Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Jun 2010

Benarkah Ibubapa Nabi Kita Mati Musyrik Seperti Dakwaan Maharaja Zhou & Salafiyah Wahabiyyah ?

  1. Pertama ribuan terima kasih saya ucapkan kepadan sahabat siber saya Maharaja Zhou yang sudi bertandang ke teratak blog Panglima beberapa kali melontarkan 'bom berapi'. Mungkin tulisan Panglima isu Ulama Wahabi menyertai Umno agak menyentuh emosi beliau yang kuat menyokong Kerajaan dan sekaligus menjadikan ia 'satu ziarah' yang mesra ke blog Panglima. Mohon maaf jika artikel tersebut mengguris perasaan sahabat sahabat yang selama ini bersatu hati melawan Pakatan Rakyat.Ini soal akidah bukan soal politik kepartian sedikitpun.
  2. Ketahuilah saudara/i sekelian perbezaan umat Nabi s.a.w itu menjadi rahmat. Namun jangan disalahkan sabda Baginda hingga kita katakan ajaran Islam Liberal dan Wahabi membawa rahmat kepada umat. Bahkan ia menjadi 'azab' yang mengundang mereka yang cintakan agama dan Rasul agar bangkit melawan perpecahan yang diatur musuh Islam ini.
  3. Maksud hadis 'ikhtilafu ummati rahmat' ialah apabila golongan Ulama Muktabar mengeluarkan istinbat (pandangan) berdasarkan ilmu mereka lalu berbeza pandangan pada perkara furu' (kecil) bukan perkara pokok. Bahkan jika dikaji perbezaan ulama tidak pada perkara yang pokok tetapi berlegar pada perkara yang furu' dan lebih kepada cara perlaksanaannya atau teknikal semata mata. Pendapat mereka juga bukan berdasarkan hawa nafsu semata mata. Kewarakan ulama dahulu yang bersambung sanad pengajian dan warisan kenabian mereka ke hadrat Nabi s.a.w wajar dibelek agar kita dapat bezakan antara ulama Suu' (jahat) dan ulama yang menjadi rahmat dan menyatukan ummat.
  4. Fasa perpecahan umat di Malaysia bermula apabila golongan Wahabi bernama Nik Aziz menyertai PAS lalu diangkat sebagai Mursyidul Amnya. Penglibatan beliau di dalam memporak perandakan umat tidak dapat disangkal lagi sama ada dalam skala kecil atau besar. Tanyalah alim ulama pondok yang menentang beliau termasuk Dr Uthman El Muhammady fellow kehormat di ISTAC sekarang. Penegasan beliau kesesatan fahaman Wahabi hingga menimbulkan perpecahan dan pertumpahan darah seluruh dunia boleh rujuk di sini http://salafiwahhabi.blogspot.com/
  5. Isu ibubapa Nabi yang didakwa musyrik boleh dilihat perbahasannya di sini http://esq165.syidan.com/ . Ia menjawab pendapat Farid Ravi dalam Utusan Malaysia yang jelas kurang tepat memberi jawapan berhubung persoalan di atas. Lagi menarik Ibnu Taimiyah yang menjadi idola Wahabiyyin sendiri bersetuju jika manusia tidak sampai risalah maka mereka tidak akan diazab termasuklah antaranya ialah ibubapa Rasulullah s.a.w atau nenek moyang baginda (lihat sini http://pondokhabib.wordpress.com )
  6. Jika dilihat 'argumen' mereka yang mensabitkan Ibubapa Nabi tidak beriman adalah hampir sama. Dengan memetik sedikit kata kata Imam Nawawi yang melarang memohon keampunan kepada orang mati dengan ditonjolkan pendapat Ulama Wahabi seperti Bin Bazz dan Syaikhul Islam ( contoh blog ini http://abusyakirin.wordpress.com ) maka jelas mereka (Wahabi) gagal menjadikan ulama muktabar sebagai rujukan pendapat mereka. Imam Nawawi tidak pernah menganggap ibubapa Nabi musyrik namun mereka seolah olah menggambarkannya begitu !
  7. Adalah dilaknat sesiapa pun yang mengatakan ibubapa Nabi s.a.w musyrik dan tidak beriman seperti pendapat Imam al Qadhi Abu Bakar Ibn Araby Al-Maliky yang membuat syarah kepada kitab hadis Sunan At Tirmizi. Bahkan ulama mentafsirkan hadis yang menjadi sandaran golongan Wahabi mengatakan bapa baginda dalam neraka adalah salah . Perkataan Nabi 'sesungguhnya bapaku dan bapamu dalam neraka' dalam hadis bermaksud 'bapaku' ialah bapa saudara Nabi s.a.w bukan ayahanda Baginda s.a.w. Dalam bahasa Arab perkataan 'abi' boleh digunakan untuk bapa dan juga bapa saudara atau ke atas. Ini diulas oleh Ustaz Rasyiq yang pernah menjadi ahli panel JAIS di sini http://www.jais.gov.my/ dalam blog beliau di sini http://ustaz-rasyiq.blogspot.com/
  8. Moga Allah membuka pintu hati kita ke arah kebaikan dan saya amat alu alukan segala pandangan anda di sini. Moga Allah memelihara UMNO dari diresapi fahaman Wahabi dan juga mengembalikan Ulama Wahabi di mana sahaja mereka berada (PAS PKR) ke arah fahaman sejati yang tinggi akhlak dan adabnya dengan Nabi dan Ahli Bait baginda.
  9. Moga JAKIM dan Majlis Agama Negeri akan bergerak aktif menjawab dan memantau perkembangan fahaman salah ini atau mereka akan disalahkan di akhirat kerana gagal bertindak memerangi fahaman sesat lagi menyesatkan ini. Wallahu A'lam. Terima kasih atas pandangan ilmiah Maharaja Zhou dan ingatlah selama lamanya dipakai ahli akademik 'fakta menentukan kebenaran bukan khabar angin atau gosip'


Lihat syarahan lengkap tentang Wahabi, ancamannya kepada umat di bawah oleh Mudir Darul Tahzib Al Fadhil Ustaz Shahul Hamid. Edarkan di blog dan facebook anda demi menjamin agama kita 1 dan akidah kita 1 tidak terpecah kepada 2 atau 3 aliran hingga menjadi 73 firqah.




Jemput juga ke Majlis Dr Asri bersama Khalid Samad dalam forum Negara Islam ; teori atau realiti seperti iklan di bawah yang dipetik dari laman rasmi beliau




Satu soalan cepu emas : siapakah yang membiayai golongan Wahhabi hingga begitu hebat IT /website/youtube/twitter mereka ??? Jika ada jawapan tulis di bawah.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pegawai jakim memang sah pro wahabi.tengok tulisan aizam masod http://mufakkirislami.files.wordpress.com/2009/12/wahhabi.pdf

harap pang5 dpt buat sesuatu.

show the world how ridicolus they are

Megat berkata...

CADANGAN HAMBA. PEKARA PERTAMA YANG PERLU JAKIM LAKUKAN ILAH MENTARBIAH ISTERI PM DAN WANITA UMNO MEMAKAI TUDUNG MENGIKUT AJARAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. KALAUN TIDAK GOLONGAN FAHAMAN GELAK PADA PUAK JAKIM, YANG NAK MENTARBIAH MEREKA.

Ali Abdullah berkata...

kwn hanya sekadar singgah membaca artikel dan ulasan para pelawat sahaja. Tiada komen tentang artikel pang5 ini kerana ia melangkaui ilmu kwn sendiri... jadi eloklah mereka yang berilmu sahaja yang membincangkan khilaf para ulama tentang hadis ini

Tanpa Nama berkata...

agama islam itu mudah, maka jangan dipersukarkan. hayati khutbah terakhir rasulullah saw.
orang2 yang berpandukan alquran dan al hadis sahih (as sunnah) itulah sebenarnya ahlulsunnah wal jamaah.
yang mengelar diri mereka ahlulsunnah tetapi tidak mengikut sunnah sebenarnya bukan dari ahlulsunnah..silap2 jadi ahlulbid'ah.- jauhara.

Tanpa Nama berkata...

Allah jua yang tahu berkenaan keadaan ibubapa rasulullah saw...dan berkuasa melakukan apa saja..namun harus diingat bapa nabi ibrahim a.s. adalah pembuat patung berhala.. - jauhara.

Panglima Perang Cyber berkata...

Jauhara : Nabi dari keturunan Nabi Ibrahim dan ramai silap faham mengatakan bapa baginda tidak beriman sedangkan bapa saudara baginda yang membuat berhala...Maha Suci Allah dari membiarkan Rasulullah s.a.w lahir dari keturunan yang tidak beriman... Hati hati berbicara tentang Nabi kita.

lihat bukti bapa saudara baginda sebenarnya yang menjadi pembuat berhala bukan bapa kandung baginda http://al-islam.proboards.com/index.cgi?board=vs&action=display&thread=175


Apai : diam pun tanda orang berakal. Kerana mengelak dari mengatakan apa yang tidak diketahui..


Megat : baik tarbiyah ulama dulu baru akan baik umat yang jahil ini...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Panglima Perang Cyber,

Sebenarnya, jikalau tidak kerana keterangan yang sahih, nescaya lebih senang saya menyatakan bahawa ibu bapa Rasulullah berada di dalam syurga.

Namun begitu, yang haq itu haq. Yang bathil itu bathil.

Sikap dan kebencian Panglima Cyber sangat terserlah padahal pihak Wahabi sudah lama mengatakan bahawa adalah haram mengubah kerajaan.

Jika tidak lama dahulu, blogger2 yang menentang Khairy dikenakan kata dua, sekarang Panglima Cyber harus memberi kata dua kepada diri sendiri, samada menghentikan dakyah anti Wahabi yang nyata memecahbelahkan saf.

Gunakanlah "saluran" ataupun blog lain utk menyatakan kebencian terhadap Wahabi ini, tetapi sebagai Panglima Perang Cyber, penghulu BPN, anda harus berlaku adil dan neutral.Bukannya berterusan berkempen anti Wahabi sana sini. Ini bukan medannya.

Tanpa Nama berkata...

Imam Nawawi tidak pernah menganggap ibubapa Nabi musyrik namun mereka seolah olah menggambarkannya begitu !

Imam Nawawi berkata:

“Petunjuk dalam hadith ini: bahawa sesiapa yang mati dalam keadaan kafir maka dia di dalam neraka dan dia tidak dapat disyafaatkan oleh hubungan kekeluargaan ahli keluarganya yang dekat. Petunjuk lain: bahawa sesiapa yang mati dalam tempoh ‘fatrah’ berdasarkan amalan masyarakat Arab yang menyembah berhala maka dia adalah di kalangan ahli neraka; ini bukan merupakan hukuman sebelum tibanya dakwah kerana sesungguhnya mereka itu telahpun sampai dakwah Nabi Ibrahim dan nabi-nabi lain kepada mereka a.s. “

Syarah Sahih Muslim, 3/79

Oleh itu, pandangan panglima cyber tertolak.Sebenarnya, hadith ini telah disahihkan oleh Imam Muslim dan juga telah disyarahkan oleh Imam Nawawi dengan syarah yang diberikan.

Oleh itu tidak tepat utk mengatakan bahawa istilah Abi tersebut merujuk kepada Abu talib kerana jikalau ia merujuk kepada Abu Talib nescaya terdapat hadith ataupun syarah ttg berimannya bapa Nabi.

Terdapat sesetengah ulama yang cuba mempertahankan ibu-bapa Rasulullah SAW dan mengatakan bahawa mereka akan diselamatkan dari api neraka dan Allah menghidupkan mereka selepas mati dan mereka masuk Islam dan beriman kepada Rasulullah SAW dan mereka mati sebagai Muslim. Mereka memetiknya sebagai bukti maka ia adalah hadith mauhu' dan da'if jiddanyang tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

al-Haawi li’l-Fataawi, 2/202

“Semua hadith yang berkenaan penghidupan semula ibu bapa Rasulullah s.a.w. dan keimanan mereka berdua serta keselamatan mereka kebanyakannya adalah palsu, bohong lagi direka dan sebahagiannya pula adalah sangat da’if. Ianya tidak sahih sama sekali dengan kesepakatan imam-imam hadith ke atas pemalsuannya, seperti al-Daraqutni, Ibn Shahin, al-Khatib, Ibn ‘Asakir, Ibn Nasir, Ibn al-Jauzi, al-Suhayli, al-Qurtubi, al-Muhib al-Tabari, Fath al-Din bin Sayyid al-Nas, Ibrahim al-Halibi dan banyak lagi

‘Awn al-Ma’bood, 12/494.

Maharaja Zhou

Tanpa Nama berkata...

Maka, tidaklah benar bahawa Imam Nawawi tidak pernah mengatakan bahawa ibu bapa tidak musyrik, malahan perkara ini dibuktikan dalam sumber rujukan tuan sendiri bahawa hadith berkenaan diambil dari Syarah Sahih Muslim.

Sumber tuan juga hanya menyatakan ulama' berkata itu dan ini, ahli hadith berkata itu dan ini, tetapi siapakah ulama' dan ahlil hadith tersebut?

Itu persoalannya.

Al Qadhi Abu Bakar al ‘Arabi al Maliki suatu ketika ditanya perihal seorang lelaki yang mengatakan bahawa bapa dan datuk Nabi SAW berada di dalam neraka. Maka beliau menyatakan sesungguhnya lelaki tersebut dilaknat. Sesungguhnya Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ لَعَنَهُمُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِيْنًا

“Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan RasulNya, mereka dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat serta disediakan bagi mereka azab yang menghinakan.”

Beliau menyatakan lagi: Dan tiadalah perkara yang lebih menyakitkan Rasulullah SAW selain menyatakan bapa Baginda diazab di dalam neraka.


Bagi saya, jika Nabi sendiri menyatakan sedemikian, adakah kita berani mengatakan bahawa Nabi berbohong? Siapakah yang lebih patut kita percaya, Nabi ataupun orang lain?

Adakah Al maliki lebih tahu ttg kedudukan bapa Nabi dari Nabi sendiri?

Ketahuilah wahai panglima cyber, katakanlah pada saya, tahukah tuan apa nama Abu Lahab yang sebenar?

Abu Lahab namanya ialah Abdul 'Uzza bin Abdul Muttalib.

Dan dalam sahih bukhari ada menyebutkan:

Bahawa Abu Talib ketika hampir kewafatannya beliau telah dihadiri oleh Rasulullah di sampingnya juga Abu Jahal, di sini Baginda menyeru Abu Talib: Wahai ayahanda sebutlah "lailahaillallah" satu kalimah yang boleh ku berhujah dengannya di hadapan Allah esok. Kata Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umaiyah: Wahai Abu Talib: Mahu kau tinggal agama bapa kau Abdul Muttalib? Beginilah keadaan mereka berdua, tarik menarik Abu Talib ke pihaknya, akhirnya Abu Talib menyebut: Aku di dalam agama Abdul Muttalib bersama dengan hembusan nafas terakhir, di ketika itu Rasulullah berkata: Sesungguhnya akan ku beristighfar untuk kau selagi mana aku tidak ditegah berbuat sesuatu untuk kau. Di masa itu turunlah wahyu Allah, At-Taubah: 113 dan al-Qashas: 56.

Kesimpulannya, adakah Abdul Muttalib seorg Muslim ataupun tidak? jika ya nescaya Abu Jahal tidak akan memperingatkan Abu Talib supaya beriltizam dengan agama Abdul Muttalib.

Saya berharap sgt, pihak tuan panglima cyber berhenti dalam menyebarkan dakyah mengatakan Wahabi ini sesat kerana nanti yang akan tahu siapa yang sesat ini adalah pihak tuan sendiri yang menolak sabda Nabi sendiri dan tidak yakin akan kebenaran Rasulullah dengan mendahulukan aqal dan menolak hadith.

wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Kita wajib beriman bahawa, syurga itu adalah hak Allah neraka juga adalah hak Allah SWT.

Keputusan muktamad siapa ke syurga dan neraka juga menjadi hak Allah SWT. Allah akan memasukkan ke dalam syurga-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya dan akan dihantar ke neraka sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Kita yakin dengan sepenuh hati bahawa sifat Rahmat mengatasi sifat kemurkaan-Nya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: …Ia telah mewajibkan atas diri-Nya memberi rahmat… (al-An'am: 12)

Di dalam mentafsirkan ayat ini Sayyid Qutub telah memberi huraian yang sangat menarik. Jelas beliau: "Allah SWT telah menetapkan rahmat dengan kehendak dan kemahuan-Nya, ini merupakan keadaan ketetapan-Nya ke atas ciptaan-Nya, dan itu jugalah kaedah yang dilimpahkan ke atas ciptaan-Nya di dunia mahupun di akhirat…" (Sayyid Qutub, Fii Zilal al-Quran, jld: 2, hlm: 1048, lihat Muhammad al-Tahir ibn 'Asyur, al-Tahrir wa al-Tanwir, jld: 3, hlm: 151)

Al-Tabrisiy berpendapat: "Allah SWT telah mewajibkan atas diri-Nya memberi nikmat rahmat kepada ciptaan-Nya". (al-Fadl Hasan al-Fadl al-Tabrisiy, jld: 4, hlm:11)

Allah berfirman yang bermaksud: …Tuhan kamu telah mewajibkan atas diri-Nya sendiri akan memberi rahmat…(al-An'am: 54).

Sebahagian ulama berpendapat ibu bapa Nabi SAW berada dalam syurga dengan beberapa alasan yang berikut:

1- Sesungguhnya keturunan bapa Nabi SAW, Abdullah bin Abdul Mutalib dan bonda Nabi SAW, Aminah daripada Nabi Adam a.s hingga Abdullah bin Abdul Mutalib tidak ada yang kafir, ini kerana keturunan asal Nabi SAW adalah suci dan baik.

Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya golongan musyrikin adalah najis…(al-Taubah: 28). Najis dalam ayat ini bermaksud kotornya akidah mereka kerana menyembah selain Allah. (Fakhruddin al-Razi, tafsir al-Kabir, jld: 16, hlm: 21, lihat Muhammad al-Tahir ibn 'Asyur, al-Tahrir wa al-Tanwir, jld: 3, hlm: 151)

Sehingga kini tiada nas secara jelas sama ada daripada ayat al-Quran mahupun hadis atau mana-mana buku tarikh (sejarah) yang membuktikan bahawa ibu bapa Nabi SAW terlibat dalam penyembahan berhala.

Ini bermaksud mereka suci daripada melakukan amalan jahiliah. Dalam hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah memilih bani kinanah daripada keturunan Nabi Ismail lalu memilih kaum Quraisy daripada kalangan bani kinanah, daripada Quraisy memilih bani Hashim lalu Allah memilihku daripada keturunan bani Hashim. (riwayat Muslim, Sahih Muslim, no: 5897, Kitab: al-Fadail, Bab: Fadl Nasab al-Nabiy, jld: 15, hlm: 38)

Asal usul keturunan Rasulullah SAW bersusur galur dan ada rantaian yang sah daripada Nabi Ismail a.s daripada Nabi Ibrahim a.s.

Doa Nabi Ibrahim a.s melalui firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail): orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 128).

2- Dalam hadis yang dikeluarkan oleh Abu Nuaim, al-Thabariy dan Ibn 'Asakir daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda yang bermaksud: "Aku telah keluar daripada hasil nikah dan bukan daripada keturunan yang rosak, sedang aku adalah daripada keturunan Adam sehingga telah dilahirkan akan aku oleh Ibu dan Ayahku sedang aku tidak pernah ditimpa sebarang perbuatan jahat orang jahiliah". (al-Sayuti, al-Dur al-Manthur, jld:3, hlm: 294)

Tanpa Nama berkata...

Dalam riwayat yang lain daripada Abu Nuaim al-Asbahaniy, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ibu bapaku tidak pernah (beramal) dengan amalan jahiliah (menyembah berhala) sedang Allah SWT mengeluarkan daku daripada asal-usul yang baik ke rahim yang yang suci bersih (solid) sedang tidak bercambah kepada dua melainkan aku adalah yang terbaik daripada keduanya. (al-Sayuti, al-Dur al-Manthur, jld: 3, hlm: 294)

3- Imam Jalaluddin al-Sayuti di dalam karya beliau Masalik al-hunafa' fi Islam waaliday al-Mustafa membuat ketetapan seperti berikut: "Sesungguhnya jalan hidup kedua-dua mereka (ibu bapa Nabi SAW) adalah meninggal sebelum baginda di utus menjadi Rasul dan tiada penyiksaan sebelum itu kerana risalah Islam belum sampai kepada mereka berdua.

Keadaan ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: …Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah. (al-Israk: 15)

Pak Hamka di dalam tafsirnya menyebut: "ertinya tidaklah Allah sewenang-wenang saja memasukkan hamba-Nya ke neraka lantaran satu kesalahan sedang mereka belum diutus seorang Rasul pun". (Prof. Dr. Hamka, jld: 6, hlm: 4,024)

Berdasar ayat ini sepakat al-'Asyairah daripada kalangan ahli Kalam dan Usul, begitu juga dengan ulama al-Syafieyah daripada kalangan fuqaha berpendapat, sesiapa yang meninggal sebelum sampai kepada mereka dakwah maka meninggallah mereka dalam keadaan selamat (bebas daripada api neraka).

4- Tidak tersabit secara jelas yang mereka berdua (ibu dan ayah Nabi SAW) pernah menyembah berhala. Maka dan mereka adalah terdiri daripada kalangan ahli fatrah (tempoh belum sampai utusan Allah).

Datuk mereka adalah Ibrahim a.s seperti mana terdapat kumpulan daripada keturunan ini menyembah Allah SWT yang masih beriman kepada Allah SWT seperti Zaid bin Amru bin Nufail dan Warqah bin Naufal.

Lalu pandangan inilah yang didokong dan disokong oleh sekumpulan ulama seperti Imam Fakhruddin al-Raziy.

Kesimpulannya, mengikut sebahagian ulama, ibu bapa Nabi saw di dalam syurga. Ini kerana mereka tidak terlibat dengan aktiviti jahiliah, dan mereka tergolong dalam ahli fatrah.

Tanpa Nama berkata...

1- Sesungguhnya keturunan bapa Nabi SAW, Abdullah bin Abdul Mutalib dan bonda Nabi SAW, Aminah daripada Nabi Adam a.s hingga Abdullah bin Abdul Mutalib tidak ada yang kafir, ini kerana keturunan asal Nabi SAW adalah suci dan baik.

Pendapat ini tertolak dari bukti sirah bahawa Abu Jahal memperingatkan Abu talib supaya mati dalam ugama Abdul Muttalib.


