Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 April 2009

Edisi Pagi : Tahniah BN Tahniah PAS Tahniah PKR ~ Malaysiakini

Cerita 1


Sebenarnya sejak keputusan pilihanraya disiarkan lagi saya sudah pun menaip di smartphone Sony Ericsson P1i saya artikel terkini keputusan pilihanraya, dan selepas selesai ditulis dan dipublish saya pun melelapkan mata.

Semalam saya cuba cuba menjenguk blog menggunakan talian internet menggunakan smartphone namun saya hampa kerana tidak ada keputusan pilihanraya tersebut terpampang di dada blog saya. Alangkah hampanya !

Talian streamyx disyaki sudah rosak dan usaha saya menghubungi talian pelanggan Streamyx juga gagal menyelesaikannya. Aduan diterima dan tiada respon kembali atas aduan dan kerosakan talian masih berterusan hingga kini.

Semalam juga saya cuba menggunakan handphone sebagai modem namun tetap gagal meneruskannya. Semalam ada rakan baik saya cuba membaiki talian streamyx saya tetapi juga gagal dan terus gagal berfungsi hingga saat ini.

Saya sekarang meminjam talian rumah belakang dan jika ditakdirkan ia dipadam tentu artikel ini tidak akan dapat dimuat turun ke blog saya seperti yang diinginkan.

Oleh kerana keputusan di Bukit Gantang Bukit Selambau dan Batang Air sudah diketahui maka saya hanya mampu mengucapkan tahniah kepada semua parti yang memenangi pilihanraya tersebut.

Biarpun Barisan Nasional mendapat Batang dan Pakatan Rakyat mendapat Bukit, namun semua kena 'bekerja keras' bagi memastikan undian dan harapan rakyat akan ditunaikan tanpa sebarang alasan sekalipun.

Sikap amanah perlu diingat selalu agar mereka sedar jawatan Adun atau MP bukan jawatan untuk berseronok atau bermegah megah dengannya. Bahkan ia satu amanah yang akan disoal di hari kiamat.

Tahniah BN Tahniah PAS dan Tahniah PKR !!!!!


Pakatan Rakyat ( baca : Rosak ) di majlis mengumumkan
calon Bukit Gantang yang baru sedar sudah tidak menjad MB lagi....





Cerita 2

Komen membela Nga Kor Ming membaca ayat quran oleh Semutapi dan Pendekar Gunung Kriang telah memanaskan hati saya pagi ini. Lalu saya telah jawab kembali komen mereka yang disiar di sini seperti di bawah :


Blogger Panglima Perang Cyber said...

Pertama sekali saya mohon maaf kerana gangguan internet di rumah saya telah menghalang saya membalas komen semua yang hadir di atas dengan segera.. Ini kerana masalah yang berlaku masih berlaku dan saya kini menggunakan talian wireless rumah jiran saya...

Saya tertarik dengan komen dua pengunjugn di atas yang selalu membakar perasaan kita di sini dengan komen komen mereka dan saya khaskan sedikit komen di bawah kepada mereka berdua...


Kepada dua orang pengunjung setia blog ini, saudara/i Pendikar Gunung Kriang dan Semutapi :

sudah-sudahlah nak salahkan UMNO dan bela DAP. mentang2 kerana dia rakan pakatan politik parti anda sokong maka anda pun menyokong tindakannya sesuka hati ...

semakin banyak anda menulis semakin jelas kebodohan akal anda.

hingga sanggup pertahankan tindakan seorang bukan islam membaca ayat quran walau dibantah oleh TIGA MUFTI !!!


apa anda nak dengar nik aziz saja ? Selagi nik aziz tak halang selagi tu anda nak bela mati matian ? 

