Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Julai 2009

Edisi Penting : SPRM sedang menyiasat bukti baru penyelewengan Pakatan Rosak di Selangor

[utusan+page+1.png]

SPRM terima maklumat - Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 24 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat mengenai sebuah laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan seorang Exco kerajaan negeri Selangor yang mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


‘‘Saya ada dimaklumkan berhubung laman blog itu namun saya belum lagi melihatnya,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya hari ini mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco berkenaan.


Dakwa laman blog itu, Exco berkenaan dikatakan telah mencipta projek, syarikat dan invois palsu bagi membolehkan mereka mengeluarkan peruntukan ADUN sebanyak RM500,000.


“Ini sebenarnya kes kecurian kerana jika rasuah, seseorang itu memperoleh duit secara haram daripada individu yang lain,” dakwa blog itu.


Antara lain, blog itu mendakwa seorang individu telah memperoleh sehingga 84 projek berlainan bernilai lebih RM200,000 secara rundingan terus bagi tahun 2008 di kawasan DUN Exco tersebut.


Penulis blog itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘T4TBH’ atau ‘truth for Teoh Beng Hock (kebenaran untuk Teoh Beng Hock)’ turut mendakwa mendiang telah meninggalkan salinan bukti berupa senarai lebih 300 projek kecil tersebut.


“Bagi menyelamatkan diri, Beng Hock telah membuat salinan semua dokumen, lengkap dengan nama syarikat yang mempunyai kaitan langsung dengan parti pembangkang dan Exco Selangor.


“Mendiang kemudiannya meninggalkan maklumat lengkap mengenai aktiviti penyelewengan tersebut yang disimpan di dalam cakera keras kepada seseorang,” dakwa blog itu lagi.


Dalam pada itu, Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah menafikan dakwaan beliau terlibat dalam aktiviti mengelapkan wang peruntukan pembangunan ADUN.


Katanya, dakwaan tersebut yang disiarkan dalam laman blog hari ini adalah tidak berasas dan satu cubaan untuk memburukkan imej beliau serta ADUN DAP di Selangor.


“Saya nak jelaskan dakwaan dalam blog mengenai saya adalah tidak benar, tidak berasas dan hanya mahu memburukkan nama saya serta ADUN pakatan pembangkang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Hian Wah yang juga Exco kerajaan negeri menjelaskan mungkin ada pihak tertentu yang mahu mengenakannya dengan mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa Beng Hock.



Komen : Siapa nak mengaku jika dah terbongkar kes kecuali orang GILA. Tetapi rakyat masih tak gila untuk mempercaya dakwaan bahawa mereka tidak bersalah sedangkan bukti yang ada telah menunjukkan sebaliknya.



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate