Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Mei 2009

Edisi Pagi : Sivakumar terpaksa diangkut keluar dan Kenyataan Media Dr Zamry


sivakumar being dragged abused manhandled by security unknown individual out perak state assembly chaos 070509 02







                                                                                                          





1. Semalam Speaker 'haram' Sivakumar terpaksa diangkut keluar dewan oleh pihak polis selepas berdegil dan enggan keluar dari kamar Speaker.

2. Semalam juga perkara paling memalukan telah berlaku ekoran keengganan Speaker menerima keputusan mahkamah berkenaan status penggantungan Dr Zamry dan Exco serta tiga Adun bebas yang menyokong BN.

3. Jika Sivakumar tidak berperangai sedemikian tentu dewan tidak akan kecoh sedemikian rupa sehingga memaksa Raja Nazrin bertitah kepada Nizar dan Ngeh bagi meredakan keadaan.



4. Apakah begini rupa ahli politik Pakatan Rakyat yang baru dapat memerintah negeri Perak dan belum lagi negara Malaysia ? dengan sedikit kuasa mereka nampaknya tidak dapat menerima kehilangan kuasa yang diperolehi tersebut ! 

5. Lihat betapa degilnya Speaker di bawah ini tidak mahu mematuhi kehendak dewan yang sudah pun melucutkan jawatannya selepas jawatan tersebut telah diguna dengan sewenang wenangnya untuk menggantung Dr Zamry dan 6 exco termasuk 3 orang Adun bebas. Bayangkan DUN terpaksa menunggu perkenan Speaker yang hanya mahu memulakan sidang selepas 10 yang digantung sebelum ini, meninggalkan dewan. 

Sedangkan mahkamah sudah memutuskan penggantungan itu tidak sah seperti laporan Malaysiakini portal pro PR di sini : http://www.malaysiakini.com/news/102478

 

Jadi apa rasionalnya tindakan mereka berdegil dan mencetuskan huru hara semalam ? Jika saya pernah mengundi mereka PRU 12 yang lalu, tentu saya akan menyesal habis habisan melihat gelagat Adun yang dipilih dan saya pasti tidak akan memilih lagi orang orang yang mengatakan mereka pejuang nasib rakyat tetapi tidak menghormati Raja rakyat.


Mereka juga gagal mempamerkan sikap matang dalam berpolitik atau mematuhi undang undang dan perintah Mahkamah dengan sebenar benarnya.


Mujurlah saya bukan pengundi mereka !

 

Link link yang perlu anda jenguk :

 

- Blog Rajahmas : Mat Sabu ditahan bukan kerana solat Hajat klik di sini 

- Blog Che Moq : Penderhaka terbaik klik sini

- Blog MSO : kemelut pertandingan Ketua Pemuda PAS Kelantan antara dua anak tok guru sini

- Blog N32 : sokongan kepada Nik Abduh isu hentam Erdogan di sini

 

Peliknya, kenapa dua blog pro PAS iaitu Sayuti Omar dan juga Roslan SMS di atas tidak mengulas isu DUN Perak ?

adakah ia bermakna ada juga sebahagian ahli PAS tidak suka tindakan Erdogan Nizar yang menderhaka di sana ?

 

Mungkin... Anda fikir macam mana ?

 

Sebelum beredar mari baca kenyataan media Dr Zamry berkenaan insiden di DUN Perak semalam....

 

 

sivakumar being dragged abused manhandled by security unknown individual out perak state assembly chaos 070509 the best


  



KENYATAAN AKHBAR
YAB DATO’ SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
7hb Mei 2009

Saya ingin menjelaskan beberapa insiden yang berlaku dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini. Pihak Yang DiPertua Dewan YB Dato’ R. Ganesan terpaksa memanggil bantuan polis dan kakitangan kerajaan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Ketua Polis Negeri serta lain-lain kakitangan kerajaan yang terlibat ke dalam.

Pada hari ini sidang Dewan telah bermula pada pukul 10.15 pagi, bagimanapun sidang Dewan tidak dapat berjalan dengan lancar disebabkan Adun-adun Pembangkang telah mengganggu perjalanan sidang Dewan.

Mereka meninggalkan tempat duduk mereka dan secara “biadap” menyerang Adun-adun Barisan Nasional serta Bebas dengan mewujudkan suasana haru biru dan tidak terkawal.

YB Sivakumar juga telah mengarahkan saya dan Exco-Exco serta 3 Adun Bebas keluar dari dewan dan beliau tidak mengiktiraf perintah - perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Adun-adun Pembangkang juga cuba menghalang Adun-adun Barisan Nasional menjalankan tugas kami sebagai ahli-ahli Dewan Negeri Perak. Sidang Dewan hari ini telah terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali bagi mengawal keadaan di dalam Dewan tersebut.

Pada jam 2 petang Dewan kembali bersidang dan Yang DiPertua YB Dato’ R. Ganesan, telah mengarahkan YB Sivakumar untuk mengosongkan tempat duduk Speaker dan kembali ke tempat duduk ADUN yang biasa.

YB Sivakumar tidak mengendahkan arahan Speaker walaupun telah diberi amaran oleh Yang DiPertua YB R. Ganesan. Yang DiPertua YB Dato’ R. Ganesan kemudiannya telah mengarahkan Bentara untuk mengiringi YB Sivakumar kembali ke tempat duduk ADUN biasa dan tidak diperdulikan beliau.

