Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Februari 2009

Edisi Petang : Resolusi edisi pagi telah disahkan dan Artikel Kalimah ALLAH untuk sebaran sahabat BPN -Malaysiakini


UMAT Islam perlu bersatu untuk mempertahankan sensitiviti agama daripada diperkotak-katikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh mencetuskan kekeliruan.


Menyentuh isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan bersama.


Kerajaan menerusi keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986 melarang mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, solat, Baitullah dan Kaabah.


Malah sesetengah kerajaan negeri menambah beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam.


Namun yang peliknya, kenapa masih ada yang cuba menuntut kerajaan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan cetak mereka?


Alasannya, kalimah Allah diterjemah daripada perkataan God dalam bahasa Inggeris seperti yang tertulis di dalam kitab Bible.


Bagaimanapun, kita perlu akui tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kerana ia lebih banyak menimbulkan kekeliruan.


Bayangkan kekeliruan terutama di kalangan kanak-kanak Islam apabila terbaca papan tanda atau kain rentang berbunyi: "Aku adalah anak Allah" atau "damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "Anak Allah yang hidup". Semua itu adalah terjemahan terus daripada Bible berbahasa Inggeris.


Bagaimanapun, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi Islam, mudah untuk difahami bahawa bahasa asal kitab suci al-Quran ialah Arab.


Apakah pula bahasa kitab Injil (Bible) dan Taurat? Bagi pengkaji sejarah, diketahui bahasa asal Taurat ialah Hebrew sementara bahasa Greek digunakan untuk Injil.


Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu ini.


Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk "Tuhan" dalam Taurat dan maknanya dalam bahasa Greek pula?


Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini, mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak akan timbul.


Dalam Hebrew, perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut: Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau tinggalkan aku?")


Sementara dalam bahasa Greek, Tuhan disebut Theos. Seperti yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau tamadun besar dunia, orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos.


Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.


Jika diteliti kita akan dapati bahawa dalam kedua-dua bahasa itu, sama ada Hebrew ataupun Greek, tiada satu pun kalimah Allah.


Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Arab.


Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Bible terjemahan Melayu dinamakan sebagai Kitab Berita Baik.


Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible Arab tersebut adalah kerana sesetengah keturunan Kristian Arab seperti di Mesir, Syria dan negara lain yang menganutinya sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW menerima dan meyakini fahaman Keesaan Tuhan.


Fahaman ini jauh berbeza dengan fahaman Trinity atau "Tiga Dalam Satu" seperti doktrin kebanyakan penganut Kristian sekarang.


Maka, hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima, bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity (mengakui satu Tuhan).


Selain daripada hujah itu, terdapat juga pandangan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan itu merujuk kepada terjemahan God dalam Bible sedangkan perkataan Tuhan pula daripada kalimah Lord.


Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Bible sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam Kristian?


Sekiranya Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula ialah Tuhan Bapa di Syurga, maka perlulah difahami bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja.


Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:"Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah: Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa."


Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa? Adakah ia merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan di atas merujuk kepada Allah semata-mata.


Sekali lagi ia bertentangan dengan apa yang dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible merujuk kepada Jesus.


Sekiranya hujah diteruskan dengan menyatakan bahawa dalil paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut: "Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu."


Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan antara kedua-dua ayat di atas. Jelaskan sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun turut merujuk kepada Allah.


Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keesaan Allah seperti di dalam The Gospel of St. John20:17 yang menyebut: "Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu."


Dalam kata lain, Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan Tuhan yang sebenar ialah Allah.


Maka jelaslah di sini, kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.


Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, maka ia akan mengundang padah.


Amat malang apabila keharmonian beragama di negara ini yang dibina atas dasar tolak ansur dan saling memahami, digoncang oleh tangan-tangan yang sengaja ingin mencetus ketegangan dan huru-hara.


PENULIS ialah Felo Pusat Sains dan Teknologi, Institut Kefahaman Islam Malaysia. 

sumber asal : klik sini dan sini


Ulasan Panglima 


:Diharap artikel ini dapat disebar luaskan oleh semua sahabat sahabat BPN demi mendesak agar kerajaan  menarik balik kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberi kepada Penganut Kristian.


Di bawah ialah draf cadangan Resolusi isu Kalimah Allah yang akan dibuka sekarang jam 6.30 pm 28 Feb 2009 kepada pindaan/cadangan/komen semua ahli BPN sebelum ditutup jam 8 pagi esok . 


Jika tidak ada apa apa maka ia akan menjadi resolusi ke 4/2009 BPN dan akan disebarkan oleh semua sahabat kita...



Draf Cadangan : Resolusi 4 / 2009 

Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia

 


1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia dikaji semula demi mengelakkan mudarat lebih besar ekoran reaksi penganut Islam yang bimbang ia boleh menjadi titik kristianisasi di Malaysia

 


2.BPN mencadangkan penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media massa dan eletronik demi mengelakkan salah faham bukan Islam dan juga umat Islam sendiri

 


3.BPN merasakan sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun ia jelas melanggar perlembagaan negara kita.

 


4. BPN memohon perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan Malaysia membenarkan penggunaan kalimah ALLAH tersebut kepada penganut agama Kristian


 

5. BPN juga akan memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari rakyat Malaysia….



Yang benar,


Blogger Pembela Negara



Disedia oleh : 


Panglima Perang Cyber

YDP  BPN 


Tarikh : Ahad 28 Feb 2009 Jan 6.30 pm

Update Edisi Pagi : Resolusi BPN 3/2009 Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA Pemuda UMNO

Selepas dibuka kepada komen dan juga cadangan selama 8 Jam 1/2 dari jam 9 am hari ini maka di bawah ialah Resolusi terkini BPN siri 3/2009 untuk diedar dan disalin oleh Blogger BPN semua. Di harap dapat sokongan sahabat sahabat semua demi agama bangsa dan negara kita..



       bpn-tiger-red.jpg picture by azzuhrie

BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.

BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.

[eae5c8038ede9070f27bc57d280a0dec.jpg]

Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib. 

Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.



Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara )  yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa, 

BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.


HIDUP BPN !!!

SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...


Disediakan :

Panglima Perang Cyber
Yang Dipertua Blogger Pembela Negara.

28 Februari 2009 

 

27 Februari 2009

Edisi Jumaat : Mari Kita Tulis nama Karpal Singh Celaka - Malaysiakini


Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka

Karpal Singh Celaka




Itu reaksi saya selepas mengetahui si Karpal anak Singh ini kata Pemuda UMNO Celaka. Dia sangat berani kata orang seagama saya dan kita dengan perkataan yang paling biadap dan hanya orang  bangsat sahaja yang suka menyebutnya. 

Dan kesempatan membalas dengan tulisan di blog ini saya gunakan untuk meletakkan kata CELAKA 18x belakang namanya.

Sebagai balasan saya telah hadiahkan susunan tulisan di atas khas untuk Karpal Singh Celaka ini seperti mana yang anda dapat lihat di atas.

Memandangkan dia sendiri nampaknya sengaja menempah 'CELAKA'  dengan mengungkapkan kata kata 'CELAKA' di dewan mulia Parlimen kita dua hari lepas.

Selepas ni saya akan gunakan gelaran CELAKA ini untuk YB Karpal Singh dan khas untuk beliau seorang sahaja di Malaysia. 



Tidak tahulah jika anaknya Gobind Singh berminat juga bolehlah meniru kata kata bapaknya untuk dihamburkan kepada orang tertentu yang dirasakannya perlu.

Anda rasa macam mana ? Ada lagi cadangan menarik untuk dijadikan sebagai penghargaan untuk Anak Singh bernama Karpal ini ?


Rasanya dah 'mulia' sangat dah tu nama Karpal Singh CELAKA dan tak payahlah kita tukar lagi selepas ini...


Rakan rakan, hina orang menghina saudara kita tak mengapa kan ?


Salam Jumaat dan jangan biar orang pijak pijak maruah dan kehormatan kita dan jangan kita meniru jejak langkah orang orang CELAKA antaranya seperti Karpal Singh tersebut.



 

26 Februari 2009

Edisi Petang : Lawak Terbaru Pakatan Rakyat - Adun ditawar RM 20 juta keluar parti - Malaysiakini

Adun Pakatan dakwa ditawar RM20 juta keluar parti
Feb 25, 09 3:31pm

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

abdul yunus jamahariMereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa ejen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan, lapor Bernama.

Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

BN menubuhkan kerajaan baru di Perak bulan ini selepas menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila tiga Adun Pakatan keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong BN.

Keshvinder turut mendakwa bahawa tawaran lain yang diterima adalah beliau akan dilantik sebagai pengerusi MIC Perak sekiranya menyertai parti itu dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.

