Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Julai 2009

Edisi Khamis lagi : Yasmin Ahmad @ Zulkifli Ahmad ?

Kosmo ! telah memohon maaf kerana menyiarkan laporan berkenaan kisah silam Yasmin yang berasal dari lelaki namun meninggal sebagai wanita.


Saya setuju tidak baik diceritakan perkara tidak baik berkenaan arwah meskipun kadangkala ia sebenarnya satu perkara realiti yang tidak disedari ramai.

Namun persoalan yang saya musykil ialah jika fakta ini benar maka bagaimana proses perkahwinan beliau dengan suaminya Abdullah Tan berlaku ?

Jika beliau dapat berkahwin selepas menjalani pembedahan menukar jantina maka bagaimana pula kad pengenalan beliau dapat ditukar ?

Adakah ramai lagi 'klon' Yasmin yang sudah berumahtangga ?

Bagi saya perkara ini perlu diteliti dengan baik oleh kita semua kerana ia membabitkan banyak sudut yang terpaksa dikaji dan disemak dengan teliti sebelum menjadi lebih teruk pada masa akan datang.

Saya sebagai lelaki tidak sanggup melihat jika ada antara lelaki lelaki yang sudah sedikit nisbahnya berbanding wanita, sanggup berlagak perempuan atau terus bertukar identiti dan kemaluan sebagai wanita plastik di zaman moden ini.

Pihak JAKIM, JPN dan Polis perlu lakukan sesuatu dah semestinya kita harapkan ia tidak bertujuan mengaibkan si mati kecuali sekadar membetulkan 'JIKA ADA' kekeliruan atau kerosakan sistem 'sosial' di negara kita ini...


Itu hasrat kita sebagai Blogger Pembela Negara (BPN) yang merasa bertanggungjawab menjaga nasib agama, bangsa dan negara kita agar sentiasa mengikut perintah dan norma norma kehidupan berasaskan akal yang sihat dan waras.

7 ulasan:

ikan emas berkata...

Dari 1 sudut sy seolah-olah setuju dgn pendedahan Kosmo.Bukan nak memalu atau memuka aib tetapi perlu dikaji sejauh mana peraturan dan undang-undang dari segi syarak (??? -rasanya dah jelas ) atau dari sudut moral dan perundangan negara ?

atau saya yg masih dungu dalam soal ini? sebab saya tau ada banyak lagi kes seumpama ini berlaku di negara.

Panglima Perang Cyber berkata...

saya juga nak tahu dan harap perkara ini dipandang serius oleh semua.

kita tidak mahu nama baik beliau tercemar atau dicemarkan.

sekadar menjadi pengajaran kepada semua.

yb Raz berkata...

rasanya yasmin bukanlah orang yang sengaja menukar jantina sebaliknya mungkin dia daripada kategori khunsa. kategori ini dibolehkan menukar jantina mengikut gen mana yang kuat sama ada lelaki ataupun wanita.

walaumacammanapun semua ini bukan lagi urusan kita. serahkan semuanya kepada Allah s.w.t..Al-fatihah buat beliau...

aboudiabydoo berkata...

Yang bestnya kosmo tak pulak bukak cerita ni masa dia masih hidup. Time meninggal baru satu hari terus jadi hero. Bodoh betul editor kosmo.

Tapi saya pun peliklah mcm mana dia boleh lepas kahwin. Mungkin dia khunsa, dan Pejabat Agama Islam yang luluskan nikah dia dah siasat betul-betul. Mungkin.

Apapun iklan Tan Hong Ming in love dia memang kelas.

http://aboudiabydoo.blogspot.com

anakbukitgantang berkata...

sesuatu yang lahiriah sejak lahir tidak boleh disembunyikan, mahupun setelah dibuat pembedahan tukar jantina...namun kita juga tidak dibenarkan mendedahkan aib seseorang..apapun jadikanlah ia satu pengajaran yg cukup bererti pd semua

Panglima Perang Cyber berkata...

saya rasa kita patut diberikan jawapan kepada situasi ini.

rasa itu rasa ini takut menambahkan lagi cerita tidak benar dan tepat terhadap arwah.

sesuatu perlu dilakukan...

terima kasih atas pandangan tuan/puan sekelian.

Tanpa Nama berkata...

Salam..
juz nak kongsi pendapat..x baik kite berfikiran negatif.orang tu pun dah menghadap ilahi..dari sudut positifnye,xkn la dia boleh senang2 je 2ka jantina dalam ic tanpa disiasat dulu kan.so,put it dari sudut pandangan yang baik..kalo betul dia buat salah,2 antara dia dengan allah..

Cari Blog Ini

Translate