2.Sehingga kini tiada nas secara jelas sama ada daripada ayat al-Quran mahupun hadis atau mana-mana buku tarikh (sejarah) yang membuktikan bahawa ibu bapa Nabi SAW terlibat dalam penyembahan berhala.


Tidak benar, kerana terdapat hadith yg terang dari Muslim mengatakan rasulullah SAW telah bersabda kedudukan bapanya adalah di dalam neraka apabila dtg seorg sahabat bertemu dengannya.

3.Dalam hadis yang dikeluarkan oleh Abu Nuaim, al-Thabariy dan Ibn 'Asakir daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda yang bermaksud: "Aku telah keluar daripada hasil nikah dan bukan daripada keturunan yang rosak, sedang aku adalah daripada keturunan Adam sehingga telah dilahirkan akan aku oleh Ibu dan Ayahku sedang aku tidak pernah ditimpa sebarang perbuatan jahat orang jahiliah". (al-Sayuti, al-Dur al-Manthur, jld:3, hlm: 294)

Benar, tentu sekali Rasulullah SAW adalah hasil nikah.Hadith ini tidak membatalkan hadith ttg di mana obu bapa Rasulullah yang terang matannya.

Dari segi syarak sekalipun, Islam tidak pernah menyuruh pasangan bukan islam yang masuk Islam utk kembali dinikahkan dengan cara Islam.

Tanpa Nama berkata...

Dari Tafsir Ibnu kathir berkenaan ayat 74 Surah Al An'am:

وَإِذْ قَالَ إِبْرَهِيمُ لاًّبِيهِ ءَازَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَاماً ءَالِهَةً إِنِّى أَرَاكَ وَقَوْمَكَ فِى ضَلَـلٍ مُّبِينٍ

(74. And (remember) when Ibrahim said to his father Azar: "Do you take idols as gods Verily, I see you and your people in manifest error.'')

Tafsirnya berbunyi:

﴿وَمَا كَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَهِيمَ لاًّبِيهِ إِلاَّ عَن مَّوْعِدَةٍ وَعَدَهَآ إِيَّاهُ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ أَنَّهُ عَدُوٌّ لِلَّهِ تَبَرَّأَ مِنْهُ إِنَّ إِبْرَهِيمَ لأَوَّاهٌ حَلِيمٌ ﴾

(And invoking for his father's forgiveness was only because of a promise he had made to him. But when it became clear to him that he was an enemy to Allah, he dissociated himself from him. Verily Ibrahim was patient in supplication and forbearing.) ﴿9:114

﴾. It was recorded in the Sahih that Ibrahim will meet his father Azar on the Day of Resurrection and Azar will say to him, "My son! This Day, I will not disobey you.'' Ibrahim will say, "O Lord! You promised me not to disgrace me on the Day they are resurrected; and what will be more disgraceful to me than cursing and dishonoring my father'' Then Allah will say, "O Ibrahim! Look behind you!'' He will look and there he will see (that his father was changed into) a male hyena covered in dung, which will be caught by the legs and thrown in the (Hell) Fire.''

Tanpa Nama berkata...

panglima,
Bapa nabi ibrahim a.s. bernama Azar, sesuai dengan maksud firman Allah dalam surah al-An’am, ayat 74:

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Azar; ‘Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan. Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.”

Sesetengah pula mendakwa bapanya bernama Tarih, namun kebanyakan mengatakan bapanya Azar. Seperti kata Ibnu Jarir, nama bapa Nabi Ibrahim ialah Azar sebagaimana diterangkan dalam al-Quran.

Bapanya sendiri menyembah berhala dan baginda tidak teragak-agak menegur bapanya, cuma caranya beradab, malah bahasa digunakan sangat lembut ketika berdakwah kepada bapanya.

Bagaimanapun, bapanya tidak menerima nasihat berguna itu, bahkan dia terus dalam kesesatan, malah mengugut Nabi Ibrahim.

“(Bapanya) menjawab: ‘Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya, jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati aku, tentu aku akan melontarmu dengan batu dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan aku sepanjang masa.” (Maryam: 46)

Walaupun bapanya berkata demikian, Nabi Ibrahim masih sayangkan bapanya, malah mendoakan keampunan buat bapanya. Baginda berdoa ke hadrat Ilahi supaya bapanya diampunkan.

“Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya dia daripada orang-orang yang sesat.” (asy-Syu’araa’: 86)

Nabi s.a.w juga pernah memohon keampunan Allah untuk bapa saudaranya abu talib, tetapi di tegur oleh Allah.

--jauhara.

Nosferatus berkata...

pertama kali aku dengar ada ajaran yahudi mengatakan keturunan Nabi Muhammad SAW sebagai kafir...ini mungkin dakyah YAHUDI yang nak menyesatkan umat Melayu.

sesiapa ada bukti dari ALLAH mengatakan Abdullah dan Siti Aminah sebagai kafir???

adakah mereka yang GILA ni mengatakan ibu bapak Nabi Muhammad SAW tu kafir dan masuk neraka?

maka sia-sialah kita berdoa..."Allahuma Sollu Alaa Sayidina Muhammad Wa Alaa Aali Sayyidina Muhammad".

sejahtera dan selawat ke atas Sayidina Muhammad dan keluarga Muhammad...

adakah ia hanya merujuk keluarga selepas baginda?

logik akal mengatakan dan sejarah menyebut bahawa keturunan Muhammad SAW adalah dari keturunan Nabi Ismail...

adakah ALLAH tidak mampu memelihara keturunan baik-baik ini dari sesat??

adakah selamat bagi sesiapa yang mengatakan zaman antara dua nabi sebagai zaman ahlu fathrah?

setau aku setiap manusia akan dibalas dengan setimpal atas perbuatannya dan ia tidak akan dianayai...

apa yang aku faham selepas kewafatan Nabi Isa, pengikut baginda ramai yang menjadi kufur sebab mengatakan baginda sebagai Tuhan antara tiga Tuhan.

maka dengan itulah wujudnya kalimah Laailaa ha ilallah...tidak ada TUHAN MANUSIA yang disembah selain ALLAH.

ALLAH itu bukanlah TUHAN dalam sangkaan BURUK MANUSIA.

sesungguhnya manusia selalu bersangka buruk pada ALLAH!!!

dengan mengatakan kafir seseorang itu tanpa bukti...

Nabi Ismail tidak pernah mengatakan ada Tuhan selain ALLAH dan tidak pernah menyembah berhala...

dan Nabi Ibrahim pernah berdoa kepada ALLAH untuk memelihara keturunannya - rujuk surah AL Baqarah.

dan ALLAH telah memakbulkan doa Nabi untuk memelihara keturunan baginda sampai kiamat dan ada pengecualian - org-org yang ZALIM tidak akan masuk dalam JANJI ini...

itu yang aku marah gila bab i dengan manusia yang mengatakan Abdullah dan Siti Aminah sebagai KAFIR!

walhal dah JELAS NYATA dalam QURAN janji ALLAH!!!

adui@!!! sengalnya otak kalian ni!

Tanpa Nama berkata...

Bismillah

sesiapa ada bukti dari ALLAH mengatakan Abdullah dan Siti Aminah sebagai kafir???

adakah mereka yang GILA ni mengatakan ibu bapak Nabi Muhammad SAW tu kafir dan masuk neraka?


Wahai sdr saya, Nosferatus.

Sdr baca dalil saya bg.

Nabi sendiri yang cakap. Bukan saya. Adakah sdr sampai hati berkata Rasulullah SAW berbohong?

Muslim (203) meriwayatkan dengan sanadnya daripada Anas r.a. bahawa seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah ayahku?” Jawab Nabi, “Di dalam neraka.” Apabila lelaki itu berpusing untuk pergi, Baginda memanggilnya lalu berkata, “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka.”

adakah ALLAH tidak mampu memelihara keturunan baik-baik ini dari sesat??

Adalah dalam kekuasaan Allah memelihara siapa sahaja yang Dia kehendaki.

Saya nak tanya,selain Nabi Muhammad, kita juga berselawat kepada Nabi Ibrahim.

Saya nak tanya, Bani Israel itu keturunan siapa? Nabi Ibrahim bukan?

Saya nak tanya, yg humban Nabi Yusuf dalam perigi itu siapa? Yang Allah tukar dari manusia kepada beruk psl larangan Hari Sabtu itu siapa? Yg bunuh para Rasul itu siapa? yg gergaji Nabi Zakaria itu siapa? Yg penggal kepala Nabi yahya tu siapa?

Yg tolak ajaran Nabi Muhammad di Madinah dr Bani Nadhri, Bani Quraizah, Bani Qainuqa' itu siapa?

jadi jawapan kepada Nosferatus itu telah nosferatus jawab sendiri:

dan Nabi Ibrahim pernah berdoa kepada ALLAH untuk memelihara keturunannya - rujuk surah AL Baqarah.

dan ALLAH telah memakbulkan doa Nabi untuk memelihara keturunan baginda sampai kiamat dan ada pengecualian - org-org yang ZALIM tidak akan masuk dalam JANJI ini...


Kita mesti tunjuk sayang kepada Rasulullah, tapi kita tidak boleh nafi sabda Rasulullah.

Contohlah, saya syg saudara, tapi takkan psal saya nak tunjuk saya sayang saudara, saya peluk cium isteri saudara.Itu tak betul.

Begitu juga dalam cnth hal ini, kita mesti cintakan Rasulullah melebihi ahli keluarga kita dan kekasih kita, tetapi apakah kita nak tunjuk sayang kepada Rasulullah sampai nak kata ibu bapa Rasulullah itu Islam padahal, Rasulullah sudah bersabda yang mereka bukan Islam. Jangan sampai nak tunjuk sayang, sampai kita nak kata Rasulullah berbohong.

walhal dah JELAS NYATA dalam QURAN janji ALLAH!!!

Wahai sdr Nosferatus,

Sdr sendiri telah meletakkan syaratnya, kecuali bg mereka yg menzalimi diri mereka sendiri.

Fikir2lah dengan kisah Bani israel yang durhaka kepada Allah itu. Semoga mendapat panduan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Tuang Panglima Cyber,

Saya menyeru tuan supaya tidak lagi memfitnah golongan salafi, ataupun wahabi lagi di blog tuan ini. Ini nasihat saya.

Fitnah2 yang tuan sebarkan ini, insha Allah akan berbalik kepada pihak tuan semula.

Ada yang tuan berjaya takutkan tetapi ada yang ikhlas dan akan mencari apakah itu Wahabi, dan ketika itu, akan terbongkarlah jenayah tuan memfitnah Wahabi. Ana sendiri adalah produk kebencian Wahabi sehinggalah Allah bongkar satu persatu penipuan dan fitnah terhadap Wahabi ini.Di situ kita kenal, mana intan, mana itu kaca.

Dan di antara fitnah itu termasuklah mengatakan Nik Aziz itu Wahabi.

Sedarlah, adakah kerana Uthman El Muhammady itu tidak suka Wahabi, maka saya boleh labelkan dia sebagai Ahbash?

Ataupun adalah satu perbuatan gila utk memanggil Qardhawi sebagai Deobandi. Ataupun memanggil tuan sendiri sebagai Naqshabandiyyah hanya kerana Tuan tidak suka Wahabi.

Sedarlah bahawa Nik Aziz itu bukanlah Wahabi tetapi pernah belajar dengan Deobandi.

Sedarlah tuan, Tuan hanya melemahkan saf penyokong kerajaan.Tuan tanyalah sahabat kita, Azrinizam Ibrahim, golongan manakah dengan tegas mengeluarkan hukum wajib bersama pemerintah dan berusaha menjatuhkan pemerintah itu perbuatan HARAM.

Tuan sedarkah, apabila tuan masuk dalam grup yang tuan berintima' ini, tuan tidak akan dapat mematahkan bid'ah mereka ini, kerana apabila tuan berhujah, mereka akan mengeluarkan hujah dari ulama' mereka, akhirnya, masing2 betul belaka. Apakah nanti bila mereka tandus hujah, mereka merujuk kpd "ulama'" mereka yakni Haji hadi dan Nik Aziz?


Sedangkan kami tegas berhukum dengan Al Quran, As Sunnah dan juga pendapat ulama' salafussoleh selagi tidak bertentangan dengan kedua sumber yg asal. Natijahnya, mereka tidak lari dr hukum asal.

Wahai tuan panglima,

Tuan panglima menyemai kebencian kepada Wahabi sampaikan HAMAS pun tuan sokong. Ingatlah, bahawa gol. salaf pun berpecah, dan kami adalah golongan salaf yang berpegang sepenuhnya kepada manhaj salafussoleh dalam semua hal, tidak seperti gol. takfiri dan Ikhwani yang memilih2 (speerti bab aqidah dan ibadah) tetapi meninggalkan yang lain (siasah).Kami ambil semuanya.

Tuan panglima mesti juga sedar, bahawa tuan panglima bukan sahaja menyesatkan dan menyemai kebencian kepada Wahabi tetapi juga terhadap Raja Perlis, dan ulama'2nya serta kepimpinan UMNO Perlis.

Searkah tuan bahawa Raja Perlis telah mengistiharkan negeri perlis mengikut Ahli Sunnah wal jamaah Salafiyyah?

Adakah tuan hendak mengkafirkan raja perlis dan rakyatnya yang setia? Dan adakah tuan panglima lebih sayang kepada PAS perlis yang terdiri dari puak2 Syafi'iyyah dari UMNO perlis?

Kalau Tuan masih hendak berperang dengan gol. Wahabi, silakan, tetapi gunakanlah pentas lain. Bukan sebagai penghulu BPN.

Cukuplah nasihat saya ini. Hentikanlah kerja yang tidak berfaedah dan sia-sia ini.

Maharaja Zhou

Cari Blog Ini

Translate