Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Jun 2010

Kisah Anwar masih tergila-gilakan 'jandanya' di Amerika !!!

Tulisan di bawah hasil nukilan Blogger Daniel Arif (http://danielarif.blogspot.com ) sangat perlu diedarkan.

Selepas dikritik oleh pertubuhan Yahudi Amerika beliau telah terpaksa menjilat kembali 'kahak hijau' yang telah diludahnya terhadap bangsa Yahudi berhubung isu APCO.

Artikel di bawah membuktikan beliau sememangnya tidak boleh hidup tanpa 'jandanya' di Washington hinggakan terpaksa berhempas pulas menarik kembali sokongan terhadapnya oleh bangsa Zionis Yahudi tersebut.


Washingthon Post-Anwar

Oleh Daniel Arief, AIDCclub

Hari ini Jackson Diehl, kolumnis terkenal berbangsa Yahudi dan pernah tinggal tinggal Israel mengesahkan yang Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat pada 23-26 Jun lalu untuk menerangkan kepada rakan-rakan lamanya termasuk Yahudi mengenai salah faham yang beliau dikatakan anti Yahudi dan anti semitik oleh pertubuhan B'nai B'rith.
Beliau di dalam kolumnya bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" di akhbar online Washington Post menulis :

Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. "Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said. "I need to be more careful."
Yang dalam bahasa melayunya bermaksud :

Anwar, yang berada di Washington selama beberapa hari lalu, menghabiskan banyak masa menawarkan penjelasan untuk teman-teman lama, Tidak menamakan Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi. Dia dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang umum dipakai pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham?" katanya. " Saya harus lebih berhati-hati."
Penulisan ini membuktikan beberapa artikel dari laman web AnwarIbrahimDotCom yang mengatakan Anwar Ibrahim pergi ke Amerika Syarikat untuk membersihkan nama beliau yang digelar sebagai anti Yahudi dan anti semitik. Klik sini dan sini.

Perkara ini ada asasnya apabila Anwar Ibrahim dikatakan berjumpa sendiri dengan Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang banyak menaungi karier politik beliau di luar negara dan dalam negara. Sir Wiliam Cohen merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden Bill Clinton merupakan harapan Anwar untuk membawa mesej ini kepada pentadbiran Amerika Syarikat kerana Cohen dianggap sebagai 'penasihat' kerajaan Demokrat pimpinan Obama.

Di samping itu juga Anwar mengakui telah melobi salah seorang ahli kongres kerajaan Obama iaitu Keith Maurice Ellison. Semasa Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau bekerjasama dengan Keith Ellison untuk melakukan 'reformasi ke dalam dunia Islam'.

Apa yang paling jelas beliau telah melobi Amerika Syarikat apabila beliau bertemu dengan Kurt Campbell, penolong Setiausaha Hubungan Asia Tenggara Amerika Syarikat untuk menyampaikan mesej beliau lebih pro Amerika daripada Perdana Menteri kepada Presiden Barak Obama perkara ini seperti disebut blogger Analisa Kumbang melalui laporan AFP menyebut Anwar Ibrahim secara terang-terang menyatakan kepada wartawan AFP bahawasanya Presiden Barak Obama perlu berhati-hati dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang beliau anggap buruk dalam segala serbi.Klik sini.

Menyoroti biografi Jackson Diehl yang menulis artikel mengesahkan Anwar Ibrahim memujuk Yahudi di Washington Post ini. Beliau merupakan penulis terkenal berbangsa Yahudi dan pro zionis di akhbar itu. Beliau dikatakan banyak menulis mengenai hal hubungan luar negara Amerika Syarikat.

Latar belakang beliau yang pro zionis dan Yahudi ini menimbulkan pertanyaan kenapa beliau mengesahkan Anwar Ibrahim pergi ke Amerika Syarikat untuk menerangkan salah-faham beliau sebagai anti semitik?

Adakah ini satu usaha untuk penulis dan bangsa Yahudi itu sendiri untuk memulihkan imej Anwar Ibrahim dan menjelaskan pada dunia beliau masih pro kepada zionis dan Israel?

Tidak menghairankan kerana akhbar Washington Post milik Donald Graham iaitu konglomerat Yahudi terkenal di Amerika dan merupakan rakan baik kepada Paul Wolfowitz dan George Soros yang juga rakan Yahudi Anwar.

Fakta menarik tentang Donald Graham ini adalah beliau juga sebenarnya bertindak dan tergolong di dalam kumpulan Yahudi yang mengawal media di dunia dan modus operandi beliau ini jelas sekali mempromosi Yahudi dan mereka yang pro Yahudi di makalah-makalah terbitan mereka. Klik sini.

28 Jun 2010

Isu Felda Bankrap : Antara Jawapan Ahmad Maslan dan 'Auta' Husam !!!

  1. Alhamdulillah pagi ini Panglima sempat membuat beberapa kira-kira matematik tentang isu Felda dengan membandingkan antara jawapan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Ahmad Maslan ( klik sini ) dan jawapan bertaraf 'auta' oleh YB Datuk Hussam (di sini). Ternyata memang patut Felda menyaman pembangkang yang terbukti memutar belit fakta dan menggunakannya untuk menghasut peneroka Felda.
  2. Fakta pertama, baki Felda pada 2009 ialah Rm1.35 billion dan menurut Husam beliau mendapat info Felda telah memperolehi pendapatan RM5.2 billion sepanjang 2004 - 2009. Jika dicampur baki dan keuntungan di atas maka kita akan dapat RM6.55 billion untuk 2009.
  3. Fakta kedua ialah Felda telah membelanjakan RM6.71 billion untuk kebajikan peneroka Felda dengan butirannya anda boleh lihat seperti gambar di atas. Bahkan jika ditolak pendapatan dengan perbelanjaan Felda maka kita masih gagal mendapat angka baki 2009 sebanyak Rm1.35. Kecuali apabila kita mencampurkan info Ahmad Maslan yang menyatakan Felda mendapat keuntungan RM 6.6 billion ditambah RM1.35 (baki 2009)= RM7.95. Baki yang akan diperolehi ialah lebih kurang RM1.24 billion jika ditolak perbelanjaan Felda RM6.71 billion dari 2004 hingga 2009.
  4. Persoalan kita sekarang ialah kenapa dalam blog Husam Musa, segala perbelanjaan yang dibuat oleh Felda yang dibentangkan oleh Ahmad Maslan sebanyak RM 6.71 billion tidak dipaparkan semua ? Kenapa hanya RM3.51 billion sahaja disiarkan ? Sila lihat bukti di sini dan disiar oleh Tranungkite di sini atau gambar di atas.
  5. Jelas bahawa jika dicampur baki pada 2009 dengan anggara pendapatan yang dikemukan Husam sebanyak RM5.2 billion maka kita akan memperolehi angka yang jauh berbeza seperti yang ditulis oleh beliau bahawa Felda kehilangan RM8 billion wang tunainya.
  6. Amat jelas sekali taktik mengelirukan rakyat dengan memanipulasi angka telah dibuat dengan sengaja dan patutlah kenapa Felda patut menyaman Suara Keadilan seperti laporan Mstar di sini
  7. Kepada Husam Musa dan pemimpin pembangkang yang lain, bersedialah untuk membayar segala penipuan dan fitnah anda kepada Felda !!! Patutlah kisah meletakkan serbuk penaik (buat fitnah) ini memang kerja PAS seperti pendedahan bekas pegawai kesayangan beliau Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com



