Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Mei 2009

Edisi Pagi : Isu aurat Rosmah isteri Najib di Pahang Daily Online

Salam semua...

[auratharam.jpg]
gambar dari Pahang Daily


Saya terbaca isu rambut / aurat Datin Seri Rosmah Mansor di blog Pahang Daily Online yang baru sahaja disaman oleh Saiful Bukhari Azlan baru baru ini kerana menfitnahnya.

Blogger tersebut saya pernah chat dengan beliau dan rupa rupanya sudah 11 tahun misi perang siber ini dijalankannya.

Begitulah lebih kurang pengalaman beliau yang didedahkan kepada saya. Hebat tu dah berbelas tahun berblogging !!!

Namun rupanya saya ada melihat sedikit kekeliruan pada artikel beliau yang saya rasa boleh untuk diulas sedikit di sini.

Saya bukanlah ahli kepada bidang agama cuma saya akan mencantumkan beberapa nas yang diperolehi dari beberapa blog yang boleh menjadi panduan kepada kita semua.

Hasrat saya hanya satu : jangan mudah burukkan orang dengan artikel sedemikian kerana di sisi Allah kita tidak tahu status seseorang itu.



Komen saya di sana :

jika kita nak cari kesalahan orang memang akan jumpa banyak.. 

cuma dalam hal ini bukankah Allah suruh kita membaiki diri dan keluarga dengan saranan 'jagalah diri dan keluargamu dari api neraka' ????  


tugas kitakah menghukum dan menghina seseorang samada dia isteri siapa sekalipun ?  


mengatakan aurat rambut dibuka tidak haram adalah HARAM tetapi mengutuk dan memburukkan si pelaku juga HARAM kerana tidak disuruh oleh Tuhan.  


kita tidak tahu bila kita akan mati dan bagaimana penerimaan Allah terhadap diri kita. 


Bukan saya membela perbuatan membuka aurat Rosmah atau mana mana orang Umno tetapi saya mahu mencegah saudara/i dari sibuk dengan kekurangan insan lain sehingga melupakan diri sendiri yang masih tidak terjamin samada syurga atau neraka tempatnya.  


surah al-Hujurat ayat ke 12. 

Firman Allah : “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka; sesungguhnya kebanyakan sangkaan itu mendatangkan dosa; dan janganlah kamu mengintai-intai, jangan mengumpat orang lain. Adakah kamu suka di kalangan kamu memakan daging saudaranya? Maka sudah tentu kamu membencinya; bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani”  


“Awasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan janganlah juga kamu mengintip rahsia-rahsia orang, jangan mencari berita buruk, jangan berhasad dengki, jangan bermasam muka dan jangan bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah semua itu saudara-mara.” (Hadith Rasulullah s.a.w)  


link asal hadis ini saya akan muatkan dalam artikel pagi saya sekejap lagi.. 

harap rahmat Allah kepada semua makhluk akan dapat dirasa oleh kita semua..  

salam...



Petikan nas di atas saya petik dari sini : http://mymissa.com/jangan-berburuk-sangka/



Untuk memudahkan saudara/i saya salin kembali keseluruhan artikel laman di atas yang dibina oleh Malaysia Islamic Society For South Australia bagi panduan kita semua..

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:


“Awasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan janganlah juga kamu mengintip rahsia-rahsia orang, jangan mencari berita buruk, jangan berhasad dengki, jangan bermasam muka dan jangan bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah semua itu saudara-mara.” (Hadith Rasulullah s.a.w)


Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra antara satu sama lain adalah satu amalan yang baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana ini mampu membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup.



Sebaliknya, hidup berpecah-belah dan berjahat sangka adalah dilarang keras, kerana ini boleh membawa kepada keruntuhan dan porak-peranda masyarakat.


Dalam hadith di atas, junjungan besar kita telah mengingatkan seluruh manusia tentang beberapa sifat keji yang mampu mendorong perselisihan dan permusuhan. Setiap insan ditegah melakukan perkara yang boleh mendatangkan perselisihan faham dan perkelahian, iaitu:


  • Berjahat sangka; seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seseorang sehingga menimbulkan perbalahan.
  • Mencari rahsia orang lain; seperti menyelidik keburukan peribadi seseorang hingga menimbulkan suatu perselisihan.

“Wahai orang yang beriman, jauhilah kamu daripada banyak berjahat sangka, bahawa setengah daripada sangkaan (jahat sangka) itu dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia (aib) orang dan janganlah bermaki-hamun (mengumpat juga) setengah kamu terhadap setengah yang lain. Sukakah kamu memakan daging saudara yang telah mati? Takutlah kamu kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah itu maha penerima taubat dan maha penyayang.” (al-Hujurat: 12)

  • Mencari berita buruk; seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuklah mangambil berita buruk dan khabar buruk dari orang tidak bertanggungjawab.

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq (membawa) berita , hendaklah kamu periksa, (kerana takut), jika kamu menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa pengetahuan, lau kamu menyesal atas perbuatan kamu.” (al-Hujurat: 6)

  • Berhasad dengki; iaitu mencari jalan untuk menghilangkan ni’mat yang ada pada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya dan keburukannya, bukan sahaja kepada orang yang didengki, malah juga kepada pendengki dan masyarakat.

“Berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ini merosakkan kebaikan sebagaimana api memakan kayu.” (Hadith Rasulullah s.a.w)

  • Bermasam muka; iaitu menunjukkan perasaan benci kepada orang lain. Sifat ini boleh meregangkan perhubungan baik antara satu sama lain.
  • Bermarah-marahan; iaitu bertengkaran antara satu sama lain.

Oleh itu, orang Islam perlulah hidup berbaik-baik dan hormat-menghormati antara satu sama lain supaya mampu mengeratkan tali persaudaraan Islam dan kerjasama untuk kebaikan bersama, insyaAllah.


Ingat, ada orang disangka jahat di dunia namun di akhirat merekalah yang dekat di sisi Allah...

Bahkan orang yang bersangka buruk ini akan binasa seperti firman Allah di sini :

(Itu bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali lagi kepada anak isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu (serta menerimanya) dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk(terhadap agama Allah yang dibawa oleh RasulNya) dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa.  
(  سورة الفتح  , Al-Fath, Chapter #48, Verse #12)

sebelum beredar mari sama-sama kita baca kisah 'Padah Buruk Sangka' dari blog Ustaz Azhar di sini yang sungguh menyayat hati  http://ustazazhar.com/v1/sirah/padah-buruk-sangka.html

Jika anda berminat ingin mencari ayat ayat Al Quran untuk membantu posting artikel anda maka bolehlah cari di sini http://www.searchtruth.com


Semoga kita semakin berbaik sangka sesama saudara atau kepada sesiapa sahaja !!!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM ZIARAH PANG5
ITU LA MSLH PEMBANGKANG NI. PERKARA YG HARUS DI JADIKAN HARAM. TP PERKARA HARAM YG MEREKA LAKUKAN DI ANGGAP HALAL DAN SAHIH DI SISI AGAMA KONON2NYA. NAUZUBILLAH

saya berkata...

tapi elok juga kalu letak tudung..PAS pun x ada modal nak kutuk BN UMNO skit..bia mrk x ada isu..

Panglima Perang Cyber berkata...

saya setuju jika Rosmah pakai tudung. lagi menawan...

cuma kita doalah biar Tuhan bukakan hati beliau untuk pakai tudung...

Bukankah hidayah itu milik Allah ?

Dalam agama tanggungjawab suami menasihati isteri dan kita tidak ditanggungjawabkan utk jaga diri manusia lain...

kecuali ahli keluarga kita sahaja iaitu isteri dan anak2..

moga Allah membaiki kekurangan kita semua Insya Allah sedikit demi sedikit..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Salam.

1. Rosmah adalah isteri PM. Berfikirlah seperti isteri PM. PM dah tak ada masa nak nasihat isterinya. Mudah-mudahan Allah bukakan pintu hati Rosmah.

2. Kita berusaha mengurangkan kesilapan selagi terdaya. Selagi kesilapan itu boleh diperbaiki segera. Maka bersegeralah.......

3. Alangkah indahnya jika hati yang baik disertai dengan akhlak yang baik.

pedang srikandi berkata...

salam ziarah
ini yang ana memang xsetuju dengan pembangkang..sekiranya betullah mereka seorang pendakwah...seorang pendakwah tidak akan pernah mengutuk, mencaci orang yang membuat silap dan salah. seorang pendakwah yang memang niatnya jujur untuk berdakwah akan menggunakan pendekatan yang berhemah dan berhikmah dan brdakwah..soalan ana>>
1) pernah ke Muslimat PAS mengajak Puteri UMNO atau Wanita UMNO mengadakan aktiviti keagamaan..ceramah kewanitaan contohnya....tak pernah kan???
2)adakah aktiviti dakwah hanya untuk penyokong PAS sahaja??
Usahlah berselindung di sebalik simbolik agama. sekiranya PAS betul2 nak berdakwah mereka tidak akan terhad kepada penyokong PAS sahaja..malah akan secara menyeluruh...tapi sekarang bukan itu yang mereka lakukan...kerana apa???kerana taktik berdakwah itu hanyalah salah satu topeng untuk agenda POLITIK semata2..bukan niat kerana ALLAH...sedangkan RASULULLAH tidak pernah menghina kaum kafir.inikan pulak penyokong PAS yang belum pasti masuk syurga atau tak...lu pikir lah sendiri....kita berjuang untuk negara dan agama kerna Allah...TAKBIR!!!

Tanpa Nama berkata...

jeffry: perkara harus apa yang dijadikan haram yang saudara maksudkan? adakah menunjukkan aurat atau berpeluk-pelukan dengan bukan mahram?
tak dinafikan semua orang ada kelemahan, termasuklah pembangkang dan BN. Tapi kelemahan yang lebih ketara adalah BN, dan orang yang faham (memilih yang lebih baik diantara yang terbaik) akan menolak BN. Setiap org punya pendapat berbeza.

Tanpa Nama berkata...

sedangkan iteri agung bertudung litup..xkan tu korang xpaham..

Cari Blog Ini

Translate