Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Disember 2009

Edisi Akhir Tahun : Gerhana Bulan Kepada Islam Hari Ini Hasil Perjuangan Parti Islam SeMalaysia !!!

PAS pasti tersenyum lebar mendengar berita perkataan Allah sudah dibenarkan kepada Kristian. Termasuklah MB Kelantan yang baru sahaja 'dicelakakan' oleh doanya sendiri kepada PM agar pecah perut kerana enggan bagi duit royalti minyak dengan beberapa isu yang mencalarkan kredibilitinya sebagai Ketua Kerajaan Kelantan bahkan sebagai Mursyidul Am..



Akhirnya dia telah dihukum oleh Allah sehingga Kerajaan Kelantan telah disuruh membayar RM800 juta oleh Mahkamah kerana melanggar perjanjian kepada sebuah syarikat konsesi balak. Tak dapat lagi duit royalti , dah kena bayar pulak kepada orang lain. Itulah peringatan Allah kepada manusia 'suci' bernama Nik Aziz yang suka guna perkataan celaka.



Sebelum itu Tok Guru - fanatik PAS yang mengutuk blogger dengan kata-kata 'celaka' itu turut dikejutkan dengan kes bekas Ketua Penerangan Pemuda Kelantan ( merangkap bekas pegawai Khas Husam Musa) Dr Rosli yang diperintah mufarakah oleh Mahkamah Syariah dan telah dikepung oleh mertuanya, hingga menjadi muka depan akhbar negara kita dan masih lagi isu ini hangat di 'pasaran'



PAS juga khasnya geng Erdogan akan bersorak ria malam tahun baru ini selepas perjuangan mereka yang disokong oleh Anwar Ibrahim telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. PAS for ALL tajaan geng Erdogan termasuklah for guna nama ALLAH bagi Kristian... Khalid Samad yang menjadi YB pertama berceramah di gereja pasti akan gembira meskipun baru sahaja kehilangan keretanya baru-baru ini...





sumber : Empayar Malaya

Yang tak gembira hanya kita yang beria-ia dan bersungguh-sungguh menentangnya. Yang tak gembira hanyalah orang Islam yang tidak menyokong PAS. Atau PKR apatah lagi DAP.



Ramai blogger telah menulis perkara ini dan anda pergilah menolong memberikan sokongan menentang nama Allah diberikan.



Mana tahu kita akan dapat bersatu membuat rayuan demi kemulian agama kita ini !


http://aku313.blogspot.com


http://wakilrakyatblog.blogspot.com


http://darulehsantoday.blogspot.com


http://depa-kata.blogspot.com


http://jeffrydamien09.blogspot.com




Untuk isu PAS sokong nama Allah sila ke blog sahabat kita IpohMalay di sini

http://ipohmalay.blogspot.com/2009/01/isu-nama-allah-pas-silap-besar.html




atau blog ahli PAS di sini

http://dppwp.wordpress.com/2009/03/10/isu-nama-allah-dr-asri-sependapat-dengan-nik-aziz/




atau sedikit ilmiah di sini :

http://www.pisau.net/2009/03/edisi-pagi-penjelasan-isu-nama-allah.html





Kesimpulannya : gerhana bulan malam ini seperti gerhanya bulan parti PAS yang sudah tak dapat diharap lagi untuk membela Islam, bahkan menjadi alat untuk bukan Islam bagi perjuangan agama mereka.




Takbir oppppssss takebeer !!!! ( mana satu yang betul ??? )



Wallahu A'lam.



7 ulasan:

Sester berkata...

Gerhana Bulan (isi tersurat dan tesirat, mesej dari tuhan)

PUTERI berkata...

Salam,

Menyedihkan tetapi lebih aib dan memalukan apabila kepentingan politik diletak lebih penting dari agama. Dan lebih memualkan apabila parti tersebut berselindung disebalik nama Islam.

Sila ke artikel terbaru saya ; ISU KALIMAH ALLAH GERHANA DI TAHUN BARU?

Mohammad Roslan berkata...

