Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 April 2009

Edisi Pagi : Blog menghina Raja Perempuan Kelantan di Blog Penarik Beca !!!

Cerita 1

Warga emas kaum tiong hua menerima replika Kad Kifaalah dari Raja Perempuan Kelantan..jpg

Pagi ini saya terjumpa link Kelantan Palace di blog Penarik Beca. Rupa-rupanya ia mengandungi link ke blog yang cukup menghina dan memalukan Raja Perempuan Kelantan tempat negeri tumpah darah saya.

Saya tidak pasti apakah agenda di sebalik blog murahan tersebut dibina, namun jika benar Penarik beca adalah barua Husam, maka sudah tentu ia ada kaitan dengan negeri yang Husam menjadi orang besar di sana.

Tidak lain negeri Cik Siti Wan Kembang yang menjadi tanah tumpah darah saya juga.

Kenapa blog yang usia belum sampai seminggu ini dibina ? 

Adakah untuk membersihkan nama Husam menjelang pertandingan Jun depan bagi pemilihan parti sebagai Timbalan Presiden Pas melawan tokoh pro Ulama ; Nasharudin Mohd Isa ?

Adakah ia untuk mencemarkan nama baik Raja Perempuan sehingga nama Husam tidak lagi disebut sebut sebagai dalang bagi segala kerosakan yang disentuh di dalam blog tersebut ?

Adakah ini taktik liar tajaan agen asing untuk menjatuhkan reputasi Raja / Sultan dalam negara kita agar sistem pemerintahan beraja akan dibenci dan akhirnya bakal terjadi Revolusi Rakyat untuk menjatuhkan Raja kita ?

Sesungguhnya BPN sesekali tidak akan menyertai usaha jahat ini dan ketahuilah BPN akan membela Raja Raja negara kita sehingga ke titisan darah terakhir.

Ingatlah seburuk buruk Raja kita, mereka tidak ada niat menodai kesucian agama Islam. 

Namun sesuci mana sekalipun tokoh yang anda sanjung, di situ jelas anda dapat lihat agama kita diperkotak katikkan dan dibiar dihina dan direndahkan.

Sehingga bukan Islam sekarang sudah berani membaca ayat quran, mengguna nama Allah dan disokong oleh petualang agama tersebut.

Termasuk isu moral gambar bogel Elizabeth Wong yang turut disokong tanpa ada usul periksa sama sekali kecuali kerana dia adalah anggota parti di bawah pakatan rakyat yang ingin menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Kisah pemuda Melayu bernama Hilmi yang berada di rumah Eli langsung tidak disentuh dan dikeluarkan fatwa walhal ia jelas menggambarkan bersekedudukan yang melanggar batas syariat Islam.!!!

Mana pergi segala fatwa fatwa mereka berkenaan isu ini ?

Ahhhhhh !!! Pas sudah jelas menjadi hamPAS dan tidak ada gunanya sama sekali kepada agama bangsa dan negara, kecuali sekadar menjadi makanan ayam itik yang sentiasa laparkan hamPAS hamPAS tersebut.

Bukankah benar begitu ?


Silakan beri komen anda pula berkenaan isu di atas.....




Cerita 2

Sebelum terlambat saya ingin mengucapkan tahniah ke atas keputeraan DYMM Sultan Perak ke 81 dan semoga dipanjangkan usia dan diberkati sentiasa untuk kebaikan rakyat sekeliannya.Amin

Daulat Tuanku !!!




Sedikit sedutan titah Raja Muda Perak semasa  majlis keputeraan baginda yang perlu kita hayati bersama :




KUALA KANGSAR 19 April — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah akan mengambil tanggungjawab utama untuk melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini akan terus dipertahankan.


“Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.


“Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita,” titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.


Baginda bertitah Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu merupakan institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.


Raja Nazrin bertitah sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.


Titah baginda kebijaksanaan pemerintahan beraja membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.


“Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.


“Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa,” titah baginda.


Baginda bertitah kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor-faktor yang telah memberikannya identiti daripada segi institusi, agama, budaya dan bahasa.


“Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa. Di era peperangan dingin, langkah-langkah sedemikian lahir dari kumpulan yang berpegang kepada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.


“Atas nama Revolusi Budaya, di China dan indoktrinasi komunisme di Kampuchea (Kemboja) dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri; pemimpin-pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah,” titah baginda.


Baginda bertitah hari ini dunia sedang menghadapi gelombang globalisasi yang menghempas setiap sempadan dan mahu memecahkan benteng budaya dan berkemungkinan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.


Raja Nazrin bertitah warga muda yang sedang dilambung ombak globalisasi, perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.


Titah baginda ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik “Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa.



“Warga perlu disedarkan, bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan ditakrifkan secara arif dapat berfungsi sebagai pemudah cara memajukan negara bangsa. Bahawa elemen-elemen budaya bangsa yang merupakan faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalah modal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan,” titah baginda.

10 ulasan:

A-I-B berkata...

Apasal lu nak tanya pasal fatwa berkaitan si Helmi bersekedudukan? Kenapa lu tak tanya aje terus dekat ulama dalam AMENO. Lu rujuk pada ulama AMENO kan lagi cepat dapat jawapan. Mereka pun tak berani keluarkan statment dalam suratkhabar pro AMENO. Pendek akal lah lu bro!...

Ex-UMNO berkata...

Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

BN/UMNO (PRK Phobia)

Tanpa Nama berkata...

A-I-B, Monday, April 20, 2009
Apasal lu nak tanya pasal fatwa berkaitan si Helmi bersekedudukan? Kenapa lu tak tanya aje terus dekat ulama dalam AMENO. Lu rujuk pada ulama AMENO kan lagi cepat dapat jawapan. Mereka pun tak berani keluarkan statment dalam suratkhabar pro AMENO. Pendek akal lah lu bro!...

Ex-UMNO, Monday, April 20, 2009
Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

BN/UMNO (PRK Phobia)
KEHKEHKEH TU LE MSLH MAMAT PR YG PAKAI BOM SUKE LEMPOR SEMUNYIK TGN DAN SI MONYET YG BRU NK BLAJO PEGANG KERIS (MONYET KT U.S DAH NEK ROKET PEGI BULAN PUNN!).

TAK PAYAH TANYE LE KT ULAMA BN. KITE ADE AKAL TAK KN X TAU HUKUM HAKAM SEDAREE OII. LAIN LE U'LALA'MAK PAS SKE2 CIPTA FATWA MERAPU TIAP KALI KLU ADE PILIHANRAYE. BENDA YG BTUL2 PUNYE HA HA HARAMM!! BLEY JD HA HA HALAL PEE! (IKUT SESEDAP RASE!).

UMNO BKN X NK BETANDING LA SEDAREE. KAN DSN DH CKP NK MINTAK PENDAPAT DULU. APE2 PUN KENA KAJI DULU BURUK BAIK, APE YG PATUT KITA BUAT, APE TINDAKAN SETERUSNYE. BKN PAKAI LARUNG SEMCM JE SEDAREEE. DH LE PKR SKE MENYUSAHKAN RAKYAT!..SKE2 LETAK JAWATAN. APE INGAT DGN DUIT RAKYAT TU MEMBAZIR SEMATE2 UTK BUAT PILIHANRAYE AJE KE??..KEHKEHKEH..PIKIR2 LE SKET SEDARE. JGN MAIN SDAP ATI JEKK NK NGUTUK BN KLH JE, SEDARE SEME SORAK SORAI. INGT SKET SEDARE. ADE MASE KITA KT BWH, ADE MASE KITA KT ATAS..

SENDIRI MAU INGAT HAAAAA ;-D

uop berkata...

Suri rumah mengaku tidak bersalah hina Sultan Perak.
Khoo Hui Shuang, 27, dari Permatang Pauh di sini, didakwa melakukan perbuatan itu bersama-sama suaminya, Chan Hon Keong, 26, di No 5, Lorong Arowana Emas 2, Taman Arowana Emas, Permatang Pauh.

leeza berkata...

Dia org hina Raja/sultan kita sesuka hati mereka..apa kata kalau kita menghina Raja China atau Emperor China sejak dari zaman XIA sampailah era sekarang...sudah pasti mereka akan merasa seperti mana kita rasa...walhal kita sendiri menghormati raja mereka malah sampai tidak kedengaran dan ada ketikanya pula tidak kita membahas atau membincang isu ini...fikirkan lah...

Apache berkata...

DAULAT TUANKU...sehingga ke titisan darah terakhir

Panglima Perang Cyber berkata...

Mujur tidak ada hukuman gantung sampai mati kepada penghina3 tersebut..

Raja atas dari politik - titah Raja Perak.

so, jangan cemarkan institusi Raja dengan blog3 atau tulisan sebegitu.

BPN komited menjaga dan mempertahan institusi Raja.

Raja yang adil Raja disembah

Raja yang zalim , kita doa kepada Allah !!!!

agar sentiasa diberi taufik hidayat ke jalan yang lurus.

tq komen2 sahabat semua di atas.

iam_khufu berkata...

Cerita disebalik ucapan tu ko tyak tau bro. Sultan hentam dua2 sekali. UMNO kena, PAS pun kena

mat berkata...

DAULAT TUANKU..

MARI KITA TENTANG ORANG2 BN YG MENGHINA TUANKU KITA SEPERTI BERLAKU DI TERENGGANU DGN MENGGUNAKAN KAIN RENTANG MENGHINA TUANKU MIZAN..

DAULAT TUANKU..
TAKBIR.. ALLAHHUAKBAR..

Kerja Kosong Kerajaan berkata...

wahai pencacai umno ...kenapa x bising....najib dh buang kuota bumiputra 30% dlm perkhidmatan awam.......pandai nilai la...sikit.......

Cari Blog Ini

Translate