Bentara kemudiannya telah dikasari oleh beberapa ADUN Pembangkang dan berlaku pergelutan.

Yang DiPertua YB Dato’ R. Ganesan tidak mempunyai pilihan lain utuk mengawal keamanan di dalam Dewan kecuali dengan mengarahkan pihak PDRM untuk membantu Bentara menjalankan tugasnya mematuhi arahan Yang DiPertua Dewan.

Ini termaktub di bawah Perkara 90 Perintah-perintah Tetap, yang menyebut “
semua perkara yang tidak diperuntukkan dengan khususnya dalam perintah-perintah tetap hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan perintah-perintah tetap ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuan Yang DiPertua dari masa ke semasa.”

Dalam kejadian tadi tuan Yang DiPertua telah sedaya upaya menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan YB Sivakumar dari tempat duduk Yang DiPertua bagi melaksanakan tanggungjawab beliau.

Bagaimanapun YB Sivakumar tidak memberi kerjasama apabila Yang DiPertua YB Dato’ R. Ganesan, mengarahkan beliau mengosongkan tempat duduk speaker dan pulang ke tempat duduk beliau sebagai Adun biasa.

Arahan ini telah diberikan dua kali, dan amaran juga telah tidak diendahkan oleh YB Sivakumar.
Yang DiPertua kemudiannya telah mengarahkan Bentara untuk melaksanakan tugasnya untuk mengosongkan kerusi speaker. Bagaimanapun Bentara telah dihalang dan dikasari dengan ditolak berkali-kali oleh Adun pakatan pembangkang sehingga pasu bunga hiasan berhampiran dengan tempat duduk DYTM bertitah pecah.

Oleh itu secara waras Yang DiPertua tidak ada cara lain untuk mengamankan keadaan di dalam Dewan kecuali meminta sokongan dari pihak Polis DiRaja Malaysia untuk membanru Bentara melaksanakan tugasnya.

Yang DiPertua R. Ganesan telah bersabar sejak 10.30am, iaitu selama lebih empat jam, dan menangguhkan Dewan sebanyak dua kali sebelum mengambil tindakan ini.

Saya juga ingin menyatakan kekesalan saya terhadap barisan pembangkang yang bertindak biadap di dalam dewan. Mereka bertindak menggunakan “undang-undang rimba”, serta tidak menghormati peraturan.

Mereka juga gagal menghormati institusi Raja kerana menyebab DYTM Raja Muda Perak terpaksa menunggu kerana menghalang YangDiPertua YB R. Ganesan menjalankan tugasnya dan menjemput Baginda untuk merasmikan sidang Dewan.

Pakatan pembangkang juga gagal meletakkan taraf Dewan sebagai institusi yang mulia kerana menjerit dan mengherdik ketika ia bersidang.

Walau bagaimanapun saya bersyukur akhirnya setelah Yang DiPertua, menjemput DYTM Raja Muda dan baginda memberikan titah ucapan baginda, keadaan menjadi terkawal dan aman.

Saya menjunjung kasih Tuanku dan juga berterimakasih atas sokongan padu seluruh rakyat negeri Perak.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli YB Barisan Nasional dan tiga adun bebas kerana bersabar dengan karenah pembangkang. Terima kasih saya juga kepada pihak Polis DiRaja Malaysia kerana menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Sekian.

2 ulasan:

A-I-B berkata...

PARPU DIMALUKAN OLEH AHLI BPN SENDIRI!... AKU COPY PASTE DARI KOMEN DI BLOG MB HARAMJADAH MAMAK ZOMBIE HITAM PEKAT DI DALAM ARTIKEL "MEDIA DAN SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI".
---------------------------------
exco bpn berkata...

Salam ziarah Dato seri..

Saya mewakili exco BPN ingin menyuarakan rasa tidak kepuasan hati kami.

Saya harap DS Zambry berhati hati dalam menerima sebarang komen d blog ini. Kebanyakkan blogger khususnya blogger parpu kari tidak menunjukkan kematangan berpolitik dan suka menghentam orang dan ahli sesama sendiri. DS kalau ada masa berkunjunglah ke blog nya..penuh segala caci maki dan nista? Beginikah perangai ahli kita dalam mencari pengaruh di blog?

Kita kalau nak berdaawah mestilah dengan cara daawah yang betul,bukan dengan menghina mereka. Kalau kita teruskan dengan cara menghina seperti yang di buat oleh blogger parpu kari dan yang seangkatan dengannya,saya jamin parti keramat kita akan terus kecundang pada pilihanraya akan datang.

Harap DS zambry dapat mempertimbangkan agar menapis dulu setiap komen di sini. Kalau boleh setiap komen dari blogger parpu kari tidak disiarkan atau delete terus untuk memastikan rakyat perak dapat melayari blog DS zambry dengan senang hati.

Blogger parpu kari dengan blogger blogger dari PR sama saja taraf IQnya..hanya tahu memaki.

Maaf,saya tidak meletakkan nama saya dalam menjaga keharmonian sesama exco BPN.

wsalam.

Selasa, 05 Mei, 2009

Panglima Perang Cyber berkata...

Saya rasa ia perlu disiasat.

Saya akan jenguk blog dr zambry untuk melihat komen tersebut..

terima kasih atas info.

salam.

Cari Blog Ini

Translate