Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Oktober 2009

Edisi Benar : Anwar kalah rayuan mahkamah kerana guna bahasa BUKAN MALAYSIA, bukti jelas beliau hipokrit perjuang PPSMI !!!




Berita ada di sini http://www.utusan.com.my


PUTRAJAYA 20 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal meneruskan rayuannya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman fitnah RM100 juta terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mengetepikan rayuan Anwar.


Hakim Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad turut memerintahkan Anwar membayar kos kepada Dr. Mahathir.


Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Julai 2007 yang membatalkan samannya terhadap Dr. Mahathir yang menuduhnya seorang homoseksual pada persidangan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September 2005.


Dengan keputusan ini, bermakna mahkamah tersebut tidak akan mendengar rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang dijadualkan pada 2 November ini.


Hakim Abdul Malik turut menolak dengan kos permohonan Anwar untuk lanjutan tempoh masa bagi membolehkannya memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa Melayu.


Dalam permohonan membatalkan rayuan Anwar yang difailkan pada 2 Oktober lalu, Dr. Mahathir mendakwa, terdapat beberapa kecacatan dalam memorandum rayuan menyebabkan rekod rayuan tidak sempurna dan tidak boleh diperbaiki.


Peguam Datuk V.K. Lingam yang mewakili Dr. Mahathir berhujah, antara kecacatan tersebut ialah Anwar tidak mematuhi peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 apabila memorandum rayuannya dibuat dalam bahasa Inggeris dan bukannya dalam bahasa Melayu.


Memorandum tersebut juga, katanya, tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan dengan teratur.



Kritikan beliau terhadap PPSMI ada di blog beliau di sini :


http://www.facebook.com/note.php?note_id=119246766101



Maka jelaslah bahawa beliau sendiri tidak menjiwai perjuangan yang beliau laung-laungkan.. Apatah lagi sekadar ingin mengambil hati dan menjadi juara kampung untuk meraih sokongan undi..



Syabas kepada Kerajaan kerana akan menghentikan pada 2011 PPSMI di samping telah menggubal dasar yang tidak meminggirkan bahasa Inggeris di sekolah rendah atau menengah...



Mari kita sebarkan fakta ini untuk rakyat Melayu, Cina dan India memahami realiti sebenar perjuangan Pakatan Rakyat yang Rosak ini.




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate