Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Mei 2010

7 Rahsia Kenapa Karpal, Anwar dan Khalid Beria-ia Campur Kes Arwah Aminulrashid

Terkini keluarga Aminul telah meminta satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dengan lebih telus kematian arwah Aminulrashid 15 tahun yang mati terkena peluru polis di Shah Alam jam 2 pagi pada 26 April 2010 lepas.

Berita lihat sini http://mstar.com.my

Beberapa pemimpin Pakatan Rosak telah bersungguh sungguh ke depan menunjukkan komitmen mereka untuk membawa isu ini ( baca : untuk keuntungan politik diri )

Selepas meneliti saya mendapat dan berpendapat :

1. Isu ini boleh menjadi isu utama untuk PRU 13 oleh pembangkang selepas isu sebelum ini berhubung kes Nurin Jazlin yang mati dibunuh sehingga dijadikan isu politik yang telah membawa kepada kemenangan Pakatan Rosak dan telah menghakis keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional. Peliknya ia terjadi di celah celah kesibukan pasukan petugas NKRA dan GTP memerah otak mencari formula menyelesaikan masalah-masalah negara seperti logistik, keselamatan,serta jenayah yang terbukti menurun dengan mendadak tahun ini berbanding satu ketika dulu.

2. Permintaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tidak ubah seperti tindakan mereka dalam isu VK Lingam. Ia dijadikan modal politik dan dimainkan hingga ke saat akhir kempen PRU 12 yang lalu. Maka isu ini telah menghakis keyakinan rakyat terhadap polis sekaligus kepada kredibiliti mantan PM Tun Abdullah di dalam menyelesaikan isu jenayah yang dilihat semakin teruk oleh rakyat hasil permainan persepsi pembangkang berkenaan isu tersebut.

3. Karpal Singh dilihat beria-ia menjadi peguambela keluarga Aminulrashid. Malangnya kenapa dalam soal melibatkan polis SAHAJA Karpal 'terangsang' untuk menjadi peguam bela kepada keluarga mangsa ? adakah kerana ia menjadi perhatian ramai dan boleh dijadikan alasan memburukkan polis maka tawaran ini diterima ? Tidak mustahil ini taktik DAP menonjolkan diri mereka untuk kempen tidak langsung PRK Sibu 16 Mei ini.

4. Anwar juga telah menyiarkan berita kawan Arwah Aminulrashid yang selamat dan tidak terkena tembakan (di sini). Dalam wawacara antara beliau dengan YB Shah Alam Khalid Samad ( klik ) beliau menyatakan Aminulrashid keluar senyap-senyap dari rumah dan telah terlanggar sebuah kereta mewah sebelum lari dan dikejar polis.. Menariknya dalam kenyataan beliau jelas bahawa kereta peronda yang melihat kereta mangsa mencurigakan telah memasang siren semasa kejadian mengejar kereta arwah.

5. Anwar akan menghadapi kes liwatnya 4 Mei 2010. Maka tindakan bersepadu Pakatan Rosak mengaitkan isu in dengan polis berjaya menarik perhatian orang ramai kepada kes tersebut sehingga terlupa kes Anwar yang berjalan seperti biasa pada 4hb esok... Apatah lagi isu utama seperti Sultan Selangor murka terhadap Nik Aziz Nik Mat berjaya dipadamkan menerusi isu ini.

6. Tindakan Khalid Samad menemuramah rakan Arwah juga telah membuktikan bahawa mereka sedar isu ini sangat memberi kesan kepada ramai orang berbagai lapisan dan bangsa. Apatah lagi ia dengan seorang budak berusia 15 tahun yang digambarkan menjadi mangsa kerakusan/kezaliman polis oleh Pakatan Rosak. Penggunaan isu yang sarat dengan emosi ini pasti akan dijadikan taruhan Pakatan Rosak untuk 'nyawa' mereka PRU akan datang.


7. Walaupun pihak pembangkang cuba menjadi jaguh isu ini, jangan kita lupa kenyataan polis tentang tembakan tersebut terpaksa dibuat demi menjaga nyawa anggota mereka
Faktanya kereta mangsa cuba mengundur dan boleh membawa kematian pihak polis tidak ubah seperti yang wujud dalam filem barat . Sila baca laporan awal kes ini di Kosmo . Dalam hal ini Khalid Samad cuba menjadi jaguh dalam mengaut keuntungan politik untuk kerusi yang disandangnya walhal beliau sepatutnya membiarkan siasatan dijalankan dan menunggu keputusan inkues.



Lihat artikel-artikel kesungguhan Karpal, Anwar dan Khalid Samad membela nasib mangsa yang memandu tanpa lesen jam 2 pagi ini !!!

Adakah nyawa polis tidak berharga berbanding suspek penjenayah ???




Khalid Samad @ Tulang Besi http://www.malaysiawaves.com

Desakan Tubuhh Suruhanjaya Diraja @ Malaysian insider http://202.75.56.183/



Keadaan kereta dipandu Aminulrashid yang mati ditembak di Shah Alam.

2 ulasan:

melayu2020 berkata...

Kata tapisan tak di buat di blog,..tapi kena approved dulu la pulak...adohaiiii!! slow betul la..

melayu2020 berkata...

Bro!!

Mereka tentunya mahu sesuatu modal untuk pilihanraya akan datang..

Soalnya sekarang ni!!


Apakah tanggungjawab kamu sebagai rakyat malaysia dan sebagai seorang blogger,adakah kamu percaya arwah seorang criminal sedangkan kamu tidak tahu perkara sebenar?? Banyak tempat boleh polis tu tembak bro!! Tak semestinya di kepala...pakai otak sikit la bro..

Cari Blog Ini

Translate