang tidak lut ditembak, tidak mampu digugat


Yang Maha Perkasa Lagi Maha Kuasa



Dialah Rabbi Dialah Hasbi…


Jangan jauhkan diri dari 'tali' NYA


Dialah Penentu derita Gaza terus atau henti


Sabarlah saudaraku kerana Zionis Israel


akan mula hancur tidak lama lagi !!!!




Salam Kebangkitan Umat Islam,

Ayuh kita bersatu Untuk Pulihkan maruah Agama, Bangsa dan negara

agar kuat menghadapi musuh tidak kira di mana sahaja mereka berada...



7 Jun 2010 Jam 9.03 malam

3 ulasan:

Ali Abdullah berkata...

salam pang5,

kebangkitan dunia Islam kena mula dengan kerjasama Mesir dalam membuka pintu sempadan kepada rakyat palestin yang tertindas.

Wake UP! berkata...

Kita haruslah berterusan berusaha agar bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza.

Forced to stop proceeding to Gaza.

Shaf Nor berkata...

Panglima yang perkasa,
Melayu bukan lagi kaum majoriti di Malaysia, kata Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek dalam persidangan Parlimen pada 16 Mac lalu.
Bacalah kisah kehebatan dia di www.merdeka-online.net.
Harap panglima yang perkasa bertindak sesuai dengan keperkasaannya.

Cari Blog Ini

Translate