Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Disember 2009

Edisi Isnin : Video Khalid Ibrahim Berceramah di BTN ! ( sebarkan )

Video ini baru ditemui sebentar tadi dan saya terkilan kerana lambat mengetahui ia sudah diterbitkan dalam alam maya ini.

Saya berpendapat video sebegini sangat penting dilihat oleh rakyat dan menilai bagaimana pandangan yang telah diutarakan oleh Khalid Ibrahim semasa berceramah di kursus BTN.

Adakah mereka akan terus menuduh BTN rasis ?

Semua sedar keharmonian dan keamanan negara kita adalah hasil semangat patriotisme yang ditanam melalui kursus BTN.

Jika tidak, sudah lama kita akan mengalami konflik bangsa dan agama dan pasti kita akan dalam suasana huru hara sejak BTN ditubuhkan.

Tetapi realitinya, tidak sama sekali...

Ayuh kita menonton video ini dan sebarkan kepada kawan anda video yang jarang jarang dapat disaksikan oleh kita semua.

Kadang-kadang kita tidak tahu dan kadang kadang kita terlupa apa yang kita perjuangkan kerana diperdaya oleh pemimpin yang bertukar pendirian tidak ubah seperti sesumpah...

4 ulasan:

pembunuhiblis berkata...

Pepatah Melayu berkata: hanya johari yang mengenal manikam, hanya yang pernah mengalami dapat ceritakan pengalamannya.

Saya salah seorang manusia malang yang pernah menghadiri kursus anjuran BTN, bukan sekali tapi dua kali. Dan setiap habis kursus, saya rasa sangat terhina kemanusiaan saya kerana modul BTN yang tidak pernah membantu meningkatkan patriotisme saya, sebaliknya banyak mengajar untuk melihat orang lain seperti anjing kurap! Pengajar BTN seperti Zionis yang lupa bahawa Allah jadikan manusia dari pelbagai kaum dan bukan orang Yahudi atau Melayu saja makhluk di dunia ini.

Dan apabila ramai dari kem pembangkang yang menghentam kursus itu, saya rasa tergelak: mengapa lepas berpuluh tahun barulah pemimpin-pemimpin PR diberi hidayah untuk menyedari betapa celakanya kursus BTN?

Mungkin seperti kata MP Sg Petani yang merupakan salah seorang orang kuat BTN dulu, mereka telah insaf dan sedar BTN memang kursus yang merosakkan pemikiran rakyat. Mungkin Anwar dan Khalid juga telah insaf kerana pernah menjadi kepala bapa BTN yang biadap itu! Lepas berpuluh tahun baru Johari MP Sungai Petani, Anwar dan Khalid sedar mereka tersilap. Sudah terlambat bang, sudah terlambat! Tapi sekurang-kurangnya terlambat itu lebih baik dari tak sedar diri langsung, benak dan terus benak dari dulu, kini dan selamanya.

Harap-harap Allah mengampunkan Anwar, Khalid dan Johari MP Sg Petani dan beberapa pemimpin PKR dan Pas (seperti Haan Ali) yang pernah bergelumang di dalam tong busuk BTN. Dan diharap juga pemimpin-pemimpin Umno lain yang belum-belum sedar itu akan dibuka pintu hati mereka oleh Allah untuk melihat betapa celakanya BTN. Semoga pemimpin Umno menyedari realiti bahawa kita hidup di abad kedua puluh satu dan bukan lagi di zaman batu! Haramkan kursus ala-BTN, jangan lagi menghina kemanusiaan, kebijaksanaan dan keintilektualan manusia.

Aa berkata...

Jawapan aku:
http://lebanglibu.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

masa ni tak berapa gagap lak si khalid ni ye? nak tau kenapa? sebabnye, masa ni dia bercakap selari dgn naluri hati. so lancar la pertuturan. tapi yg dia duk bercakap skrg ni, berlawan dgn kehendak naluri hati. tu pasal jadik gagap... huahuahua...

pembunuhiblis... aku rasa ko attend BTN masa zaman anwar duk gile2 perkuda BTN dulu... tu yg ko rasa terhina tu...

Tanpa Nama berkata...

betul3x
tak gagap kan?? pelik. Aku masa kat BTN suka tgk penyokong puki pembangkang tapi makan tong sampah kerajaan..menggelumpok mcm cacing kepanasan..hua hua huammampos

Cari Blog Ini

Translate