Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 November 2009

Edisi Malam : SPRM dihalang oleh Hakim dari menjalankan siasatan luar waktu pejabat, kejayaan buat Pakatan Rakyat !

Edisi semalam saya ada menyentuh sedikit tentang SPRM yang disalahkan oleh Hakim bekas ahli PAS hingga ahli DAP yang ditahan telah dibela oleh Hakim Mahkamah bekas ahli PAS tersebut. Jika anda belum mengetahui kisah semalam sila klik artikel sebelum ini di ruangan arkib saya. Sekali lagi saya ingin menegaskan tidak berniat ingin mempersenda keputusan hakim Mahkamah Tinggi dan kita menerima keputusan tersebut dengan lapang hati.

Cuma saya sekadar ingin melontar sedikit idea dan pandangan sebagai seorang rakyat Malaysia yang gusar jika ada sesuatu yang pelik dalam perjalanan sistem kehakiman negara. Saya harap hakim negara kita bebas dari dipengaruhi oleh mana mana parti. Kerana jika tidak habislah dahan berpaut rakyat jelata walaupun saya dengar juga hadis Nabi yang menceritakan 2 dari 3 hakim akan dicampakkan ke dalam neraka.

Saya berpendapat sedemikian berasaskan kepada penglibatan secara serius Majlis Peguam atau Bar Council di dalam membawa agenda Pakatan Rakyat yang seolah-olah ada 'silent aggrement' di sana. Sehingga banyak artikel dan 'kenyataan' Bar Council telah menunjukkan secara tidak langsung pegangan politik mereka yang cenderung kepada PAS atau PKR. Bahkan jika anda masih ingat mereka telah berdemonstrasi di Putrajaya semasa isu video V.K Lingam hangat diperkatakan. Dengan kehadiran yang begitu ramai dan mencecah ribuan orang. Turut sertai perarakan adalah Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin






Sejarah di Pakistan menampakkan kepada kita golongan peguam telah berjaya menimbulkan suasana tidak tenteram di sana. Rusuhan telah berlaku ekoran sikap para peguam yang tidak menghiraukan undang-undang yang mereka pelajari. Tidak silap saya ramai peguam juga telah diangkat menjadi Hakim di negara kita ( termasuk mana mana negara ) dan tidak mustahil di kalanga mereka ada persamaan pendapat dengan apa yang dibawa dan diperjuangkan oleh PKR PAS dan DAP.

Maka tidak salah jika kita katakan serangan kepada Institusi Kehakiman yang dibuat oleh Anwar Ibrahim melalui pendedahan Video V.K.Lingam menjadi bukti rekaan palsu kepada kebobrokan sistem kehakiman kita di mata mereka. Kerana banyak yang meragukan dalam video tersebut. Meskipun ia telah menyebabkan secara tidak langsung RAMAI HILANG KEYAKINAN terhadap sistem kehakiman negara. Atau barangkali ia telah menjadikan para hakim kita 'gerun' dengan serangan berani mati Anwar ! Meskipun begitu keputusan terkini mengatakan tiada kes dalam isu Video VK Lingam itu hingga mengecewakan banyak pihak.

Di sebalik kisah pendedahan video V.K.Lingam rupanya ada misteri yang belum dirungkaikan pada sisi pandangan saya. Jika dikaji beberapa nama yang disebut adalah 'musuh' kepada Anwar Ibrahim..Kerana bagi saya ia jelas adalah bertujuan untuk memalukan Tun Ahmad Fairuz yang pernah menolak permohonan rayuan Anwar Ibrahim berhubung tuduhan salahguna kuasa pada tahun 2000 ( berita klik sini ). Begitu juga Tun Ahmad Fairuz juga ada mencadangkan agar dihapuskan English Common Law dan juga pernah menolak permohonan untuk murtad oleh Lina Joy ( sumber klik sini ). Selain pernah menolak petisyen Wee Choo Keong ( DAP ) pada tahun 1995 sehingga Calon BN telah diisytiharkan menang.

Kenapa VK Lingam jadi sasaran ? kerana beliau adalah seorang peguam yang hebat. Dan pernah menjadi peguam berhadapa Anwar Ibrahim mewakili Tun Mahathir. Maknanya : VK Lingam dalam kes ini menjadi tulang belakang perbicaraan mahkamah antara Anwar dan Mahathir dan percubaan mengaitkan VK Lingam dengan Tun Ahmad Fairuz serta Tun Mahathir adalah satu strategi tiga dalam satu oleh Anwar Ibrahim di dalam menjatuhkan 'musuh' beliau dengan begitu kejam dan memalukan. Banyak sokongan dari rakyat yang tidak mengerti dengan jelas berkenaan isu ini sehingga PRU 12 menyaksikan peningkatan kerusi Pakatan Rakyat yang mereka perolehi.

Bayangkan satu suruhanjaya telah ditubuhkan atas desakan pembangkang pada tahun 2008 semata-mata isu rakaman video ini.

Oh ye, agaknya siapa musuh ketat VK Lingam selain Anwar ? Tentu ia juga seorang peguam terkemuka dan rapat dengan Anwar Ibrahim... Tentu anda dapat meneka siapakah yang akan ketawa besar apabila saingannya dalam bidang guaman akan jatuh teruk ekoran isu ini. Bijak sekali percaturan licik mereka ini. Kerana dengan 'seketul batu' beberapa ekor burung telah cedera dan jatuh terhempas ke bumi !!!


Adakah semua ini kebetulan belaka atau sudah dirancang ? Patutlah mereka betul-betul menggunakan peluang melalui kes ini bagi mencemar maruah institusi kehakiman demi menjatuhkan maruah para Hakim kita.. Hingga tidak sedikit nama hakim termasuk peguam negara telah disebut dalam perbualan VK Lingam itu.

Lihat gambarajah di bawah :


Persoalan menarik ialah, siapa yang merakam video tersebut. Jika melihat kepada gaya rakamannya yang kemungkinan hanya menggunakan kamera 1.2 piksel tentu ia satu perbuatan yang jarang orang biasa minat mendapatkannya. Adakah orang biasa seperti anda berminat merakam percakapan melibatkan VK Lingam dengan orang ternama ? tentu tidak kecuali anda adalah orang yang memang mencari dan merisik bahan seperti itu...

Perakam video yang telah diangkat menjadi hero kerana kejayaannya ( lebih tepat diberi ganjaran menjadi Ahli Parlimen ) sekarang sudah jadi wakil rakyat versi 'tangkap muat' bernama Loh Gwo Burne Ahli Parlimen Kelana Jaya. Sila klik sini ke laman blognya. Beliau semasa kejadian bekerja di Shanghai, China dan berusia 27 tahun.

Saya pernah mendengar beliau pernah diketawakan kerana gagap menyoal dalam Parlimen kerana terlalu kuat 'bahasa kebangsaan' di lidahnya barangkali... Bahkan lagi tragis pernah ditumbuk oleh pembantu YB Nik Nazmi seperti ulasan blog di sini http://faisalmustaffa.blogspot.com/2008/07/ahli-parlimen-kelana-jaya-ditumbuk.html

Berbalik kepada rakaman video, Maklumat lanjut di http://ms.wikipedia.org/wiki/Klip_video_Lingam juga mengatakan rakaman dibuat ketika Loh Gwo Burne berada di ruang tamu VK Lingam. Pelik pada fikiran waras kita kerana adakah logik VK Lingam seorang peguam ternama akan bercakap tanpa menapis perbualannya seperti mana anda dapat tengok dalam video di bawah di hadapan tetamunya ? Atau beliau tidak sedar rakaman dibuat termasuk kemungkinan dibuat tanpa kehadiran Loh Gwo Burne ? Atau ?

Lihat video di bawah :


Jawapannya : Wallahu A'lam.. Saya tinggalkan persoalan dan andaian ini kepada anda dan mari kita kaji satu persatu kemungkinan yang timbul agar kita tidak terlepas pandang. Mudah-mudahan kita dapat menilai dari berbagai sudut dan arah yang betul dan benar dengan memohon petunjuk sepenuhnya dari ALLAH Taala.

Nampaknya mata saya dari tadi lagi telah menunjukkan reaksi memohon sedikit kerehatan selepas penat berseminar hari ini sehari suntuk di ibukota . Justeru jika anda ada pandangan sila tinggalkan di ruang komen di bawah. Mata saya semakin mengantuk dan saya terpaksa berhenti sebelum tangan saya menulis perkara yang tidak sama diisyaratkan oleh hati dan luar dari kewarasan minda.

Nantik kupasan selanjutnya artikel esok hari. Jika kita masih ada rezeki menikmati esok hari.


Jumpa lagi !

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate