Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Julai 2009

Edisi Jumaat : Al Fatihah kepada Adun Permatang Pasir dan ingatan kepada Nik Aziz supaya insaf !

[photo.jpg]

Hari ini saya dikejutkan oleh sms Sahabat kita sekupangduas tentang kematian Adun Permatang Pasir Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS. Maknanya satu lagi pilihanraya kecil akan berlangsung di negara kita selepas kita baru sahaja usai mengharungi PRK Manik Urai yang menyaksikan majoriti yang dimenangi oleh PAS hanya 65 undi berbanding 1352 undi pada PRU 12 tahun lepas.

Bagi Permatang Pauh pula, ini adalah kali ketiga Pilihanraya Kecil di Parlimen tersebut semenjak Ogos 2008 !

Sedikit info dari blog Allahyarham ( klik sini ) :

Allahyarham adalah bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang mewakili PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 PERMATANG PASIR di Kawasan PERMATANG PAUH. Berkhidmat sebagai ADUN N.11 Permatang Pasir selama 2 penggal (1999-2004 dan Penggal 2004-2008). Berumur 59 Tahun, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.


Pada yang berusia dan telah lanjut tempoh hidupnya seperti Nik Aziz dan Hj Hadi maka eloklah segera bertaubat dan memohon ampun kepada Allah. Jika Nik Aziz berkata : jahanamlah UMNO dan Hj Hadi menghina orang Sarawak dengan 'cawat' maka kematian ini haruslah menjadi iktibar kepada mereka berdua agar sentiasa ingat bahawa kematian itu tidak memberitahu kehadirannya kepada sesiapa hatta ahli dan penyokong parti bernama PAS atau UMNO sekalipun.

Justeru mari kita segera bermuhasabah dan menghentikan telingkahan yang telah kita sendiri marakkan selama ini hasil kemarahan yang tidak kehabisan dek tipu daya syaitan.

Yang malang lagi ialah anak murid dua tok guru PAS ini telah begitu kurang ajar dengan menggelar Mufti Perak sebagai pelacur seperti blog 'gila' ini

http://www.malaysiawaves.com/2009/07/harussani-ulama-yang-melacurkan-diri.html



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate