Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 September 2009

EDISI TAKZIAH : KEMATIAN ADUN BN HARI JUMAAT TANDA DIANGKAT AZAB KUBUR SEPERTI SABDA RASUL


Pertama sekali mari kita hadiahkan fatihah kepada Allahyarham ADUN Bagan Pinang iaitu Yang Berhormat Azman Mohd Noor pada jam 2.30 petang tadi di Seremban pada umur 55 tahun. Berita lanjut klik sini ( Mstar Online )

Satu lagi kehilangan besar kepada negara atas pemergian seorang tokoh politik yang gigih membawa harapan dan masalah rakyat untuk diberi perhatian oleh kerajaan.

Perkara yang menarik tentang kematian beliau ialah bagaimana ia sangat bertentangan dengan dakwaan Mursyidul Am PAS yang suka melabelkan UMNO sebagai orang sekular/sesat / komunis dan sebagainya.

Jika benar-benar sesat tentu arwah tidak akan diberi hari kematian yang istimewa seperti yang diperolehinya hari ini.

Hadis mengesahkan tajuk artikel di atas seperti berikut :

"Tidaklah seorang Muslim yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad -sahih-)


Maka adakah Nik Aziz nak lawan hadis Nabi selepas mengatakan parti UMNO bawa Islam plastik?


Jika ahli UMNO tidak Islam tentu tidak ada ditakdirkan meninggal pada hari yang sangat baik dan dikenali ketua segala hari ini.

Maka saudara/i perlu sedar bahawa mainan kata-kata orang memakai pakaian seperti Ulama tidak akan bawa ke mana.

Ia sekadar menambah kebuntuan masalah sosial dan jiwa umat di akhir zaman ini....


Ayuh kita berhenti bersengketa dan mendesak parti parti yang kita sokong agar teguh kepada prinsip perpaduan untuk keamanan dan kemakmuran negara di bawah lembayung rahmat Allah.


Peganglah kepada kebenaran yang kita perlu kaji dan rasai sendiri, bukan berdasarkan kata-kata orang yang entah benar atau tidak.

7 ulasan:

Suara Demokrasi berkata...

wujudkan blog rasmi dan khas untuk PRK Bagan Pinang secepat mungkin,..dan pastikan ia popular!..kami blogger pro-BPN akan support dan bantu mempromosi...

wénkt berkata...

di hari jumaat

Juga di bulan ramadan

Tanpa Nama berkata...

betul jika di sisi Allah dia masih dianggap Islam.

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Al Fatihah buat Alayarham......

Sesungguhnya keangkuhan pemimpin-pemimpin PAS sudah jauh memesongkan akidah serta memecahkan umat Islam. Mereka terlalu ghairah untuk melihat umat Melayu lain hancur kerana mabuk dengan kuasa tanpa disedari mereka juga telah menjual maruah bangsa dan agama sendiri...

Unknown berkata...

Saudara,masalah dusa,pahala,shurga,
neraka,roh adalah urusan tuhan.ada
pon tentang urusan dunia ,perundang
an islam jamgan saudara main2kan
kerana ia telah di sepakati ulama2
islam bukan nik aziz yg menentukan
kerana ia bersumber alquran,hadis,
pemuapakatan ulama2dan kias, harap
belajar perundangan islam jangan
turut nafsu.

Panglima Perang Cyber berkata...

maknanya orang PAS x dpt lagi guna isu kafir atau sekular pada orang umno.

Nabi x pernah ajar kafir mengkafir orang lain.

bahkan Tuhan larang kita mengatakan diri lebih baik dari orang lain.

~ Lelaki ~ berkata...

kami orang pas x pernah nak kata umno kafir.tp jika dah tolak hina hudud jelaslah anda .....////faham je lah

Cari Blog Ini

Translate