Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 April 2009

Edisi Pagi : Video Anwar bersama Bapa Saiful Bukhari dan benarkah Eli mahu peluk Nik Aziz ? ~ Malaysiakini

Cerita 1

Pagi ini saya baru menerima mesej dari GOMO tentang video Saiful Bukhari yang mengandungi rakaman antara Anwar dan Bapanya pada 8/6/08. Ia dirakam menggunakan handphone bapa Saiful yang pertama kali bersua dengan Anwar selepas sekian lama menyokongnya semenjak tahun 1998.

Kata Saiful :

Video diatas merupakan rakaman yang ''tidak disengajakan'' ketika saya ingin mengambil gambar mereka berdua menerusi telefon bimbit kepunyaan bapa saya. Video ini diambil di rumah DSAI di Segambut, sebelum berlepas ke Ceramah Harga Minyak Naik DSAI di AU2, Keramat pada 8/6/2008.

Ini adalah pertemuan pertama bapa bersama DSAI. Ternyata bapa cukup gembira. Impian bapa yang selama ini menjadi peyokong kepada DSAI dari tahun 1998 untuk bertemu DSAI telah saya realisasikan pada hari tersebut.

Di kesempatan itu juga, bapa mengucapkan ribuan terima kasih kepada DSAI kerana memberikan saya peluang untuk bekerja bersama beliau. Malangnya, kegembiraan dan rasa bangga bapa terhadap anaknya itu tidak bertahan lama dan musnah akibat perbuatan terkutuk yang telah DSAI lakukan kepada anaknya sendiri.

Kata bapa, ''Harapkan pagar, pagar makan padi''

 

Video dibawah disalin dari blog Saiful Bukhari Azlan di sini http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/








Cerita 2

Tajuk posting saya turut menulis benarkah Eli mahu peluk Nik Aziz ? sebenarnya bukan seperti anda fahami. Tajuk yang sebetulnya yang perlu difahami ialah, Benarkah Eli mahu peluk Islam ?

Kenapa saya gunakan nama Nik Aziz ?

Kreana sekarang orang sudah tahu dan menganggap Nik Aziz itu Islam dan Islam hanya melalui Nik Aziz. Selain Nik Aziz, tidak kira dia nama Harussani, atau Tamyes atau nama Syeikh Al Azhar sendiri, tidak akan diterima hujah hujahnya.

Tak percaya ?

Anda lihat sendiri isu isu sebelum ini. Mufti diguna ketika sama fatwa mereka dengan fatwa Nik Aziz. Mufti dipuji melambung jika menyokong pandangan Nik Aziz. Mufti dihina dan dikutuk jika berfatwa tidak sependapat dengan Nik Aziz.

Jadi, sebenarnya tidak salah tajuk di atas. Kerana mitos yang diterapkan dalam minda ahli PAS ialah Islam hanya pada PAS @ Nik Aziz dan Nik Aziz adalah Islam yang mereka anuti dan mahukan.

kan ?

Patutlah ketika Syeikhul Al Azhar Syed Tantawi datang ke Malaysia pun, penyokong PAS hanya menganggapnya tidak perlu dihormati kerana pandangan beliau yang menyokong Islam Hadhari gagasan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jadi, benarlah jika saya tulis bahawa Eli mahu peluk Nik Aziz ?????  seperti gimik yang dibawa oleh blog ini http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/04/20/19155/


Sekarang apa pandangan anda pula ?


Mahu lihat gambar Eli bertudung ? Tengok di bawah :




Cuma satu je soalan, adakah jika anda menjadi Eli, mana satu anda sanggup buat antara pakai tudung beberapa minit dengan mendapat kembali jawatan Exco dan Adun atau larikan diri dari media massa ???

Jika saya, saya sanggup mengejar Nik Aziz untuk mendapat restu beliau dan berterima kasih membela walau telah malu kerana gambar bogel disebarkan dalam internet.

Lagipun bukan jauh nak pergi ke Kelantan, naik flight pun hanya sejam dan kos tak sampai RM 200 pergi balik naik Air Asia.

Yang penting, nama baik PR terpelihara dengan drama sebabak ini dan nama Eli juga semakin suci dan bersih selepas bergambar dan bertemu dengan Nik Aziz. Biarpun Fairus dan Adun Selambau yang dikaitkan dengan isu moral terpaksa meletak jawatan !!!

Kita tunggu kenapa Eli begitu dijaga oleh Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim didedah oleh blogger rakan2 BPN... Tentu ada rahsia di sebalik pembelaan dan penawaran kembali jawatan Exco kepada Eli walau telah sah bersekedudukan dengan Helmi, pemuda Melayu yang semestinya Muslim yang tidak disentuh pun oleh Nik Aziz / PAS berkenaan hukum tersebut walhal jelas bercanggah dengan Al quran dan As Sunnah !!!!




14 ulasan:

MAWAR BERDURI berkata...

salam pang5?

mcm pontianak pulak mawar tenguk c ely ni pakai tudung hahahahah...

teringkat pulak 'sketsa dari kartunis2 APO'

mamat berbasikal : "tolong tolong ada pon pon pon"

pontianak : " apa? pon pon, ko ingat aku pondan ke apa?"

ahahahahahahha adui lawak betul la semua pemimpin pkr ni, smua pandai berlakun..c ely ni bagus juga belakun jadi pontianak ndak pun jadik pondan uh uh

Jeepers Creepers berkata...

hua hahaha buruknya muka cina nie..baik dia buat facial dululah hahahaaaa

Unknown berkata...

astagfirullah...

pkai tudung pon kne buat facial dlu??ptta rmai anak2 muda skrg xnk pkai tudung..ikutkan kate YB raz ni kot..

H.R PuTeRa YuSoFF berkata...

terima kasih atas tanda persahabatan. moga Malaysia mampu menjadi aspirasi dan kita.

Apache berkata...

Sekarang nih banyak ular dalam semak berbanding dengan ulamak...yang nih pun satu...

hilbert berkata...

Salam sejahtera Pang5,

Saya ada sedikit nak sentuh pasal eliz yang nak pelock nick aziz tu.

Pendapat saya cuma saya tak hairan pasal dengan gelagat eliz tu memakai tudung pulak dah. Dia kan baru jumpa nick aziz, lalu ada yang "terkata" si eliz tu nak nak pillow nick aziz. Dalam fikiran saya ada dua kemungkinan. (Satu) mungkin nick aziz telah dengan tiba-tiba menjelmakan diri dia sebagai "hilmi" maka terkejut beruk lah si eliz tu..kerna terlalu "lindu" pasal lama tak jumpa lantas mau peluk. (kedua)mungkin nick aziz ada bagi nasihat kat eliz tu..kalau rasa malu..pakai saja tudung..itu adalah trend terkini orang yang disyaki..malah pakai news paper tutup muka pun ada.

Kemungkinan yang pertama itu berdasarkan kepada seruan orang-orang PAS sendiri yang sering mendakwa.."pangkah PAS..masuk Syurga" ..jadi saya fikir ada orang yang percaya bahawa nick aziz lah yang pegang kunci pintu Syurga. Dia yang boleh menentukan dimana letaknya orang-orang yang telah meninggal dunia(bukan yang yang naik pesawat),yang betul-betul meninggal dunia, sama ada di Syurga atau Neraka.

Bagi saya jika terjadi perkara seperti ini..jelaslah mereka telah memimpin pengikut mereka ke jalan yang salah..maksudnya mereka telah menduakan Tuhan. Mana mungkin manusia boleh menentukan sesamanya bila dah mati nanti masuk Syurga ke tak. Yang mampu dilakukan cuma masukkan ke dalam lubang liang lahad saja. itu saja. Yang lain-lain tu adalah urusan Tuhan dengan umatnya..semua bergantung dengan apa jua amalan semasa hidup dimuka bumi ini.

Sekian, Terima Kasih.

MOHAMAD AKMAL berkata...

saya tertarik dgn perenggan ini:

""PAS berkenaan hukum tersebut walhal jelas bercanggah dengan Al quran dan As Sunnah !!!!""

muga saya, anda dan semua umat Islam dan Melayu menggunakan al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan ekonomi, politik dan seluruh kehidupan kita

Tok Pambu berkata...

Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

amz fiteri berkata...

wahai panglima perang cyber
jom kita tentang PM kita.
pagi ni PM liberalisasikan 27 sektor perkhidmatan dengan menghapuskan syarat ikuiti 30% bumiputera.
SYARAT IKUITI 30% BUMIPUTERA dalam 27 subsektor perkhidmatan DIHAPUSKAN OLEH NAJIB, PM KITA.

amz fiteri berkata...

wahai panglima perang cyber
jom kita tentang PM kita.
pagi ni PM liberalisasikan 27 sektor perkhidmatan dengan menghapuskan syarat ikuiti 30% bumiputera.
SYARAT IKUITI 30% BUMIPUTERA dalam 27 subsektor perkhidmatan DIHAPUSKAN OLEH NAJIB, PM KITA.

kaseh berkata...

Dah macam apa....Oh setakat nak jumpa Nik Aziz memang wajib pakai tudung lah....ermmm sedar2wahai Eli Oii...kenapalah Nik Aziz membela Orang seperti S Eli tue haaa..buat malu kaum melayu jer...apa-apa pON HIDUP UMNO..HIDUP UMNO...Takkan Melayu Hilang Didunia Kita...Insyaallah...Umno Terus mara untuk rakyat MALAYSIA...

mat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mat berkata...

Kenapa saya gunakan nama Nik Aziz ?


Kreana sekarang orang sudah tahu dan menganggap Nik Aziz itu Islam dan Islam hanya melalui Nik Aziz. Selain Nik Aziz, tidak kira dia nama Harussani, atau Tamyes atau nama Syeikh Al Azhar sendiri, tidak akan diterima hujah hujahnya.





salam.. sy ingin beri pendapat tentang ayat diatas ini.. saudara masih ingt tak sebelum ini.. mufti perak pernah mengatakan bahawa konsert sure heboh (skrg jom heboh)adalah haram kerana ianya disifatkan melalaikan.. di 14 negeri didalam malaysia ini.. hanya mufti perak yg berani menegur tv3.. tetapi ape yg menyedihkan jom heboh ttp dilakukan diperak.. siapa mereka ini yg mengingkari arahan mufti2 malaysia??????? biar la sekadar 1 sj sy memberikan cnth.. *sila namakan mufti perak yg berkenaan jika anda tahu, sbb namanya anda telah sebut di atas td..

Tanpa Nama berkata...

Untuk orang-orang yang dungu dan bebal

Alla berfirman:-

Qul huwa llahu Ahad
katakan wahai muhammad Dia Allah esa (1)
Allaahu shsomad
tuhan tempat bergantung (2)
Lam yalid walam yulad
Dia tidak beranak dan tidak di peranakan(3)
Walam yakun llahu kupuwan Ahad
Dan tidak ada dengan Dia setara seseorang (4)

Dari firman diatas jelas Allah menggelar dirinya sebagai Allah. (Allah yang satu, tidak beranak dan diperanakan)

Sekarang ni camna, pas kata Allah ada satu + tiga. Ada anak pulak tu.
Aku bingung sekarang ni. Orang-orang pas sila jawab.

Cari Blog Ini

Translate