Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Disember 2009

Edisi Erdogan : Usaha Husam Bodek Nik Aziz Untuk Jadi PM Gagal !!



Satu perhimpunan menyokong kepimpinan Tok Guru (PAS) Dato Nik Ab Aziz Nik Mat telah dibuat sejurus selepas kuliah Jumaat 4 Disember yang lalu. Dengan mengambil kira kedatangan mingguan yang sememangnya sudah cukup untuk dirakam dan bagi dilihat mendapat sokongan ramai maka taktik ini agak berjaya. Meskipun pengguna internet khasnya penyokong PAS seperti tidak berminat dengan video tersebut sehingga tidak sampai seribu pengunjung menontonnya sampai hari ini...Lihat link video tersebut http://www.youtube.com/watch?v=Q7n7VicnJiU&feature=related

[demo1.jpg]

Jika melihat poster iklan di atas maka tidak disebut siapa yang menganjurkannya. Namun saya percaya ia dirancang oleh Husam Musa (pada pandangan saya) kerana beliau yang memberi ucapan utama kepada hadirin yang hadir. Agak menggelikan kerana Husam membodek Nik Aziz tanpa segan silu di hadapannya dengan mengatakan bukan sahaja Nik Aziz tidak patut meletakkan jawatan bahkan patut dipilih sebagai PM.

Begitu juga tidak silap saya Adun Pasir Tumbuh berbaju hijau muda iaitu anak Tok Guru Pondok Pasir Tumbuh Hj Atiqullah, turut serta dalam himpunan berkenaan. Apakah ia satu strategi untuk memberitahu rakyat bahawa golongan pondok turut menyokong Nik Aziz selepas Tok Guru dari Pondok Geting Tumpat mengkritik secara terang-terangan Nik Aziz baru baru ini ? Tindakan yang bijak tetapi nampak gagal mencapai matlamat kerana beliau seperti 'burung kakatua' yang membaca skrip tetapi tidak mengetahui apa yang ingin diperkatakannya. Adakah skrip disediakan oleh orang lain untuk dibaca di hadapan MB ?

Namun Nik Aziz dilihat hanya menggaru garu seperti kebingungan ketika Husam sedang ghairah membodeknya di hadapan rakyat Kelantan yang hadir mendengar kuliah mingguan tersebut. Mungkin dia sendiri tidak pasti adakah imejnya akan kembali dilihat bersih selepas peristiwa 'menantu' kesayangannya dibongkarkan oleh blogger Husam iaitu Kickdefella.

Apa yang dapat ditafsirkan ia seolah-olah usaha tidak langsung menafikan kehendak ahli PAS yang lain yang mahu Tok Guru Presiden PAS Hj Abd Hadi Awang untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah Persekutuan. Tindakan menyanjung Nik Aziz dengan meletakkannya sebagai orang paling layak sebagai bakal Perdana Menteri adalah tindakan tidak wajar dibuat oleh Husam Musa yang jelas bercanggah dengan aspirasi PAS yang lain. kerana ahli PAS semasa muktamar pernah mencadangkan Hj Hadi dipilih sebagai PM Malaysia jika PR merampas Persekutuan pada PRU akan datang.

Ia juga seolah-olah ingin membela Nik Aziz yang kini sudah teruk dihakis imejnya ekoran isu kronisme melibatkan menantunya Ariffahmi yang masih enggan meletakkan jawatan sehinggalah Mac tahun hadapan. Atas alasan tempoh tiga bulan diperlukan untuk tujuan itu.

Hari ini Mahfuz Omar dilapor oleh Utusan Malaysia, telah mendesak menantu kesayangan Nik Aziz agar segera meletakkan jawatan dan jangan menyamakan statusnya dengan jawatan kerani. Komen beliau :

''Sepatutnya disegerakan (peletakan jawatan) kerana roh dan semangat (permintaan Pas Pusat) adalah nak segera. Dia nak ambil tempoh tiga bulan, itu proses biasa dalam melepaskan jawatan tetapi (kena ingat), ini (kes) luar biasa.


''Keduanya kedudukan beliau selaku Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh disamakan dengan seorang kerani untuk lepaskan jawatan.

''Kerani kalau tiga bulan diperlukan untuk lepaskan jawatan, dia boleh datang kerja lagi kerana tak berikan apa-apa kesan tetapi CEO dia libatkan pembuat keputusan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Jadi, ini bermakna tindakan Husam menganjurkan himpunan sedemikian menunjukkan beliau seolah-olah sedang kelemasan dalam menjaga imejnya sebagai MB in the future di Kelantan.. meskipun beliau menafikan hasratnya ingin menjadi pengganti Nik Aziz. Tetapi semua yang mendengar hanya ketawa mendengar kenyataan tersebut.

Sekali lagi Husam telah tewas buat kali kedua tahun ini. Selepas tewas dalam muktamar PAS yang lalu. Bersama geng Erdogan yang lain...

Semuanya gara gara imej Erdogan yang dilihat pro Anwar melebihi Presiden Parti...

Sekaligus Anwar telah berjaya memporak perandakan PAS dan menjadi punca kemusnahan Husam Musa sebagai pemimpin masa depan PAS di Kelantan atau Pusat !

Selepas PAS berjaya di 'all' kan oleh geng Erdogan, saya berpendapat ia adalah slogan paling teruk pernah dibawa oleh jemaah ini semenjak PAS dikenali sebagai Parti Islam SeMalaysia !!!!

Percayalah ! Yang lainnya, lu pikirlah sendiri.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

entahlah belalang..........pandai2lah ko terbang...........untuk nak cari makan...........kat sikit nampaknya daun muda dah makin kurang........hahahahah

Cari Blog Ini

Translate