Nik Aziz tidak layak dijadikan guru taksub anda.. Dia lebih suka memutar belitkan kenyataan dan tidak sedikit orang telah sedar sikapnya yang sekejap halal sekejap haram sebelum ini..

ingatlah orang orang pas juga yang letak gelaran tok guru kepada nik aziz.sedangkan apa dia buat ? selain menjahanamkan islam sampai orang dah nampak Pas itu islam dan selain Pas semua bukan islam.

Tak begitu ?


kesannya ???? 

anda dua orang nilah yang menjadi terlalu taksub sehingga menggunakan dan mencari apa jua alasan untuk menghalalkan tindakan Nga Kor Ming mencaci saudara seislam dengan berbekalkan peluru dari ayat quran surah yang tidak ada dalam quran iaitu Surah Aura.

Jika anda berdua tidak mahu bertaubat sekalipun, berhentilah membela orang tidak betul tindakannya dan sedarlah nik aziz orang yang telah berjaya menanam kebencian orang pas kepada umno supaya pengikut nik aziz tidak akan lari menyokong parti selain pas.

akhirnya 18 tahun dapat dia perintah kerajaan negeri kelantan dan orang orang di bawah tidak sedar mereka telah diperalatkan dengan huraian quran dan hadis versi politik sehingga tidak ada lagi kemurnian dalam huraiannya.

Apa jadi ?

Rakyat makin rosak perangai dan lihatlah bagaimana kerana perlawanan bola sepak, rakyat kelantan yang menjadi negeri asal saya telah tidak berakhlak lagi hingga membuat rusuhan dan membakar kereta..

kerana kerosakan nik aziz yang jelas tidak membawa apa apa kecuali kebencian terhadap saudara seagama islam sehingga akhlak pemuda pemudi telah semakin rosak seperti peristiwa rusuhan di atas..

Pasti anda akan kata : ini berpunca dari BN.Kerana BN yang buat itu buat ini...

Soalnya : siapa yang mengawal kerajaan negeri ? siapa yang tiap minggu mengajar di markas PAS kota bharu dan beribu ribu datang mendengar ceramah?

Tok guru yang sebenar dapat membina akhlak dan peribadi muridnya. Jika dia menjadi pemerintah dia pasti akan berjaya membentuk akhlak rakyatnya. Kerana berkat ilmu dari amalan rohani yang tinggi..

Tetapi ? apa jadi sekarang bukan salah nik aziz ke ? bukan salah pas ke ? 

Ye...semua salah umno...itu jawapan yang sudah dibentuk dalam minda. Akhirnya pas sudah selesa buat apa sahaja kerana mereka sudah berjaya menanam mind set begitu rupa demi menjayakan rancangan mereka untuk terus berkuasa dengan memperalatkan agama untuk tarik perhatian golongan muda mudi dan dewasa agar terus menyokong perjuangan karut mereka..

Nik Aziz hanya manusia biasa dan tak layak pun dapat gelaran tok guru..

Kenapa dia diletak gelaran tok guru ? 

supaya masyarakat melihat dia setaraf tok guru pondok dan pastinya bila sudah tinggi maqam dia pasti akan dimaksumkan hingga tidak diperiksa lagi kata katanya samada lucah atau mencarut atau mengata....

bijak....bijak...


Jika orang pas merasa mereka dapat menggunakan gelaran nik aziz sebagai umpan untuk meneruskan survival politik mereka maka mereka perlu bersedia menerima balasan di akhirat atas apa jua yang mereka kerjakan...

mereka akan ditanya dan bersedialah berhadapan dengan jawapan dari mungkar nakir dengan ketika itu tidak ada soalan samada anda digelar tok guru atau tok garu atau apa saja gelaran manusia berikan.


akhir sekali cukuplah saya katakan jika nik aziz benar benar pejuang agama pasti dia tak akan kata nabi pun amalkan kroni, dia tak akan halang misi damai pas dan umno untuk kebaikan islam, dia pasti tidak akan berterusan menjad MB selama 18 tahun, dia pasti akan menolak gelaran tok guru yang diberikan, dia pasti akan kutuk siapa sahaja yang bersalahan dengan islam walau dari kalangan rakan politiknya sendiri...


Fikir fikirkanlah dan harap semua dapat sedar dari penipuan yang begitu panjang dan tersusun untuk kepentingan manusia yang dilabelkan suci dan bersih seperti nik aziz ini...

kerna Pas tahu jatuh nik aziz jatuhlah Pas dan nik aziz perlu diagongkan hingga kiri kanan jalan dipenuhi wajah agong nik aziz termasuk yang menitiskan air mata...



Jika kerana jawatan siapa pun sanggup keluarkan air mata dan jika benar benar kerna Islam pasti kita tidak akan menggunakan gambar menangis ketika berdoa kerana takut RIYA dan TAKABUR jika ia digantung di tepi tepi jalan, tak ubah seperti model iklan Nescafe / Milo dan sebagainya..

Maaflah saya menulis terlalu panjang tetapi ia satu tindakan penting demi menyedarkan umat dari terus ditipu oleh pembela gologan Erdogan dalam PAS ini..


BPN akan pastikan nama Nik Aziz akan diingati sebagai penyumbang kepada perpecahan dan kerosakan umat Islam dan tidak akan memberikan ruang sedikitpun untuk membiarkan penipuan penipuan Nik Aziz dan PAS berterusan menipu dan menghanyutkan golongan umat Islam yang ingin menjadi orang islam yang baik tetapi tidak sedar sudah pun jauh dipesongkan akidah dan pemahaman mereka mengikut adunan citarasa politik agamawan yang berselindung di belakang parti yang menamakan mereka pejuang Islam...


Allahu Akbar !!!!!!!! 

( setan pasti lari )

Allahu Akbar 

( setan dah terkencing kencing )

Allahu Akbar 

( setan dah pun mati terbakar )



Link Rusuhan tersebut sila klik ( sini )


Itu sajalah yang dapat saya tulis pagi ni, tiga orang tetamu sudah pun sampai untuk 'urusan rasmi'....


Salam perjuangan...


15 ulasan:

kedaung berkata...

SALAM BRO,

AKU RASA..LAH SEMACAM ADA SESUATU YANG TAK KENA DALAM HAL INI.
SI CINA KAPIR INI SEMACAM DISURUH ATAU DIAJAR OLIH SESAORANG MEMBACA AYAT SUCI ALQURAN DEMI KEPENTINGAN POLITIK.
SEPERTI ADA PERANCANGAN YANG RAPI, TOLONG PIHAK TUAN SELIDIK HAL NI!

SEPERTI ADA KETUA PUAK YANG MENGIAKANNYA DEMI POLITIK SONSANG.

Parpu Kari berkata...

artikel ayat nk menyedapkan hati yg muram durja..wakakaka..woit PPC sepatutnya hang tulis TAKZIAH BN, TAHNIAH PR. 2-1 tu beb. jgn nk pecahkan PAS dan PKR..BANGANG

kah kah kah..

Azbahri berkata...

yang pas ni nak riak lebih2 dengan kemenangan dia buat apa, sedangkan yang memenangkan diaorg org cina dan india..

kalau la kawasan tu 100% org melayu islam, agak2 pas boleh menang ke? tepuk dada tanya selera haha

lagi satu, jgn perasan org cina/india undi pas sbb suka pas.. kalau berani cuba lawan 1 sama 1 pas dgn DAP.. agak2 boleh dpt tak 1% pun jadi la undi dari org cina haha..

hidup parti islam diperguna!

hilbert berkata...

Salam PPC dan salam sejahtera semua,
Untuk Artikel yang mengenai kekurangan ajar Nga Kor Ming mempersendakan Kitab Suci Orang-orang Melayu dan Islam saya beberapa kali cuba nak hantar komen, tapi malangnya sering gagal akibat masalah talian internet yang kurang berfungsi. Jadi saya cuba nak buat komen tentang hal itu lewat artikel ini, jika berjaya..,syukurlah.

