Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Oktober 2009

Edisi Hangat : Suara Keadilan PKR - Petunjuk Jelas Parti 3A Sedang Nazak !!!

Artikel ini ditulis selepas siap meletakkan ikon berita-berita utama di Malaysia.. Di dalam senarai ada juga saya letakkan media alternatif pembangkang... Meskipun saya memang sudah lama tidak mengunjungi Suara Keadilan Online.

Pertama ; meluat dan kedua ; masa yang kurang.

Rupa-rupanya link yang ada menunjukkan aktiviti di laman tersebut sudah sudah lama tidak dikemaskini.

Apakah ada laman lain ?

Jika tiada maknanya PKR sedang nazak kerana suara utama mereka sendiri gagal diterbitkan dengan baik dan teratur.

Mungkin sahabat lain boleh sebarkan benda ni... Saya tidak ada masa nak ulas sebab sekejap lagi ada 'majlis' di luar negeri.

Kegagalan menguruskan media rasmi parti adalah satu lagi bukti bahawa PKR sedang nazak dan akan 'reput' jika tidak 'menghisap' darah DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Satu persatu Allah tunjukkan bagaimana rupa sebenar parti yang nampak hebat tetapi pemimpinnya 'korup' dengan berbagai isu yang memeningkan kepala rakyat.

Apa komen rakan dari sana yang masih berada dalam Pakatan Rosak ? Silakan isi puas-puas di bawah ini.


Akhir sekali jangan lupa klik link ini tulisan Lutfi Othman http://www.harakahdaily.net/ yang meramalkan kejayaan gemilang tahun 2004 akan kembali pada PRU 13 nanti.

Tulisan tersebut bertarikh 22 Oktober 2009, di tengah-tengah kegawatan krisis dalam PAS dan PKR.


Oh ye, adakah DAP sedang bergelak ketawa melihat parti serpihan ini berpecah dan hampir musnah ?



Edisi Sabtu : Pendapat Blogger-Blogger Isu Mereka Difitnah Menjadi Blogger Upahan !

Saya mendapat respon hangat oleh blogger-bogger yang sempat memberi komen artikel saya berkenaan fitnah pembangkang yang menuduh blogger yang mengkritik pembangkang adalah blogger upahan.

Jika dulu Kerajaan tidak begitu menghargai peranan blogger namun sekarang beberapa siri pertemuan telah diatur dan hasilnya memuaskan ramai pihak kerana suara mereka tidak sahaja berkumandang di alam siber bahkan diungkapkan juga di hadapan pimpinan negara kita.

Antaranya ialah Menteri Penerangan Dr Rais Yatim dan juga dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin di Carcosa Seri Negara tempoh hari.

Di bawah respon rakan blogger dan anda boleh tambah jika mahu berikan pandangan untuk menafikan fitnah pembangkang bahawa kita adalah blogger upahan yang tidak ada minat berjuang kerana Allah tetapi kerana fulus sahaja.


Terima kasih kepada yang telah memberi komen...


____________________________________________________________________


SHAH said...

Assalamualaikum

walaupun masih hijau lagi dalam dunia penulisan blog berunsur politik dan sebenarnya amat hijau mengikuti segala perkembangan politik negara.

kupasan yang cukup menarik saya rasakan berkenaan dengan karenah blog pro pembangkang. kupasan isi yang menjelaskan secara terperinci apakah sebenarnya dunia blog lebih2 lagi etika yang disalah gunakan untuk kepentingan pihak tertentu.

teruskan perjuangan, saya sentiasa bersama pihak anda dalam mengharungi karenah tak masuk pihak pembangkang.

11:43 PM, October 30, 2009


Aspirasi said...

Syabas Panglima... mereka semakin rasa tertekan ni....

11:47 PM, October 30, 2009


Che Leh Jangok said...

Mudahnya mereka melontar pertuduhan. Mereka rasa mereka tahu kerana itulah yang mereka dok buat kot. Nak tutup kehinaan sendiri tu kena lontarkan busuknya kepada orang lain lah barangkali.

12:27 AM, October 31, 2009


Apai Ngelai said...

Salam bro,

memang benar, kita tak pernah dapat bersaing dengan blogger PR yg sentiasa menghadap komputer 24 jam sambil buat fitnah.. itu bukan kepakaran dan bukan bidang kita. Blog kebanyakan rakan2 kita termasuk kawan sendiri pun diupdate selang 2-3 hari.. jarang2 ada masa nak update setiap 24jam.

Tapi inilah yg beritahu diri kita sendiri, sebab KITA TAK CARI MAKAN DENGAN BERBLOGGING. Tak macam kebanyakan blogger yg pro-PR. Lihatlah blog mereka yg penuh iklan sana sini, sampai jenuh kena scrol ke bawah nak cari isi kandungan yg nak dibaca. (Macam tengok movie kungfu kat TV2 - Selang 5-10 minit iklan.......)

Apakah blogger PR saja2 nak reka cerita supaya blog mereka sentiasa dikunjungi dan mendapat perhatian peniaga untuk menempah ruang bagi iklan produk mereka? apa sebenarnya kerja mereka, berblogging untuk mendapatkan kebenaran atau untuk mendapatkan keuntungan? Atau sambil menyelam sambil telan suma pembohongan yg ditulis?

1:28 AM, October 31, 2009


hilbert said...

Salam Panglima,

Biasalah tu Panglima..orang PAS atau DAP ataupun PKR, sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk membuat andaian seperti itu.

Apabila puak mereka melihat ada saja blogger yang menulis lebih menyebelahi kepada UMNO ataupun mana-mana anggota lain dalam BN maka blogger-blogger itu juga tidak akan terlepas daripada tohmahan yang sudah boleh disifatkan sebagai sudah berakar didalam minda mereka.

Bagi saya sendiri, saya bukannya ahli UMNO ataupun berbangsa Melayu, namun apabila saya telah melihat perjuangan UMNO yang sangat jelas dengan dasar-dasar partinya yang mudah untuk difahami dan diterima jadi tiada sebab untuk saya menafikan sesuatu yang benar.

UMNO setelah di bawah kepimpinan Presidennya yang baru iaitu Datuk Seri Najib, saya melihat ada sesuatu perubahan yang semakin boleh menarik keinginan orang Melayu khususnya untuk terus mendekati UMNO. Cara kepimpinan PM kita sekarang ini senang dan mudah sekali untuk kita fahami kemana arah tuju negara untuk dibawa.

Berdasarkan kepada keadaan seperti itulah maka bagi saya tiada sebab lagi untuk rakyat mengatakan yang mereka tetap menolak apa jua perjuangan yang dibawa oleh UMNO serta BN. Mereka tidak sepatutnya terus menutup mata, hati serta jiwa raga mereka tanpa terlebih dahulu membuka fikiran untuk berfikir tentang sesuatu perkara yang sedang terbentang di depan mata mereka.

Maka saya percaya itulah antara punca dan antara sebab-sebabnya menjadi masalah yang masih membelenggu dalam kotak pemikiran puak-puak PAS/DAP/PKR sehingga sukar untuk melihat bahawa sebenarnya ada perbezaan pada setiap kali adanya perubahan, namun mungkin oleh kerana ketaksuban membabi-buta mereka kepada pemimpin-pemimpin yang mereka sanjungi itulah sebagai penyebab kepada gagalnya pihak mereka melihat semua itu.

5:34 AM, October 31, 2009


PUTERI said...

Ada antara blogger yang tidak cenderung kepada mana-mana politik, tetapi mengkritik figur2 pembangkang seperti Nik Aziz dan Anwar Ibrahim, tidak bermakna mereka blogger pro UMNO. Tetapi mereka adalah blogger yang turun padang untuk bersama-sama menyebarkan kesedaran dan kebenaran kepada masyarakat demi melihat negara ini aman, dan tidak dikhianati oleh individu2 yang sebenarnya seperti musang berbulu ayam. Blogger2 pro pembangkang yang diupah ini sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri, kerana merekalah yang diupah dan dengan kebangkitan blogger2 yg jujur dan ikhlas tanpa menerima habuan wang ini menjadikan mereka seakan terhimpit kerana mungkin akan menjejaskan mata pencarian mereka. Itulah hakikatnya. Sebenarnya mereka blogger pro pembangkang yg makan gaji dgn kerja menfitnah dan memaki ini lah yang membuka pekung di dada sendiri.

8:39 AM, October 31, 2009


DaVillageBoy said...

Perjuangan kita harus disemarakkan lagi...hari ini mungkin blogger2 Pakatan sial ini akan bertambah gerun Pembela negara..hampir berjuta rakyat Malaysia yang membaca Sinar Harian 31/10/2009 boleh membaca hasil tulisan abg...ini akan mendatangkan ketakutan dalam diri mereka...

2:55 PM, October 31, 2009

30 Oktober 2009

Edisi Malam : Blogger Pro UMNO sudah digeruni PAS ?

Pertama saya telah membaca dalam Harakah sebelum ini perihal UMNO dituduh mengupah blogger oleh Ketua Penerangan PAS bernama Idris Ahmad. Ia disiarkan halaman belakang untuk mendapat perhatian rakyat meskipun ia juga seolah satu andaian yang diragui sahihnya sehingga berita dari mulut bergelar Ustaz itu tidak dijadikan muka hadapan Harakah.

Pun begitu, saya kira ia tidak begitu menarik perhatian sangat walaupun ia menunjukkan bahawa ancaman blogger yang pro UMNO sebagai teras negara Malaysia, terbukti telah memberi 'bekas' kepada 'benteng siber' mereka.

Saya juga tidak berniat untuk mengatakan ia kejayaan geng BPN atau mana mana kumpulan. Kerana ia tidak ada dalam senarai matlamat yang ingin dicapai dalam perjuangan melawan musuh siber ini. Namun ia adalah kejayaan semua samada blogger perseorangan atau berkumpulan.. Berjaya dalam mencuci minda rakyat dari terus percayakan Pakatan Rakyat...


Link dakwaan mereka bahawa UMNO mengupah Blogger itu ada di sini




Mereka juga cuba menanam fitnah ini di sini http://detikdaily.net/v5/ namun tidak berjaya..


Perhatikan, dari tiga link rambang yang dipilih telah menunjukkan tarikh siaran sekitar 11 - 14 Ogos 2009.

Jika dari pengamatan tahap intelek yang rendah pun, kita dapat cam pengendali blog ini adalah orang yang hampir sama...

Hari ini saya terkejut kerana Blogger Otai mereka bernama Penarik-Beca pun turut mengulas isu ini. Lihat di sini http://penarikbeca.blogspot.com .. Tajuk beliau ; sini bukan tempat babi cari makan... Memang gila tulisan orang tua ni kerana menyamakan blogger yang memberi komen seperti babi.

Saya tidak terkejut. Kerana memang ahli PAS dibenarkan mencarut atau samseng kerana Nik Aziz sendiri pernah mengatakan Tuhan itu samseng dan gedebe.

Sila baca artikel saya tentang ajaran Nik Aziz yang menyebabkan Umno digelar anjing dan babi di sini http://penembak-tepat.blogspot.com

Seterusnya, saya lagi terkejut ialah apabila blogger sejenis dan sekapal dengan Penarik Beca bernama Tulang Besi telah bersusah payah menulis tentang blogger di sini atas tajuk ' Cybertrooper UMNO baru dapat duit bulan ni - tu yang galak sangat tu ' Lihat tulisan beliau di sini http://www.malaysiawaves.com

Namun apa yang malang ialah cerita yang direkanya... bahawa perjuangan blogger membela kebenaran di alam siber ini HANYA berdasarkan wang semata-mata.

Astagfirullahal Azimm!!!

Tindakan ini tidak ubah seperti mencurah minyak ke atas api. !!! mereka tidak tahu atau sengaja mahu nafikan bahawa yang menjadi pemberi komen bukan sahaja blogger bahkan sudah ramai rakyat Malaysia yang celik IT dan sudah pandai memberikan komen mereka dan tahu menilai mana satu intan permata dan mana satu kaca.... Mereka juga sudah pandai mencipta blog menulis perasaan dan pandangan mereka. Adakah mereka begitu murah untuk dibeli ??

Bagaimana mungkin berpuluh ribu blog yang ada di alam internet ini dan mereka yang kononnya diupah mampu pergi komen satu persatu ????

Perbuatan merendah-rendahkan blogger pembela negara yang gigih berjuang di alam siber ini tentu bakal menyemarakkan lagi semangat kami untuk melawan mereka siang malam pagi petang di mana sahaja kami berada. Saksikan sendiri bagaimana kesukaran waktu kami semua untuk mengemaskini blog masing-masing kerana tugas rasmi atau peribadi hingga menjadikan blog tidak selalu dikemaskini. Ia juga antara punca ramai merungut kerana blog pro kerajaan tidak sehebat blog pembangkang.

Yang saya lihat kebanyakan blog pro pembangkang kerap dikemaskini... Pelik jika mereka dapat mengadap laptop 24 jam tanpa gaji dan hanya berharap dari pendapatan iklan yang dibayar. Bahkan Penarik Beca turut mengakui beliau sendiri tidak mendapat ganjaran lumayan dari iklan yang dipasang di blog beliau.. Bagi saya, meletakkan no akaun adalah satu taktik untuk menutup persepsi rakyat bahawa mereka jenis yang diberi gaji bulan...

Jelas sekarang, siapa yang diupah untuk berblog dan siapa yang bukan !

Mereka memang bekerja untuk menulis keburukan Kerajaan atas alasan ia ditadbir oleh parti UMNO dan rakan lain dalam Barisan Nasional... Dengan dana yang kuat ( apakah dari duit Anwar ?? )) mereka dapat bersengkang mata siang malam untuk kemaskini blog... Juga untuk mengedarkan email di YahooGroups dan Facebook yang mereka kuasai...

Sebab itu juga kalau kita rajin menyelak halaman blog pembangkang, hanya kritikan liar yang kita boleh baca di blog mereka, jauh sekali untuk melihat pujian diberikan terhadap penat lelah kerajaan mentadbir untuk kesejahteraan rakyat. Kerana jika menjadi blogger bebas tidak diupah oleh sesiapa ( seperti Pak Habib, MSO, Meli Kapak Jangak sebagai contoh ) maka ulasan mereka akan seimbang dan tidak pro kepada mana mana pihak secara membuta tuli.

Tetapi tidak sedemikian jika menjadi blogger upahan. Pasti ada sikap 'pekak badak' dan 'buta mata' walau melihat bukti ketelusan atau kebajikan yang dibuat oleh Kerajaan... Bahkan jika kita minta mereka berterima kasih, mereka pasti berkata; itu adalah tugas Kerajaan mentadbir negara... Tidak perlu dihargai kerana memang tugas mereka.

Persoalannya : bukankah tugas ibubapa yang diberi amanah untuk mendidik dan membesarkan kita perlu diucapkan terima kasih dan diberikan penghormatan?

Kesimpulannya : Rakyat perlu bijak menilai antara blogger upahan dan blogger yang berjuang dengan masa, tenaga, dan wang mereka sendiri untuk menjaga 'warisan' zaman berzaman ini... Ingatlah bukan semua orang boleh dibeli pendirian dan pandangan mereka. Ada kala menyokong dan ada kala memberi cadangan atas tindakan kerajaan...

Kerana jika kita leka dengan hiburan sahaja, pasti air mata darah akan mengalir lantara terlalu sesal tidak menjaga nikmat yang terlalu berharga kurniaan Tuhan Maha Esa ini. Apabila ia hilang diragut oleh Pakatan Rosak satu hari yang entah bila tetapi tidak mustahil menjadi realiti jika kita semua 'duduk diam' tidak peduli masa depan agama bangsa dan negara kita.

Fikir fikirkanlah saudara/i ku sekelian !!!!!!


Ayuh Blogger kita teruskan perjuangan menentang kebatilan !

Edisi Lawak : 10 Hikmah Bersolat Depan Pejabat DAP Perak Yang Mesti Anda Baca !



Ada beberapa sebab kenapa puak Pas sembahyang hajat di depan pejabat DAP

1. Kalau buat dalam masjid orang tak nampak...tak leh masuk paper...Tambah pulak kalau tengah sembahyang orang tangkap gambar. Silap-silap boleh "possing" maut punya..

2. Nak tunjuk kepada orang yang Pas ni Islam, boleh sembahyang untuk membantu si kafir memerintah.

3. Nak tunjukkan bahawa mereka berjaya mendakwah Nga and ngeh bersaudara sehingga boleh sembahyang di depan pejabat Nga and Ngeh (DAP).

4. Supaya Nik Aziz syok sebab mereka sembahyang hajat untuk kemusnahan UMNO (maklumlah Nik Aziz memang tak suka dengan UMNO sampai Timbalan Presiden Pas yang kononnya baik dengan umno pun digelar sampah)

5. Tok iman nak balas jasa DAP yang bagi kawasan balak ke?

6. Mereka takbur, sebab sejak hari itu dah buat sembahyang hajat minta Allah musnahkan BN dan UMNO tetapi alhamdulillah Allah bersama dengan pihak yang benar (UMNO semakin pulih). Jadi puak-puak Pas ni nak marah kan Allah takut syirik jadi UMNO lah dikambing hitamkan dan dimaki.

7. Mengambil iktibar sempena pemerintahan Tok Guru di Kelantan yang tidak mampu membina masjid di Kelantan. Jadi sembahyang di jalanan, mengiktiraf jasa Tok Guru yang tak mampu membina masjid di Kelantan.

8. Pas selalu kata politik tidak dapat dipisahkan dari agama. Sekarang betullah agama (sembahayang) pun dipolitikkan. Ikhlas ke sembahayang itu? Apa doa hajat itu? (doa untuk kemusnahan saudara seagama ke? dan membantu rakan tidak seagama?)

9. Sekadar gimik nak tunjuk alim. Dengar citer arah kiblat pun salah.

10. Sembahyang bukan kerana Allah tapi kerana publisiti.... Kalau kerana publisiti elok je buat di belakang pejabat DAP. Tempat sivakumar sembahayang. Tak jauh pun dari pejabat DAP itu. Dalam 500 meter je. Kalau buat di situ sesuai sangatlah PAS FOR ALL......


Gambar : Yeop, cepat tadah tangan tinggi-tinggi sikit, ada orang tengah tangkap gambar tu


Apabila pintu perpaduan Parti PAS – UMNO ditutup dan krisis kepimpinan PKR yang makin teruk



Hj Hadi telah mengumumkan selepas mesyuarat khas Rabu 29 Oktober lalu bahawa beliau sudah menutup ‘buku’ berkenaan perpaduan PAS – UMNO kerana beberapa sebab. Antaranya kerana peralihan kepimpinan dalam UMNO dari Tun Abdullah kepada Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Alasan yang dikemukakan oleh Presiden PAS itu ternyata begitu kontra dengan semangat Islam yang dibawa PAS dan tidak harus keluar dari mulut seorang pemimpin parti berjenamakan ISLAM. Ini kerana agama kita secara jelas melarang dari berpecah belah apatah lagi menutup pintu rundingan kepada perpaduan untuk membina kesatuan sesame bangsa atau agama.

Firman Allah Taala :

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. ( Ali Imran :183 )

Ini rentetan dari gesaan dan desakan keras Mursyidul Am PAS yang telah menggesa satu EGM diadakan untuk memecat tiga pemimpin Pro-Perpaduan iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali. Nik Aziz pada awalnya dijangka tidak hadir, dan hanya hadir tidak sampai dua jam mesyuarat tersebut kerana pulang jam 10.45 malam akhirnya berjaya dalam desakan beliau sehingga PAS telah bersetuju agar satu seminat dibuat yang akan dihadiri oleh 1,000 perwakilan termasuk pemimpin NGO yang bakal diadakan pada 7 November hadapan. Ia akan menjadi medan bagi menentukan hala tuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Adakah bersedia bersekongkol dengan parti anti Islam DAP atau Islam Liberal tajaan PKR.

Ketika PAS selepas mesyuarat khas Rabu lalu memutuskan untuk meneruskan pakatan dengan parti PKR dan DAP, semalam juga hari Khamis 29 Oktober 2009 Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah telah membuat sidang akhbar mengumumkan perletakan jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan diri menjadi ahli bebas yang menyokong Barisan Nasional.

badrul.jpg (144×200)

Antaranya kenyataannya ialah beliau berpegang teguh dengan prinsipnya sebagai seorang Islam dan tidak dapat menerima tindakan Penasihat PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kerap kali menangguhkan kes liwatnya sehingga menimbulkan kesangsian untuk beliau terus bersama PKR, di samping dengan sengaja tidak mahu menjelaskan isu liwat tersebut kepada ahli parti, telah menimbulkan berbagai tanda tanya. Begitu juga perbuatan Wan Azizah, Presiden PKR yang mendiamkan diri dalam menghadapi isu tersebut juga menyebabkan beliau semakin hilang kepercayaan terhadap PKR.


Apa yang berlaku sekarang juga tambahan kepada krisis kepimpinan PKR di Sabah di mana berlaku perselisihan faham antara Zaid Ibrahim dan Azmin Ali hingga menyebabkan Zaid Ibrahim mengambil keputusan bercuti selama 6 bulan dari aktiviti PKR, serta tindakan meletakkan semua jawatan oleh Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffry Kitingan dan diikuti oleh Christina Liew ( Ketua Bahagian Kota Kinabalu ) yang juga bekas Timbalan Pengerusi PKR Sabah yang telah digantikan oleh Kong Hong Ming. Beliau mendakwa perjuangannya dalam PKR tidak dihargai walaupun berkorban menaikkan PKR di sana sejak hampir 10 tahun yang lalu.

Untuk makluman, selepas 18 dari 23 bahagian Sabah membantah perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah hingga terpaksa ditukarkan ke Wilayah Persekutuan, PKR telah melantik Thamrin Zaini menggantikannya untuk mengetuai Badan Perhubungan PKR Sabah.

Semua ini adalah bukti bagaimana kegagalan Anwar menguruskan PKR sedangkan beliau bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanakah nasib Negara kita jika ia akan dipimpin oleh seorang pemimpin yang bukan sahaja gagal untuk menjaga partinya sendiri bahkan turut gagal menjaga dirinya sendiri hingga didakwa dengan tuduhan meliwat bekas pekerjanya Saiful Bukhari Azlan dan pernah dipenjara 6 tahun kerana kesalahan liwat sebelum ini.

Semua ini adalah bukti yang perlu difikirkan oleh rakyat agar tidak lagi terpengaruh dengan permainan politik Anwar yang ghairah mengejar kuasa hingga lupa mengendalikan kepimpinan diri dan partinya…


Salam Jumaat dan jangan lupa bersolat dan berselawat !


sumber : Utusan Malaysia


link menarik : blogger Pakatan Rakyat sudah muak dengan perangai DSAI dan apakah akan keluar parti untuk jadi blogger pembela negara ??

28 Oktober 2009

Edisi DUN Perak : Rakaman Video Bukti YB Pakatan Rakyat adalah Pakatan Rosak !!!




Malang semalam pun mereka masih lagi SAMSENG dengan membuat SIDANG DALAM SIDANG..


Memang jelas geng depa ni adalah dari jenis anak cucu cicit puak 'komunis' yang degil dan enggan menerima takdir..

Oh ye, komunis tidak percayakan Tuhan !!!


Lihat laporan lanjut dari blogger di bawah ini :

1. Sekupangduas http://sekupangduas.blogspot.com/




Maaf semalam saya tidak dapat menyiapkan lebih awal artikel tentang DUN Perak atas masalah-masalah tertentu.


Edisi Khas: Ajaran Nik Aziz menyebabkan Umno digelar macam anjing dan babi !

Pagi ini selepas subuh saya sempat membelek email Yahoogroups Perisik Rakyat. Tujuan saya ialah untuk mencari perkara yang perlu dinasihat kepada saudara seagama saya dari parti PAS. Mudah-mudahan mereka berlapang dada menerima nasihat saya.

Email yang memaparkan artikel dari blog di bawah telah menarik perhatian saya. Ia bertajuk : PAS perlu tendang UMNO dari blog http://sentuhanrakyat.blogspot.com

Dalam artikel dibawah beberapa penilaian dapat dibuat:

1. Pas merasakan dirinya makin kuat.
2. Pas telah menanam persepsi sangat buruk kepada lawannya melebihi kepada parti anti Islam iaitu DAP.
3. Pas sanggup mentarbiyah ahlinya berkata nista seperti kandang babi dan anjing kurap kepada Umno yang merupakan saudara seagama mereka juga.
4. Email ini juga kemungkinan disebarkan oleh geng hati berkarat yang lebih sayangkan DAP dari parti Melayu Islam Umno ini.
5. Ini juga adalah hasil tarbiyah Mursyidul Am mereka yang sangat jelas semakin berusia dan nyanyuk dalam berkata-kata. Malangnya kata-kata beliau sangat mengelirukan ummat dan menyesatkan sebilangan kecil rakyat.

Bacalah email di bawah dan anda boleh nilaikan sendiri apakah ini Islam asli yang dikatakan milik ekslusif PAS SAHAJA?

sekali lagi, wallahu a'lam.


Assalamualaikum

Begitu banyak rakan2 yang bertanya pandangan aku mengenai pergolakan kepimpinan PAS baru2 ini. Ramai pula yang cepat membuat pelbagai andaian mengikut persepsi masing2.

Bagi aku isu kepimpinan PAS ini sepatutnya tidak perlu menimbulkan sebarang masalah. Sejarah telah membuktikan pimpinan PAS bertukar ganti namun perjuangan Islam yang kita dokong perlulah kita sematkan dalam hati. Kita perlu menyedari jika pimpinan "kegemaran" kita dikeluarkan dari jamaah atas dasar mahu mengukuhkan perjuangan parti PAS maka seharusnya kita terima. Kita kena sedar Tuan Guru Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz atau sesiapa sahaja merupakan pimpinan kita untuk meneruskan jalan perjuangan menuju Islam yang syumul dan mereka termasuklah kita merupakan jentera perjuangan Allah swt. Oleh itu jika sesiapa pun atau diri kita sendiri dilucutkan jawatan maka perlulah kita ingat jika ianya demi menjaga perjuangan Islam itu sendiri maka kita perlu redha dengan takdir Allah ini.

