Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Mei 2009

Edisi Pagi : Blog Su Akhbar MB Perak

Hari ini saya baru sahaja menemui blog SU Akhbar Menteri Besar Perak dari blog Parpu Kari. Sekali lagi nampaknya saya terlewat menemui blog beliau yang patut menjadi salah satu link di blog blog team BPN. Kerana ulasan beliau yang boleh menjadi bahan untuk menjawab kembali dakyah liar pembangkang yang ingat mereka sahaja yang lebih baik dari orang lain dan mereka sahaja yang suci dan benar di sisi Tuhan.

Blog di alamat http://nizamisa.blogspot.com  saya telah letakkan di ruang Blog Pilihan di bawah blog saya dan saya namai ia dengan tajuk SU Akhbar MB Perak...

Di bawah sedikit artikel mantap beliau untuk anda baca dan sebar sebarkan di blog atau ruang komen pihak 'sana' yang mungkin belum memahami sepenuhnya isu Krisis MB di Perak sekarang.

oh sebelum itu jom tengok tayangan video di blog Taiping Mali di sini...


Selamat membaca...



PADA lewat malam 6 Mei 2009, di Markaz PAS Kg Tengku Hussein, ahli Parlimen PAS Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa, telah membuat beberapa tuduhan terhadap Kerajaan Barisan Nasional Perak serta beberapa tokoh perundangan negara.

Antara intipati ceramahnya adalah tindakan membawa keputusan speaker V. Sivakumar menggantung YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir serta enam ahli exco kerajaan negeri ke mahkamah, hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta "sarkas" yang akan terjadi di sidang DUN pada 7 Mei ini.

1. Menyamakan tindakan speaker DUN Perak V. Sivakumar menggantung Dr Zambry dan enam exco dari menghadiri sidang dengan tindakan speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin menggantung ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo. Kata Dr Mujahid jika Dr Zambry boleh membawa kes ini ke mahkamah, Gobind juga boleh mengambil tindakan yang sama.
Bezanya : Gobind membuat kesalahan menghina timbalan speaker di dalam Dewan Rakyat, tetapi Dr Zambry dituduh melakukan kesalahan bukan semasa dewan bersidang. Itu adalah beza utama kedua-dua senario. Adalah tidak adil bagi Dr Mujahid tidak menjelaskan keadaan sepenuhnya.

Bagaimanapun sebagai seorang rakyat, Gobind berhak membawa kesnya ke mahkamah seperti juga Dr Zambry dan enam exconya.

2. Menuduh Gani berhujah di mahkamah menyokong Dr Zambry dalam kes Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin vs Dr Zambry. Tan Sri Gani dalam hujjahnya menyatakan bahawa Sultan Perak 
tidak memecat Nizar sebaliknya dilucutkan jawatan kerana kehilangan majoriti dalam DUN.

Sudah semestinya Gani berhujjah bagi pihak Dr Zambry, kerana Dr Zambry adalah Menteri Besar (the mentri besar of the day). Takkan dalam mahkamah, Gani berdiam diri kerana beliau bertindak bagi pihak Menteri Besar yang sah ketika ini. Dr Mujahid gagal menjelaskan kedudukan sebenar Gani.

3. Akan berlaku "sarkis" pada 7 Mei kerana terdapat dua menteri besar, dua speaker, dua setiausaha DUN dan perebutan kerusi dalam DUN.

Sebenarnya kes sarkis yang paling besar ialah sidang bawah pokok yang dilaksanakan oleh pakatan pembangkan pada 3hb Mac 2009. Tidak adalagi kes sarkis sebesar itu dan tidak ada yang lebih mengejutkan lebih besar dari senario ini. Tidak ada yang lebih pelik dan lebih memalukan dari memanggil sidang DUN tanpa kebenaran DYMM Sultan Perak dan mengadakan sidang di bawah pokok. Tidak pernah terjadi seperti ini kecuali di dalam cerita Laksamana Do Re Mi.

Sebenarnya juga tidak ada dua menteri besar kerana menteri besar yang sah buat masa ini adalah Dr Zambry.Nizar telah dilucutkan jawatannya dan selagi mahkamah tidak membuat keputusan yang sebaliknya, Dr Zambry masih lagi menteri besar.

Sebenarnya juga hanya ada satu speaker iaitu Sivakumar. Sebagai kerajaan yang patuh terhadap peraturan dan undang-undang buat masa ini, Barisan Nasional masih mengaku beliau adalah speaker.

Kedudukan Abdullah Antong sebagai setiausaha DUN masih lagi sah kerana beliau adalah penjawat awam di bawah kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri. Buat masa ini, Dato' Abdul Rahman Hashim tidak pernah memecat Abdullah.

Dr Zambry telah berkali-kali menyebut Adun BN tidak akan mengamalkan akhlak yang rendah dan kebudak-budakkan untuk berebut kerusi. Kedudukan kerusi tidak penting tetapi asas demokrasi iaitu siapa majoriti dia adalah kerajaan akan menentukan suara di dalam DUN.

4. Dr Mujahid juga mengaku dan meramalkan Sivakumar tidak akan menerima usul untuk memecatnya.

Jika pakatan pembangkang benar-benar memegang konsep demokrasi dan keadilan mengapa harus tolak usul tanpa undian. Konsep asas demokrasi ialah majoriti memerintah dan ketika ini BN mempunyai majoriti. Berpeganglah kepada pegangan natural justice terima usul dan buat undian.

5. Bubarkan DUN dan pulangkan hak rakyat.

Mengapa apabila Dato Seri Anwar Ibrahim meramalkan pembentukan kerajaan pada 16 Sept 2008 dengan hasil pelompatan beberapa ahli parlime BN kononnya, mengapa konsep ini tidak dibangkitkan. Mengapa apabila ada DUN BN melompat ke pakatan rakyat tidak perlu pilihanraya, tetapi apabila berlaku sebaliknya heboh supaya diadakan pilihanraya. Mengapa harus ada double standard dan mengapa Dr Mujahid tidak persoalkan Anwar?

Mungkin Dr Mujahid boleh menjawap persoalan-persoalan ini.


13 ulasan:

Unknown berkata...

MUNGKIN PANGLIMA NI XJELAS LAGI KOT..TIME ANWAR NK TUBUHKAN KERAJAAN MELALUI LOMPATAN PADA 16 SEPTEMBER..DIE CUBE MNGIKUT CARE YG BTOL..IAITU MEGEMUKAKAN USUL TIDAK PERCAYA KEPADA PM KT DEWAN RAKYAT...ITUKAN CARE YANG BTOL..N LOMPATAN ITU BKAN LAA LOMAPATAN KE PARTI..TP HANYE LOMPATAN SOKONGAN DR KERAJAAN KE PR..TP PADA MASE ITU..KERAJAAN PAK LAH BERANI KE LULUSKAN USUL TU??KENAPA XCUBE LULUSKAN SEKIRANYE YAKIN ANDA MASIH MMPUNYAI MAJORITI??XDA ISU DABEL STANDARD KT CNI..ANDA SEMUA YHAGN MASIH KURG FAHAM..

Ali Abdullah berkata...

Sarkis yang sebenar banyak dibuat pakatan rakyat. Pemimpin PAS lebih sanggup menjadi boneka sarkis DAP semata-mata hendak menjadi menteri besar. Persidangan bawah pokok adalah sidang kera-kera jagaan DAP. Buat monumen bawah pokok untuk sembahan penyokong Pakatan Rakyat tak kira apa agama. Mesyuarat pada hari pertama kerajaan Pakatan Rakyat dulu takde paperwork, tapi sebaik keluar lepas bersidang buat press statement dah lulus usul pemberian tanah di kampung baru kepada penduduk yang mejoritinya penyokong DAP dalam masa tak sampai satu hari saja. Maka apakah yang terlebih sarkis selain daripada mereka ini?

Panglima Perang Cyber berkata...

Akil - Anda kata Anwar cuba buat dengan cara yang betul ?

Lawaklah...


Ingat lagi Tian Chua dan Elizabeth pegi kejar sampai ke Taiwan ?

Main wayang ke sarkis ke apa tu ?

Unknown berkata...

PANGLIMA..SEDAR XYANG PR ADE CUBE KEMUKAKAN USUL XPERCAYA KEPADA PM??TU LA CARE YG BTOL..BUKAN MEN RMPAS GITU JE..YANG KORG BWK SEMUA G TAIWAN BUAT PE??KEJAR HANYE NTUK MEMASTIKAN PERANCAGNA BERJALAN DENGAN LANCAR..SEPERTI YG DI JANJIKAN..TU JE..

Atuk Banjar Masin berkata...

Kerajaan BN/UMNO akan tetap tumbang pada PRU13 nanti.

Kebencian rakyat terhadap BN/UMNO akan semakin bertambah.

Kita tunggu dan lihat di Penanti, UMNO akan di malukan sekali lagi.

Kekerasan akan menambah kebencian rakyat terhadap BN/UMNO.

Tanpa Nama berkata...

cik Akil dan pencacai Anuar semua, masa anuar nak buat usul tu kan masa dewan tak bersidang..apa maknenye tu?? Tu maknenye dia tipu korang hidup-hidup sebab dulu masa dia dalam kerajaan tak berjaya menipu la ni kat Pakatan Rapuh senang nak tipu pasal ramai orang yang emosi lebih dari guna akai..ada akai ke double standard?? Ni bukan isu double standard kome tgk berapa banyak pilihanraya kecil tu anuar punya taktik le tu nak tunjuk rakyat sokong dia. Mimpi je la oii..sampai PAS kena buang matlamat mcm orang kena bogel je PAS tu. Eh! kan bogel dan seks haram kesukaan hangpa..Massya allah..

Unknown berkata...

SOALAN : BTOL KER PM KITE PNAH KNE TANGKAP KHALWAT NGAN ZIANA ZAIN??

Zolkharnain Abidin berkata...

Ok, mari kita bersetuju untuk tidak bersetuju.

Amacam, bersetuju?

TULIS ONLINE berkata...

BPN akan tetap lawan...

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Tidakkah PAS menyedari kuasa mereka sehingga mampu memerintah Perak walaupun hanya seketika tetapi atas belas ehsan DAP? Adakah PAS lupa jumlah kerusi yang mereka menangi di Perak berbanding DAP?Hanya baru mempunyai enam kerusi, tetapi PAS merasakan mereka benar-benar hebat dan kuat sedangkan realitinya Nizar ketika menjadi Menteri Besar hanya sekadar menjadi orang suruhan DAP semata-mata, disuruh Ngeh dan Ngar Kor Ming menyalak, maka mereka akan menyalak sepuas-puasnya.

Noor Hasilah Ismail berkata...

Thursday, May 7, 2009
Walkdtalk pengecut

Apabila dimaklumkan beberapa orang sahabat handai yang menyuruh saya membaca blog walkdtalk09, sebaik pulang dari kerja, terus saya membacanya. Suami saya agak marah apabila membacanya, tetapi apabila saya membaca tulisan itu terasa lucu pula.

Saya memang tidak hormat orang yang suka "baling batu sembunyi tangan". Bagi saya penulis seperti ini berani di belakang sahaja dengan bersenjatakan pena, tetapi takut bersemuka dan berselindung di sebalik nama samaran. Bagi saya orang seperti ini adalah seorang penakut. Bak kata bidalan, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!

Profilnya berbunyi "Menyahut cabaran DS Najib, berani menegur dan berani berubah" Nak termuntah saya membaca ayat itu. Awak yang sebenarnya yang cakap tak serupa bikin. Kalau awak berani menegur, kenapa mesti berselindung di sebalik nama samaran?

Saya boleh menerima teguran dan kritik dan tidak akan berselindung di sebalik topeng. Semua orang boleh membaca profil saya dan tahu di mana mahu mencari saya. Tidak seperti awak, penakut!

Awak sedar tak apa yang awak tulis itu bukan komen, tetapi adalah satu fitnah yang direka dan SUA PM sendiri boleh menyokong kenyataan saya.

Beliau mendakwa mendengar sendiri perbualan saya yang kononnya meminta projek dari SUA PM (macamlah orang tak tahu siapa yang dimaksudkannya itu).

Wahai cik kak/adik/abang di sebalik gambar orang tua manalah tu! Sesiapa pun boleh mereka ayat seperti yang awak reka itu. Adakah awak mempunyai bukti yang sahih mengenai tempat, tarikh waktu, rakaman dan saksi peristiwa itu berlaku?

Saya sudah menelefon SUA PM, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dan memberitahu beliau mengenai penulisan blogger penakut ini serta meminta nasihat beliau apakah tindakan yang wajar dilakukan.

Datuk Tengku Sarifuddin pada mulanya terkejut, tetapi selepas saya membacakan komen itu di telefon, beliau terbahak-bahak ketawa dan berkata: "Bila masa engkau minta aku projek dan apa projek yang aku boleh beri pada kau? Mengarut. Inilah masalah blogger yang menulis sesuka hati dan mereka cerita. Aku sokong jika engkau mahu membuat laporan polis."

Wahai penulis yang berselindung di sebalik topeng, saya sudah mengenali Datuk Tengku Sarifuddin selama 20 tahun dan sejak beliau menjadi setiausaha akhbar PM selama lebih dari 10 tahun saya tidak pernah memintanya apa-apa daripadanya. Saya juga tidak pernah meminta apa-apa daripada mana-mana Menteri, Timbalan Menteri atau KSU.

Saya juga hidup sederhana dari dulu sampai sekarang. Walaupun duduk di apartment kos sederhana dan memandu kereta yang sudah berusia lapan tahun saya gembira kerana apa yang saya ada adalah hasil titik peluh sendiri secara HALAL, tanpa mengemis meminta projek dari Menteri atau wakil rakyat!

WalkdTalk melabel saya sebagai blogger setengah masak. Tapi saya nak tanya, bukankah awak sendiri pun baru setahun jagung dalam bidang ini? Bukankah blog awak sendiri pun pun baru bermula April 2009. Saya juga nak tanya dah berapa lama awak belajar menulis? Saya juga nak tanya kenapa takut nak dedahkan identiti? Bukankah berani kerana benar?

Saya tidak kisah jika beliau mengkritik penulisan saya. Tetapi apa yang beliau tulis adalah satu fitnah dan membabitkan dua pihak lain, iaitu Datuk Tengku Sarifuddin dan majikan saya, Agendadaily (walhal di nota pengenalan blog ini saya sudah menyatakan bahawa segala tulisan saya tidak mewakili organisasi tempat saya bekerja).

Fitnah beliau itu boleh menjejaskan reputasi saya, Datuk Tengku Sarifuddin dan majikan saya. Dengan nama ALLAH saya bersumpah tulisan/tuduhan Walkdtalk adalah fitnah yang bertujuan menjejaskan kredibiliti saya dan majikan saya!

Walkdtalk, I dare you to reveal yourself and prove your allegations. Are you man or woman enough to come to me and repeat your allegations straight at my face?

Atas semangat keadilan, saya memberi peluang kepada WalkdTalk untuk menarik balik tuduhan fitnah ini. Saya memberi tempoh sehingga 8 Mei, 2009, jam 10 pagi. Sekiranya saya tidak mendapat apa-apa maklum balas dari anda, saya akan membuat laporan polis secara rasminya.

And I am not joking!

H.R PuTeRa YuSoFF berkata...

SALAM. SAYA MASIH SEBAGAI PENYOKONG BPN WALAUPUM TIDAK MEMAPARKAN LAMBANG BPN. KERANA TERDAPAT MASALAH.

Muhammad berkata...

ADUAL PENGAJIAN BULAN MEI
Tarikh: 8 Jumadilawal 1430H/ 3 Mei 2009M (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
Tarikh: 14 Jumadilawal 1430H/ 9 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
Tuan Guru: al-Fadhil Dato Haji Salleh Haji Ahmad dan al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Mat Zin
Kitab: Iqna’ (Dato Haji Salleh) dan Jauharatut Tauhid (Ustaz Zamihan)
Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

http://pondokhabib.wordpress.com

Cari Blog Ini

Translate