Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 November 2009

Edisi Gempar : Dr Asri akan sertai politik untuk sebarkan dakwah ( baca : Wahabi )

Sejak mengalami gangguan kesihatan saya tidak berhajat nak sambung lagi tulisan pasal Dr Asri ini. Tetapi selepas menerima info tengah hari tadi melalui sms bahawa beliau bertemu Nik Aziz maka saya terpaksa menulis lagi berkenaan perkara ini. Apatah lagi selepas membaca berita tersebut yang disiar di sini http://www.utusan.com.my/

Kata kawan saya seorang ustaz dan ahli tariqat, penulis buku serta pendokong fahaman Sunnah Wal Jamaah di Kelantan menegaskan : Wahabi akan sokong siapa sahaja yang boleh menyokong dakyah mereka.

Memang benar, sebelum ini habis semua pihak dikritik oleh Dr Asri asalkan bercanggah dengan fahaman wahabi dan menyokong siapa yang dilihat sealiran dengan ilmu beliau. Yang menariknya Sister In Islam mendapat sokongan tidak langsung beliau. Walaupun PAS turut mendesak agar SIS ini diharamkan di Malaysia.

Adakah ini satu cara agar pihak tertentu yang menghalang 'dakwah wahabi' beliau akan tunduk kerana keinginannya untuk menyertai politik yang pada hemat saya tentu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat ! Khasnya PAS ?

Adakah ia satu petanda bahawa gerakan Wahabi yang bermula sebagai gerakan dakwah akan bertukar menjadi gerakan politik demi membawa dan memperjuangkan fahaman mereka yang tidak diiktiraf oleh IJMAK ULAMA tersebut ?

Buktinya Majlis Fatwa Kebangsaaan telah menolak fahaman ini dan bersetuju ia perlu disekat sebagaimana yang saya telah tulis sebelum ini ( klik sini ) di bawah

MALAYSIA MENOLAK DAN MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH BERDASARKAN:-

- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,KALI KE-42 PADA TAHUN 1997, KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,

DAN

-MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000,KALI KE-20 PADA TAHUN 2002 DAN KALI KE-23 PADA TAHUN 2003.

KESEMUA KEPUTUSAN ADALAH MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH KERANA MENGGUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.


Kenapa baru sekarang Dr Asri akan menyertai politik dan parti PAS ?

Kerana sebab sebab berikut :

1. Dr Asri adalah kenalan rapat kepada Ketua Dewan Ulama PAS seperti yang saya utarakan dalam penulisan di sini pada link ini http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/11/edisi-panas-sister-in-islam-turut-hadir.html


Isu ini turut disiarkan oleh Dr Asri sendiri di laman beliau ( klik sini ) dan mengikut maklumat saya ada Datuk Harun Taib juga telah mengajak beliau menyertai PAS . Selain itu Ketua Ulama PAS tersebut dipercayai dari aliran yang sama dengan Dr Asri ( termasuk Hj Hadi dan Nik Aziz ) . Berita tersebut turut mendapat liputan Harakahdaily di sini http://www.harakahdaily.net Apakah tujuan pertemuan tersebut disiarkan di laman rasmi Dr Asri dan diikuti oleh Harakahdaily ? Wallahu A'lam.

2. Kenyataan beliau akan sertai politik dibuat petang tadi selepas pertemuan dengan MB Kelantan ( yang baru sahaja keluar IJN pada 7 November lalu ekoran tidak sihat) pasti mengundang tanggapan bahawa beliau sudah tersepit sekarang. Ini ekoran beliau tidak diterima oleh pihak Kerajaan Malaysia melalui JAKIM dan Jabatan Agama Negeri yang begitu tegas menghalang fahaman ini disebar walaupun ia disokong oleh seorang bekas MB Perlis bernama Datuk Seri Shahidan.

3. Andaian saya juga Dr Asri akan memilih PAS kerana beliau pernah mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersumpah dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan dan semestinya tidak akan menyertai parti PKR bersama orang yang pernah dicabarnya....


Apa pun mungkin ada pandangan lebih bernas dari anda... Kita kongsi mana tahu ia berguna untuk dibaca oleh pihak yang berkenaan di negara kita.


3 ulasan:

Anakbukitgantang berkata...

Menyebarkan Wahhabi adalah satu kejadian yang amat malang bagi umat Islam di Malaysia

Bagaimanapun berita beliau akan sertai PAS tidak mengejutkan saya kerana TGNA dan TGHHadi juga memepunyai kefahaman Wahhabi yang sama dengan beliau iaitu

1- mengkafirkan orang Islam
2-menyamakan sifat Allah dengan sifat manusia contoh Allah bertempat atau berjari
3-menyatakan semua amalan ahlul sunnah wal jamaah ynag tidak sebulu dengan mereka adalah bidaah dan kufur

Jika benarlah MAZA sertai PAS, akan bertambah banyaklah tokoh guru pondok dan ahli Sufi akan menyokong UMNO-insyaAllah

Panglima Perang Cyber berkata...

saya setuju fahaman yang mendasari teras negara kita iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak perlu diubah lagi kerana ia berdasarkan nas yang jelas dan kuat.

Fahaman ini adalah songsang dan sesat serta berbahaya kepada semua aspek samada keselamatan atau pun akidah umat Islam.

Bersama kita mempertahankan kesucian akidah berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah.

samagreen berkata...

Kini jelas apa yg tersurat dan tersirat.

Awas!! Apa saja parti politik yg akan beliau sertai nanti, ia akan membawa rebah kpd parti itu sendiri.

Beliau hanya berminat kpd sanjungan dan sokongan, dan benci kpd teguran dan kritikan. Ego beliau agak besar, mana mungkin beliau boleh bernafas secara terbuka dan sederhana.

"Manusia bisa merancang, tapi DIA juga yg menentukan".

Wassalam

Cari Blog Ini

Translate