Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 April 2009

Edisi Pagi : Erdogan makin berani pinggirkan Hj Hadi !




Pagi ini tidak sengaja saya terbuka blog budak husam nama Kickdefella. Blogger yang dikenali ramai kerana sejarahnya ditahan polis tempoh hari kerana menggantung bendera negara kita secara terbalik.

Tak mengapalah kisah tu dah selesai dan dia pun nampaknya sudah tidak berani lagi berbuat demikian.

Tajuk artikel : Masanya bagi Nik Aziz melangkah ke hadapan bagi rakyat Malaysia.

Sebelum saya sambung,  saya mohon maaf terlebih dahulu kerana dah tak tertahan lagi nak tergelak baca tajuk begitu dahsyat dan hebat tidak pernah saya jumpa di mana mana jua blog yang ada di dalam atau luar negara kita....  

kah kah kah ( pinjam gelak Hishamudin Rais )  

Apa ? budak Husam ni sudah hilang akal ke tulis tajuk Nik Aziz kena melangkah lagi ke peringkat nasional selepas semput semput dan uzur serta sering keluar masuk hospital selama ini? 


[nik_aziz_in_hospital_visited_by_najib_260704[1].jpg]

Saya terkejut seolah2 Nik Aziz masih lagi dianggap berupaya untuk melangkah jauh ke peringkat Pusat bagi menguruskan soal pemerintahan peringkat nasional di usia yang sudah sangat tua tersebut ? Ke ada orang tak senang Nik Aziz berada di negeri lalu cuba diusaha agar beliau dipindah ke pusat  ?

Apa perancangan sebenar budak Husam ni menulis begitu sebenarnya ?


Saya baca lagi ... Lalu saya tertarik satu petikan tulisan beliau :

Untuk tujuan itu, sudah tiba masanya Tuan Guru meninggalkan tahta empuknya di Kelantan dan berkampung di pusat. Tuan Guru perlu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan menjamin satu peralihan kuasa yang sempurna supaya penggantinya mempunyai masa yang cukup untuk memperkemaskan diri berhadapan dengan jentera baru UMNO di Kelantan yang sudah pasti akan diambil alih oleh Mustapha Mohamed.



Oh !! patutlah...

Ini tidak lain kerana ada seseorang barangkali sudah lama mengidam jawatan kerusi MB Kelantan yang dilihat selesa ditakluki oleh PAS berbanding negeri lain yang kurang kuat cengkamannya dan tidak sefanatik rakyat Kelantan yang sudah berjaya dimomokkan dengan gelaran kultus TOK GURU pada batang tubuh nik aziz nik mat. 

Ye, Tok Guru pertama yang mengatakan Tuhan pun mencarut dan juga samseng.


Cuma saya tertanya tanya lagi, adakah sekarang ini ada usaha nak menjatuhkan Hj Hadi secara tersirat di dalam tulisan tersebut ? 

Ini kerana jelas tidak ada pun sepatah haram nama Hj Hadi disebut dalam tulisan beliau.... Sedangkan setahu saya Presiden lebih tinggi dari Mursyidul Am....

Ohhh maafkan saya, saya lupa bahawa tajuk posting ini tentang Erdogan. Ya, mana ada Erdogan suka dengan Hj Hadi dan tentu sekali budak husam ini tidak akan memuji Hj Hadi sedikitpun.



Lalu akhirnya fahamlah saya bahawa budak husam ini ingin meminggirkan Hj Hadi dan menaikkan nama Nik Aziz yang begitu jelas kebenciannya kepada rakan seagama dari parti UMNO... Tentu sekali ia satu isyarat agar perwakilan menolak team Ulama dalam PAS dan memilih Erdogan untuk pastikan PAS tidak tercicir dalam 'keretapi' yang dijangka diperolehi dalam PRU akan datang. 



Kerana setakat ini team Erdogan sahaja yang dilihat ada 'chemistry' dengan Anwar yang menaja Islam Liberal ( termasuk kalimah ALLAh ) yang boleh apa saja ; macam slogan Pas for ALL....

Erdogan saja yang gemarkan membenci UMNO kerana semangat muda mereka. 

Erdogan sahaja yang dilihat lebih liberal dari golongan TUA dalam PAS yang agak ortodoks dan tidak sealiran dengan Islam versi Barat tajaan Anwar. 

Yang jelas Erdogan sahaja yang menjadi pengkagum Anwar dan menganut fahaman Anwarisme dan sedia menjadi budak Anwar jika mereka berjaya memerintah barangkali..


gambar copy dari Blog MSO



Jelaslah seperti tulisan beliau di bawah :


Tidak ada lebih baik, di dalam pilihanraya umum akan datang selain PAS mampu meletakkan poster Nik Aziz bersama Poster Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang selaku pemimpin parti-parti politik Pakatan.



Saya pun kata dalam hati selepas selesai membaca artikel budak husam tersebut  : patutlah..dan ...patutlah...


adakah ini lobi di alam siber oleh blogger budak husam untuk jadikan Husam bakal MB Kelantan  selepas nik aziz mati nanti ?

Ehhhh, kenapa tulis mati ? kerana nik aziz memang nak jadi MB sampai mati pada firasat saya...


oh ya, Husam nak jadi MB negeri saya ????

sekali lagi saya nak tergelak kuat kuat, hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

12 ulasan:

ALeeN berkata...

haaa..ada talent mcm samseng kg dusun je pic yg ataih tu..

Tanpa Nama berkata...

Salam Panglima,
Kesian tengok PAS pun buruk politiknya.
Ditambah lagi apabila berkerjasama dengan Anwar.
adakah geng ulamak akan duduk diam?
PAS pun dah nak jadi parti sekular seperti di Turki.
Perjuangan negara Islam entah ke mana kerana nak jaga hati DAP.

Astaghfirullahalazim..

sarjanhn berkata...

Shhh....

Jangan gelak kuat -kuat nanti ada yang masuk ICU lagi...

Lord Garam berkata...

BRO,

JANGAN GELAK KUAT SANGAT BAHAYA...

NIK AJIS DAH KENA MAMDREM DENGAN BOMOH LANGAT TEMPAT ANWAR PERGI HARI TU..

KESIAN JUGAK KAT HADI AWANG PELAN-PELAN KENA SISIH..MUNGKIN INI KESAN FATWA KARUT BELIAU 28 TAHUN DAHULU. MUSIBAH DATANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

Unknown berkata...

betul! umno tgh nazak dah sekarang ni jgn gelak kuat-kuat. kalau masuk icu ok lagi takut masuk kubur terus pru13 nanti hahaha....

joostspring berkata...

kickdafella 2 xbleh pakai punya org..nk jga bini dia pun xleh..nk ckp pasal islam..pooodahhh..munafik je lbh..mengata org je lbh tp kena atas btg kepala sndri..

Panglima Perang Cyber berkata...

gelak kuat2 bagus bro...sihatkan jantung..

tapi ada orang gila kuasa perasan jadi Em Bi gelak juga..

cuma kalau tak berenti gelak dia kena antar tanjung rambutan lahh..

hahahahahaha


tq komen sahabat2 semua...

kita jumaat dulu !

oyabun berkata...

Salam ziarah Panglima..

Usaha Husam Untuk Menjatuhkan Presiden PAS...?

Sayup-sayup kedengaran bahawa Husam Musa bersama dengan team Erdogannya sedang merancang sesuatu yang besar untuk Muktamar PAS tahun ini. Muktamar PAS tahun ini dilihat sebagai genting kerana adanya pemilihan pucuk kepimpinan utama PAS.

Dr. Zulkifli Ahmad (atau Abu Iman yang merupakan pengarah Pusat Penyelidikan PAS) dikatakan pernah berkata bahawa pemilihan PAS tahun ini akan berlaku pertembungan yang hebat diantara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang inginkan perubahan .

Apa maksud beliau....hanya dia sahaja yang tahu. Ramai orang tidak tahu disebalik kelembutan watak Dr. Zul ini - dialah sebenarnya diantara perancang utama kumpulan Erdogan. Apa latar belakang Dr.Zul..apa 'jasa' beliau kepada gerakan Islam terutamanya berkenaan "indimaj"... kenapa beliau bersama dengan PAS....dan betapa beliau begitu harapkan kepada jawatan dan pangkat untuk merealisaskan cita-citanya)Jawatan sebagai Pengarah PPP digunakan semaksima mungkin untuk mencari pengaruh dan kedudukan setelah dilobi sakan oleh Dr. Hatta sejak zaman AlMarhum Ust Fadhil Nor lagi.

Balik kepada kisah Husam Musa....Rata-rata pimpinan PAS pusat tahu dan sedar tentang cita-cita besar Husam Musa hendak menjadi Presiden PAS. Mereka juga tahu bahawa Husam sedang merancang sesuatu untuk mencapai niatnya itu. Tapi Husam Musa lebih tahu bahawa bukan mudah untuk menduduki kerusi Presiden tersebut lebih-lebih lagi beliau perlu berhadapan dengan tokoh ulama terbilang. Beliau tahu kalau beliau bertanding kerusi presiden melawan Tuan Guru Hj Hadi, beliau akan kalah teruk dan seolah-olah hilang wang pertaruhan.

Beliau juga tahu beliau tidak boleh kelihatan menentang Tuan Guru Presiden secara terbuka kerana kalau nampak jelas dalam suasana sekarang maka sudah tentu seluruh ahli PAS akan bersatu menentang beliau. Maka sebab itulah Husam perlu melakar perancangan dan strategi yang cukup teliti untuk menjayakan cita-citanya tersebut.Jadi, apakah akal dan perancangan Husam?

1.Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden

Semua orang terkejut beruk bila sebelum ini, Tok Guru Nik Aziz berkata usaha menukar kerajaan sekarang bukan macam angan-angan mat jenin. Kenapa tok guru perlu menggunakan perkataan mat jenin dalam kiasannya? Tidakkah Tok Guru tahu bahawa kiasan tersebut dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden? Tidakkah Tok Guru baca atau dibacakan akhbar yang menyiarkan berita bahawa Presiden PAS ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept yang lepas? (yang cuba dipadamkan oleh syed Azman dengan menipu wartawan harakah atau Harapkah).

Kalau tok guru tahu, sedar dan baca kesemuanya, mengapa perlu menempelak Tuan Guru Presiden secara terbuka. Takkanlah hanya kerana nak menyokong kerajaan baru yang belum tentu boleh wujud dan berkemungkinan besar tidak akan jadi, tok guru nak gadaikan semangat ukhuwwah Islamiyah dan Mahabbah dengan Presiden sendiri. Takkanlah kerana nak menyokong Anwar, Tok Guru mahu supaya ahli PAS melihat ada pertembungan diantara Mursyidul Am dengan Presiden? Dan terbaru apabila Tok Guru Nik Aziz bertanyakan siapa sebenarnya NAKHODA Pas sekarang?

Takkanlah kerana percayakan Husam, Tok Guru nak merendah-rendahkan martabat Tuan Guru Presiden? Apa yang dikhuatirkan, Tok Guru tidak mendapat maklumat yang sebenarnya....sama macam kes Dato' Pa - apabila Tok Guru dikatakan mengaku tak baca keseluruhan kenyataan Dato' Pa. Apa yang lebih dikhuatirkan, Tok Guru sedang digunakan oleh Husam Musa dan geng erdogannya untuk meruntuh kepimpinan ulama PAS.Yang pastinya Tok Guru Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Tuan Guru Presiden. Ini adalah amalan yang tidak sihat didalam jamaah Pas.

Muktamar telah melantik Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden PAS, maka hendaklah patuh dan taat kepada kepimpinan beliau dan membenarkan beliau memacu jamaah mengikut acuan beliau selagimana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan AlHadis. Manakala Mursyidul Am hanyalah "advisory post" disamping mempengerusikan Majlis Syura dan bukannya kuasa eksekutif di dalam parti. Janganlah pula nak bertanya siapa NAKHODA Pas?

Tetapi apa yang berlaku Tok Guru sebagai Mursyidul Am lah yang paling banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan parti berbanding Presiden. Semoga Tok Guru Nik Aziz memahami dan difahamkan bidangkuasa beliau sebelum ahli hilang rasa hormat kepadanya.Yang lebih di khuatirkan perancangan melagakan kepimpinan ulama ini adalah berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan harapan ahli akan hilang keyakinan kepada ulama dan memilih bukan ulama sebagai pemimpin nanti.