Sebenarnya walaupun saya bukan orang Melayu serta bukan beragama Islam, tetapi entah kenapa hati sangat terguris apabila melihat gelagat serta keangkuhan Nga Kor Ming semasa membaca ayat-ayat yang dipetik dari satu surah yang terdapat didalam Kitab Al-Quran sambil menjerit-jerit tak ubah macam orang yang tengah mabuk. Sepatutnya orang-orang PAS mesti akui bahawa Kitab Al-Quran adalah satu Mukjizat yang telah DiPerturunkan Oleh Tuhan kepada Nabi Muhamad S.A.W untuk disampaikan segala isi kandungannya dengan cara yang paling mulia dan tertib kepada seluruh umat Islam dimuka bumi ini.

Ada perkara yang masih bermain dalam pikiran saya ekoran daripada kebiadapan Nga Kor Ming mempergunakan isi kandungan ayat-ayat tersebut serta tafsiran sebagai salah satu dari bahan kempen untuk memikat hati orang Melayu disana. Perkara ini sudah menjadi terbalik, dimana sepatutnya Nga Kor Ming lah yang mendengar orang Melayu membaca ayat-ayat itu serta diberitahu maknanya menerusi tafsiran yang disampaikan supaya Nga Kor Ming tertarik untuk mendalaminya serta memeluk agama Islam.

Seperkara lagi yang masih menjadi tandatanya kepada saya ialah, bagaimana Melayu PAS ini boleh membenarkan Nga Kor Ming daripada menyentuh Kitab Al-Quran itu dan dalam keadaan yang bagaimanakah ketika beliau membuka Kitab itu untuk mencari ayat-ayat seperti yang telah disebut oleh beliau ketika didepan para penyokong parti PAS ? Apakah tangan beliau sudah dibersihkan terlebih dahulu atau telah disamak tengan air tanah liat sebelum mencapai Kitab Suci itu ? Adakah beliau pandai menulis jawi ? Apakah beliau pandai membaca tulisan dalam bahasa jawi ? Adakah beliau membaca Al-Quran ? Berapa lama kah masa yang diambil oleh beliau untuk menghafalkan setiap patah perkataan daripada ayat-ayat itu supaya nanti tidak jaggal serta terumbang terbalik kedengaran oleh orang-orang Melayu PAS sendiri ?

Bagi saya, inilah salah satu lagi daripada usaha licik DAP untuk menguasai apa yang telah menjadi hak milik orang-orang Melayu. Sebelum ini mereka sering mempertikaikan apa saja kepentingan orang Melayu serta kaum Bumiputera seperti DEB, Ketuanan Melayu, Keistimewaan Kaum Bumiputera dan sebagainya. Sekiranya boleh mereka mahu menghapuskan semua itu selari dengan tuntutan yang tidak masuk akal seolah-olah telah membelakangkan segala bentuk perjanjian asal didalam perlembagaan Malaysia iaitu "kesamarataan hak".

Dalam soal agama saya sangat bersetuju dengan pendapat banyak pihak, bahawa tidak ada pendekatan "tolak ansur" bila agama cuba dipersenda dan dihina.

Sekian. Terima Kasih.

Jeepers Creepers berkata...

orang pas sekarang sudah lari daripada perjuangan asal. mereka sanggup melakukan apa saja asalkan mereka dapat kalahkan umno/bn

hati mereka sekarang sudah dipenuhi dendam sehingga sanggup menyokong orang kafir mempermainkan al quran.

semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka dan harap mereka bertaubat.

orang pas harus bertaubat *baca ikut slanga karpal singh*

Aiman berkata...

PENYOKONG KELANTAN MERUSUH KO KATE SLAH NIK AZIZ..ORG2 KT KL YG RMAI ROSAK AKHLAK NI MCM MANE??SAPE YG PERINTAH KT KL NI??KT PUTRAJAYA BYK SES2 MAKSIAT SAPE PNYE SLH??MSTI KO XKN JWB KERAJAAN MALAYSIA KN..

Aiman berkata...

ape beza gelaran ustad ngan tok guru??asal korg pggil Mohd affandi Yusoff tu ustad?die ustad ke??die byk maki hamun adalah..PSAL GELARAN TOK GURU TU PON NK KECOH..KO CUBE BNDINGKAN NEGERI PAS NGAN KL..KO NMPAK BEZA X??KELANTAN BAPE RAMAII YG PKAI TUDUNG N KT KL BAPE RMAI YG PKAI XCKUP BNG??KO JGN BUTAKAN HATI KO SMPAI CMTU SKALI PPC..KO DH LAA EDIT VIDEO FITNAH PASTU LETAK KT BLOG..TU KO SDAR DIRI LG..JGN RASE KO TLALU BGS OK!!

Aiman berkata...

KO TRY BUKAK LINK NI..

http://www.malaysiandreamgirl.tv/top12_farah.html

AKU NK TANYE KO..SAPE YG LEPASKAN RANCANGAN NI DITYGKAN..KO TAU XRANCGAN NI MEMERLUKAN DIORG PKAI BRA N PANTIES JE??N LINK AKU BG KT KO TU LINK BDK MELAYU..STUDENT LG..KO KATE KO PEMBELA NEGARA,BANGSA N AGAMA KAN..AKU NK KO TENTANG NI ABIH2SAN..KATE NIK AZIZ PNYE AGAMA ISLAM PORAK PERANDA..SKRG KO TGK JE LAA RANCANGAN NI..KERAJAAN MANE YG APPROVEKAN..PK SENDRI LA EK

Amz CamPro berkata...

Aiman...aiman..ko ni bab berckp pun tak pki otak gak...kitaorg tak kate BN UMNO or whatever korang panggil ni perfect,kita nak mmbetulkan kedua2 pihak yang aku rase tak perfect...abih,konsert kempen turun harga minyak jmput underground band smpai suruh jilat2 tu sape aprove? jmputan ceramah supaya prkataan Allah org kafir pun leh pkai sape yg dengar? lu pun pkir sndri ek? xde yg perfect skrg ni,BPN cube mmbetulkan mane yg tak betul...

Aiman berkata...

KO BACE BLK APE YG PPC POST KOMEN TU..DIE MGUTUK PAS N NIK AZIZ..OK XPE LAA..SBB KO KATE NK CUBE BTOLKAN..AKU NK KORG KETENGAHKAN ISU DREAMGIRL NI..MMG DIORG SIAR KT ONLINE JE..TP YG JOIN MELAYU N ADE TU BR JE UMUR 17,18 N 20..N KNE PKAI BRAN N PANTIES..TLG ATASI K..SBB RANCANGAN NI DIE BUAT KT ONLINE SO DH JD TNGGUNGJAWAB KORG TENTANG SBB KORG KATE KORG PEJUANG ALAM MAYA KN..OK!!!AKU BKN NK MNG KAN PAS OR PR..BG AKU SEMUA SAME JE BEK BN OR PR..TP KORG BPN CKP SLALU XBALANCE..ATACK SBELAH PIHAK JE..PIHAK BN NAPE KORG NK TGUR WLAUPON DH NMPAK JELAS2 SILAP DIORG??BILE PR TEGUR KORG KATE MACAM2..

Aiman berkata...

PSAL ARTIS TU..MAYB DIJEMPUT SBB DIORG BAND REMAJA..UNTUK MNARIK REMAJA..TP BILE DIORG DH XBTOL APE JD KT DIORG??aDE DISANJUNG??KNE PIJAK ADE LAA KN??TU LAA BEZA DIE..CITE YG KT ONLINE NI DAH MASUK 2 SEASON..AKU XNK ORG MELYU ISLAM DI ROSAKKAN LAGI..END..

Panglima Perang Cyber berkata...

Lepas ni mungkin ada orang akan letak nama TOK GURU HUSAM MUSA sebagai imej warak untuk menggantikan TOK GURU NIK AZIZ..

Bagus jika kita pun letak gelaran TOK GURU AWANG ADEK bagi rakyat nampak baik sikit imej orang UMNO di Kelantan, apa macam ?

Boleh ko?

Unknown berkata...

maaf ek PPC..saya rs gelaran tu hanye stakat gelaran..xsmestinye dgelar TOK GURU nmpak alim n warak..peribadi org tersebut yg menunjukkan segalanya..SRY

hilbert berkata...

Salam semua, Salam PPC.,
Saya baru tadi mengikuti pengumuman barisan kabinet baru PM Datuk Seri Najib. Saya jangkakan ada perubahan besar dari segi para menteri dan timbalan menterinya, tetapi ternyata tidak.

Sebenarnya saya sangat tidak berpuas hati dengan barisan kabinet baru itu yang bagi pandangan saya tidak langsung mencerminkan konsep yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib sendiri tempoh hari, iaitu "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian DiUtamakan.

Untuk memenuhi kehendak konsep itu, jemaah menterinya hendaklah terdiri daripada mereka yang benar-benar bertenaga serta berwibawa, sihat mental dan fizikal. Para menteri yang baru dilantik hanya beberapa kerat saja yang mempunyai kriteria yang seumpama itu. Yang lain-lain itu hanya sekadar sebagai memenuhi kouta yang telah ditetapkan kepada sesebuah parti kompanen. Misal menteri yang dipilih dari Sarawak, kebanyakkannya yang suka lewat bangun pagi. Jadi bagaimana hendak membantu PM dan TPM menguruskan hal ehwal negara?

Kepada Sdr Aiman.,salam..
..bagi saya masalah yang telah ditulis oleh saudara itu adalah masalah penyakit sosial masyarakat keseluruhan sebenarnya, bukan hanya masalah dalam lingkungan orang Melayu sahaja. Jadi dalam soal ini, kita tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak jika perkara seperti itu ada berlaku. Apa yang penting disini, adalah tanggungjawab kita bersama. Bukan hanya diserahkan bulat-bulat keatas bahu kerajaan saja. Pembangkang, rakyat dan sesiapa saja memang ada peranan masing-masing disitu. Kita semua ada tanggugjawab bersama sebenarnya untuk membendung masalah seperti itu dari berlaku.

Mengenai masalah moral dikalangan remaja Melayu yang saudara tuliskan itu, maka disitulah ianya menuntut komitmen sebenar daripada kita semua terutamanya pemimpin-pemimpin parti-parti tertentu yang sangat sempurna, tiada cacat celanya seperti PAS/PKR/DAP. Mereka boleh membuktikan kepada masyarakat yang mereka benar dan mampu menangani masalah sedemikian dengan segera dan berkesan, jangan hanya bercakap berbelit-belit saja supaya rakyat dapat menilai antara 'pasir dan permata'..buktikan dengan tindakkan.

Sekian. Terima Kasih.

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Kepada rakyat yang masih sayangkan Malaysia, janganlah disokong Pakatan Pengganas. Kerana setiap sokongan kepada mereka akan menghancurkan masa depan anak cucu. Setiap sokongan membawa kehancuran kepada Malaysia, menolak Islam sebagai Agama Rasmi malah mengusir orang Melayu daripada tanahair sendiri.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia dan bersatulah menolak anasir anasir jahat dan lindunglah kedaulatan Negara dan Raja Raja Melayu. Peliharalah agama Islam dan Perlembagaan Malaysia. Lindungilah anak anak dan keluarga kita dari pengaruh jahat mereka. Semoga Allah s.w.t melindungi kita dan negara daripada kejahatan mereka.

Cari Blog Ini

Translate