PAS merupakan sebuah parti yang semakin hari semakin kuat. PAS merupakan parti yang tidak memerlukan bihun percuma dan air mineral lambang dacing untuk menggerakkan anak2 buah mereka melakukan kerja. Dalam PAS juga tidak memerlukan perebutan kuasa sehingga menyebabkan fitnah berleluasa. Tidak seperti UMNO yang bercakaran dan sanggup berbunuhan demi survival politik. Mereka amat memerlukan jawatan demi mendapat projek, balak haram, saham percuma, duit politik wang dan lain2. Malahan mereka juga sangat fanatik terhadap pemimpin mereka sehinggakan merasakan pemimpin mereka maksum. Kerana itulah mereka membutakan mata dan memekakkan telinga dengan menyokong pemimpin2 mereka yang terbukti melakukan rasuah, skandal seks, curi duit rakyat dan banyak lagi.

Sebagai pendokong PAS, kita jangan cepat melatah. Isu kerajaan perpaduan ini pastinya selesai dalam jangkamasa yang singkat. Sebagai penyokong PAS kita perlu merapatkan ukhwah dan bersifat terbuka dalam menerima sebarang keputusan pimpinan. Jika terbukti ada pemimpin yang memang mempunyai gerakan bawah tanah dalam menyatukan PAS dan UMNO maka singkirkanlah mereka. Bagi aku, bersatu dengan UMNO seumpama kita masuk ke kandang babi. Dalamnya penuh dengan najis yang sangat busuk. Mengapa perlu kita bersama dengan UMNO yang ternyata kehidupan mereka hanya penuh noda dan dosa. Merekalah yang telah membunuh pejuang PAS seperti Ibrahim Libya serta menabur fitnah Ustaz Ibrahim pembawa ajaran sesat. Mereka juga lah yang memenjarakan ramai pejuang PAS di bawah ISA atas sifat ingin menutup segala kejahatan mereka. Terpenting sekali ialah mereka inilah golongan Islam yang membenci hukum Allah. Pelbagai fitnah telah mereka taburkan dalam memburukkan hukum Allah. Malahan mereka sanggup mencaci hukum Allah. Begitu juga dengan MCA dan MIC. Mereka redha MCA dan MIC mengutuk hukum Allah.

UMNO ini adalah umpama anjing kurap yang tersepit. Apabila mereka sedar orang2 cina dan India sudah tidak mahukan mereka lagi maka barulah mereka terhegeh-hegeh mencanangkan isu perpaduan orang2 melayu. Barulah mereka ceritakan di Perak perlu adanya kuasa orang Melayu untuk memerintah. Sedangkan rakyat Perak tahu selama BN memerintah, UMNO sebenarnya hanyalah proksi dalam kerajaan negeri. Buktinya, pemberian tanah yang banyak kepada MCA. Penjualan balak dan penebangan oleh ketua2 orang cina itu sendiri. Kilang2 yang tumbuh macam cendawan bukanlah milik orang Melayu tetapi cina. Bukankah UMNO juga yang banyak terlibat dalam penjualan tanah di Perak dan PEnang. Kenapa apabila nak terjaduh dalam lubang najis baru sibuk nak berbaik?

Pimpinan PAS perlu duduk semeja dan berbincang dari hati ke hati. Sebagai penyokong PAS pula, kita seharusnya terus komited bersama PAS. Bagi aku janganlah ada sebarang penyingkiran pemimpin ketika ini. Bagi aku masing-masing ada silapnya. Dan bagi aku jika Tuan Guru Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz di singkirkan maka kesannya amat dalam dan pedih. Seharusnya PAS bergerak secara solo kembali. Biarlah kita tidak menang asalkan kita tidak bersekongkol dengan aliran yang lebih kurang sama dengan UMNO mahupun MCA. PAS sendiri cukup lama dan kuat dalam arena politik Malaysia ini. Eloknya PAS memikirkan untuk bergerak secara sendirian. Apatah lagi orang2 cina dan India sudah semakin terbuka menyokong PAS. Semoga PAS akan terus kukuh dan bakal merubah negara Malaysia yang tercinta ini di bawah kepimpinan Ulamak!

TAKBIRR!!

27 Oktober 2009

Edisi Perak : Sivakumar masih bermimpi menjadi Speaker DUN Perak !!!






Tolong gerakkan Si Speaker Jadi-jadian ini dari terus bermimpi dan mengigau !!!

Surat disalin dari Blog ProMelayu di sin http://promelayu.blogspot.com

Edisi Lengkap : 15 dalil Nik Aziz Tidak Layak Digelar Mursyidul Am PAS dan harus disingkirkan !

Hari ini saya telah berkesempatan menambah beberapa link dan gambar serta video bagi menjelaskan lagi butiran yang saya keluarkan semalam.

Ia bagi membolehkan anda meneliti lebih mendalam dalil yang saya kemukakan di blog ini.. Meskipun ada juga orang menuduh tulisan saya tersebut adalah fitnah kepada Nik Aziz..

Seperti kata para pemimpin PAS sendiri kita boleh mendedahkan keburukan seseorang agar rakyat tidak akan memilih pemimpin tersebut.

Semoga ia memberi manfaat dan dapat disebarkan kepada semua ahli PAS yang beragama Islam dan masih waras akal fikiran.

Moga Allah mengganjari jasa baik saudara/i sekelian...



1. Arwarh Tok Guru Haji Lah ( Pondok Lubuk Tapah ) semasa hayatnya pernah memberitahu kepada seorang Tok Guru pondok Berangan, bernama Haji Yaakob ( iaitu ayah kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang ) supaya mengawasi Nik Aziz. Katanya ‘ mu tengok molek sikit ajiz ni dia kuat berpolitik dan tak sempat mengaji dengan mendalam. Pengikut dia ramai dan kalau dia sesat maka sesatlah semua yang memujanya sebagai tok guru ’.

Memang benar perkara itu telah berlaku dan telah banyak perkataan dia menyesatkan orang ramai seperti mengatakan sanggup berkawan dengan syaitan, Tuhan gedebe, Tuhan mencarut dan sebagainya. Jelas bahawa Tok Guru pondok yang sangat dihormati seperti Tuan Guru Haji Lah ( Allahyarham) sendiri yang dikenali umum sebagai alim ulamak terbilang di Kelanta sendiri, tidak yakin dengan keilmuan Nik Aziz dan sudah nampak bagaimana dia akan merosakkan agama dengan menggunakan ilmu agamanya demi untuk kepentingan politik yang sedikit lagi sempit.


2. Semasa BN memerintah hanya patung Buddha yang berbaring sahaja yang dibina, tidak begitu besar atau tinggi menjulang hingga melebihi ketinggian mana-mana masjid di Kelantan. Namun Nik Aziz sepanjang 19 tahun berkuasa beliau telah membenarkan patung Buddha yang besar melebihi masjid di Tawang dan beberapa tempat lain lagi di Kelantan. Jelas sensiviti beliau terhadap agama tidak melambangkan dengan gelarannya sebagai Mursyidul Am PAS.

3. Nik Aziz juga telah bermurah hati menderma kepada Tokong Siam dengan memberi dana berjumlah RM60,000 dengan dibawa oleh Exco Kelantan iaitu Anuar Tan secara senyap. Pemberian kali pertama sebanyak RM30 ribu ringgit dan kali kedua sebanyak RM 30 ribu ringgit. Sedangkan Nik Aziz tidak pula bermurah hati untuk memberi dana yang besar kepada masjid-masjid bahkan beliau sendiri tidak pernah membina masjid sepanjang 19 tahun menjadi MB yang juga pada masa yang sama menjadi Mursyidul Am kepada PAS. Wat tersebut telah dirasmikan pada 12 Jun 2009.


[MASJID.jpg]

4. Pernah ketika melawat Pondok Berangan milik Tok Guru Hj Yaakob ( ayah Timbalan Menteri Besar Kelantan ) di Tumpat, yang bersebelahan dengan Wat Maiswankiri ( atau dikenali sebagai Ketik Tengah), Nik Aziz hanya menderma RM50 sahaja kepada pondok tersebut tetapi memberi RM1900 kepada wat Maiswankiri. Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang pondok yang membuka peti tabung selepas beliau meninggalkan pondok tersebut dan juga diceritakan oleh petugas Wat Maiswankiri. Ia adalah bukti kukuh bagaimana sikap Nik Aziz terhadap institusi agama berbanding ketika menyumbang kepada sebuah rumah ibadat masyarakat Siam. Jelas sekali bahawa demi kepentingan politik Nik Aziz sanggup melebihkan sumbangannya kepada sebuah Wat Siam dari member derma kepada sebuah pondok pengajian agama yang menjadi kilang melahirkan ulama rabbani. Sekali lagi beliau tidak layak digelar Mursyidul Am PAS atau dipanggil Tok Guru.

[poster_pru_3_bangang1.jpg]

5. Ada juga info memberitahu bahawa anak saudara Nik Aziz yang belajar di Mesir terpaksa membuat kumpulan Nasyid bernama As Sof untuk membiayai pengajiannya. Bagaimana seorang Mursyidul Am bertaraf Menteri Besar yang mendapat gaji yang lumayan tidak pula memberi bantuan bulananan kepada anak saudaranya sendiri. Bukti bahawa Nik Aziz tidak fikirkan kebajikan rakyat hatta anak saudaranya sendiri dibiarkan sedemikian rupa. Apakah ini rupa sebenar Mursyidul Am PAS ?

6. Nik Aziz juga pernah ditentang hebat oleh seorang anak Tuan Guru Hj Abd Rahman ( Wakaf Bharu) bernama Hj Din ekoran fatwanya menghalalkan tupai dimakan dan mengatakan seluar pendek boleh dipakai oleh orang lelaki. Ekoran kes tersebut maka Hj Din anak kepada Tuan Guru Hj Abd Rahman sendiri telah pergi ke rumah beliau untuk berbahas dengan membawa kitab Faridah Faraid namun tidak dilayan oleh Nik Aziz. Perkara ini sudah diketahui oleh pelajar pondok bahkan oleh ahli PAS sendiri tetapi didiamkan kerana takut dikutuk oleh fanatik PAS yang lain yang sudah tentu tidak akan menerima kritikan sebegini kepada tok guru mereka. Sedangkan ia membuktikan Nik Aziz tidak layak menjadi seorang Mursyidul Am bagi sebuah parti politik yang ingin memperjuangkan Islam.

7. Selain itu, Nik Aziz juga gagal dalam mentarbiah adik beradik keluarga bininya ( Tuan Sabariah) kerana isu harta pusaka. Pergaduhan telah berlaku dalam keluarga Tuan Muda selepas kematiannya dan tidak wajarlah diperincikan di sini kisah tersebut. Cuma ia telah diketahui ramai dan ia menjadi bukti bahawa Nik Aziz gagal menjadi seorang ulama bertaraf Mursyidul Am kerana tidak dapat mendidik keluarganya sendiri dari pihak isterinya untuk menjadi seorang umat Islam yang baik. Tidak peliklah jika di Kelantan tempoh hari tidak sampai seminggu ada dua kes bayi dibuang di dua buah masjid di sana. Apakah ahli PAS akan terus menerima dan mempertahankan Mursyidul Am seperti beliau ?

8. Adik isteri beliau bernama Tuan Mat juga pernah ditahan ISA kerana menjadi tekong darat membawa masuk warga asing dari Bangladesh dan pernah ditahan ISA selama dua tahun. Pendedahan ini juga membuktikan bagaimana seorang Tok Guru bertaraf Mursyidul Am gagal dalam membawa perjuangan Islamnya untuk dihayati oleh keluarganya sendiri. Hingga Tuan Mat ini juga dapat membina rumah besar di tepi sungai Kemumin hasil dari kegiatan membawa warga asing masuk ke Malaysia. Tindakan yang tidak ubah sebagai pengkhianat bangsa ini didiamkan sahaja oleh Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan walhal ia bercanggah dengan agama dan undang-undang Negara kita. Apakah beliau masih relevan untuk terus menjadi Mursyidul Am PAS ? Ahli-ahli PAS perlu memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Elok jika semasa Mesyuarat Khas PAS tidak lama lagi, usul memecat Nik Aziz harus dibawa kepada perwakilan.

9. Pernah beliau juga menolak gambar-gambar digantung di rumah dan tidak akan menghadiri majlis yang dibuat di rumah yang ada gambar manusia digantung. Namun sekarang gambar beliau sendiri yang begitu besar telah dipamerkan di tepi jalan. Ini menandakan beliau sering berfatwa yang tidak diamalkan oleh dirinya sendiri. Inilah jenis Mursyidul Am yang disukai oleh geng Erdogan yang cakapnya tidak serupa bikin dan bersifat ‘halal untukku dan haram untukmu.’

10. Nik Aziz juga pernah mengatakan Akademi Fantasia sebagai setan. Namun mengalu-alukan kehadiran Mawi ke sana yang pernah menjadi Juara AF. Begitu juga beliau turut bertemu dengan artis-artis lain seperti Maya Karin, Siti Nurhaliza dan terbaru artis kumpulan rock bernama Amy Search. Pendek kata Nik Aziz menelan kata-kata beliau sendiri dan sering berubah mengikut masa dan ‘nafsu’ nya sendiri.

[DISCO.jpg]

11. Nik Aziz juga pernah menolak menghadiri kenduri kahwin anak Dato Asri ( bekas Presiden PAS ) kerana tidak setuju dengan persembahan Orkes Suraya sedangkan ia sebuah kumpulan nasyid. Alasannya suara wanita adalah aurat. Malang sekali hari ini persembahan dikir barat wanita telah dibenarkan dan qariah Kelantan telah dianaktirikan dari menjadi wakil Kelantan untuk pertandingan Musabaqah Al Quran. Adakah ini Islam yang diamalkan oleh Mursyidul Am PAS selama ini selari dengan Islam yang sebenar ? Fikir-fikirkanlah wahai saudara/I sekelian.



12. Nik Aziz juga tidak pernah membuat sebarang majlis Maulidur Rasul sepanjang pemerintahannya dan mengatakan ia sebagai bidaah. Sedangkan majlis menyambut kelahiran Sultan Kelantan dan Hari Merdeka dibuat dengan gilang-gemilang sekali. Jelas bagi umat Islam ahli Sunnah Wal Jamaah tidak dapat menerima pemikiran ‘kaum muda’ ala wahabi ini. Kerana alas an beliau ialah Maulidur Rasul menyerupai perbuatan agama Yahudi dan Nasrani. Memang benarlah bahawa Nik Aziz tidak layak menjadi Mursyidul Am yang boleh membawa fahaman Sunnah yang sebenar.



13. Satu ketika dahulu isu kroni yang melibatkan perlantikan Menantu beliau menjadi Pengerusi Perbadanan Menteri Besar juga telah kecoh di Negara kita. Akhirnya beliau telah mengatakan ia turut diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Adakah ‘kroni’ yang dikatakan dibuat oleh Nabi itu sama dengan kroni yang kita faham. Jelas sekali nama baik Rasulullah telah dimain-mainkan oleh lidah bercabang Nik Aziz ini… Memang sesuailah jika ahli-ahli PAS di seluruh Negara perlu menolak Nik Aziz dari terus merosakkan PAS dengan fatwa karutnya sebagai Mursyidul Am PAS.

Link : http://www.malaysiakini.com dan komennya Nabi turut amalkan kroni di sini http://www.pemudaumno.org.my/

14. Sepanjang menjadi Menteri Besar Nik Aziz telah ‘berjaya’ membiarkan sebuah Tokong Besar dan Tinggi melebihi Masjid Tawang di Bachok. Beliau yang gigih berusaha untuk mendapat sokongan hebat masyarakat Siam di sana dengan pendirian politiknya yang begitu obsess untuk mendapat undi dari mereka. Namun ia satu lagi bukti bagaimana Nik Aziz telah bertindak keterlaluan hingga member kebenaran sebuah Tokong/ Wat Siam begitu besar dibina di Kelantan. BN tidak pernah bertindak seperti yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS ini dan sewajarnya Nik Aziz ini boleh digelar Mursyidul Am Siam sahaja oleh rakyat Kelantan.

15. Sepanjang menjadi MB juga Nik Aziz telah menjual Ladang Sungai Terah, Perdana Resort dan Hotel Perdana yang diasaskan oleh Kerajaan Kelantan pimpinan Barisan Nasional sebelum itu. Maka apakah lagi harapan rakyat Kelantan kepada beliau jika satu persatu aset Kerajaan Negeri Kelantan dijual kepada orang lain ?

15 dalil di atas adalah hasil berbagai sumber yang saya perolehi dari berbagai bentuk seperti blog, cakap dengar, email dan sebagainya. Jika ada pembetulan fakta, atau penambahan boleh ditambah dalam ruang komen di blog saya ini.

Harapan saya hanya satu, Mursyidul Am PAS ini yang begitu bencikan perpaduan Islamdibina antara PAS dan UMNO perlu dibuang dan disingkirkan dari terus merosakkan Islam dan menghalang kepada perpaduan ummah yang sememangnya sudah teruk berpecah ekorang penyelewengan fakta agama untuk dunia ( kuasa politik)

Saya mohon maaf jika ada kesilapan dalam menyusun fakta di atas dan tindakan ini sekadar ingin menyedarkan ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia agar tidak tertipu dengan gelaran ‘Mursyidul Am’ atau ‘Tok Guru’ yang ditampal pada nama dan juga peribadi beliau.

Wallahu A’lam.





gambar disalin dari blog http://pakmie.blogspot.com



26 Oktober 2009

Edisi Malam : Nik Aziz dianggap macam Dewa oleh ahli PAS ?



Saya tak nak komen panjang. Artikel pagi tadi sudah sangat panjang. Dan meletihkan minda dalam menyusun apa yang ada dalam fikiran serta pandangan.

Untuk edisi sebelum tidur suka saya jentik sedikit perihal Nik Aziz di blog pro PAS seperti Faisal Tehrani di sini

http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/10/takkanlah-kerana-sayangkan-orang-itu.html

Cuma tertarik dengan kata-kata 'Cuping Merah' ; seorang pemberi komen tetap di blog ini yang turut berkomentar di blog Azizi Abdullah ( di sini http://aziziabdullah.blogspot.com ) dengan kata-katanya :

memecat atau menggugurkan Tok GURU NIK AZIZ dari MURSYIDUL AM umpama membubarkan parti pas...


Tak percaya ?

Lihat bukti di bawah.









Apakah kerana fanatik yang berlebihan itu akan membuta dan menulikan mata dan telinga mereka dari menerima 'hidayah' ini ?

Wallahu A'lam.

Mudah mudahan kebenaran akan mengatasi kebatilan...

Jangan mendewakan Nik Aziz hingga mengatakan PAS adalah Nik Aziz dan Nik Aziz adalah PAS.


Edisi Lengkap : 15 dalil Nik Aziz Tidak Layak Digelar Mursyidul Am PAS dan harus disingkirkan !

1. Arwarh Tok Guru Haji Lah ( Pondok Lubuk Tapah ) semasa hayatnya pernah memberitahu kepada seorang Tok Guru pondok Berangan, bernama Haji Yaakob ( iaitu ayah kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang ) supaya mengawasi Nik Aziz. Katanya ‘ mu tengok molek sikit ajiz ni dia kuat berpolitik dan tak sempat mengaji dengan mendalam. Pengikut dia ramai dan kalau dia sesat maka sesatlah semua yang memujanya sebagai tok guru ’.

Memang benar perkara itu telah berlaku dan telah banyak perkataan dia menyesatkan orang ramai seperti mengatakan sanggup berkawan dengan syaitan, Tuhan gedebe, Tuhan mencarut dan sebagainya. Jelas bahawa Tok Guru pondok yang sangat dihormati seperti Tuan Guru Haji Lah ( Allahyarham) sendiri yang dikenali umum sebagai alim ulamak terbilang di Kelanta sendiri, tidak yakin dengan keilmuan Nik Aziz dan sudah nampak bagaimana dia akan merosakkan agama dengan menggunakan ilmu agamanya demi untuk kepentingan politik yang sedikit lagi sempit.


2. Semasa BN memerintah hanya patung Buddha yang berbaring sahaja yang dibina, tidak begitu besar atau tinggi menjulang hingga melebihi ketinggian mana-mana masjid di Kelantan. Namun Nik Aziz sepanjang 19 tahun berkuasa beliau telah membenarkan patung Buddha yang besar melebihi masjid di Tawang dan beberapa tempat lain lagi di Kelantan. Jelas sensiviti beliau terhadap agama tidak melambangkan dengan gelarannya sebagai Mursyidul Am PAS.

3. Nik Aziz juga telah bermurah hati menderma kepada Tokong Siam dengan memberi dana berjumlah RM60,000 dengan dibawa oleh Exco Kelantan iaitu Anuar Tan secara senyap. Pemberian kali pertama sebanyak RM30 ribu ringgit dan kali kedua sebanyak RM 30 ribu ringgit. Sedangkan Nik Aziz tidak pula bermurah hati untuk memberi dana yang besar kepada masjid-masjid bahkan beliau sendiri tidak pernah membina masjid sepanjang 19 tahun menjadi MB yang juga pada masa yang sama menjadi Mursyidul Am kepada PAS. Wat tersebut telah dirasmikan pada 12 Jun 2009.


[MASJID.jpg]

4. Pernah ketika melawat Pondok Berangan milik Tok Guru Hj Yaakob ( ayah Timbalan Menteri Besar Kelantan ) di Tumpat, yang bersebelahan dengan Wat Maiswankiri ( atau dikenali sebagai Ketik Tengah), Nik Aziz hanya menderma RM50 sahaja kepada pondok tersebut tetapi memberi RM1900 kepada wat Maiswankiri. Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang pondok yang membuka peti tabung selepas beliau meninggalkan pondok tersebut dan juga diceritakan oleh petugas Wat Maiswankiri. Ia adalah bukti kukuh bagaimana sikap Nik Aziz terhadap institusi agama berbanding ketika menyumbang kepada sebuah rumah ibadat masyarakat Siam. Jelas sekali bahawa demi kepentingan politik Nik Aziz sanggup melebihkan sumbangannya kepada sebuah Wat Siam dari member derma kepada sebuah pondok pengajian agama yang menjadi kilang melahirkan ulama rabbani. Sekali lagi beliau tidak layak digelar Mursyidul Am PAS atau dipanggil Tok Guru.

[poster_pru_3_bangang1.jpg]

5. Ada juga info memberitahu bahawa anak saudara Nik Aziz yang belajar di Mesir terpaksa membuat kumpulan Nasyid bernama As Sof untuk membiayai pengajiannya. Bagaimana seorang Mursyidul Am bertaraf Menteri Besar yang mendapat gaji yang lumayan tidak pula memberi bantuan bulananan kepada anak saudaranya sendiri. Bukti bahawa Nik Aziz tidak fikirkan kebajikan rakyat hatta anak saudaranya sendiri dibiarkan sedemikian rupa. Apakah ini rupa sebenar Mursyidul Am PAS ?

6. Nik Aziz juga pernah ditentang hebat oleh seorang anak Tuan Guru Hj Abd Rahman ( Wakaf Bharu) bernama Hj Din ekoran fatwanya menghalalkan tupai dimakan dan mengatakan seluar pendek boleh dipakai oleh orang lelaki. Ekoran kes tersebut maka Hj Din anak kepada Tuan Guru Hj Abd Rahman sendiri telah pergi ke rumah beliau untuk berbahas dengan membawa kitab Faridah Faraid namun tidak dilayan oleh Nik Aziz. Perkara ini sudah diketahui oleh pelajar pondok bahkan oleh ahli PAS sendiri tetapi didiamkan kerana takut dikutuk oleh fanatik PAS yang lain yang sudah tentu tidak akan menerima kritikan sebegini kepada tok guru mereka. Sedangkan ia membuktikan Nik Aziz tidak layak menjadi seorang Mursyidul Am bagi sebuah parti politik yang ingin memperjuangkan Islam.

7. Selain itu, Nik Aziz juga gagal dalam mentarbiah adik beradik keluarga bininya ( Tuan Sabariah) kerana isu harta pusaka. Pergaduhan telah berlaku dalam keluarga Tuan Muda selepas kematiannya dan tidak wajarlah diperincikan di sini kisah tersebut. Cuma ia telah diketahui ramai dan ia menjadi bukti bahawa Nik Aziz gagal menjadi seorang ulama bertaraf Mursyidul Am kerana tidak dapat mendidik keluarganya sendiri dari pihak isterinya untuk menjadi seorang umat Islam yang baik. Tidak peliklah jika di Kelantan tempoh hari tidak sampai seminggu ada dua kes bayi dibuang di dua buah masjid di sana. Apakah ahli PAS akan terus menerima dan mempertahankan Mursyidul Am seperti beliau ?

8. Adik isteri beliau bernama Tuan Mat juga pernah ditahan ISA kerana menjadi tekong darat membawa masuk warga asing dari Bangladesh dan pernah ditahan ISA selama dua tahun. Pendedahan ini juga membuktikan bagaimana seorang Tok Guru bertaraf Mursyidul Am gagal dalam membawa perjuangan Islamnya untuk dihayati oleh keluarganya sendiri. Hingga Tuan Mat ini juga dapat membina rumah besar di tepi sungai Kemumin hasil dari kegiatan membawa warga asing masuk ke Malaysia. Tindakan yang tidak ubah sebagai pengkhianat bangsa ini didiamkan sahaja oleh Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan walhal ia bercanggah dengan agama dan undang-undang Negara kita. Apakah beliau masih relevan untuk terus menjadi Mursyidul Am PAS ? Ahli-ahli PAS perlu memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Elok jika semasa Mesyuarat Khas PAS tidak lama lagi, usul memecat Nik Aziz harus dibawa kepada perwakilan.

