Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 April 2009

Edisi Pagi : Kenapa orang PKR bertemu wakil Singapura menjelang Pilihanraya ??? ~ Malaysiakini


Cerita 1


Pagi ini saya berbual panjang di chatroll dengan nickname Blogger yang pro PAS tentang persoalan politik Malaysia.. Banyak kami bualkan dan saya pula agak baik sikit mood pagi ini dengan membiarkannya mengguna title Blogger status Guest ketika itu..

Mulanya saya dituduh kuku besi sebab selalu ban chatter di situ walhal saya telah jelaskan banyak kali sebelum urusan BAN dibuat bahawa Anonymous tidak dibenar berchatting kerana melanggar peraturan BPN. Tetapi mereka degil juga. Bila dah kena tindakan kata saya kuku besi dan pengecut..Alahai !

Akhirnya dia setuju mendaftar diri sebagai Nickname Blogger. Harap Chatters lain dapat follow jejak langkah Blogger jika anda benar benar ikhlas bermuzakarah di Chatroll untuk membincangkan isu isu politik,sosial dan agama di sana..

Selamat berchatting !!!




Cerita 2

Saya dapat panggilan telefon dari blogger BPN tentang pertemuan Saifudin Nasution dengan wakil Kerajaan Singapura Walter Chia selaku orang kanan Perdana Menteri Singapura... Ia jelas bergambar dan saya harap siasatan lanjut dapat dibuat kenapa mereka bertemu. Artikel lengkap sila ke blog brokenTHEcode di sini...Blogger BPN perlu sebarkan berita ini kerana ia penuh dengan 1001 andaian dan telahan bahawa PKR ada hubungan intim dengan pihak asing...



 Kenapa pertemuan seperti ini perlu diadakan, Apakah sebabnya Saifuddin berjumpa dengan 
Walter Chia yang merupakan orang yang penting di dalam kerajaan Singapura. Walter Chia
   adalah orang kanan kepada Presiden Sindapura -  Lee Hisen Leong (Anak Lee Kuan Yew) 

Cerita 3

Siapa belum pernah tengok gambar rumah Nizar yang lama dan yang baru milik beliau ? dan jangan terkejut di sana ada lagi tulisan signboard Kediaman Menteri Besar dalam tulisan jawi.. Apa erti semua ni ? Pendedahan lanjut anda kena pergi ke blog Big Brother BPN saudara Parpukari di sini.....Pasti hangat dan panasssss !



Cerita 4

Semalam saya ada gugurkan sementara waktu, beberapa blogger yang masih belum sempurna syarat syarat sebagai warga BPN. Hari ini saya akan sambung memeriksa blog blog BPN yang lain yang masih tidak memenuhi syarat yang kita kehendaki...Makluman sudah lama dipaparkan di blog saya tentang syarat sebagai ahli BPN dan sekarang masanya saya terpaksa mengambil sedikit tindakan bagi mengelakkan timbul kekeliruan di kalangan ahli kita....

Blog tersebut ialah :


Saya mohon maaf sekiranya mereka tidak ketahui syarat tersebut dan marah dengan tindakan terhadap mereka.. Cuma jangan risau kerana saya akan memasukkan kembali mereka ke dalam list blogger BPN selepas syarat syarat dipenuhi. Seperti pasang chatroll, list Blogger BPN yang tidak bercampur non BPN, dan juga logo terkini BPN.. 

Makluman sekali lagi, sesiapa yang sudah memenuhi syarat BPN akan diberi kod logo flash BPN untuk diletakkan di blog masing masing. Jika ada yang meniru logo tersebut maka anda perlu lihat di list BPN adakah ia ada dalam senarai atau tidak...Kod akan diberi melalui Yahoo Messenger sahaja...Add email saya panglimaperangcyber@yahoo.com untuk urusan tersebut.



Itu sahaja pagi ni dan jangan lupa saksikan live upacara perlantikan PM ke 6 Datuk Seri Najib Tun Razak... Banyakkan berselawat untuk tambah berkat diri,keluarga dan juga negara kita...


Moga Allah menolong bakal PM kita ke jalan yang benar untuk kebaikan kita semua. Amin !!!


p/s : doa kepada pemimpin dan umat Islam selalu diulang dalam khutbah Jumaat. Kenapa ?? fikir fikirkan hikmah di sebaliknya... 

Bahkan doakan pemimpin sangat utama kerana jika baik pemimpin maka akan baiklah umatnya...Begitu juga jika jahat golongan ulama maka akan jahatlah juga umatnya...


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate