Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 November 2009

Edisi Pagi : BTN mungkin...

Saya tidak pernah ditawar mengikuti kursus BTN zaman sekolah dulu dan saya tidak mengetahui apakah isi perjalanan kursus tersebut. Untuk lebih adil saya terpaksa menyemak info yang ada ditulis dalam internet. Alhamdulillah saya menemuinya.

Kenyataan boikot diambil atas alasan kerana Pakatan Rakyat menuduh BTN menyebabkan kebencian kepada pembangkang. Seperti kenyataan Dr Halimah Ali di sini Sedangkan yang saya tahu Selangor memang ingin membuat sendiri kursus mereka bahkan mewajibkannya kepada sesiapa yang ingin mendaftar dengan negeri Selangor seperti info ini http://spies.selangor.gov.my/ dan http://www.harakahdaily.net/

Andaian bahawa BTN, sebuah agensi bawah Jabatan Perdana Menteri membangkitkan perkauman adalah perkara pelik bagi saya kerana konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh PM dan dilaksana oleh BTN. Lihat berita di sini Apakah matlamat 1Malaysia semua sudah tahu. Antara gagasannya ialah konsep penerimaan dimana semua rakyat menerima satu sama lain. Klik sini huraian lanjut http://www.malaysianbar.org.my/

Huraian dan alasan kenapa BTN mustahil membawa isu perkauman turut dihuraikan panjang lebar oleh Dr Puad Zarkashi di blog beliau di sini termasuk info bahawa keahlian PKR hanya bertambah 1000 dalam tahun 2009.

Namun beberapa andaian boleh berlaku seperti :

1. Ada penceramah BTN MUNGKIN menyiarkan gambar de facto PKR yang rapat dengan pemimpin Amerika.

jawatan anwar ibrahim

2. Atau MUNGKIN menyiarkan gambar penyokong PAS yang baring di tengah jalan menghalang kereta DYMM Sultan Perak semasa krisis di Perak tempoh hari. Untuk menceritakan masalah rakyat Malaysia yang semakin derhaka kepada Raja kita.


3. Atau MUNGKIN menunjukkan rakaman video Persidangan DUN PERAK yang boleh dimuat turun di youtube oleh kita semua, untuk menunjukkan sikap kurang ajar dan samseng DAP yang bersidang seperti kumpulan kongsi gelap.


JIKA BENAR SEMUA ITU DITUNJUK UNTUK DIJADIKAN IKTIBAR MAKA SAYA SETUJU IA DISIARKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA. WALAU IA MENIMBULKAN KEBENCIAN TERHADAP PEMBANGKANG.

Sikap negatif seperti homoseksual/rapat dengan Yahudi, menderhaka kepada Raja, biadap semasa sidang DUN adalah perbuatan yang tidak diterima oleh rakyat MALAYSIA samada mereka itu ahli PAS,PKR, UMNO atau DAP. Hanya pemimpin rendah moral sahaja yang mempertahankan perbuatan mereka

Ada blog bekas peserta kursus BTN kata program ini dapat mengharmonikan antara kaum, tak percaya boleh klik sini http://slaughters.blogspot.com/2009/01/kursus-btn-di-kem-kiwa-sepang.html


Anda fikir ?





7 ulasan:

bzz berkata...

Saya pergi BTN semasa zaman Anwar jadi TPM. Tak dengar pun pasal sokong BN, sokong kerajaan. Adik saya ergi setahun sebelum Anwar di buang. Takde dengar punmacam tu. Sepupu saya pergi BTN tahun 2001, zaman pembangkang kuat maki hamun dan fitnah. Takde pun dengar pasal BN dan sokong kerajaan? Akhir sekali, sepupu lain pergi 2007. Sudah dekat pilihanraya. Dengar salah seorang fasilitator yg Pro pembangkang berborak menyebarkan dakyahnya adalah!

Pada saya, kalau ada pun, taklah melampau. Tak mungkin lebih dari suku dari apa yg pembangkang buat setiap kali ceramah. Yelah, yg kerja kerajaan pun ramai yg tak bersyukur dengan apa yg diberi oleh kerajaan BN kan. Tapi gaji, tetap sapu!

BTN lebih membangkitkan jati diri. Membuat org melayu sedar. Yg kita masih ketinggalan. Supaya berusaha lebih baik. Jgn lupekan mak dan ayah. Agama, bangsa dan negara...

Sebab tu masa zaman saya, BTN kita diwajibkan nyanyi lagu WARISAN..

"Anak kecik main api, terbakar hatinya yang sepi"... Lagu yg menyentuh perasaan org melayu.

Bukan nyanyi utk jadi Rasis... Tak.. Utk sedarkan org melayu yg makin lama makin tak sedar. Macam pembangkang!

Ahmed Fauzan berkata...

Salam Hormat...

Saya sendiri telah menulis di blog sy mengenai BTN dan PLKN...Saya tetap berpendapat bahawa BTN dan PLKN relevan dan wajar diteruskan... Jemput singgah di ks30069.blogspot.com

zainal mohd jais berkata...

Saudara,

Orang yang bergelumang dengan dosa dan rasa bersalah akan sentiasa takut dengan bayang-bayang.

Rakyat memang bijak ketika mengajar BN dalam PRU 12 lepas kerana sikap lupa diri ramai wakil rakyat BN.
Tapi bila BN telah memperbaiki diri dan PR pulak terbukti satu pakatan lintang pukang, dan telah memporak-perandakan sistem bernegara yang dibina sekian lama, dengan sikap bodoh sombong, hipokrit dan memperbodohkan rakyat ... maka tunggulah, pengundi kita yang dah cukup cerdik akan menghumban mereka pada PRU 13 nanti.

Bagaimanapun, usaha memperbaiki diri oleh UMNO/BN mesti ditingkatkan.

Memberi peluang kedua kepada PR pada PRU 13 bermakna titik besar kemusnahan hidup kita yang aman.
Kita akan terperangkap dalam pusingan 'politik sial' seperti banyak negara membangun, yang rakyatnya diheret dalam pertelagahan tak berhujung.

Wallahua'alam.

alahas30 berkata...

saya nak betulkan sikit tentang komen dari saudara bzz. bab gaji tetap sapu,org krja kerajaan dibayar gaji oleh kerajaan bukan dibayar oleh BN. sebab AGONG dibayar gaji, SULTAN dibayar gaji, PM dibayar gaji,MENTERI dibayar gaji, siapa yg bayar gaji semua makhluk ALLAH ini kalau bukan kerajaan,BN tak prnh membayar gaji mereka semua ini trmsuk kakitangan kerajaan, maaf ye saja nk betulkan fakta.

Tanpa Nama berkata...

salam..kpd alahas30.pokoknya kerajaan yang mentadbir negara sekarang adalah BN.bukan pakatan rakyat.maksudnya BN yang bersusah payah untuk pastikan setiap kakitangan kerajaan mendapat gaji yang sepatutnya.mereka mentadbir negara dengan sebaik mungkin untuk rakyat.cuba fikirkan..

Tanpa Nama berkata...

salam anonymus, BN bersusah payah untuk pastikan setiap kakitangan kerajaan mendapat gaji yang sepatutnya la sangat! Lepas 50 tahun perintah sampai bonus pun dah tak sanggup nak bayar.. mane g hasil kerajaan nie..?

Tanpa Nama berkata...

Bukan 18 hb ni semua kakitangan kerajaan dapat bonus ke??? Baru bangun tido ke labu??? Lain la kerajaan maju Selangor, tahun ni tak bayar bonus pun, kamu tetap puji mereka bagus.... alahas30... alahai....

Cari Blog Ini

Translate