Tawaran jawatan exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang ejen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

"Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai antara RM3 hingga RM8 juta, beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan partinya.

Beliau berkata tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa orang ejen yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mendakwa mewakili kepimpinan kerajaan negeri Perak.

Turut menemani dua Adun berkenaan ke pejabat SPRM adalah tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong).





 

Jika anda tergelak dengan lawak ini sila taipkan LAWAK BODOH dan hantar ke ruang kotak di bawah ini dan berpeluang memenangi hadiah LAWAK TERBAIK 2009 dengan hadiahnya ialah MELENCONG ke sana sini di alam siber.

Anda pasti dibawa melawat BLOG GOBLOG yang dipenuhi dengan fakta fakta ciptaan SPECIAL EDITION Pakatan Rakyat yang lama / kini atau akan dicipta sekejap lagi samada esok lusa atau 16 September 2009 nanti. 

Jika anda merasa teruja anda boleh juga membuat SUMPAH PALSU untuk mencerahkan peluang anda menjadi pelawak terbaik rancangan POLITIK LAWAK tajaan Parti Ubat Batuk Cap Ayah, Ibu dan Anak ( Melayu Cina India )

Disamping anda juga boleh membuat LAPORAN POLIS untuk lebih gimik bagi menarik perhatian khalayak pengundi anda...


Edisi Pagi : Tahniah semua !! Hakim 'PAS' sudah sah menarik diri -Malaysiakini

Hakim tarik diri dengar saman Nizar

KUALA LUMPUR: Pesuruhajaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md. Yusof pagi ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dua hari lalu Mohamad Ariff berkata, beliau akan memberi pertimbangan serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Minggu lalu, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Nizar diwakili oleh barisan lapan peguam manakala penasihat undang-undang negeri Perak Datuk Ahmad Jamal Md Shahid bertindak bagi Zambry.

sumber : Mstar




25 Februari 2009

Edisi Malam : Respon kepada Komen Setpol Nizar bekas MB (derhaka) Perak - Malaysiakini

Komen ini di bawah tajuk artikel pagi tadi ( klik sini ) :

Terima kasih kunjungan bekas Setpol MB Perak. Ia satu kunjungan hormat yang begitu dihargai oleh saya selaku blogger daif dan biasa macam rakyat marhaen juga...

Saya tahu sukar hidup tanpa kerja di saat ekonomi meleset sekarang. Dan saya bersimpati dengan nasib kurang baik yang menimpa beliau selepat takdir ALLAH menetapkan Nizar berkuasa hanya 11 bulan.

Moga saudara Misbah dapat rezeki yang mencukupi untuk keluarga dengan cara yang halal dan hasil yang halal. Sehingga keberkatan melimpahi dan menjadikan ketenangan akan lahir dalam setiap tindakan dan juga perkataan.

Komen yang dipertikaikan kebenarannya oleh sahabat saya di atas, tidaklah dpt saya berikan hitam putih benar salahn faktanya.

Kerana Allah lebih mengetahui fakta tersebut dan jika benarlah kata2 saudara misbah tadi maka saya memuji perbuatan Nizar yang memberikan tanahnya kepada Pak Teh demi membina sekolah agama.

Cuma kenalah barang diingati selalu bahawa jika ada perkara yang tidak betul maka wajib juga kita mencelanya.

[Ngeh-Nizar-Nga.JPG]

Mencela atas kesilapan yang dilakukan si Nizar dan rakan rakan PAS dalam bermuamalat dengan parti bernama DAP atau PKR.

Seperti mana is tanah dipajak
999 tahun ( berita sini )yang diberi kepada bangsa lain hingga meminggirkan parajurit parajurit yang pernah berjasa di Perak.



Hingga menjadikan Sultan Perak sebak ( klik sini ) ketika bertitah berkenaan isu tanah tersebut.

Ditambah lagi dengan sembah derhaka Nizar dan berterusan pula dia bersama Pakatan Rakyat ingin menyaman MB yang diperkenan Sultan dan berterusan pula mereka membuat tindakan kurang ajar menggantung MB dan exco yang dilantik oleh Sultan.

Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini ? 




Siapa masih ingat lagi bagaimana taraf Mufti seperti Exco telah direndahkan selepas Nizar menjadi MB Pakatan? ( berita klik sini )

 Ia telah menjadi bualan para bloggers pro kerajaan.

Siapa yang baca ayat quran dari kalangan sahabat Misbah ada yang tak faham ke maksud menghormat dan mentaati Allah Rasul dan Ulil Amri? Bukankah Allah menyuruh taat kepada Rasul dan sama sahaja taat kepada Rasul dikira taat kepadaNYA juga ?

Bukankah taat kepada Raja / Ulil Amri adalah tanda taat kepada Rasul?

Bukankah derhaka 'utusan' Rasul dikira derhaka kepada Rasul juga?

Atau ia tidak ada dimasukkan dalam sukatan Usrah mingguan atau bulanan PAS tentang hal ini ?

Adakah sikap sebegini ada pada MIC MCA ? 

Adakah mereka menghina Islam ? atau mengatakan langkah mayat mereka dahulu jika nak amal ajaran Islam seperti Hudud ?

Hanya DAP sahaja berterusan berusaha terus menerus mencabar Sultan kita. Dulu, kini dan selamanya. 

Mereka semakin kuat dengan bantuan PKR dan malangnya PAS turut sama 'sekaki' dalam hal ini...

Berikan bukti MCA MIC derhaka kepada Sultan atau anda hari ini juga sajudara Misbah perlu '
MUFARAKAH' dengan jemaah yang anda dokong sekarang ini yang sudah jauh tersasar arah tujuan dan tidak lagi dapat mengenal mana satu musuh mana satu kawan.

Adakah Yahudi hafal quran dan hadis digelar orientalis dikira beriman dan patut dibuat guru atau kawan ?

Adakah musuh Islam itu patut dibuat kawan / teman rapat selepas mereka menunjukkan minat dengan Al Quran dan Hadis dibaca oleh PAS ?

Adakah PAS memahami muslihat mereka ?

Atau masih kurang matang dalam menilai mana satu permata mana satu kaca ?


Moga Allah membuka hati saya dan anda ke arah jalan yang benar amin.

terima kasih dan BPN pasti akan menghalang sesiapa yang ingin menjatuhkan agama dari dalam atau luar serta ingin menghina bangsa yang menjadi penganut Islam...


terima kasih semua dan mari kita terangkan lagi kepada saudara kita dari 'sebelah opposisi' dengan pendirian kita, agar mereka juga akan faham seperti mana yang kita faham, dengan penuh rahmat dan kasih sayang..


Salam perjuangan dan selamat malam.

Edisi Pagi : Majlis Perundingan Agama di Pulau Pinang, usaha menghina Islam ? - Malaysiakini


gambar : Blog Angin Perubahan

Semalam kecoh kisah Majlis Perundingan Agama di Pulau Pinang yang menyamakan Islam dengan lain lain agama. Ia didedahkan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya 

Selepas itu hari ini dikhabarkan Lim Guan Eng akan menyaman beliau termasuk akhbar Utusan kerana sangat marah dengan pendedahan tersebut. Lim menyifatkan ia satu penipuan. Berita ada di sini




Hari ini juga ada laporan menyebut bahawa Shahabudin mengatakan dia ada bukti berkenaan kenyataannya yang dipaparkan di muka hadapan Utusan semalam. 

Ini adalah satu lagi pendedahan 'berani' Shahabudin selepas sebelum ini berani mendedahkan tentang penjualan secara terbuka arak di Karnival Beliau peringkat negeri Pulau Pinang seperti mana dilaporkan oleh Utusan pada 25/6/2008 ( klik sini )
 
Soalannya : apakah tidak mendidih darah orang islam membaca laporan yang didedahkan orang besar MAIPP tersebut tentang usaha menyamakan Islam dengan agama lain di negara kita?


Lihat komen lagi panas dari Azli Shukri - Inilah Syaitan 



24 Februari 2009

Edisi Pagi : Ulama perlu menjadi Penasihat Umarak ( Pemerintah ) -Malaysiakini

[MSn03.jpg]
gambar dari blog AbuAhsan ( klik sini )

Salam muhibbah.

Ulama' atau maknanya "orang yang berilmu" atau makna dalam konteks hari ini, "orang yang arif dalam ilmu agama" adalah satu golongan yang istimewa kerana mereka ini menjadi tempat rujukan setiap orang di dalam sesuatu masyarakat Islam.

Ulama' yang kita faham hari ini dirujukkan kepada mereka yang mendalami ilmu agama dan sebagai pakar rujuk ketidakfahaman sesuatu amalan dalam agama Islam. Setiap daripada kita akan bertanya kepada mereka tentang sesuatu permasalahan.


