Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Mac 2010

Edisi Ekonomi : GST menguntung bukan merugikan rakyat !!!

Saya ternampak pembangkang sudah menggerakkan kempen memburukkan GST ( Good Service Tax ) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan tidak lama lagi. Ia disiar di Facebook Tarmizi Mohd Jam dan gambarnya saya salin di bawah ini



Saya baru sahaja berbincang dengan seorang Tan Sri yang menjadi Naib Canselor sebuah universiti di Malaysia, tentang isu semasa politik negara kita, dan menarik sekali hasil perbincangan kami membuahkan kesimpulan bahawa sesiapa sahaja yang mampu menguasai minda rakyat maka mereka akan dapat sokongan dari rakyat tidak kira betapa besar penipuan yang mereka lakukan.

Perang sekarang ini adalah perang persepsi. Bukan perang yang melibatkan senjata atau perang melibatkan kehilangan nyawa.

Rupanya betullah Allah mengatakan dosa fitnah lebih teruk dari membunuh kerana jika kita kehilangan maruah, maka kita lebih teruk merasa kesakitannya berbanding kerana dibunuh oleh orang lain.

Jika dibunuh, kita akan tidak merasa malu dengan fitnah yang dilontarkan kepada kita tetapi jika difitnah maka kita akan menanggung penyeksaan mental yang sangat teruk berbanding seksaan fizikal yang mungkin boleh dilalui dengan baik oleh sesetengah orang dari kita.

Tentang GST saya minta tolong sangat sangat rakan semua agar menerangkan dengan jelas kepada rakyat isu yang sebenar, bukan memutarbelitkan fakta sesuka hati mengikut hawa nafsu..


Sila klik link ini http://pmr.penerangan.gov.my/ dan sebarkan kepada kawan yang lain.



Tolonglah atau kita akan merana kerana gagal membantu negara dalam soal penipuan pembangkang ini...


Tolonglah demi alif ba dan ta !!!!!!!!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan yang empunya blog...GST baik untuk penjimatan perbelanjaan dengan pengurangan kos cukai jualan dari SST ke GST?

Harga barang pun akan turun dengan terlaksananya GST...betul ke harga turun...?

Macam mana pula kalau harga bahan mentah dan bahan bakar naik...x ke harga barang juga naik? Bila harga naik GST lebih menguntungkan kerajaan...kerana GST akan dikenakan pada semua peringkat masyarakat. Tiada rakyat yang boleh lari dari dikenakan cukai 4%.

Mana dia kelebihan untuk rakyat?

Ni nak tanya duit cukai aku yang kena potong tiap-tiap bulan x cukup ke? Kemana duit tu pergi? Jangan la bagi alasan macam orang LHDN bagi penerangan duit tu konon buat jalan, buat sekolah, masjid dan macam-macam lagilah. Kalau setakat penjelasan macam tu jangan cakap pembangkang tabur fitnah bila tibai kerajaan, rakyat pun akan balun kerajaan kalau bagi alasan macam tu.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa kerajaan bukan nak menyusahkan rakyat.

kerajaan fikir juga kepentingan rakyat.

bro,kalau nak buat agak2 mcm tu pakcik tua kg aku lagi pandai.

Tanpa Nama berkata...

untungkan rakyat kot mana.hang bagi penerangan sikit PPC.setakat aku belajar tak dak hak untung rakyat kalau dah kena cukai.tak tau lah kalau aku tak sempat belajar benda tu dalam ekonomi.jangan perbodohkan rakyat kalau dah tau benda tu merugikan rakyat.PPC jangan asyik menjilat.ni rakyat dok bayar insurans jalan raya,beribu setahun,jalan dok berlopak dn bergegar kepala jugak.untung ke tu.bangang sungguh puak umno ni.jalan molek sikit kena tol,tu pun ado jugak beralun.kerajaan kalau tak dak duit guna polis untuk cari duit melalui arahan saman.ingat semua polis tu gila ke nak saman org tp dah arahan kena ikut tak ikut kena tunjuk sebab.bukan guna polis utk keamanan.tak caya tanya polis.betui kerajaan perlu mengurus,tp carilah cara yg tak bebankan rakyat.cukai ke atas pemegang kad kredit,tak beban rakyat ke.dunia la ni bukan nak megah pakai kad,tp keperluan,mudahkan pengguna.kerajaan takut nak ambil cukai dr org yg betui2 kaya.nuh yg pendapatan ratuh ribu stahun,guna kad beribu sebulan patutnya kena cukai beratus,yg guna sikit kena lah sikit ni dak kena sama je.bela rakyat ke tu.yg miskin ttp miskin yg kaya terus akaan kaya.depa tau kalau buat mcm tu depa yg banyak kena sebab depa kaya.
kau pikirlah.......
aku dah pikirr........

Cari Blog Ini

Translate