Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 November 2009

Edisi Pagi : Pemuda UMNO Kelantan hantar memo desak Nik Aziz dan Ariffahmi berundur !

Berita penyerahan memorandum oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan telah disiarkan dalam Utusan Malaysia di sini http://utusan.com.my/

Mereka mendesak agar Nik Aziz dan menantunya berundur kerana menerima tajaan haji bernilai RM65 ribu seorang yang diberi oleh sebuah syarikat yang menerima kontrak memasang billboard di Kelantan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Meskipun Nik Aziz telah mengumumkan Jumaat lalu akan menangguhkan pemergian beliau ke Mekah tetapi dalam kes ini saya bersetuju dengan mereka yang membantah tajaan tersebut ekoran terdapatnya unsur rasuah dalam tajaan yang diberikan. Meskipun Nik Aziz telah menangguhkan pemergiannya.

Apatah lagi ia diakui sendiri oleh Nik Aziz bahawa dia menerima tajaan tersebut sambil menambah bahawa ramai orang berminat menajanya ke Mekah termasuk syarikat tersebut.

Gambar : Utusan Malaysia


Setakat ini pemimpin PAS nampaknya tidak begitu lantang mempertahankan Nik Aziz dan beberapa komen mereka seperti 'hilang semangat' kerana tidak menyangka tok guru mereka akan menerima dan tidak boleh membezakan antara hadiah yang halal dan haram di sisi undang-undang.

Presiden PAS dalam hal ini hanya memberi komen ringkas dengan mengatakan SPRM begitu peka dengan PAS hingga isu membabitkan pemimpin PAS seperti Nik Aziz Nik Mat begitu cepat dibuat siasatan walaupun berdasarkan laporan media. Kenyataan penuh beliau disiarkan dalam Harakahdaily di sini

Nampaknya jelas isu yang meranapkan maruah Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS tidak dipertahankan seperti biasa oleh mana-mana pimpinan peringkat tertinggi PAS. Termasuklah Haji Hadi selaku Presiden Parti.

Lihat juga komen begitu lemah dan rapuh oleh Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden PAS seperti yang dilapor oleh Harakahdaily :

Beliau yakin keputusan yang telah dibuat oleh Nik Aziz telah berjaya mematahkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan PAS dan mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

"Isu yang cuba dipolitikkan ini membuktikan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan PAS.

"Keputusan yang telah diambil oleh Nik Aziz itu membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang," katanya.

Bahkan di peringkat Kelantan kita lihat suara mereka begitu lemah ketika PAS Kelantan mempertahankan pemberian tersebut atas dasar budaya dan cara orang Kelantan meraikan orang agama. Lihat kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim di sini http://www.themalaysianinsider.com yang begitu lemah sekali. Ia seperti melepas batuk di tangga, tiada penegasan dalam mempertahankan Tok Guru mereka.

Persoalannya : budaya tersebut adakah dibenarkan oleh Islam dan undang-undang atau dilarang ?

Sekarang nampaknya Nik Aziz keseorangan dalam menghadapi pukulan maut ke atas karier politik beliau. Barangkali kerana itulah beliau mendakwa menjadi mangsa fitnah dan telah dikhinati.

Barangkali jika isu ini tidak didedah tentu Nik Aziz tidak merasa bersalah menerima tajaan tersebut yang begitu mengejutkan ramai pihak, apatah lagi ia berterusan selepas isu Baiah Cerai Taklik Talak Tiga yang diakui sendiri oleh pemimpin PAS seperti Khalid Samad.

Ia juga rentetan dari kontroversi Nik Aziz yang desak beberapa pemimpin yang mahu berunding dengan UMNO agar disingkirkan. Namun yang menarik ialah desakan tersebut seperti akan memakan dirinya disebabkan kes tajaan haji ini.

Itulah barangkali 'Hikmah Allah' agar beliau tidak lagi terus menjadi mangsa kekejaman politik yang boleh merosakkan sesiapa sahaja waima ahli agama. Politik menjadikan sesiapa sahaja akan bertindak kejam dan Nik Aziz kali ini menjadi mangsanya selepas dia juga begitu kejam sebelum ini dengan menjatuhkan maruah pemimpin lain dengan kata-katanya yang begitu lancang dan pedas.

Dengan usia semakin lanjut dan kesihatan yang semakin teruk maka wajarlah beliau berundur diri dan memberi laluan kepada orang lain pula mentadbir negeri. Cukuplah 19 tahun Kelantan ditadbir oleh beliau dan segala kebaikan itu mudah-mudahan diganjari dengan pahala oleh Allah Taala.

Berundurlah wahai Tok Guru Nik Aziz dan malulah dengan gelaran Tok Guru yang diberikan oleh rakyat khasnya penyokong PAS yang begitu keras menentang rasuah kerana ia gelaran mulia yang jarang dipanggil ke semua ahli agama.

Marilah kita mendesak agar Nik Aziz dan Ariffahmi berundur segera dari jawatan yang mereka sandang !

Undurlah !!!!!!

7 ulasan:

hilbert berkata...

Salam Panglima,

saya tertarik dengan kata-kata Mahfuz Omar dalam mempertahankan Nik Aziz yang mana beliau ada menyebut bahawa dia setuju dengan tindakan Nik Aziz menangguhkan pemergian ke Mekkah ekoran kontroversi tajaan itu. Kata beliau itu tandanya Nik Aziz tidak mudah untuk menerima pemberian daripada orang lain...

Jadi tajaan yang dulu sebelum ini, kenapa pulak Nik Aziz mahu terima, entah berapa kali dah kita pun tidak tahu...

pencinta kebenaran berkata...

salam...sy ni penyokong umno tegar tapi part yg ni sy tak setuju langsung...mmg lah tok guru diorg tu rasuah...tapi bab2 suruh turun jawatan tu tok sah la kita bising2..sbb tu kan diorg nye hal..nampak mcm umno ambil air yg keruh..org akan kita ter gelojoh nak berkuasa...bia lah org dia yg tentukan..kan diorg yg pangkah bendera cap bulan tu...apa yg penting kita relax..dedah kan apa yg sebenarnya n plg penting kembali kan pengaruh rakyat..jgn plak kita ni nampak mcm mabuk nak berkuasa!

Aa berkata...

Tu KJ, Isa Semad, dan yang sewaktunya hang tak kacao, o pilih bulu ya,,,,,,

Cakap kat Pemuda AMNO Kelantan tu

Aa berkata...

Berani papar la aku punya komen. Taku punya.

YANG GAMBI berkata...

Salam Panglima, tetapi puak-puak PAs ini telah menganggap Nik Aziz setaraf dengan Nabi...... segala perbuatan mungkar Nik Aziz dianggap halal....

Panglima Perang Cyber berkata...

hilbert : ye benar...entah dah berapa kali dia terima tajaan kita tak tahu.

apa kata kita desak nik aziz dedahkan dan akui dia terima tajaan.

barangkali dah terlajak jauh kot..


Pencinta Kebenaran : Nik Aziz pernah suruh orang tertentu letak jawatan..

Aa : jangan fikir orang lain yang tak setaraf dengan tok guru PAS tu..

orang baik jika berdosa macam nik aziz dosa dia dua kali ganda. sebab dia orang diberi ilmu oleh Allah.

Yang Gambi : mereka dah terlanjur sokong dan tak dapat lagi tarik sokongan mereka.

diam je jika tengok kesalahan pada diri tok guru.

sebab mereka yang memanggil nik aziz sebagai tokguru dan tak akan mengaku idola mereka sudah tersilap langkah menerima tajaan.

samagreen berkata...

Salam Panglima,

Amalan 'menaja kakitangan mengerjakan haji' bukan perkara asing dilakukan oleh badan2 korporat di negara ni. Oleh tu, sebagai CEO Negeri, teman rasa Nik Aziz layak menerima imbuhan sedemikian; cuma dari segi prosidur akaun saja perlu dikemaskan.

Tapi yg menjadi isunya, beliau pergi atas tiket mewah VVIP yg melibatkan perbelanjaan yg besar!!

Oleh tu tidak ada kesederhanaan dan kesamarataan sepertimana yg dikehendaki oleh Allah atas hamba2Nya!!

Hakikatnya, apa juga pangkat kita di dunia, baik sebagai pembesar negara, CEO syarikat atau petani dan nelayan, di kaca mata Allah kita semua adalah sama. Oleh itu Tanah Suci Mekah adalah tempat yg terbaik utk xperiment ini, sebelum kita menuju ke alam yg lebih kekal.

Tanpa rebut merebut dan protokol yg hebat, kita bisa mendekati dan mencium hajaraswad dgn sepuas2nya, kita bisa menegakkan solat sunat dgn mudah di makam Rasulullah !!

Surah Al A'laa (yg gemar dibaca oleh Nik Aziz) sudah cukup sebagai peringatan utk beliau dan kita semua betapa kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal berbanding kehidupan duniawi (ayat 16-17)

Wallahualam.

Cari Blog Ini

Translate