Salam,
Hari-hari terakhir untuk Pas tidak lama lagi. Gereja katholik yang yang mefaikan kes ini ke Mahkamah adalah keterlaluan dan sikap tidak menghormati kaum majoriti yang beragama Islam. Kenapa selepas lebih 50 tahun kita Merdeka dan di Perlembagaan Negara jelas mengatakan Agama Islam adalah Agama rasmi. Tun Dr.Mahathir dan Perdana Menteri sekarang pernah istiharkan negara Islam!. Kenapa penganut Agama lain tak mahu fikirkan sentiviti agama orang lain?. Aoakah orang Melayu yang mendukong agama Islam di negara ini begitu lemah dan tidak lagi boleh mempertahankan agama yang suci ini?. Apa kah agama yang mulia ini sudah menjadi barangan dagangan untuk orang politik yang rakus ingin berkuasa?. Amat jijik peribadi kita kalau gunakan agama sebagai "Political Deception". Ini bukan kerana PAS atau UMNO..ini adalah berkenaan maruah umat Islam di negara ini.Apakah kita sanggup menjual maruah kepada orang lain kerana ingin berkuasa?.

Ini bukan persoalan berkenaan toleransi keagamaan dalam perlembagaan. Ini adalah dasar utama orang Islam mempertahankan aqidah mereka. Bagaimana penganut yang yakin pada Tiga Tuhan (trinity)boleh menyebutkan perkataan Allah. Kita umat Islam mengaku bahawa "allah" adalah satu.....malas nak mengulas!.Banyak lagi ulama dalam negara ini...kita bukan ulamak!.

Tak tahulah panglima...Mamak dah tua...rumah kata piii...kubur kata mai..hampa orang muda pikiaqlah habis-habisan. Janganlah agama tergadai kerana ingin jadi jagoan dalam politik. Kita ini selalu berebut Tanah dan kita ingin menguasai Tanah....tetapi ingat yang menang adalah tanah kerana Tanah tahu "macam mana kamu handal pun di muka bumi aku...kau akan masuk dalam perut aku...! yang menang selalu tanah..!

lagenda berkata...

Salam Ziarah.......

Khalid melompat keriangan kerana telah berjaya dalam misi beliau untuk mengambil hati orang bukan islam....Sungguh mendukacitakan apabila kalimah ALLAH boleh digunakan oleh sewenang-wenangnya oleh agama lain

Panglima Perang Cyber berkata...

sila lihat link hansard parlimen di sini tentang isu nama Allah.

http://peguamsyarie.org/?p=553

menarik...

terima kasih komen semua..

kita perlu bela nama Allah dari menjadi titik kebingungan antara anak cucu bangsa Malaysia pada masa akan datang.

Pak Samad berkata...

Isu sebenar tentang nama Allah ialah berkaitan 'ownership'.. Nama Allah ialah nama kepada TUHAN umat Islam.

Ia termaktub di dalam Al Quran dan tidak di dalam kitab-kitab agama lain.

Ini jelas bukti bahawa nama Allah ialah kepunyaan Islam bukan agama lain.

Apabila sesuatu itu dipunyai oleh seseorang / kumpula maka ia mempunyai hak @ 'right' ke atas nama itu.

Kalau menggunakan nama atau jenama orang sudah salah di sisi undang-undang apatah lagi menggunakan nama Tuhan yang telah termaktub di dalam Al Quran - sebagai sumber hukum paling tinggi..

Betapa kecilnya Islam apabila soal hak penggunaan nama Allah diserahkan kepada badan kehakiman yang dianggotai insan kerdil !

Setiap orang Islam tidak kira apa pegangan politiknya WAJIB bangkit dan berjihad mempertahankan hak ini.

Allahu Akbar !!!!

Panglima Perang Cyber berkata...

kita kena bantah ramai2 puak yang sokong nama Allah ini diberikan kepada agama Kristian..

saya syorkan kita ke sini

http://www.khalidsamad.com/2010/01/ismu-allah-siar-ulang.html

semoga agama kita terpelihara..


terima kasih komen sahabat2 semua...ia akan dinilai Allah sebagai perjuangan jihad siber...

Cari Blog Ini

Translate