9. Pernah beliau juga menolak gambar-gambar digantung di rumah dan tidak akan menghadiri majlis yang dibuat di rumah yang ada gambar manusia digantung. Namun sekarang gambar beliau sendiri yang begitu besar telah dipamerkan di tepi jalan. Ini menandakan beliau sering berfatwa yang tidak diamalkan oleh dirinya sendiri. Inilah jenis Mursyidul Am yang disukai oleh geng Erdogan yang cakapnya tidak serupa bikin dan bersifat ‘halal untukku dan haram untukmu.’

10. Nik Aziz juga pernah mengatakan Akademi Fantasia sebagai setan. Namun mengalu-alukan kehadiran Mawi ke sana yang pernah menjadi Juara AF. Begitu juga beliau turut bertemu dengan artis-artis lain seperti Maya Karin, Siti Nurhaliza dan terbaru artis kumpulan rock bernama Amy Search. Pendek kata Nik Aziz menelan kata-kata beliau sendiri dan sering berubah mengikut masa dan ‘nafsu’ nya sendiri.

[DISCO.jpg]

11. Nik Aziz juga pernah menolak menghadiri kenduri kahwin anak Dato Asri ( bekas Presiden PAS ) kerana tidak setuju dengan persembahan Orkes Suraya sedangkan ia sebuah kumpulan nasyid. Alasannya suara wanita adalah aurat. Malang sekali hari ini persembahan dikir barat wanita telah dibenarkan dan qariah Kelantan telah dianaktirikan dari menjadi wakil Kelantan untuk pertandingan Musabaqah Al Quran. Adakah ini Islam yang diamalkan oleh Mursyidul Am PAS selama ini selari dengan Islam yang sebenar ? Fikir-fikirkanlah wahai saudara/I sekelian.



12. Nik Aziz juga tidak pernah membuat sebarang majlis Maulidur Rasul sepanjang pemerintahannya dan mengatakan ia sebagai bidaah. Sedangkan majlis menyambut kelahiran Sultan Kelantan dan Hari Merdeka dibuat dengan gilang-gemilang sekali. Jelas bagi umat Islam ahli Sunnah Wal Jamaah tidak dapat menerima pemikiran ‘kaum muda’ ala wahabi ini. Kerana alas an beliau ialah Maulidur Rasul menyerupai perbuatan agama Yahudi dan Nasrani. Memang benarlah bahawa Nik Aziz tidak layak menjadi Mursyidul Am yang boleh membawa fahaman Sunnah yang sebenar.



13. Satu ketika dahulu isu kroni yang melibatkan perlantikan Menantu beliau menjadi Pengerusi Perbadanan Menteri Besar juga telah kecoh di Negara kita. Akhirnya beliau telah mengatakan ia turut diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Adakah ‘kroni’ yang dikatakan dibuat oleh Nabi itu sama dengan kroni yang kita faham. Jelas sekali nama baik Rasulullah telah dimain-mainkan oleh lidah bercabang Nik Aziz ini… Memang sesuailah jika ahli-ahli PAS di seluruh Negara perlu menolak Nik Aziz dari terus merosakkan PAS dengan fatwa karutnya sebagai Mursyidul Am PAS.

Link : http://www.malaysiakini.com dan komennya Nabi turut amalkan kroni di sini http://www.pemudaumno.org.my/

14. Sepanjang menjadi Menteri Besar Nik Aziz telah ‘berjaya’ membiarkan sebuah Tokong Besar dan Tinggi melebihi Masjid Tawang di Bachok. Beliau yang gigih berusaha untuk mendapat sokongan hebat masyarakat Siam di sana dengan pendirian politiknya yang begitu obsess untuk mendapat undi dari mereka. Namun ia satu lagi bukti bagaimana Nik Aziz telah bertindak keterlaluan hingga member kebenaran sebuah Tokong/ Wat Siam begitu besar dibina di Kelantan. BN tidak pernah bertindak seperti yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS ini dan sewajarnya Nik Aziz ini boleh digelar Mursyidul Am Siam sahaja oleh rakyat Kelantan.

15. Sepanjang menjadi MB juga Nik Aziz telah menjual Ladang Sungai Terah, Perdana Resort dan Hotel Perdana yang diasaskan oleh Kerajaan Kelantan pimpinan Barisan Nasional sebelum itu. Maka apakah lagi harapan rakyat Kelantan kepada beliau jika satu persatu aset Kerajaan Negeri Kelantan dijual kepada orang lain ?

15 dalil di atas adalah hasil berbagai sumber yang saya perolehi dari berbagai bentuk seperti blog, cakap dengar, email dan sebagainya. Jika ada pembetulan fakta, atau penambahan boleh ditambah dalam ruang komen di blog saya ini.

Harapan saya hanya satu, Mursyidul Am PAS ini yang begitu bencikan perpaduan Islam dibina antara PAS dan UMNO perlu dibuang dan disingkirkan dari terus merosakkan Islam dan menghalang kepada perpaduan ummah yang sememangnya sudah teruk berpecah ekorang penyelewengan fakta agama untuk dunia ( kuasa politik)

Saya mohon maaf jika ada kesilapan dalam menyusun fakta di atas dan tindakan ini sekadar ingin menyedarkan ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia agar tidak tertipu dengan gelaran ‘Mursyidul Am’ atau ‘Tok Guru’ yang ditampal pada nama dan juga peribadi beliau.

Wallahu A’lam.

Panglima Perang Cyber
Isnin, 26 Oktober 2009
12.13 tengah hari


Link tambahan :

http://www.mymassa.com/?p=3&cpage=1

http://umnobaganpinang.blogspot.com/2009/06/prk-manek-urai-hati-luka-seorang-anak.html

25 Oktober 2009

Edisi Pagi : Live from Air Asia LCCT !

Artikel semalam satu detik manis sebagai blogger kerana setelah sekian lama berusaha upload gambar, maka saya telah berjaya masukkan gambar dari xperia x1 untuk tatapan kawan-kawan. Gambar saya telah berjaya dihantar untuk dilihat oleh satu dunia bahawa Panglima Perang Cyber hanya Orang Biasa. Saya belum bersedia untuk dikenali sepenuhnya meskipun rakan blogger ada yang sudah mengenali saya hasil beberapa pertemuan sebelum ini dengan mereka.

Saya ketika ini sedang menunggu seseorang di LCCT dan kesempatan ini saya gunakan untuk membaca email2 dan menulis serba sedikit untuk blog saya. Kadang-kadang berjam-jam juga mahu disiapkan ebuah artikel kerana masalah menggunakan handphone bukan laptop.Alhamdulillah blogger picisan macam saya meskipun tidak mempunyai ramai follower kerana masalah bahan dan ruang masa terhad sebelum ini,maka sekarang ia tidak menjadi halangan lagi dengan xperia x1 ini. Hara-harapnya semakin ramai akan memahami idea dan pandangan yang diterbitkan di blog ini.Apatah lagi dengan kemudaha akses broadband Celcom yang sangat luas dan pantas.

Pagi ini saya sekadar mahu menyalin email yang saya terima tentang kemungkinan banyak PRK akan diadakan selepas Mahkamah bertindak ke atas Ahli Parlimen Batu Tian Chua( memang keras macam batu degil tak dengar arahan polis) yang didapati bersalah menggigit polis dan gagal dalam rayuannya. Sememangnya hukuman ke atas VIP yang juga merupakan wakil rakyat tidak kira dari mana-mana partiperlu lebih berat dan hendaklah disegerakan. Untuk menjadi teladan kepada rakyat.

Seperti biasa penyokong pembangkang sudah memulakan serangan ke atas PM dengan mengatakan negara kita tidak adil dan hakim pro kepada kerajaan. Alasan yang bagi saya sudah basi namun diulang lagi di saat kejatuhan mereka yang semakin nyata selepas malu besar di PRK N31 Bagan Pinang.

Kita tunggu apakah lagi caci maki mereka terhadap polis,hakim,PM dan sprm.

Atau usir saja mereka ke pulau2 tidak berpenghuni di Sabah Sarawak sehingga otak 'komunis' mereka akan kembali normal?

Terserahlah dan biar kerajaan kita memutuskan yang terbaik untuk masa depan agama bangsa dan negara kita.

Terlintas juga sandiwara Nik Aziz desak EGM adalah taktik untuk menutup isu perselisihan faham PKR Sabah yang melibatkan Zaid Ibrahim, Azmin Ali dan Jeffry Kittingan. Di samping melupakan kekalahan pahit mereka di Bagan Pinang.

Baca email di bawah yang bertujuan merosakkan pemikiran rakyat Malaysia! termasuk berbaur hasutan untuk membantah dan meragui institusi kehakiman di negara kita demi memastikan YB mereka akan tetap 'menjadi wira' meskipun selepas kehilangan kerusi mereka akibat kesilapan mereka sendiri yang memang suka melanggar peraturan tiap kali ingin menjadi 'wira taik kucing' untuk membela rakyat ( juga jenis tidak mengenang budi dan mudah lupa sejarah )

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
Media Release by BERSIH on 23 October 2009 at Kuala Lumpur
 
BERSIH warns of 10 by-election following Najib’s “judicial crackdown”
 
Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH) condemns the selective prosecution and unreasonable conviction of Batu MP Tian Chua. It warns that if the public do not openly protest such repression, it may be used to disqualify up to eight Pakatan Rakyat parliamentarians and two state legislators in total.
 
Besides Tian Chua, seven parliamentarians are charged for illegal assembly or related offences:  Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, Gobalakrishnan (PKR), Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Dr Lolo, (PAS).  This would mean Pakatan Rakyat (PR) may be left with only 74 seats in Parliament, losing its two-third.
 
Two DAP state assemblypersons: Ronnie Liu and Lau Weng San, may also become the victim of this wave of “judicial crackdown” for illegal assembly. 
 
If sentenced for fine more than RM2000 or imprisonment more than a year, they would be forfeited their positions and be prevented from running for the next five years after their punishment is served.
 
BERSIH stresses that, the persecution of Tian Chua on the 203th day of Najib’s leadership shows that Najib’s 1Malaysia is actually an electoral one-party state that would not tolerate the opposition parties to compete on level playing field.
 
Unfortunately, like in Perak, judiciary as an unelected institution is again used to topple elected representatives. The Magistrate has conveniently privileged the testimony of the plaintiff over that of Tian Chua, while there is no single objective evidence that points to Tian Chua’ alleged biting the policemen. And despite the police officer’s admission of beating up Tian, he is not charged or suspended.
 
BERSIH calls upon Malaysian public to stand up and be counted to defend democracy. We must not let Najib uses court as a way to force by-election and reduce PR’s seats.


Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."




ok makan dulu !

24 Oktober 2009

Edisi Pagi : Email kepada Rakan-Rakan Siber


Pagi ini saya terfikir untuk membuat email hantar kepada email-email yang ada dalam Yahoogroupsyang saya sertai atau 'dipaksa masuk' seperti Yahoogroups Perisik Rakyat. Memang saya tak pernah subscribe atau daftar pun.

Mula-mula memang menyemak email email yang beribu-ribu memenuhi inbox saya. Tetapi saya fikirkan positif dan berpendapat alamat yang ada di sana boleh diguna untuk menjadi rakan baru blog saya.

Kerana komen mereka samada positif atau negatif adalah penting di dalam membentuk pemikiran yang boleh menjadi aspirasi nasional bagi matlamat perpaduan antara kaum,bangsa dan agama seperti lagu yang berkumandangkan ketika ini di TV8 tentang mesej untuk membentuk rakyat Malaysia bawah gagasan 1Malaysia.

Maka mesej di bawah ini saya sudah mula menghantar email perkenalan dan akan terus dihantar lagi kepada semua email email yang ada.

Memang mudah sekarang ini kerana 'rezeki' datang bergolek depan mata.

Cuma saya khuatir adakah selepas ini saya akan dibuang dari yahoogroups mereka?

Wallahu A'lam


Nota: saya baru sedar ada masalah komen di blog saya. Mungkin kerana serangan penggodam ( hacker)? Namun ia sudah ok dan terima kasih kepada Hilbert Montrel atas posting khas beliau berkenaan masalah tersebut.

Patutlah dua tiga hari ini komen blog saya kosong tidak sepeti biasa.


Ini email saya:

Saya ada menulis sedikit pandangan tentang isu-isu negara kita di blog saya. Bukan apa, cuma berharap kita dapat berbincang dengan berhemah dengan saudara dapat memberi respon kepada pandangan peribadi saya di sana.

Ini demi memenuhi konsep musyawarah yang menjadi sunnah Nabi bersama sahabat mencari penyelesaian sebarang konflik antara umat baginda untuk kebaikan agama dan negara yang kita cinta.

Sepatah pandangan saudara mungkin dibaca oleh pemimpin kita dan ia mungkin sangat berharga bak permata. Kan 'mencintainya negara sebahagian dari iman?'

Saya berjanji komen berbudi bahasa tuan/puan akan dilulus tapisannya.

Harap sudi-sudilah berkunjung ke blog saya http://penembak-tepat.blogspot.com

'Bersatu teguh, bercerai roboh'

Salam hormat.

Yang benar,

Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara (BPN)


Nota: di sana juga ada link2 blog yang jauh lebih hebat dari saya samada geng BPN atau bukan. Anda boleh berikan komen anda walau tidak menjadi seorang 'blogger'


TERIMA KASIH!

23 Oktober 2009

Edisi Malam:Perisik Rakyat's Yahoogroups tidak demokratik!

Hahaha... Nampaknya geng erdogan sudah kembali ingin menebus dendam mereka. Habislah geng terengganu kali ini jika perang psikologi geng Erdogan berjaya. kerana merekalah yang banyak mendominasi keputusan muktamar lalu menyebabkan geng erdogan pro anwar sudah kehilangan taring mereka dalam Pas.

Saya juga pelik kerana sudah banyak kali saya beri idea dan menulis dengan baik di yahoogroups PerisikRakyat ini di dalam berkongsi idea dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan namun hampa tak dapat tengok ia di'approve'kan oleh moderator.

Sayang sekali, nampaknya kebebasan bersuara saya telah tersekat di yahoogroups pro Pakatan Rakyat yang tergamak menyekat suara RAKYAT MARHAEN seperti saya.

Mesti ada orang komen kenapa saya x buka komen di sini dan asyik menuduh orang?

kerana saya takut ada komen anak 'haram' akan mencarut di blog saya. Setakat hari ini saya tidak pernah memotong komen kawan dan lawan alam siber saya. Semua dibebaskan tanpa sekatan!

Untuk mengelakkan ia jadi 'debu-debu yang berterbangan' maka saya ingin membuat salinan pendua kali ini di blog saya. Sedikit tambahan saya buat untuk disiar di blog saya ini.

Harap komen saya akan dibaca oleh semua rakyat Malaysia tanpa sekatan lagi.

Syabas Perisik Rakyat atas langkah 'bijak' anda.


Nota:komen di atas respon kepada email DALAM yahoogroups Perisik Rakyat di bawah yang saya nampak seperti satu gerakan tersusun geng Erdogan untuk 'goncang' kedudukan Hj Hadi dan Nasarudin yang mana mungkin masih 'terbuka mata hati' untuk menilai kedudukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Seperti biasa Nik Aziz sekali lagi seakan menjadi 'kuda tunggangan' geng Erdogan untuk merealisasikan hasrat mereka yang sangat kecewa ditendang keluar dari jawatan yang telah atau akan mereka perolehi semasa pemilihan lepas.

Ayat di bawah juga seperti milik Annual Bakri yang jika anda mahu kenali siapa dan apa jawatannya, boleh dengan mudah sahaja taip nama beliau dan cari guna google.

Email dan Blog geng Erdogan sudah memulakan serangan gelombang kedua virus 'babi' atau 'H1N1' ciptaan mereka untuk menjatuhkan pemimpin tertinggi Pas yang menang dalam pemilihan.

-----------------------------------------

Latarbelakang:

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodul "kemuncup dalam perjuangan".

Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i) Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi

"Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil." (Surah Al-Anfaal Ayat 67-68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin di dalam Islam.

ii) Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. ditegur dengan lafaz berbunyi:

"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1

iii) Dalam surah 'Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya." (Surah 'Abasa Ayat 1-6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr.Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Oktober 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut:

"Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan."

"Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan."

"Dengan itu mungkin sudah sampai masanya PAS membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus."

"Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka."

"Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka."

"Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak (gambar kiri) agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti."

"Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu."

"Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan."

Pandangan saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini:

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah. Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah.

Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi "tajdid" kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas; ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas. Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke-13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

(Blog Tok Guru)


nota PANGLIMA : ingat lagi stail geng Husam ini yang suka membuat surat surat guna nama Nik Aziz. Sekarang blog nama Tokguru menjadi pilihan terbaru mereka. Hj Hadi dan Nasarudin dibenci hanya kerana nak MENYATUKAN umat Islam di Malaysia.

Kenapa x ajak PKR? mungkin kerana 'tak laku' dan 'bahaya' kot.

huhu

apa kata kita cari siapa Exco Kerajaan PAS yang tumbuk tetamu minggu lepas?

Apa kata kita desak PAS pecat jawatan dia?

Itupun jika Hj Hadi ada 'telurlah'..

Hahaha.

Cari Blog Ini

Translate