Gambar dari blog ini

Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, golongan Ulama' di beri taraf kedudukan yang tinggi iaitu sebaris dengan golongan bangsawan yang memerintah Melaka ketika itu. Peranan Ulama' pada zaman itu adalah mengajar ilmu agama kepada rakyat, dan juga menasihati pemerintah supaya tidak melanggar larangan Allah SWT. Mereka tidak terlibat di dalam pembentukan struktur pemerintahan atau menjadi laba kepada ekonomi wilayah ketika itu.

Malangnya ketika menuju akhir zaman, golongan Ulama' ini sudah mula mencampuri urusan politik yang kita faham, banyak rintangan dan ujian daripada Allah SWT. Ulama' juga seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan dosa. Ujian Allah SWT kepada ahli politik adalah seperti harta, kuasa dan wanita. Jika golongan Ulama' ini menjadi ahli politik, maka dia juga tidak terlepas daripada ujian tersebut.




Jika Ulama' kalah kepada ujian tersebut, ia akan mencetuskan persepsi di kalangan masyarakat yang melihat Ulama' itu sebenarnya memperalatkan ilmu agamanya bagi mencapai hasratnya. Sama juga dengan apa yang berlaku sekarang, tak perlu saya jelaskan lagi. Anda semua boleh menilainya.

Sewajarnya Ulama' tidak perlu mencampuri urusan politik. Cukup sekadar menasihati pemimpin dan cuba mempengaruhi pemimpin agar mematuhi perintah Allah SWT. Barulah masyarakat dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa penyalahgunaan ilmu agama untuk mencapai hasrat politik sesuatu individu.


Cerita Lanjut gambar di atas sila klik sini

Komen :

- Artikel di atas ini ditulis oleh blogger Al Marbawi klik sini

- Isi artikel ini amat menarik kerana ia adalah pandangan yang saya sangat setujui sejak dahulu lagi. 

Kerana kerosakan akhir zaman ini apabila pelajar bidang agama ( bukan ulama kerana ulama sebenar tak masuk politik ) menceburi bidang politik lalu terlupa tugas sebenar menyebarkan agama. 

Cuba tanya PAS berapa ramai diorang islamkan Manusia atau mengelakkan gejala Murtad di negara kita ? 

- Untuk tambahan anda boleh terus membaca artikel Sang Tawal di sini

- Al Marbawi adalah blogger yang mereka logo Kumpulan Penyokong BPN dan pertama juga menyiarkannya... Terima Kasih Al Marbawi

Kumpulan Penyokong BPN

- Sesiapa ingin menjadi penyokong BPN boleh menyiarkannya di blog masing2 dan memaklumkan kepada saya. Begitu juga jika anda ingin menjadi salah seorang blogger BPN. Senarai Kumpulan Penyokong juga akan dimasukkan dalam list BPN di blog saya.

- Sahabat Gunung sudah meminta maaf atas kekhilafannya berkenaan Chatrolls baru menyerupai Chatroll BPN asal seperti mana yang saya siarkan artikel semalam dan kita perlu menerima permohonan beliau. Terima kasih SG.

- Harap semua blogger BPN dapat aktif di YM atau add email saya dalam YM mereka utk memudahkan sebaran info atau makluman dan juga urusan berkenaan BPN dibuat. Juga dapat letakkan email Yahoo mereka di blog masing2 utk tujuan pengesahan bahawa owner blog adalah chatters yang chat dengan saya.


23 Februari 2009

Makluman Penting kepada Ahli BPN - Chatroll Palsu




Saya menerima aduan dari Saudara GOMO tentang kewujudan satu lagi Chatroll bernama Parlimen Blogger Pembela Negara. 

Ia didaftar atas nama Sahabat Gunung 9506 ( blog beliau di sini) yang boleh anda klik di sini http://chatroll.com/sahabatgunung9506/videos

Ia tidak menjadi masalah jika ditulis Chatroll Sahabat Gunung namun ia telah menjadi satu perkara yang menimbulkan kekeliruan dan saya perlu menghebahkan kepada sahabat sahabat yang lain agar tidak turut keliru dan menyangka ianya chatroll baru BPN.

Saya dengan ini meminta jasa baik Sahabat Gunung agar menukar tajuk Chatroll beliau kepada nama lain yang tidak menyerupai Bloggers Pembela Negara.


Itu sahaja dan terima kasih ...


Cari Blog Ini

Translate