Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 November 2009

Edisi Pagi : Sesiapa pun tetap kena patuh undang-undang walau bertaraf Dr atau bekas Mufti !


Selepas membaca beberapa blog dan kenyataan dalam media massa dan alternatif saya ingin mencadangkan :

1. Tauliah perlu dipohon oleh sesiapa sahaja tak kira dari mana-mana parti atau tokoh akademik kerana ia peruntukan undang-undang Kerajaan Negeri Selangor dan ia adalah pra-syarat sebelum kebenaran mengajar diberikan. Sebelum ini sesiapa sahaja waima bekas pelajar Al-Azhar atau Jordan atau mana-mana tempat sememangnya 'dipaksa' mengambil tauliah mengajar agama. Meskipun mereka adalah pelajar dari institusi agama terhebat di dunia.

2. Ketika semua pihak mengkritik JAIS merentasi fahaman politik, maka saya rasa ia tidak patut berlaku kerana tidak melambangkan hasrat kita yang mahukan JAIS menjadi badan yang tegas dalam melaksanakan undang-undang merentasi pangkat dan jawatan. Melemahkan sebuah agensi yang berada di bawah Sultan selaku Ketua Agama akan memudaratkan kita juga. Namun dalam hali ini, saya syorkan agar JAIS perlu juga bertindak tegas ke atas pihak ulama PAS yang lain yang tidak bertauliah tetapi mengajar agama di masjid dan menyebarkan fahaman politik mereka termasuk mengatakan Kerajaan yang ada sekarang zalim dan tidak Islam..

3. Apa yang lebih berbahaya jika penyebar ajaran Wahabi ini diangkat tinggi melangit dan dipertahankan maka ia akan membuka pintu kepada penularan 'wabak wahabi' ini apatah lagi ramai tokoh dalam pembangkang adalah sealiran dengan fahaman baru dan bersifat tajdid ini.. Lebih berbahaya Muftii Perlis yang mana rakan sealiran dengan Dr Asri telah membidas JAIS dan mendesak agar dibuat reformasi. Lihat link di sini dan sini tentang siapa Juanda Jaya.

4. Jika ini berlaku saya risau Malaysia akan diresapi fahaman ini yang berbahaya kepada perpaduan rakyat Malaysia. Kerana ia akan membawa banyak perubahan dalam amalan ibadat umat Islam yang diajar oleh ulama terdahulu zaman berzaman. Contohnya : tidak ada qunut, tidak berdoa selepas solat, tidak buat tahlil dan talkin, tawassul haram, sebut Saidina haram, azan dua kali solat Jumaat bidaah, ziarah maqam ulama haram, dan sebagainya....


Sekadar mengingatkan untuk diri dan rakan-rakan pembaca sekelian agar kita dapat bezakan antara isu politik dan isu agama yang menjadi tanggungjawab kita mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar...


Nota : Saya menyokong kenyataan Dr Asri yang mahukan Anwar bersumpah isu liwat Saiful Bukhari. Ia satu kenyataan berani dan lantang !!!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wooi la ha bauuu..
TAKKAN HANG TAK PERASAN.

JAIS dibawah EXCO AGAMA KERAJAAN SELANGOR.

MAKA MEREKA YANG TAK SEBULU....
AKAN DICINCANG..

BIARPUN MANTAN MUFTI....
PENDAKWAH BEBAS...

TAPI...
JIKA SEBULU....
ORANG KAPIAQ PUN BOLEH BERCERAMAH DALAM MASJID DAN MENGHENTAM ISLAM YANG BERBEZA IDEALOGI.

KALAU ADA JAWATAN KOSONG ....
AKU ORANG KAMPUNG PUN NAK JADI KETUA JUGAK..

LAMBAT ADA OFFER "KETUA"
NAK..
NAK....
NAK APA?
PELINGKOP ADA LE....

maaf brother....
kekadang minda dikawal EQ


Sebenarnya Dr ASRI adalah pejuang Sunnah nabi yang sebenar.
Gigitlah dengan gerahammu ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi dari para sahabat.

Siapakah Ahlisunnah?
Mereka yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah nabi.


ADAM AMIN
Kg. Jerlun,
Kedah

Tanpa Nama berkata...

salam,
saudara, ramai tidak begitu mempertikaikan tentang tauliah tetapi cara yang digunakanuntuk menahan dr asri seolaholah beliau seorang penjenayah. seperkara lagi yang dipersoalkan adalah tindakan berpilih. kenapa jais tidak menahan sebegitu ramai pemimpin pas dan pkr termasuk dap yang memberi ceramah agama tanpa tauliah? menggunakan mimbar masjid untuk mencerca sesama islam? mengapa? kita boleh bersikap objektif tetapi pada masa yang sama harus juga menggunakan akal fikiran yang rasional dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Al ustaz yang dok mengajar kat IPTA di Selangor tuu....ada ke juga tauliah daripada JAIS...Bertindak biar berhati-hati..nanti yang malu...ISLAM MELAYU jugak...ini bukan masalah pasai politik. Kalau di Selangor dah hukum orang hisap rokok sebagai HARAM...pasai apa tak pi tangkap. Yang dok kalut tangkap orang bagi ceramah Agama buat apa. Jangan lah rendahkan taraf MUFTI kat Malaysia ni...banyak benda yang JAIS patut ambil tindakan tetapi tak buat....sekarang sapa yang SUSAH. Jangan Belajar dari Keangkohan.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Tak payah bangkitkan masalah orang Perlis tak baca qunut lepas subuh, lepas sembahyang tak baca doa dll. Itu isu lama dah sinonim dgn orang Perlis, orang pandai Agama pun ramai daripada Perlis, jadi tuan tak perlu angkuh nak mengondem orang Perlis, kat Mekah lepas sembahyang subuh tok imam sana tak baca qunut punnn...kan tak pernah pi Mekah kot...orang tak riuhpun...apa yang panglima upahan nak gundah gulana. Jadi isu disini, Dr MAZA bukan orang seperti yang tuan pandang serong tuuu.

Pakteh berkata...

Assalamualaikum,
Harapan pakteh agar Panglima Perang cyber melihat semula amalan2 yang ditulis tersebut seperti qunut, talqim, doa dan ziarah kubur. Janganlah menjadikan isu tersebut yang dibuktikan secara nyata dan jelas oleh alim ulama terkini sebagai sandaran untuk membuat tuduhan melulu kepada mantan mufti perlis ini.
Pakteh amat berharap rakan2 yang menulis tentang hukum membaca doa qunut ketika solat subuh ini faham apa yang ingin disampaikan.
Pakteh ambil satu contoh mudah, Kenduri arwah yang tidak diadakan oleh sebilangan masyarakat diperlis, pakteh melihat mereka memberikan hujah Al-Quran dan Hadis yang boleh diterima. Oleh itu, harapan pakteh alim ulama yang membenarkan kenduri arwah ini diadakan memberikan pula hujah berdasarkan Al-Quran dan Hadis seperti mereka yang dituduh wahabi ini.
p/s: Pakteh menyokong Ustaz Asri but kerana lama di kedah, amalan pakteh tidak terikut2 dengan di perlis walaupun pandangan pakteh bersetuju dengan golongan tersebut.

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih atas komen saudar/i di atas.

saya bersedia menerima komen anda.

cuma nak tanya, boleh ke yang mengambil fahaman wahabi ini berlapang dada dengan apa yang diamalkan oleh ASWJ ?

kerana ada sampai peringkat mengatakan solat hajat seperti membuat maksiat.

ia sangat berbahaya dan jika benar maka tidak mustahil akan menjadi barah merosakkan konsep 1Malaysia dan juga 1Islam dalam agama kita.

nak tahu bagaimana fahaman mufti ini sila baca di sini

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20091103013051/Article

memang semua mengambil dasar dari Al Quran dan Hadis tetapi ia memerlukan Ulama yang mentafsikannya.

Maka lahirlah mazhab.

Namun wahabi menolak imam-imam muktabar dan mahukan pendapat mereka sahaja diambil dalam bab tauhid,tasauf dan fekah.

Pakteh berkata...

Mungkin terlepas pengamatan pakteh tadi, melalui link yang diberikan berkaitan mufti perlis yang baru, link yang pertama sepatutnya tidak diberikan kerana kredibility tuan pangliam perang akan dipersoalkan nanti. tidak ada bukti yang disediakan cuma sekadar dakwaan. Link yang kedua juga pada pandangan pakteh sekadar info mudah berkaitan hubungan mufti dan bakal mufti. MEMPUNYAI PANDANGAN YANG SAMA itu bagi pakteh dari segi kesungguhan mereka dalam memanfaatkan ilmu yang ada serta amat cintakan ilmu. Buktinya, selepas Dr. Asri tamat pengajian, Juanda Jaya pula bercuti utk mengaji dan menduduki kerusi disebuah universiti yg hebat.
Tidak dinafikan ada pandangan tidak sealiran namun lihatlah kebaikan yang ditimbulkannya.

Tanpa Nama berkata...

aku nak luah perasaan marah aku kat anak tun mahathir nama marina ni.

berani dia tulis di blog dia bela asri.

mentang2 dia tu join sister in islam..

so asri dewa dia ?

pooodahhhhh

http://rantingsbymm.blogspot.com/2009/11/ohso-now-jakims-in-on-it.html

jawab berkata...

qunut tu dalam mazhab syafie pun sunat, bukan rukun. mazhab hanafi dan hambali pun tak qunut. dalilnya hadis apabila nabi baca qunut selama sebulan semasa umat islam terancam (lihat bukhari & muslim). khilafnya ada yang kata selepas itu nabi berterusan qunut, ada yang kata hanya jika musibah. begitu juga hal lain. hal khilaf ulamak hal cabang ni sepatutnya orang awam tak campur. pilihlah mana yang sesuai asalkan ada dalil dari quran dan sunnah. lainlah kalau jelas sesat seperti ayah pin dan rasul melayu

Pakteh berkata...

Assalamualaikum,
Ya..bab qunut, bagi yang faham Alhamdulillah....bagi yang tak faham...terus dikatakan sesiapa yang tak baca qunut tu wahabi. Inilah antara faktor mengapa Dr. Asri membincangkan soal qunut. Terdapat dikalangan masyarakat kini memandang serong kepada yang tidak membaca qunut sehingga terlupa ketaksuban kepada qunut itu membawa kita ke hukum yang lain.

Cari Blog Ini

Translate