Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 November 2009

Edisi Pagi : Nik Aziz diminta pecat Menantu oleh Penarik Beca !!!

Tajuk di atas ditulis selepas meneliti tulisan blogger PAS bernama Penarik Beca di sini : http://penarikbeca.blogspot.com/2009

Kesimpulan dari tulisan Blogger tegar PAS di atas ialah :

  1. Jika Husam Musa meletakkan jawatan tidak ada merugikan PAS pun. Seolah - oleh hanya Nik Aziz sahaja yang menghargai Husam Musa.
  2. Sikap flip-flop Husam Musa dalam menjawab isu kesakitannya telah mengundang banyak reaksi rakyat seperti tulisan Penarik Beca tersebut.Sekejap kata sakit dan selepas itu menafikan pula.
  3. Ada komen di sana mengatakan Husam sengaja mengadakan cerita mahu meletakkan jawatan untuk menarik simpati Nik Aziz di saat imejnya telah tercalar teruk dengan isu Kickdefella ( Blogger upahannya ) yang telah ditendang keluar oleh Menantu Nik Aziz dari PMBK
  4. Pemimpin PAS sekarang pantang ditegur kerana merasa diri sudah 'maksum'
  5. Beliau juga mendesak menantu Nik Aziz dilucutkan jawatannya kerana 'kronisme'
  6. Jawatan di dalam PAS hendaklah dihadkan kepada dua penggal dengan mengubah satu penggal menjadi tiga tahun ( berbanding dua tahun sekarang ) termasuk jawatan Menteri Besar.

Apa yang Penarik Beca suarakan bagi saya adalah suara rakyat yang tentu akan beralih arah dari menyokong PAS jika kerosakan ini cuba dihalalkan oleh pemimpin atasan dan bertaraf Mursyidul Am dalam PAS.

Kerana isu yang berlaku sekarang cuba ditutup dengan berbagai fatwa dan alasan sehingga menyebabkan ramai ahli PAS sendiri telah meluat dengan berbagai isu yang berlaku. Dan menyebabkan kritikan pedas oleh Penarik Beca..

Kita akan tunggu apa yang akan terjadi lagi.

Yang pasti PKR dan PAS sedang ranap dan DAP tersenyum lebar melihat perpecahan hampir meranapkan orang Melayu kita.

Ayuh kita desak agar perpaduan diwujudkan agar kita akan terus dihormati sebagai teras kestabilan dan kemakmuran Malaysia..


Blogger Pembela Negara akan meneruskan usaha menyatukan Melayu untuk selama-lamanya...



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate