Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Januari 2010

Edisi Antarabangsa : Obama lantik Panglima Perang Cyber !

Panglima perang siber AS dilantik


SAN FRANCISCO 30 Mei - Pakar keselamatan komputer semalam memuji cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk mewujudkan jawatan koordinator pertahanan siber kebangsaan namun menyifatkan ia sebagai langkah pertama di atas jalan yang sukar.


Obama berkata, beliau akan mencalonkan seseorang sebagai cyber tzar (panglima perang siber) di White House untuk menghalang dan mempertahankan AS daripada jenayah, perisikan dan serangan penggodam ke atas kerajaan dan rangkaian komputer peribadi.


"Kita semua tahu kita sedang diserang dan perlu bertindak balas apabila timbulnya sesuatu isu.
"Ini adalah permulaan kepada perjalanan yang panjang. Ia perlu terus mendapat perhatian daripada Presiden dan mendapat belanjawan yang cukup. Ia tidak boleh hanya diumumkan hari ini tanpa tindakan susulan," kata ketua eksekutif Symantec, Enrique Salem yang berada di White House ketika Obama membuat pengumuman tersebut semalam.


Ketika ramai menyambut baik kenyataan Obama yang mahu menjadikan keselamatan siber sebagai keutamaan, pakar-pakar komputer merasakan ucapan beliau tidak cukup spesifik dan Obama tidak menyatakan bila koordinator siber akan dinamakan.


"Banyak yang masih belum terjawab. Perlu lebih banyak kerjasama dari perspektif sektor awam dan swasta dalam menangani jenayah siber. Saya tidak merasa cemburu dengan individu yang dilantik memegang jawatan tersebut kerana ia sangat sukar," kata penyelidik ancaman Trend Micro, Paul Ferguson. - AFP



Sumber : Utusan Malaysia - 31 Mei 2009




Apa pandangan anda berhubung serangan bertubi-tubi ke atas blog pro Kerajaan ? hingga ada sudah hilang dan 'musnah' begitu saja ?


Adakah ada kaitannya dengan Amerika dan agen Amerika di Malaysia ?


Pelik kerana yang hancur diserang ialah blog yang giat menulis mendedahkan tentang Anwar Ibrahim.


Pelik tetapi itulah yang benar benar terjadi.


Adakah sudah ada Panglima Perang Cyber mempertahankan website kerajaan ?


Sama sama kita renungkan.




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate