Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Mei 2009

Edisi Khas : Selamat Hari Guru untuk Cikgu Cikgi di seluruh Malaysia !!!


Sajak khas untuk Guru Guru yang berbakti membina generasi hadapan yang cemerlang !!!


Sekadar gambar hiasan...
Sila klik gambar  untuk melihat blog asal gambar di atas


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979



3 ulasan:

Lambo berkata...

Sesungguhnya beruntunglah para guru yang telah berusaha dan berjaya menjadikan pelajarnya sebagai guru. Berbahagialah siapa yang menghormati para guru. Semoga pelajar sentiasa menghormati para guru yang ikhlas mendidik.

Da_Communist berkata...

assalamualaikum...
saya amat berminat untuk menjadi ahli penyokong Bloggers Pembela Negara atau BPN...
saya berharap saudara akan menerima permohonan saya...
terima kasih...
Mohd Fahmi B Bahrin

Panglima Perang Cyber berkata...

Sila nyatakan blog anda dan pastikan syarat sebagai blogger BPN dipenuhi iaitu logo, list ahli disiar di blog anda.

Sila add email saya untuk komunikasi lanjut.\

Terima kasih.

Cari Blog Ini

Translate