27 Jun 2010

Benarkah Ibubapa Nabi Kita Mati Musyrik Seperti Dakwaan Maharaja Zhou & Salafiyah Wahabiyyah ?

  1. Pertama ribuan terima kasih saya ucapkan kepadan sahabat siber saya Maharaja Zhou yang sudi bertandang ke teratak blog Panglima beberapa kali melontarkan 'bom berapi'. Mungkin tulisan Panglima isu Ulama Wahabi menyertai Umno agak menyentuh emosi beliau yang kuat menyokong Kerajaan dan sekaligus menjadikan ia 'satu ziarah' yang mesra ke blog Panglima. Mohon maaf jika artikel tersebut mengguris perasaan sahabat sahabat yang selama ini bersatu hati melawan Pakatan Rakyat.Ini soal akidah bukan soal politik kepartian sedikitpun.
  2. Ketahuilah saudara/i sekelian perbezaan umat Nabi s.a.w itu menjadi rahmat. Namun jangan disalahkan sabda Baginda hingga kita katakan ajaran Islam Liberal dan Wahabi membawa rahmat kepada umat. Bahkan ia menjadi 'azab' yang mengundang mereka yang cintakan agama dan Rasul agar bangkit melawan perpecahan yang diatur musuh Islam ini.
  3. Maksud hadis 'ikhtilafu ummati rahmat' ialah apabila golongan Ulama Muktabar mengeluarkan istinbat (pandangan) berdasarkan ilmu mereka lalu berbeza pandangan pada perkara furu' (kecil) bukan perkara pokok. Bahkan jika dikaji perbezaan ulama tidak pada perkara yang pokok tetapi berlegar pada perkara yang furu' dan lebih kepada cara perlaksanaannya atau teknikal semata mata. Pendapat mereka juga bukan berdasarkan hawa nafsu semata mata. Kewarakan ulama dahulu yang bersambung sanad pengajian dan warisan kenabian mereka ke hadrat Nabi s.a.w wajar dibelek agar kita dapat bezakan antara ulama Suu' (jahat) dan ulama yang menjadi rahmat dan menyatukan ummat.
  4. Fasa perpecahan umat di Malaysia bermula apabila golongan Wahabi bernama Nik Aziz menyertai PAS lalu diangkat sebagai Mursyidul Amnya. Penglibatan beliau di dalam memporak perandakan umat tidak dapat disangkal lagi sama ada dalam skala kecil atau besar. Tanyalah alim ulama pondok yang menentang beliau termasuk Dr Uthman El Muhammady fellow kehormat di ISTAC sekarang. Penegasan beliau kesesatan fahaman Wahabi hingga menimbulkan perpecahan dan pertumpahan darah seluruh dunia boleh rujuk di sini http://salafiwahhabi.blogspot.com/
  5. Isu ibubapa Nabi yang didakwa musyrik boleh dilihat perbahasannya di sini http://esq165.syidan.com/ . Ia menjawab pendapat Farid Ravi dalam Utusan Malaysia yang jelas kurang tepat memberi jawapan berhubung persoalan di atas. Lagi menarik Ibnu Taimiyah yang menjadi idola Wahabiyyin sendiri bersetuju jika manusia tidak sampai risalah maka mereka tidak akan diazab termasuklah antaranya ialah ibubapa Rasulullah s.a.w atau nenek moyang baginda (lihat sini http://pondokhabib.wordpress.com )
  6. Jika dilihat 'argumen' mereka yang mensabitkan Ibubapa Nabi tidak beriman adalah hampir sama. Dengan memetik sedikit kata kata Imam Nawawi yang melarang memohon keampunan kepada orang mati dengan ditonjolkan pendapat Ulama Wahabi seperti Bin Bazz dan Syaikhul Islam ( contoh blog ini http://abusyakirin.wordpress.com ) maka jelas mereka (Wahabi) gagal menjadikan ulama muktabar sebagai rujukan pendapat mereka. Imam Nawawi tidak pernah menganggap ibubapa Nabi musyrik namun mereka seolah olah menggambarkannya begitu !
  7. Adalah dilaknat sesiapa pun yang mengatakan ibubapa Nabi s.a.w musyrik dan tidak beriman seperti pendapat Imam al Qadhi Abu Bakar Ibn Araby Al-Maliky yang membuat syarah kepada kitab hadis Sunan At Tirmizi. Bahkan ulama mentafsirkan hadis yang menjadi sandaran golongan Wahabi mengatakan bapa baginda dalam neraka adalah salah . Perkataan Nabi 'sesungguhnya bapaku dan bapamu dalam neraka' dalam hadis bermaksud 'bapaku' ialah bapa saudara Nabi s.a.w bukan ayahanda Baginda s.a.w. Dalam bahasa Arab perkataan 'abi' boleh digunakan untuk bapa dan juga bapa saudara atau ke atas. Ini diulas oleh Ustaz Rasyiq yang pernah menjadi ahli panel JAIS di sini http://www.jais.gov.my/ dalam blog beliau di sini http://ustaz-rasyiq.blogspot.com/
  8. Moga Allah membuka pintu hati kita ke arah kebaikan dan saya amat alu alukan segala pandangan anda di sini. Moga Allah memelihara UMNO dari diresapi fahaman Wahabi dan juga mengembalikan Ulama Wahabi di mana sahaja mereka berada (PAS PKR) ke arah fahaman sejati yang tinggi akhlak dan adabnya dengan Nabi dan Ahli Bait baginda.
  9. Moga JAKIM dan Majlis Agama Negeri akan bergerak aktif menjawab dan memantau perkembangan fahaman salah ini atau mereka akan disalahkan di akhirat kerana gagal bertindak memerangi fahaman sesat lagi menyesatkan ini. Wallahu A'lam. Terima kasih atas pandangan ilmiah Maharaja Zhou dan ingatlah selama lamanya dipakai ahli akademik 'fakta menentukan kebenaran bukan khabar angin atau gosip'


Lihat syarahan lengkap tentang Wahabi, ancamannya kepada umat di bawah oleh Mudir Darul Tahzib Al Fadhil Ustaz Shahul Hamid. Edarkan di blog dan facebook anda demi menjamin agama kita 1 dan akidah kita 1 tidak terpecah kepada 2 atau 3 aliran hingga menjadi 73 firqah.




Jemput juga ke Majlis Dr Asri bersama Khalid Samad dalam forum Negara Islam ; teori atau realiti seperti iklan di bawah yang dipetik dari laman rasmi beliau




Satu soalan cepu emas : siapakah yang membiayai golongan Wahhabi hingga begitu hebat IT /website/youtube/twitter mereka ??? Jika ada jawapan tulis di bawah.

26 Jun 2010

Tahniah Kepada Ulama Wahabi Yang Sudah Menjadi Ahli Parti !

  1. Pertama sekali sekalung tahniah kepada gerombolan ( pinjam ayat Tukar Tiub ) yang sudah pun diterima menjadi ahli parti UMNO beberapa jam tadi. Meskipun saya membantah keras ura ura mereka menyertai UMNO namun tugas saya menyampaikan ingatan dan pandangan tentang baik dan buruk mereka diterima sebagai ahli parti sudah dilaksanakan dan keputusan yang dibuat tentu ada strategi dan pendekatan tersendiri.
  2. Menyorot sejarah silam kita masih ingat lagi pada tahun 1974 semasa zaman Ayahanda DS Najib para ulama telah bangkit menyokong agar perpaduan dikuatkan sesama Islam terutama kalangan ahli politik kerajaan dan pembangkang. Hasilnya 12 tahun kerajaan Perikatan sebagai bukti Melayu Islam boleh bersatu.
  3. Seakan sejarah kembali berulang dan adakah ini detik permulaan kepada penyatuan umat Melayu Islam di negara kita ? Adakah fikrah Wahabi yang dimuat turun dalam kepala ahli agama (bagi saya bukan ulama) yang menyertai UMNO ini boleh membantu menguatkan perpaduan Melayu atau semakin memecah belahkannya ?
  4. Untuk menjelaskan perkara ini baik kita kaji satu persatu mula dari A - Z agar tidak ada yang akan keliru. Mohon maaf saya bukan penulis yang baik tetapi saya suka menghasilkan tulisan dari apa yang terlintas di fikiran berdasarkan fakta bukan perasaan atau sebab perasan.
  5. Dalam entri Utusan Malaysia di sini Dr Fadlan Mohd Othman Pensyarah UKM telah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli mewakili 39 yang lain. Dua anak bekas Mufti Perlis iaitu Fathul Bari dan Khairi menyertai majlis masuk UMNO tersebut. Kisah Fathul Bari yang pernah ditahan mengajar tanpa tauliah akan diulas kemudian. Menariknya majoriti yang menyertai UMNO adalah berasal dari Kelantan seperti laporan Malaysiakini di sini
  6. Untuk info Fadlan Mohd Othman adalah spesis sama dengan Asri iaitu 'peminat' Wahabi seperti bukti di blog beliau di sini yang membela tokoh Muhammad Abd Wahab sebagai reformis agama untuk memurnikan akidah. Beliau juga telah menjadi panel dalam rancangan Hello Malaysia di Astro seperti laporan blog beliau di sini
  7. Carian selanjutnya saya menemui fakta sangat bahaya iaitu pemikiran beliau ibubapa Nabi Muhammad s.a.w adalah kafir dan tidak beriman klik sini Ternyata biadap sungguh golongan yang hanya pandai memutar belit pendapat Imam Nawawi demi menjustifikasikan pendapat Bin Baaz dan Ibnu Taimiyah. Dalam rencana 'Jangan sakiti Rasulullah s.a.w ' tulisan Panel Penyelidikan Yayasan Sofa (di sini) dan disiar di kebanyakan blog Ahlu Sunnah Wal Jamaah menjelaskan bahawa ibubapa Baginda s.a.w beriman dan mustahil Nabi lahir dari keturunan yang musyrik !
  8. Asri pernah juga menyentuh isu Maulid yang diamalkan IJMAK ULAMA warisan dari Syiah http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/02/perarakan-maulud-nabi-warisan-syiah-dr.html dan bukti beliau suka angkat pendapat tidak popular kalangan Ulama untuk jadi popular ada diulas Korban Demokrasi di sini http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/02/asri-wahhabi-dan-maulid.html
  9. Apa lagi kita mahu dari ulama pro wahabi ini ? sekali lagi saya ulangi bahawa UMNO akan cepat pupus dengan menerima Ulama fahaman Wahabi ini kecuali mereka dikawal dan tidak dibenar menyebarkan fikrah mereka dalam UMNO atau Kerajaan. Ini pendirian saya dan ini kata kata yang MUKTAMAD !!!

25 Jun 2010

Isu Wahabi : Jawapan Zamihan Kepada Asri





Sangat menyedihkan apabila seorang yang jahil pada banyak displin ilmu ber’bajukan’ PHD menggunakan media sebagai wadah lontaran fitnah sambil mempertahankan doktrin lapuknya yang jumud, suka menghukum sesat ulama dan gemar membid’ahkan amalan umat Islam yang ada dalil.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin@Abdul Talib sebelum ini kerap menuduh ulama Islam sebagai sesat dan sesiapa yang tidak sebulu dengannya akan mudah di’cop’ sebagai Syiah termasuk saya selalu dituduhnya dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Tanpa hujah dan dalil maka fitnah dan tuduhan merupakan senjata yang dianggap amat berguna untuk menjatuhkan pejuang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana.

Asri sebelum ini menuduh saya mengkafirkan seluruh kerajaan Saudi, bak kononnya sesiapa sahaja yang berada di negara Saudi semuanya saya kafirkan. Subhanallah! Begitu sekali lancang lidah insan ini menuduh.

Waktu yang sama, didapati fahaman Wahabi terkenal dengan hukuman mengkafirkan sesiapa sahaja yang berdoa di kubur, walaupun didapati Raja Saudi sendiri bersama seluruh pemimpin kerajaannya menziarahi maqam Nabi Muhammad di Madinah dengan jelas mereka sengaja berwukuf (berdiri) danberdoa dihadapan kubur Nabi Muhammad. Amalan itu dihukum oleh faham Wahabi sebagai kafir,syirik murtad dan terkeluar dari Islam. Ini membuktikan pemikiran faham Wahabi yang Asri sepemikiran dengan mereka turut mengkafirkan orang. Waktu yang sama juga didapati Asri sering menghina Raja-raja Saudi dengan kutukan yang amat kesat. Maka siapakah dalang fitnah mengucar-kacirkan ummah sebenarnya?!.



Tidak cukup dengan itu, Dr. Asri turut memfitnah dan menuduh saya kononnya saya mengkafirkan para Sahabat Nabi Muhammad dan ini adalah tuduhan yang amat busuk terhadap saya, diluar sana banyak lagi tuduhan-tuduhan dan fitnah-fitnah Dr. Asri ke atas saya. Saya pernah menerima surat samannya kepada saya tetapi saya lebih berminat untuk berhujjah kerana bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah hujjah adalah jalan penyelesaian utama yang dipilih.

Putar-belit fakta adalah mainan Asri. Pernah direka fakta palsu kononnya 2 orang ulama iaitu Imam Ibnu Hajar Al-Asqalany bertemu dengan Syeikh Ibnu Arabi kemudian mereka saling menghukum sesat satu sama lain sedangkan Ibnu Hajar baru lahir selepas lebih 100 tahun Ibnu Arabi meninggal dunia, bila pula mereka bertemu? Inilah sifat pengfitnah, pereka cerita, pemutar belit fakta.

Nah! Terbaru Dr. Asri dalam kenyataannya menuduh dan memfitnah saya buat kali yang entah berapa ribu kali kononnya saya mendakwa Dato’ Seri Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai JI, militan dan pengganas. Padahal saya tidak pun menyebut nama Presiden PAS itu.

Hakikatnya pada taklimat jemputan tersebut bertarikh 21.06.2010, saya (Zamihan Mat Zin) tidak langsung menyebut nama Dato’ Sri Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai militan atau pengganas atau Jemaah Islamiah (JI). Tidak!. Ini disaksikan juga oleh 'tangan-tangan ghaib' penebar fitnah palsu ini yang hadir pada waktu itu.

Tidak dinafikan mungkin wujud perbezaan pendapat antara saya dengan beberapa orang tetapi ketahuilah bahawa kenyataan melulu bukan pilihan yang tepat. (Sebuah laman berita tempatan telah mengeluarkan berita yang salah berkaitan isu saya ini dan telah diminta mereka merubahnya).

Wahai umat Islam dan pemimpin Islam. Berjaga-jagalah dengan dakyah Asri ini. Sesungguhnya ramai ulama Malaysia mengetahui pemikiran dan tujuan dakyahnya.




Komen saya : PAS memang dipenuhi tokoh wahabi seperti Harun Taib termasuk Hj Hadi dan Nik Aziz.

Mujurlah ada Dato Harun Din yang boleh dijadikan 'check and balance' dalam Majlis Syura.

Kalau tidak memang dah lama kita berbunuhan sesama sendiri. Sekarang pun dah ramai kena 'bunuh' dek fitnah.

Tak guna hidup kalau diri difitnah dengan 'kafir' seperti tohmahan PAS kepada UMNO kerana gelaran 'kafir ' sangat jelas mmerendahkan maruah ahli ahli UMNO seluruh Malaysia.

Cuba darab berapa juta dosa ularmak PAS yang kafirkan Umno ?

Memang tak akan habis dikira sampai kiamat....

Taubatlah wahai Ahli PAS dan juga UMNO sebelum maut menjemput kamu.

Ahli PKR terpulanglah kerana kamu sudah pun dicucuk hidung oleh bukan Islam yang antikan Islam dan segala syiar syiar berkaitan dengannya.

Takbir !!!




nota: jika anda tension petang ini apa kata kita layan blog AnaWahabi di sini http://anawahabi.blogspot.com/2010/06/ana-pun-nak-masuk-umno.html

Kreatif tulisan tuan punya blog.

Harap baca untuk berhibur sahaja.... Tetapi dalam gurauan tu ada makna....

23 Jun 2010

Ulama Besar Islam Said Ramadhan Sahkan Wahabi Ciptaan British & Senarai 65 Ulama Dulu & Kini Yang Menolaknya !!!

  1. Polis telah mengusir Ayman warga Syria kerana terlibat dengan Al Qaeda dan merekrut pelajar di IPT untuk berjihad di negara ketiga. Info sini
  2. Untuk info Ayman ini telah diusir dari UIA namun tetap meneruskan kuliahnya di Gombak. Info lanjut tentang Ayman tengok sini
  3. Info yang baru ditemui juga ialah markas Wahabi Ittiba' Sunnah di Kuala Pilah didapati menyanjung Shamsiah Fakeh. Adakah Wahabi pro golongan Komunis ? Info di sini
  4. Jangan terkejut Presiden PAS juga belajar di Madinah yang menjadi markas fahaman wahabi tulis rakan kita di sini dan sila klik sini untuk melihat dakwaan Osama Laden adalah penganut fahaman keras Wahabi ini.
  5. Lihat tulisan Zamihan Pegawai JAKIM tentang senarai 65 Ulama menolak Wahabi yang menjadi punca fahaman militan sejak dulu hingga sekarang di sini
  6. Wahabi sejak dulu telah menghapuskan Ahli Bait Nabi s.a.w dan tidak pelik jika Asri menghina golongan tersebut di sini. Senarai lengkap apakah komen yang pelik oleh Asri dan sehaluan dengan golongan liberal di Malaysia sila klik sini
  7. Portal Malaysiakini dalam hal ini agak ghairah menyiarkan laporan tentang Asri yang sejak dulu tidak jauh aliran pemikirannya dengan Islam Liberal tajaan Pakatan Rakyat. Dengan tajuk " Dr Asri,mufti mengapa kerajaan BN berbohong " jelas menunjukkan niat mereka menggunakan isu ini memburukkan BN/UMNO.
  8. Terkini lihat video pengakuan 'Bapa Wahabi' di Malaysia Dr Abdullah Yasin yang juga pernah ditahan tidak mendapat tauliah, bagaimana Wahabi berpakat dengan agen British Keluarga Diraja Sa'ud untuk memberontak terhadap Empayar Uthmaniyyah di sini
  9. Baca juga pendedahan bahawa wahabi ciptaan British oleh Ulama terkenal Dunia Islam Syeikh Said Ramadhan Al Buty di sini http://helmdahl.blogspot.com
  10. Lagi bukti hubungan rapat Saudi dengan British hingga mendapat anugerah oleh Ratu England dan bagaimana Mossad membiayai gerakan Wahabi di sini http://bahrusshofa.blogspot.com dan gambar bawah ini yang dipetik dari buku bertajuk " Custodian of the two Holy Mosques King Fahd bin Abdul Aziz " karya Dr. Fouad Al Farsy page 214 terbitan Guernsey Channel Islands 2001




Apa pandangan anda tentang wahabi sekarang ? Masih simpati ? Tidak mengapa selepas ini akan datang lagi fakta fakta yang akan mendedahkan apak dan siapa yang menaja Wahabi dan jaringannya di negara kita.

Segala kajian lengkap sudah diperolehi dan hanya menanti ia didedahkan kepada umat Islam agar tidak lagi terpengaruh dengan kelicikan 'grand design' yang ingin merosak akidah, kestabilan ummah serta kekuatan rohaniyyah agar rosak dan menyeleweng dari ASWJ !!!


22 Jun 2010

7 Perkara Jika Dr Asri Diterima Atau Ditolak Umno !

Gambar Shahidan, Asri dan Azwan Ali

Isu Dr Asri panas lagi. Berbagai bagai komen dibuat dan tuan empunya diri juga menafikan akan sertai Umno. Terbaru TPM menyatakan Umno tidak menolak sesiapa sahaja jika berminat menyertai Umno.

Selepas Aziz ( MB Kelantan) Asri adalah tokoh yang menyengat. Apatah lagi disokong kuat oleh bekas MB Perlis Shahidan Kassim. Dan diangkat menjulang oleh Malaysiakini, Mstar dan portal pro pembangkang termasuk Harakahdaily.

Khabarnya tempat yang bakal menerima Asri ialah di Bukit Bintang, kawasan yang dirasmikan mesyuaratnya oleh Shahidan minggu lepas.

Di bawah beberapa analisa tentang jika Umno menerima atau menolak Dr Asri. Harap dapat diguna untuk menghabiskan teori dan analisa anda yang tentu pening menilai kemasukan Asri ke dalam parti keramat Melayu ini.





JIKA DITERIMA

  1. Umno akan menghadapi masalah dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan JAKIM yang menolak fahaman liberal dan mirip 'wahabi' oleh Asri.
  2. Umno akan ditolak oleh tok guru dan alim ulama anti Wahabi khasnya golongan pondok.
  3. Umno akan ditolak majoriti rakyat yang anti Wahabi.
  4. Umno akan dilabel suka mencari peluang memperalat golongan agama atas alasan sudah 'nazak' dan sudah 'nyawa-nyawa ikan.'
  5. Umno akan dikuasai oleh mereka yang rosak akidahnya dan pro kepada Arab Saudi yang menjadi tempat membiak fahaman Wahabi ini.
  6. Umno akan mengubah segala yang diamalkan selama ini seperti tahlil, talkin, maulid yang menjadi amalan turun temurun Ulama ASWJ selama ini di Malaysia
  7. Umno akan cepat pupus tanpa perlu menunggu Anwar atau Aziz 'mampus'


JIKA DITOLAK

  1. Umno akan dilihat teguh memegang prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi majoriti ajaran umat Islam dunia
  2. Umno akan makin disayangi oleh para pemimpin dan ulama/mufti yang ASWJ dan pasti akan mendapat doa keramat mereka.
  3. Umno akan mendapat sokongan dari semua lapisan rakyat dari Raja, Pemimpin, Marhaen yang amat tegas menentang fahaman bercanggah ASWJ
  4. Umno akan dapat menjadi benteng serangan pemikiran yang dilancar dari dalam dan luar negara kita.
  5. Umno akan berjasa dalam memelihara akidah dan keamanan negara kerana menolak fahaman yang membiakkan unsur militan
  6. Umno akan dapat menolak tuduhan liar pembangkang bahawa ia tidak Islam dan dipenuhi unsur sekular, komunis dan atheis hingga memerlukan ulama seperti Asri mensucikannya.
  7. Umno akan selamat dari perangkap PKR PAS yang mahu majoriti rakyat membencinya kerana menerima tokoh yang liberal biadap akhlaknya lantaran mengkritik Majlis Fatwa / Mufti Mufti seluruh Malaysia.



Salam 1Malaysia dan salam 1Akidah 1Fahaman 1Mazhab ASWJ !!!



Beberapa kritikan terhadap Dr Asri untuk penilaian anda...

1. Kesalahan Asri mendaifkan hadis 'Menuntut Ilmu hingga ke China' baca sini

2. Ketakburan beliau mengkritik Mufti Mufti di sini

3. Fatwa Asri tentang Bulan Rejab di sini

4. Kenapa jawatan Asri ditamatkan di sini

5. Kenyataan Pengarah JAIS Asri boleh dipenjara di sini


Nota : tiada gelaran hormat ditulis kepada mereka yang khianati samada Agama atau Bangsa / Negara seperti Anwar, Aziz atau Asri.





Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Hulu Kelang Saari Sungip
manakala di kanan ialah Ahli Parlimen PKR Ampang Dr Zuraida Kamarudin.

Marina Mahathir

Gempar : DAP rancang guling TYT P.Pinang !

Seperti biasa,setiap Jumaat ketika penjawat awam pergi menunaikan solat, mesyuarat DAP diadakan di pejabat Ketua Menteri.

Perkara ini sudah berlarutan sejak DAP memerintah kerajaan negeri, mesyuarat ini khas untuk DAP ,rakan rakan pakatan tidak dibenarkan hadir ataupun mendengar intipati mesyuarat mingguan ini.

Menurut sumber Pisau, mesyuarat mingguan DAP di KOMTAR telah merancang terlalu banyak agenda untuk menguasai terus negeri ini.

Hasil mesyuarat mingguan ini telah banyak mempengaruhi segala tindakan Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.

Salah satunya mereka telah berjaya menghapuskan pemilik tanah TOL melayu dihampir seluruh negeri dengan menganugerahkan geran tanah kepada cina,perkara ini berlaku terutamanya di Balik Pulau.Perkara ini benar benar telah berlaku dan banyak rungutan dari pegawai pegawai pejabat tanah dan daerah yang mereka tidak mampu berbuat apa apa kerana terpaksa menurut perintah chauvanist ultra kiasu DAP.

Universiti Nanyang akan membuka cawangan di Balik Pulau. Ini adalah salah satu plan jangka panjang menjadikan Pulau Pinang negeri berkembar bersama Singapura. Tidak hairanlah mengapa Guan Eng setiap 2 minggu akan terbang kesana untuk mengadap Lim Kwan Yew dan Lee Hsien Loong.

Terlalu banyak yang dirancang,DAP tidak akan sesekali melepaskan gengaman negeri yang mereka idamkan sejak merdeka lagi.


Tahukah anda pada minggu lepas semasa berlangsungnya mesyuarat sulit itu ,khabar angin menyatakan sudah ada perancangan dan cadangan oleh chauvanist dan ultrakiasu DAP untuk menyingkirkan Gabenor ,TYT Rahman Abas dan digantikan dengan jawatan Datuk Bandar.

Jawatan Datuk Bandar akan dipilih melalui satu pilihanraya , ini adalah salah satu contoh yang kita semua tahu bagaimana mereka untuk meletakkan kepimpinan cina yang mutlak didalam struktur kerajaan negeri dengan menyingkirkan TYT iaitu seorang melayu.

Dalam plan tindakan mereka,dengan menghapuskan jawatan Gabenor,ia adalah bertujuan untuk menghapuskan kuasa dan ikatan kepada kerajaan pusat.Mereka menyedari jawatan TYT adalah lantikan daripada DYMM atas cadangan oleh kerajaan Pusat.

Sejauh mana mereka mampu mengantikan TYT ,Pisau tidak pasti,tetapi itulah perancangan mereka.

Mereka mahu dilihat menjadi kuasa penentu dalam semua aspek didalam kerajaan negeri.Menurut sumber Pisau lagi,mereka turut merancang untuk menguasai negeri dengan menubuhkan kontijen anggota polis sendiri tanpa perlu mengharapkan Polis Diraja Malaysia.

Permohonan telah dibuat,oleh pihak kerajaan negeri kepada KDN,Pisau menyeru agar pihak KDN mengambil perhatian yang amat serius tentang perancangan jahat mereka.

Yang pasti selepas tersiarnya berita ini,mereka akan menafikan sekeras kerasnya dakwaan ini malah mereka akan berani menuduh menyatakan ia adalah fitnah semata mata untuk memburukkan DAP.Kemudian pihak PAS dan PKR akan sama sama mempertahankan DAP kerana terlalu sayangkan tuan mereka.

Melayu melayu haprak didalam Pakatan,jika ini yang anda mahukan,anda bakal berjaya mengrepublikkan negeri Pulau Pinang.

Penyokong PAS dan PKR yang terlalu sayangkan Guan Eng sudah pasti akan bersorak gembira jika perancangan ini berjaya.Justeru Pisau menyeru kepada rakyat negeri Pulau Pinang agar bangkit dan jangan mudah tertipu dengan taktik halus peracangan jahat DAP Pulau Pinang.



Pisau kata " melayu tak payah bersatu lah,bagi terus penang kat cina ,selesai masaalah "


20 Jun 2010

Siapakah Midhat Pasha Yang Jadi Pengkhianatt Empayar Islam Utsmaniyyah Versi Malaysia ?

ikincihamid1.jpg
Sultan Abd Hamid II Sultan Terakhir ke-34 Empayar Uthmaniyyah


  1. Sejarah sememangnya akan berulang. Cuma tidak ramai menjadi 'ulul albab' membaca dengan mata zahir dan menilai dengan mata hati.
  2. Sejarah kejatuhan Empayar Islam terakhir perlu disemak kembali dan malam ini saya kebetulan terjumpa kisah kejatuhan ttersebut yang tidak pernah dibaca sebelum ini.
  3. Tokoh dalam komplot kejatuhan Uthmaniyyah adalah Midhat Pasha yang pemabuk dan amat tidak bermoral.
  4. Beliau adalah pengkhianat dan agen British yang mahu memusnahkan Uthmaniyyah dari dalam demi memastikan empayar agung Islam itu akan hancur. Selain seorang lagi Jeneral bernama Awni Pasha yang turut terlibat dalam hal ini.
  5. Demi menyelamatkan Empayar Islam Sultan Abd Hamid telah memecat Midhat Pasha yang sebelum itu telah dilantik sebagai orang kepercayaan beliau. Perlembagaan Sekular tajaan beliau juga telah ditolak dari dilaksanakan oleh baginda.
  6. Adalah dikhabarkan Midhat Pasha ini berasal dari keturunan Yahudi dan tidak peliklah tabiat beliau yang minum arak tegar sejak zaman mudanya, telah dikisahkan dalam tinta sejarah.
  7. Selepas dipecat beliau telah diusir keluar negeri pada Feb 1877 dan ada setengah berpendapat ke Eropah.
  8. Midhat Pasha lah yang telah bertanggungjawab membuat draf perlembagaan sekular untuk menggantikan Perlembagaan Islam dan juga bertanggungjawab merancang komplot membunuh bapa saudaranya Abd Aziz.
  9. Jelas plot yang sama berlaku di Malaysia di mana ada individu tertentu dengan gigih sekali cuba meruntuhkan Empayar Islam Malaysia. Pernah menjadi orang penting dalam Kabinet Malaysia tetapi akhirnya dipecat selepas tembelangnya menjadi tali barut musuh negara pecah.
  10. Penguasaan Malaysia di pentas dunia dalam bidang bidang ekonomi dan kedudukan tinggi di kalangan negara OIC yang menghimpunkan 1/4 dari jumlah rakyat dunia tentu menggusarkan musuh Islam. Lihat sahaja GLC seperti Petronas, Maybank, Telekom dll yang sudah berada di serata dunia membawa nama negara kita.
  11. Kejayaan negara yang sukar digugat termasuk oleh Singapura juga telah menggerunkan mereka dan cara halus diguna pakai yakni dengan membiayai pergerakan politik atau agama atau sosial yang boleh menggugat kerajaan sedia ada.
  12. Lihat bagaimana agen mereka sedang berpoya poya di luar negara dengan membuat kerja menfitnah pimpinan negara kita sedangkan jelas sekali anasir yang cuba ditanam oleh mereka sangat bahaya demi untuk menukar kerajaan yang kuat mempertahankan Islam sejak dulu hingga sekarang.
  13. Gunakan akal dan mari kita bongkarkan lagi konspirasi Grand Design tajaan Yahudi Nasrani ini demi menyelamatkan agama bangsa dan negara kita. Banyak lagi watak yang pernah wujud dalam sejarah dan berulang dalam kisah mutakhir yang terjadi di tanah air kita hari ini... Info dipetik dari laman http://www.dakwah.info/

Baca juga kisah terakhir pengusiran Sultan Abd Hamid II di sini yang pasti buat anda menangis membacanya http://episod-cinta.blogspot.com/

Siarkan Artikel Pro Israel di blog, Anwar Ibrahim Terbukti Pejuang Zionis

 

Ramai rakan-rakan blogger anti Anwar hari ini menulis mengenai kenapa Anwar Ibrahim menyiarkan artikel pro Israel di blog beliau semalam iaitu 16 Jun 2010. Artikel itu secara terang-terangan menulis pendapat Yuval Diskin yang menyatakan kepada media antarabangsa membatal sekatan dan kepungan kepada Gaza akan menyebabkan bahaya dan keadaan tidak selamat kepada Israel. Hal ini disebabkan Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas akan mudah mendapat bekalan senjata dan menyerang mereka.

Apa yang dapat dilihat adalah di artikel itu tiada ulasan disertakan oleh Anwar dan menimbulkan tanda tanya adakah Anwar Ibrahim menyiarkannya kerana bersependapat dengan Yuval Diskin, Ketua Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel atau nama hebrewnya the Shin Bet?

Yalah, jika benar beliau tidak bersependapat dengan ketua agensi Israel itu, pasti ada ulasan yang disertakan beliau. Tetapi artikel itu dibiarkan kosong tanpa ulasan seumpama artikel itu sendiri adalah pendirian Anwar.

Bagi Daniel ini semua tidak pelik dan Daniel sendiri telah menulis minggu lalu yang sebenarnya ICG (International Crisis Group) tidak langsung mengkritik Israel terhadap serangan mereka ke atas kapal bantuan Gaza tempohari tetapi hanya menegur Israel yang serangan itu hanya membuatkan masyarakat dunia mengasihani Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas. Ini bermakna ICG menyokong dan mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah.

ICG juga sering mengeluarkan laporan berkenaan Yuval Diskin ini dan rata-ratanya di dalam setiap laporan itu mereka bersetuju pendapat ketua agensi Israel itu yang menggelarkan Hamas sebagai pengganas.

ICG juga terkenal rapat dengan Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel atau the Shin Bet ini apabila dokumen perjanjian gencatan senjata Israel dan Hamas yang dibuat oleh agensi itu pada 19 Jun 2008 hanya tercatat di dalam laporan ICG sahaja pada ketika itu dan tidak pada laporan media lain. Klik sini.

Hal rapatnya ICG dan agensi Israel ini yang menyebabkan tidak menghairankan Anwar Ibrahim menyiarkan artikel berkenaan agensi Israel itu di blog beliau, kerana jelas sebagai ahli dan penderma organisasi berkenaan , beliau turut seia dan sekata dengan apa yang diperjuangkan organisasi itu iaitu mengiktiraf dan menyokong Israel sebagai negara yang sah serta sesiapa yang menentang negara itu akan mereka anggap pengganas.

Perkara ini jelas membuktikan Anwar Ibrahim sebagai pejuang zionis di negara ini. Buktinya,lihatlah sendiri Anwar Ibrahim menyiarkan artikel pro Israel di blog beliau.

Kerana satu laporan sahaja mengaitkan beliau dengan gerakan anti yahudi, Anwar Ibrahim kini mula membodek yahudi dan zionis kembali. Betapa terang lagi bersuluh, Anwar tak boleh hidup tanpa yahudi..





19 Jun 2010

Updated : Kaitan Jemaah Islamiyah dan Salafiyah Wahabiyyah - Satu Penjelasan


Tokoh Spritual JI : Abu Bakar Basyir




FAKTOR KEMUNCULAN JEMAAH ISLAMIYYAH / MILITAN



Pada hakikatnya kemunculan kumpulan militan yang bertopengkan Islam adalah merupakan manfestasi daripada kebencian terhadap negara-negara kuasa besar seperti Amerika dan British yang tidak henti-henti melakukan pencerobohan dan campurtangan di dalam dunia Islam.


Kebencian tersebut telah membenihkan gerakan bawah tanah di atas nama agama dan ditunjukkan kekuatan mereka melalui siri serangan bom ke atas lokasi-lokasi kepentingan Barat di serata dunia termasuk yang menjadi tumpuan rakyat mereka melancong dan berhibur seperti di Bali.


Dalam satu kajian oleh penyelidik UKM dalam Jurnal Usuluddin Bil 21 (2005) ditulis antara pegangan JI ialah fahaman Salafiyyah Wahabiyyah yang berakar sebelumnya pada gerakan Darul Islam (DI) yang bermatlamat untuk menubuhkan negara Islam seperti yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.


Sebahagian anggota DI adalah ahli Persatuan Islam (PERSIS) yang diasas oleh Ahmad Hassan pada tahun 1920-an dan memiliki persamaan dari segi fahaman agama dengan ajaran Wahabi di Arab Saudi. Imam Samudera yang mengebom Bali adalah dari PERSIS. Beliau akrab denga Kiyai Saleh As’ad yang pernah menjadi pemimpin Darul Islam di Banten pada tahuun 1970-an.


Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia (DDII) yang diasas oleh Mohammad Natsir pada 1967 bersama rakan rakannya, telah bertukar menjadi Salafiyyah Wahabiyyah selepas mendapat dana dari pertubuhan Rabitah Al-Alam Al-Islami (Islamic World League) yang didirikan pada tahun 1962 dan berpusat di Arab Saudi.

Pertubuhan tersebut turut menghulurkan bantuan dari segi pendidikan, dakwah dan pembangunan masjid melaluinya. Natsir pernah menjadi wakil Presiden Rabitah dan pertubuhan tersebut adalah penyumbang dana untuk latihan ketenteraan yang diikuti oleh Abdullah Sungkar di Afghanistan.

Untuk makluman Arab Saudi adalah negara Wahabi yang wujud selepas kejatuhan Empayar Turki dengan bantuan British yang menghasut golongan kabilah untuk memberontak kepada Pemerintah. Selepas mendapat kuasa Raja Sauud dibantu Muhamad Abd Wahab ( pengasas Wahabi ) telah memusnahkan tempat bersejarah Rasulullah s.a.w dan membunuh ramai Ahli Bait (keluarga) Baginda.


JI juga didapati terpengaruh dengan Ikhwanul Muslimin (IM) Mesir dan kumpulan serpihannya yang lebih keras iaitu Jama’ah Islamiyyah. Di Mesir pertubuhan IM yang diasaskan oleh Imam Hassan Al Banna yang turut menjadi rujukan Parti Islam Se Malaysia (PAS) telah mengancam keselamatan negara Mesir dan diharamkan meskipun pada mulanya adalah sebuah pertubuhan yang bertujuan dakwah dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Ia berlaku selepas kematian Imam Hassan Al Banna dan diganti dengan tokoh lain yang mahukan kekerasan dilaksanakan dalam perjuangan mereka untuk menegakkan Islam.


Anggota JI didapati turut mendapat latihan di Afghanistan dipimpin oleh Abdul Rasul Sayyaf yang berfahaman Wahabi. Sayyaf juga ada hubungan dengan Abdullah Azzam yang ketika itu memimpin Rabitah Al Alam Al Islami cawangan Peshawar. Pertubuhan Rabitah juga didapati membiayai dana untuk menghantar sukarelawan yang direkrut oleh JI melalui Gerakan Pemuda Islam Indonesia ke Afghanistan sejak tahun 1985


Mas Selamat yang ditahan di Malaysia pada 2009 selepas

melarikan diri dari penjara Singapura pada Feb 2008





PERBANDINGAN ANTARA JIHAD JI DAN JIHAD RASULULLAH S.A.W



JI menggunakan pendekatan yang sangat jauh berbeza dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w terutama dalam bab menggunakan senjata memerangi bukan Islam.

Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajar umat untuk melakukan pembunuhan atau kecederaan kepada orang yang tidak berdosa dan tidak terlibat dalam peperangan memerangi Islam. Sedangkan JI telah membunuh rakyat negaa Barat tanpa sebab seperti pengeboman di Bali yang meragut ratusan nyawa manusia tidak berdosa dan bukan anggota tentera.



senarai mangsa Bom di Bali pada 12.10.2002



Islam membenarkan penentangan terhadap kafir harbi yang memerangi Islam apabila Islam telah diancam atau diperangi. Ia mestilah mengikut syarat-syarat yang ketat agar tidak berlaku pembunuhan terhadap lelaki dan wanita tua, kanak-kanak serta dilarang merosakkan tanaman atau memusnahkan pokok.




JI terbukti telah melanggar prinsip ini dan mereka sebenarnya tidak mengikut ajaran Islam dan hanya menggunakan agama untuk tujuan yang tidak dituntut oleh agama sedikitpun. Kenapa mesti orang Kafir dibunuh sedangkan mereka adalah 'sasaran dakwah' bukan pedang atau pistol kita.



JI menggunakan alasan ketenteraan dibuat untuk mendirikan daulah bagi menubuhkan pemerintahan berlandaskan syarak. Sedangkan Rasulullah s.a.w tidak pula menggunakan taktik berperang untuk mendapatkan kuasa pada peringkat awal dakwah baginda.



JI adalah contoh bagaimana serangan pemikiran musuh Islam yang merosakkan teras agama sehingga pemikiran JIHAD menjadi keutamaan mereka dalam menuntut penubuhan NEGARA ISLAM sedangkan Islam boleh disebarkan atau diamal walaupun tidak melalui pendekatan perang/jihad seperti mana yang dibawa oleh mereka.



JENAZAH Imam Samudra, 38, dibawa ke Serang, Banten pagi tadi. Tengah malam tadi dia bersama Amrozi Nurhasyim, 47, dan Ali Ghufron, 48, menjalani hukuman mati ditembak setelah didapati bersalah terlibat dalam kejadian pengeboman di Bali enam tahun lalu. - foto AP


Ramai orang menyangka Imam Samudera(gambar) adalah syahid sedangkan syahid di sisi Allah mereka yang berjuang melawan mereka yang memerangi Islam bukan membunuh bukan Islam.



Tohmahan orientalis Barat yang menuduh Islam disebar menggunakan ‘mata pedang’ seolah olah benar / betul dengan tindakan JI menyerang bukan Islam. Sedangkan Islam disebar oleh Nabi dan sahabat dengan cara yang tidak menyakitkan serta penuh adab dan hikmah. Sejarah membuktikan Islam berperang apabila mereka diserang bukan menyerang tanpa alasan yang kukuh.



Sangat jelas sekali bahawa imej Islam tercalar teruk dengan tindakan militan yang berjuang menggunakan nama Islam ini. Ramai orang telah keliru dengan imej sebenar Islam yang penuh dengan rahmat dan kasih sayang. Sirah Nabi sarat dengan kisah baginda menarik hati musuh Islam dengan pendekatan akhlak yang mulia bukan senjata yang berkilau. Penguasaan dengan senjata tidak sama dengan penguasaan hati dan minda yang lebih kekal dan tahan imannya..

Lihat kisah Nabi dengan pengemis buta Yahudi yang anti Islam dibawa baginda http://abubasyer.blogspot.com


Lihat kisah petir mengiringi jenazah tiga pengebom di Bali ketika disemadikan seakan akan tanda kemurkaan Allah atas perbuatan mereka yang mencemar nama Islam...Ia ditulis di laman yang dilink di bawah (syukran.wordpress.com)



Lihat juga gambar Imam Samudera yang tidak ada 'senyuman' seperti lazimnya mereka yang syahid yang melawan Zionis Israel di Palestin di bawah dan fikirkan adakah Imam Samudera itu layak digelar syahid kerana membunuh jiwa tidak berdosa ?



Gambar sudah cukup menjadi bukti beza yang jelas antara mereka yang syahid dan 'didakwa syahid'. Namun malangnya ada juga blog seperti Syukran.wordpress ini yang ingin mengangkat Imam Samudera dan rakan rakan mereka sebagai syuhada !








Mudah mudahan Allah menjaga negara kita dari anasir militan dengan berkat Ahli Bait yang ramai di Malaysia.



Mari kita bersihkan hati dan mewarisi akhlak Nabi s.a.w hingga musuh agama ditawan dengan 'akhlak' hasil dari iman yang mantap kepada Allah Taala.



Amin Amin Amin.

Cari Blog Ini

Translate