2. Menggunakan pengaruh Mursyidul Am

Semua orang sedia maklum bahawa Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz dalam banyak hal. Walaupun kadangkala Tok Guru berjaya disedarkan oleh kaum keluarganya dan kawan rapatnya, tetapi bila Husam muncul saja semuanya akan bertukar balik seolah-olah macam dipukau....entah ilmu apalah yang dipakai Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Entah kenapalah Tok Guru Nik Aziz begitu sayangkan Husam walaupun lebih separuh daripada ahli perhubungan PAS Negeri Kelantan tidak menyukai beliau dan lebih separuh daripada ADUN PAS di Kelantan pun tidak menyukai beliau kerana mereka terlebih maklum akan sifat dan amalan kejinya.

Yang jelasnya Tok Guru Nik Aziz memang terlalu sayangkan Husam sehingga dia pernah berkata bahawa Husam layak menjadi Presiden PAS!!!! (na'uzubillah)
Kata-kata inilah yang ditungu-tungu oleh Husam dan atas sebab itulah Husam bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu dan kumpulan Erdogannya seringkali menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz sebagai hujah mereka. Nama Tok Guru Nik Aziz dijaja merata-rata sehingga ke blog-blog mereka bagi membenarkan usaha jahat mereka. Jangan terkejut jika nanti mereka akan berkata bahawa Mursyidul Am lah yang menyuruh Husam lawan Presiden.

3. Merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS

Satu fahaman yang cuba ditanam ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PAS ialah ulama tidak faham siasah dan tidak pandai berpolitik.Mereka mungkin pandai baca AlQuran dan Alhadis tetapi tidak pandai menyusun strategi politik dan tidak pandai mengadaptasikan ayat-ayat yang dibaca ke dalam realiti semasa.Sebab itulah bila Tuan Guru Presiden beristikharah sehingga diilhamkan dengan Surah Al-Anfal, mereka cuba mempermainkannya. Mereka mencari pendapat yang paling tidak diterima oleh jumhur bahawa ayat tersebut telah mansuh semata-mata untuk menimbulkan keraguan ahli terhadap kehendak ayat tersebut.

Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir AlQuran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran.

Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda ataupun jarum halus yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa mereka sedari.

4. Menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi

Satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Trengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Trengganu. PAS Trengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Trengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Trengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Trengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Trengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Trengganu dicanang merata-rata.

Apakah tujuan mereka sebenarnya??? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Trengganu dan pernah memimpin PAS Trengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Trengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia.

Begitulah hinanya taktik dan perancangan mereka. Kenapa perlu dimainkan sentimen kenegerian (Trengganu ke Selangor ke) sedangkan itu adalah perancagan jahat Yahudi yang cuba memecahkan Islam dengan sempadan negeri – sedangkan mereka satu Jamaah yang mempunyai amal jama’i dan asas-asas ukhuwwah. Ibarat batu bata yang kalau dicubit peha kanan terasa di peha kiri. Kalau di rasa Pas di Trengganu ketinggalan dan lemah dan kalau perasan yang PAS Negeri Kelantan yang terlebih pandai strategi, adalah menjadi tanggungjawab ahli Pas untuk turun menolong atas rasa mahabbah dan ukhuwwah bukannya tulis di dalam blog untuk mengaibkan mereka dikhalayak dan mendabik dada kononnya dia tahu punca kekalahan PAS di Trengganu.

5. Bergerak secara berkumpulan

Seolah-olah telah wujud apa yang dikatakan tanzim di dalam tanzim (ini adalah kepakaran Abu Iman dan Abu Urwah). Kumpulan Erdogan ini sering berjumpa dan bermesyuarat sesama mereka terutamanya sebelum dan sesudah mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka merancang secara berkumpulan untuk menangani sebarang isu di dalam Parti.

Sebab itulah tidak hairan jika didalam ceramah-ceramah dan tulisan mereka, mereka memainkan isu-isu yang lebih kurang sama. Mereka sengaja “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan bahawa ada usaha untuk membawa PAS masuk UMNO. Sedangkan sudah berapa puluh kali dinafikan oleh Presiden dan Timbalannya, tetapi mereka masih tetap memainkan isu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli terhadap Presiden dengan cuba menuduh Presiden menipu ahli.

6. Menggunakan bloggers

Semua orang sedia maklum siapa Kickdefella. Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Tulang Besi, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS.

7. Menggunakan Harakah

Harakah atau "Harapkah" ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato’ KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato’ KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato’ KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya.
Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Presiden seringkali pening kepala dengan dua media rasmi utama PAS ini. Beberapa kali dikatakan bahawa beliau agak marah dengan akhbar Harakah dan Harakahdaily yang gagal mencerminkan lidah rasmi PAS dan gagal menyiarkan berita yang dianggap penting untuk disampaikan kepada ahli. Amat malang bagi seorang Presiden parti bila dia melantik seseorang untuk menerajui Akhbar Harakah dan Harakahdailiy tetapi mereka tidak mengikut arahan beliau. Rasanya sudah tiba masa Presiden menggunakan kuasanya untuk melantik orang lain demi menyelamatkan akhbar Harakah dan Harakahdailiy daripada terus dikuasai oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri.

8. Membeli Negeri dan Kawasan

Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.

Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan Pas di Perak dan negeri2 yang sewaktu dengannya yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan.

Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan di dalam muktamar yang akan datang. Di harap ahli dan pimpinan Pas diperingkat cawangan, kawasan dan negeri tidak sebodoh itu diguna dan digula-gulakan oleh Husam dengan wang ringgit sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan asas-asas perjuangan Pas.

9. Memujuk Presiden untuk melepaskan jawatan

Diberitakan bahawa telah ada usaha-usaha untuk memujuk Tuan Guru Hj Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS. Sebagai ganti beliau akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS setelah Tok Guru Nik Aziz dikatakan bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberi laluan kepada beliau. Dengan cara itu mudahlah Husam naik menduduki kerusi Presiden. Tetapi tidak mungkin Tuan Guru Presiden Pas akan terpedaya dengan taktik bodoh seperti itu. Beliau seribu kali lebih cerdik daripada Husam Musa dan geng Erdogannya.

Kesimpulannya, Husam Musa memang berusaha keras untuk menjadi Presiden PAS. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita tersebut. Pokoknya.. matlamat mesti menghalalkan cara. Cuma mungkin beliau terlupa bahawa disebalik perancangan beliau, Allah juga merancang untuk menyelamatkan kesucian perjuangan Islam. Semoga PAS dijauhi daripada pemimpin yang tamak kepada kuasa dan pangkat.

Kepada kumpulan Erdogan, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat, janganlah menjadi penyumbang kepada kejayaan perancangan yahudi dan barat yang ingin melihat gerakan Islam berpecah dan lemah. Kembalilah memberi wala dan taat kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Semoga perjuangan Pas diberkati dan di redhai Allah. Jika Allah redha cukuplah walaupun kalah dan walaupun tidak diredhai dan disukai oleh munafiqin dan musyrikin.

Adaptasi dari Blog Anti-Husam

zedmagel berkata...

Bro JASA,

Tujuan husam minta tok guru melangkah ke luar PAS le tu, dia dan konco-konco nak ganti tempat tu. Agak-agak le jangan disorong dari belakang. Tok guru dah tua patut di pimpin le.

PasMuda berkata...

Angin ribut yg bertiup kencang di dlm PAS membawa cerita bahawa Husam nak jd MB Kelantan. Tak mustahil, terutamanya jika Nik Aziz ke peringkat Pusat. Cadangnya nak jdkan Nik Aziz sbg Presiden.

Endorgan dah semakin kuat & nampaknya golongan ulamak mgkn akan jatuh pd muktamar kali ini. Harapnya tak berlaku begitu. Biarlah Dato Harun Din ganti tempat Nik Aziz & Ustaz Nasha sekurang2nya kekal sbg timbalan presiden.

Nik Aziz ckp dia nakhoda PAS. Tp cadangan nak jdkan dia sbg presiden nampaknya mengelirukan kita. Mana yg nombor 1? Musrsyidul Am @ Presiden?

Xeno berkata...

Hmm. Hadi Awang takkan la nak berdiam diri. Dia mesti dah tau punya....

Panglima Perang Cyber berkata...

Pas Muda - kita lobi ust harun din jadi mursyidul am Pas.

nampak sangat nik aziz bela eli sampai eli sanggup ke kelantan utk ucapkan terima kasih atas 'carutan' nik aziz bela eli tempoh hari..

saya akan minta kita sokong Harun Din jadi Mursyidul Am baru PAS.

demi utk mengelakkan nik aziz mencarut lagi lepas ni dan memalukan agama islam.

Cari Blog Ini

Translate