Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Mac 2010

Edisi Khas : YB Ahmad Maslan kata Jika Selalu Baca Blog Pembangkang Boleh Jadi Goblok !!!

Gambar YB Datuk Ahmad Maslan bersama keluarga


Sebenarnya sudah lama blogger menyentuh isu Datuk Ahmad Maslan mengatakan goblok kepada blogger. Saya tidak berkesempatan menulis berkenaan isu tersebut kecuali saat ini.

Pertama, kerana saya tidak mahu dilihat membodek pemimpin. Kedua, saya mahu melihat sejauh mana isu ini ditulis. Ketiga, saya mahu mendengar 'live' dari rakan blogger yang menulis berkenaan isu tersebut tentang nawaitunya menyentuh Yb Ahmad Maslan yang didakwa menggoblokkan blogger.

Ketika Umno sedang dibaikpulih dengan berbagai program dan kursus, saya melihat orang yang kuat bekerja bagi pihak Perdana Menteri ialah Yb Datuk Ahmad Maslan atau DAM. Saya sendiri pernah mendengar ceramah beliau yang begitu bersemangat dan padat serta menarik minat pendengar. DAM adalah orang kepercayaann YAB Perdana Menteri dan beliau sangat jujur menjalankan tanggungjawabnya.

Sebelum bertugas dengan YAB PM beliau bertugas dengan Menteri MITI iaitu Datuk Mustafa Mohamad. Dengan 'track record' yang baik beliau telah diletakkan oleh PM untuk menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri khasnya menjaga sebuah agensi yang sangat penting dalam membina perpaduan rakyat Malaysia di Biro Tatanegara.

Saya melihat orang rajin dan berbakat seperti beliau perlu diberikan peluang dan tidak dihentam secara membuta tuli. Mungkin ada kesilapan pada fakta atau info yang kita terima tetapi ia harus diperbetulkan segera sebelum persepsi rakyat menjadi buruk dan sukar diubat. Maka itulah sebab utama saya menulis sedikit berkenaan isu ini pagi ini. Agar imej DAM tidak terus terjejas di mata dan minda blogger.

Sedikit petikan beberapa blog yang telah siarkan jawapan balas DAM isu ini :

1. Laman Web Umno Subang

“Secara seloroh saya kata maksudnya jika terlalu banyak baca blog (tak buat kerja lain) khuatir akan jadi ‘Goblok’.. Oleh itu, saya kata baca blog terpilih seperti blog PM atau blog Tun M.. itu saja.. seloroh.. tak kan tak boleh nak gurau kot..” demikian kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Y.B. Datuk Hj. Ahmad Bin Maslan di dalam blognyahttp://ahmadmaslan.blogspot.com bagi menjawab isu rasa tidak puas hati beberapa orang blogger terhadap ucapannya yang dikatakan menghina blogger dengan panggilan ‘goblok’semasa Program Perhimpunan Warga Penerangan UMNO Bahagian Subang di Sekolah Kebangsaan Subang Perdana U3, hari Ahad lepas.

Rasa tidak puas hati terhadap panggilan ‘goblok’ tersebut disuarakan oleh blogger yang dikenali sebagai Gerakan Anti PKR yang turut hadir di dalam program tersebut di dalam penulisan blognya bertajuk ‘Tahniah UMNO Bahagian Subang. Ahmad Maslan Hina Bloger’.

Tambah beliau lagi, gurauan tersebut adalah sebagai satu kaedah ceramah untuk menarik perhatian hadirin yang mengantuk disamping mempopularkan blog yang baik dan mengingatkan pembaca supaya tidak terpengaruh dengan blog pembangkang.

“Yang dikhuatiri jadi ‘goblok’ bukan bloggers, tetapi pembaca blog yang tak dapat menyaring kebenaran dalam peperangan siber alam digital yang dipenuhi fatamorgana!” ujarnya.



2. Blogger Maaruf Ismail : Selepas membaca posting oleh beberapa bloggers yang mengatakan Datuk Ahmad Maslan menghina bloggers saya terus meminta penjelasan daripada beliau melalui SMS. Beliau telah menjelaskan secara terperinci kepada saya mengenai ucapannya pada Ahad lepas.

Berikut adalah penjelasan YB Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO mengenai dakwaan beliau menghina bloggers dalam ucapannya. SMS ini saya terima dari YB Datuk Ahmad Maslan pada 23.02.2010 jam 11:07 pm.;


Ucapan saya di Program Penerangan UMNO Subang 21/2 Ahad 9:30pg : Saya kata penerangan perlu guna 4M: Media Maya MM..Medium Bersemuka MB, Media Elektronik ME, Media Cetak MC. Tapi jika nak lihat 1 isu baca 1000 blog ada 1000 pandangan..khuatir pembaca akan terkeliru..secara seloroh saya kata maksudnya jika terlalu banyak baca blog (tak buat kerja lain) khuatir jadi “goblok”..oleh itu saya katabaca blog terpilih seperti blog PM atau blog Tun M..itu saja..seloroh..tak kan tak boleh nak gurau..kaedah ceramah untuk tarik perhatian yang ngantuk..juga nak popularkan blog2 yang baik & jangan terpengaruh dengan blog pembangkang..

yang dikhuatiri jadi “goblok” bukan bloggers, tetapi pembaca blog yang tak dapat menyaring kebenaran dalam peperangan siber alam digital yang dipenuhi fatamorgana! Baca 1000 blog untuk setiap isu, jika setiap hari & tak buat kerja lain, itu maksud saya dikhuatiri pembaca akan jadi “goblok”..bila saya ceramah adalah light joke.





Saya rasa cukuplah penjelasan rakan blogger meskipun saya sendiri telah mendengar secara 'live' ucapan beliau isu ini dan saya boleh memberi jaminan bahawa Yb Ahmad Maslan tidak sedikitpun ada niat untuk menuduh blogger sebagai goblok !!! Kerana beliau pun adalah seorang blogger seperti kita.


Link blog yang menulis YB DAM kata blogger sebagai goblok :



Harap rakan blogger akan 'sejuk' selepas mendengar penjelasan YB DAM minggu lepas secara live di Pahang. Beliau sendiri tidak menyangka gurauannya sudah disalaherti oleh sebilangan kecil pendengar.


Selagi kita menulis dengan etika selagi itu kita tidak akan jatuh ke lembah 'goblok'




5 ulasan:

Cheguman berkata...

Salam Panglima,
Saya setuju. Sejauh saya mengenali DAM, beliau tidak akan bertindak secara sengaja menghentam blogger. Malah beliau salah seorang yang berusaha mengumpulkan bloggers untuk diberi penerangan yang lebih jelas.

Jeepers Creepers berkata...

saya juga bersetuju. kadang kadang kita blogger terlalu cepat membuat andaian yang bukan bukan.

Panglima Perang Cyber berkata...

saya sokong.. harap tidak ada salah faham lagi.

kita takut kerana kerosakan yg boleh berlaku sukar dipulihkan.

pemimpin kita selagi mereka betul perlu disokong.

jika salah perlu dinasihat dengan baik..

kan?

hilbert berkata...

Salam Panglima,

benar sekali Panglima, sebelum membuat andaian yang bukan-bukan seharusnya mereka menyelidiki sesuatu itu elok-elok dulu, apalagi YB Ahmad Maslan bagi saya beliau jarang melatah dalam isu-isu tertentu.

dan harap semua rakan2 blogger melihat apa yang diucapkan oleh YB Ahmad Maslan itu mungkin tidak bertujuan menghina sesiapapun..

iKAnBUNtal berkata...

ala...nak buat macamana kalau ada bloger yg manja..
kena usik sikit pon dah melatah..
macam sendiri saja la..yg bagus..
susah kalau perasan dan x sedar diri..
sorila aku cakap..

Cari Blog Ini

Translate