Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Oktober 2009

Apabila pintu perpaduan Parti PAS – UMNO ditutup dan krisis kepimpinan PKR yang makin teruk



Hj Hadi telah mengumumkan selepas mesyuarat khas Rabu 29 Oktober lalu bahawa beliau sudah menutup ‘buku’ berkenaan perpaduan PAS – UMNO kerana beberapa sebab. Antaranya kerana peralihan kepimpinan dalam UMNO dari Tun Abdullah kepada Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Alasan yang dikemukakan oleh Presiden PAS itu ternyata begitu kontra dengan semangat Islam yang dibawa PAS dan tidak harus keluar dari mulut seorang pemimpin parti berjenamakan ISLAM. Ini kerana agama kita secara jelas melarang dari berpecah belah apatah lagi menutup pintu rundingan kepada perpaduan untuk membina kesatuan sesame bangsa atau agama.

Firman Allah Taala :

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Ini rentetan dari gesaan dan desakan keras Mursyidul Am PAS yang telah menggesa satu EGM diadakan untuk memecat tiga pemimpin Pro-Perpaduan iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali. Nik Aziz pada awalnya dijangka tidak hadir, dan hanya hadir tidak sampai dua jam mesyuarat tersebut kerana pulang jam 10.45 malam akhirnya berjaya dalam desakan beliau sehingga PAS telah bersetuju agar satu seminat dibuat yang akan dihadiri oleh 1,000 perwakilan termasuk pemimpin NGO yang bakal diadakan pada 7 November hadapan. Ia akan menjadi medan bagi menentukan hala tuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Adakah bersedia bersekongkol dengan parti anti Islam DAP atau Islam Liberal tajaan PKR.

Ketika PAS selepas mesyuarat khas Rabu lalu memutuskan untuk meneruskan pakatan dengan parti PKR dan DAP, semalam juga hari Khamis 29 Oktober 2009 Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah telah membuat sidang akhbar mengumumkan perletakan jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan diri menjadi ahli bebas yang menyokong Barisan Nasional.

badrul.jpg (144×200)

Antaranya kenyataannya ialah beliau berpegang teguh dengan prinsipnya sebagai seorang Islam dan tidak dapat menerima tindakan Penasihat PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kerap kali menangguhkan kes liwatnya sehingga menimbulkan kesangsian untuk beliau terus bersama PKR, di samping dengan sengaja tidak mahu menjelaskan isu liwat tersebut kepada ahli parti, telah menimbulkan berbagai tanda tanya. Begitu juga perbuatan Wan Azizah, Presiden PKR yang mendiamkan diri dalam menghadapi isu tersebut juga menyebabkan beliau semakin hilang kepercayaan terhadap PKR.


Apa yang berlaku sekarang juga tambahan kepada krisis kepimpinan PKR di Sabah di mana berlaku perselisihan faham antara Zaid Ibrahim dan Azmin Ali hingga menyebabkan Zaid Ibrahim mengambil keputusan bercuti selama 6 bulan dari aktiviti PKR, serta tindakan meletakkan semua jawatan oleh Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffry Kitingan dan diikuti oleh Christina Liew ( Ketua Bahagian Kota Kinabalu ) yang juga bekas Timbalan Pengerusi PKR Sabah yang telah digantikan oleh Kong Hong Ming. Beliau mendakwa perjuangannya dalam PKR tidak dihargai walaupun berkorban menaikkan PKR di sana sejak hampir 10 tahun yang lalu.

Untuk makluman, selepas 18 dari 23 bahagian Sabah membantah perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah hingga terpaksa ditukarkan ke Wilayah Persekutuan, PKR telah melantik Thamrin Zaini menggantikannya untuk mengetuai Badan Perhubungan PKR Sabah.

Semua ini adalah bukti bagaimana kegagalan Anwar menguruskan PKR sedangkan beliau bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanakah nasib Negara kita jika ia akan dipimpin oleh seorang pemimpin yang bukan sahaja gagal untuk menjaga partinya sendiri bahkan turut gagal menjaga dirinya sendiri hingga didakwa dengan tuduhan meliwat bekas pekerjanya Saiful Bukhari Azlan dan pernah dipenjara 6 tahun kerana kesalahan liwat sebelum ini.

Semua ini adalah bukti yang perlu difikirkan oleh rakyat agar tidak lagi terpengaruh dengan permainan politik Anwar yang ghairah mengejar kuasa hingga lupa mengendalikan kepimpinan diri dan partinya…


Salam Jumaat dan jangan lupa bersolat dan berselawat !


sumber : Utusan Malaysia


link menarik : blogger Pakatan Rakyat sudah muak dengan perangai DSAI dan apakah akan keluar parti untuk jadi blogger pembela negara ??

6 ulasan:

Xeno berkata...

Canteeekkk...Selangor masuk BN balik, alhamdulillah

hilbert berkata...

Salam Panglima dan salam 1malaysia,

tak apa PAS tutup pintu rundingan kerajaan dengan UMNO. UMNO pulak tak payahlah nak merendahkan diri sangat kepada PAS itu.

ada apa kepada PAS itu,..sikap bongkak, sombong, takbur dan berlagak dalam setiap pemimpin PAS seolah-olah sudah menjadi pakaian kepada mereka.

UMNO boleh bergerak sendiri, UMNO mampu membela nasib rakyat bukan saja setakat hanya kaum Melayu saja bahkan hampir kesemua rakyat Malaysia menikmati perjuangan yang diasaskan oleh UMNO.

maka itu, jika PAS tutup kedai,,,silakan..tutup saja..bukannya ada apa pada mereka...fitnah berbakul-bakul adalah dalam kepala otak mereka...sama juga seperti DAP dan PKR...

Tanpa Nama berkata...

SLM PANG5..ANUWAR DAN PKR DAH NAZAK..PAKATAN TINGGAL NYAWE2 IKAN..APE PUN ALASAN BLOGGER2 PENCACAI MEREKA KEMUKAKAN SEKADAR NAK MENUTUP MALU JEK KEHKEHKEH

AYUH TERUS SERANGGGGGGGGG!!! YEHAAAAAAAAAAA!!!!

Tanpa Nama berkata...

SLM PANG5..ANUWAR DAN PKR DAH NAZAK..PAKATAN TINGGAL NYAWE2 IKAN..APE PUN ALASAN BLOGGER2 PENCACAI MEREKA KEMUKAKAN SEKADAR NAK MENUTUP MALU JEK KEHKEHKEH

AYUH TERUS SERANGGGGGGGGG!!! YEHAAAAAAAAAAA!!!!

darkpress berkata...

bagus la tu semua ahli PKR dah giler.....di selangor lagi teruk....Menteri Besar dia cakap dia nie sakit otak......MB dia sendiri pun berpenyakit GAGAP.....wakakakka........turun seksyen 19 pun kena maki.....muka dah mcam babi jer aku tengok......

Cheguman berkata...

khutbah tadi khatib membacakan ayat bahawa semua mukmin adalah bersaudara, dan perlu saling bantu membantu dalam membuat kebaikan. Adakah 1 Malaysia itu bukan kebaikan? Adakah PAS takperasan ayat-ayat yg menyeru pada perpaduan ummah itu?

Cari Blog Ini

Translate