Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 April 2009

Edisi Petang : Anwar berbohong di Blog dan isu Kill Nizar di Sinar Harian ~

Cerita 1

Ade maklumat risikan terkini menyatakan sokongan orang melayu
untuk Ismail Safian jauh meninggalkan calon Pas, Nizar Namrud.

Kebanyakan orang Melayu dah malas nak layan politik pentingkan
diri dan mereka benar-benar perlukan pemimpin anak tempatan.
Kemasukan Tun Dr M ke dalam umno turut menyumbang terhadap
peningkatan sokongan Melayu terhadap Ismail Safian...

Dun trong 70% BN 30% Pas
Dun Kuala Sepetang 60% BN 40% Pas
Dun Changkat Jering 63% BN 37% Pas

Purata ketiga-tiga DUN 64%BN dan 36% Pas


sumber :Mesej Yahoo Messenger oleh SejarahMelayu




Cerita 2

Huraian menarik oleh sahabat baru BPN iaitu Pemuda Gagasan isu Kill Nizar oleh Perak Bangkit seperti di bawah : -

Pertembungan antara Bloggers Pembela Negara (BPN) dan BloggersNetwork@Malaysia (BNM) telah tiba ke tahap yang lebih kritikal.

Sebelum ini pihak BNM telah menolak untuk menyertai debat yang diadakan di ruang sembang maya dan menuntut diadakan perdebatan secara bersemuka antara BPN dan BNM.

Apabila pengendali laman blog Perak Bangkit menyiarkan artikelberkenaan Datuk Seri Mohammad Nizar dengan memaparkan gambar bertulisan "Kill Nizar", pihak BNM telah mengambil tindakan balas dengan membuat laporan polis terhadap laman blog Perak bangkit.

Mereka turut mengambil tindakan dengan mendedahkan identiti sebenar pengendali laman blog Perak Bangkit di laman-laman blog BNM.

Namun tindakan mereka akhirnya memakan diri mereka sendiri apabila individu yang didedahkan kemudiannya didapati bukanlah pengendali sebenar laman blog Perak bangkit.

Ekoran dari itu, individu tersebut telah membuat laporan polis terhadap beberapa Blogger BNM kerana bimbangkan keselamatan diri serta keluarganya.

Pada 31 Mac 2009, sebahagian kejadian di atas telah mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian :

Menjadi tajuk utama akhbar Sinar Harian

Klik gambar untuk zoom

Kelihatan pihak BNM ataupun PAS cuba menampilkan imej mereka yang 'bersih' dan mengambil peluang untuk mencalarkan pula imej Barisan Nasional dengan membuat kenyataan seakan-akan pihak Barisan Nasional yang bertanggungjawab.

Sama ada Pesuruhjaya PAS itu tidak diberikan maklumat sepenuhnya atau cuba menyembunyikan hakikat bahawa pihak BNM telah melakukan perbuatan yang tidak boleh dimaafkan, iaitu memfitnah individu yang tidak bersalah yang mana seterusnya mengakibatkan diri beliau serta keluarga terancam.

Kenyataan oleh Pesuruhjaya PAS tersebut telah dijawab oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin di dalam akhbar yang sama, hari ini.

Klik gambar untuk zoom

Begitulah sedikit gambaran ringkas tentang apa yang berlaku berkenaan isu 'Kill Nizar' sehingga ke hari ini.

Sekiranya ada fakta yang tersalah atau perlu ditambah, harap dapat rakan-rakan BPN perbetulkan.

Saya telah mencadangkan kepada Yang Di-Pertua BPN supaya hal ini diperjelaskan secara kronologi dan terperinci -dari awal kejadian hingga yang terkini- di dalam satu 'posting' khas dengan tujuan untuk memberikan gambaran lengkap dan sebenar kepada ahli-ahli BPN.

Walaupun khalayak ramai pembaca akhbar tersebut melihat isu tersebut hanyalah satu sandiwara politik, tambahan lagi di musim pilihanraya kecil ini, namun kita di rangkaian BPN dan di alam siber ini tahu, tindakan pihak BNM membawa perkara ini kepada media cetak serta laporan polis yang dibuat, malah menggunakan taktik menggertak untuk menyaman blogger-blogger BPN juga, adalah satu 'pengisyhtiharan perang' terhadap BPN oleh pihak BNM.

Oleh itu, rakan-rakan ahli BPN sebagai pembela agama, bangsa dan negara mestilah memperlengkapkan diri dengan ilmu dan semangat untuk menangkis serangan-serangan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak BNM.

Bersamalah kita bersatu suara, bersatu arah dan bersatu akidah dalam menghadapi saat-saat perjuangan yang akan menjadi semakin getir ini.

Link berkaitan cerita di atas klik blog Parpu Kari di sini


Cerita 3

Blog Anwar menipu...!!!!!

Tak percaya ? 

Sila rujuk keterangan tersebut di blog Big Bro BPN kita iaitu Saudara FaisalRohban...

Klik sini dan anda akan sampai ke sana....


Selamat Membaca dan Mengkaji !!!

9 ulasan:

ONE berkata...

salam,

tahniah, blog panglima cukup mengagumkan saya..

tuan-komrad berkata...

syabas..kerana menjadi pencacai tulen...teruskan usaha anda...HIDUP PARTI UMNO...HIDUP RASUAH....YEAH2

Ezad berkata...

ini bila kena btg hidung sendiri, dok kata jgn melampau..

yg dia melampau tu boleh pulak?

pas melampau, halal ke?

Tanpa Nama berkata...

Salam,
menyokong diadakan posting khas menyatakan keadaan dan situasi sebenar.

Jumayatara berkata...

Lembaga Displin UMNO tidak bohong...UMNO parti rasuah.

Makan Rasuah dapat anak rasuah.

No to oral sex. Hargai bibir yang berdoa.

Jeepers Creepers berkata...

Ini pandangan peribadi saya.

Memang benar pihak BNM melakukan fitnah dengan mengatakan orang lain sebagai pemilik blog perak bangkit.

Tetapi perak bangkit sebagai ahli BPN juga harus bertanggungjawap terhadap isi kandungan blognya.

Mengapa perlu sampai menyiarkan kata kata "kill nizar".

Walaupun tujuan perak bangkit adalah untuk menjaruhkan nizar, tetapi sedikit sebanyak perbuatannya mempalitkan lumpur kepada ahli BPN yang lain serta UMNO dan BN.

Sememangnya UMNO dan BN tidak terlibat dengan BPN tetapi maklumlah sifat pihak pembangkang. Apa saja yang berlainan dengan kehendak mereka, semuanya dianggap kafir dan musuh mereka dunia akhirat.

Seharusnya ahli BPN tidak terikut ikut rentak pembangkang yang bersifat militan lagi bapak taliban.

Diharap tuan panglima dapat menasihat ahli BPN yang lain agar mengawal diri daripada menjatuhkan maruah mana mana pihak secara terbuka.

Biarlah pembangkang dan BNM mengikut sifat syaitan dan dajal. Mengapa pula kita harus mengikut jejak langkah yang sama?

Saya lebih suka gaya saudara Nobisha dan Harimau Menaip. Dalam suka ada sinis, dalam duka ada tawa. Mereka berblog lebih matang dan berilmu.

Panglima Perang Cyber berkata...

Tq Gothic.

Sememangnya saya sudah nyatakan di ruang 'bagaimana mahu sertai BPN' bahawa prinsip kita ialah berlandaskan undang2 dan juga agama islam.

Keahlian akan tergugur dengan sendirinya jika ia dilanggar.

Kita khuatir ada yang menyamar pro BPN tetapi menyampaikan mesej salah ..

Walaubagaimanapun stail berblog ahli BPN, kita tak boleh nak sekat cara masing masing.

Cuma jangan sampai melanggar undang2 dan menyalahi ajaran Islam.

Itu saja so simple..


Terima kasih komen sahabat2 di atas.samada kawan atau lawan.


salam perjuangan!

Tai berkata...

Banyak susah ini macam encik.

kp TokMalau berkata...

Assalamualaikum.tahniah kerana ada juga golongan sahabat yang melahirkan blog ini.dalam dunia yang diancam dengan fitnah yang berleluasa sehingga makanan dikatakan sampah dan sampah dikatakan makanan.tak hairan dalam mengecapi kesenangan hidup manusia akan mencipta kelainan yang mungkin juga mereka sudah bosan dengan kemudahan.tak survival lah katakan..
butakah sejarah atau sejarah membutakan kita...?
pada satu masa sudah terbina kerajaan melayu di melaka namun musnah jua akhirnya..kenapa?siapa?mengapa?
jawapan pasti lahir dengan sendiri dibenak kita..perebutan kuasa,tamak,hasad dengki,serta cita-cita tinggi yang tak kesampaian merelakan nafsu beraja mengatasi kemampuan yang ada.siapa membina dinasti kerajaan melayu melaka..melayu...
siapa menghancurkan kerajaan melaka..melayu..kerana inilah satu satunya tanah melayu yang kita ada.
munkin juga kerana terlalu ramai cerdik pandai yang dilahirkan maka semakin ramai yang bongkak dengan ilmu yang tinggi tapi akalnya tak seberapa..bahasa yang diwar warkan pemuda sekarang sudah matang..matang kah kita..?
atau terlalu lama berada di oversea membuatkan kita overlook kepada nasib generasi akan datang..
atau kita jadi tak selesa kalau bangsa kita menjadi tuan.kerana bangsa tak penting mungkin..salahkah kita bercita cita menjadi tuan di tanah kita sendiri..itu baru cita cita bagaimana kalau memang dah jadi...
tak perlu lagi sembang bab parti kononnya parti islam tapi tindakan tak pun macam org islam.kena pesan kat golongan tersebut..kena rujuk surah al as..pemimpin mereka tak betul pun ok ja..dah ulama pun sanggup kawan ngan syaitan...apatah lagi ahlinya.
penetapan surga neraka merekalah yang menentukan...tapi kerajaan bagi buku kat anak anak mereka pun dianggap rasuah..apa cerita.
buat longkang,jalan,hantar anak pi oversea..dikatakan kerajaan salah guna duit rakyat.wal hal yang dihantar itu anak mereka...falsafah pembangkang mudah ja..bagi aku sapu,sokong jangan harap..betui la Tun Mahadir kata Melayu Mudah Lupa...bagi mereka lupa dulu pendapatan lupa kemudian aku yang rugi..nak tulis banyak ni..tapi cukup la kot noh..jadi novel pun org 'cemuih'pulak kannn...maklumlah kami dah matang..
nabil kata lu pikir lah sendiri..ok selamat semuanya..
assalamualaikum

Cari Blog Ini

Translate