Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 April 2009

Edisi Pagi : Apabila bukan Islam bertakbir : Allahu Akbar !!!

Artikel ini saya salin dari blog sahabat kita saudara Amir Hamzah yang begitu jitu jati diri Melayu dan Islamnya.

Saya rasa artikel beliau itu, amat sayang jika tidak dihayati oleh kita semua. Apatah lagi usaha beliau meletakkan poster yang bersesuai, menambahkan lagi 'perisa' yang melazatkan santapan minda ketika membaca analisa serta kupasan saudara Amir tersebut.

Jika anda ada blog, silalah linkkan blog beliau ini tanda sokongan kita kepada blogger ini yang serius menulis untuk menyedarkan bangsanya dan amat sedar nasib bangsanya sekarang ini !

Sila baca artikel bertajuk :

Apabila Orang Bukan Islam Bertakbir.


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammad Omar begitu bangga memberitahu makin ramai masyarakat bukan Islam bertakbir masa ceramah PAS. "Kini bukan Islam pun sudah mula bertakbir, walaupun sebutannya tidak berapa betul namun mereka sudah positif dengan kalimah ini, Alhamdulillah ia satu kejayaan (dakwah) PAS,” katanya. 
Berita ini dipetik dalam Harakahdaily Isnin yang bertajuk ‘ Bukan Islam bertakbir, kejayaan dakwah PAS’ 

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Takbirrrrrrrrr.....


Kalau difikirkan secara positif, ianya memang satu permulaan yang baik agar bukan Islam lebih mendekati kepada Islam. Mudah-mudahan agar sebutan itu akan benar-benar membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam. Alangkah indahnya jika selepas ini mereka bukan sahaja bertakbir tetapi memakai kopiah putih atau berserban. Begitulah indahnya Islam menerima sesiapa sahaja yang ingin mendekatinya tanpa mengira bangsa, warna kulit dan asal keturunan.

Alangkah baiknya juga, mereka itu akan sama-sama meraikan majlis-majlis maulidurrasul yang sekarang ini masih berlangsung di seluruh negara. Baik di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung masih lagi mengadakan sambutan maulud. Biasanya majlis akan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, bacaan rawi berzanji serta marhaban dan diakhiri dengan ceramah maulud nabi. 


Kalau benar lah mereka yang bukan Islam menyokong perjuangan PAS secara ikhlas datanglah ke majlis-majlis ilmu juga seperti majlis sambutan maulidurrasul, ceramah-ceramah fardhu ain atau kelas-kelas agama yang lain. Jika majlis-majlis seumpama ini turut dibanjiri oleh orang-orang bukan Islam dengan melimpah ruah seperti mana program-program ceramah politik PAS, hari ini juga saya menghantar borang keahlian saya untuk menjadi ahli PAS seumur hidup.

Saya juga berasa amat berbesar hati jika semakin ramai orang-orang bukan Islam akan pergi ke kedai-kedai buku mencari kitab-kitab agama Islam untuk dibaca di rumah. Di samping itu mereka juga akan berebut-rebut membeli buku-buku tafsiran Al-Quran untuk dijadikan bahan perbincangan mereka semasa minum kopi di kedai hailam. 

Jika ini berlaku saya tidak menyesal meninggalkan parti UMNO walaupun parti ini banyak berjasa kepada diri saya, keluarga, bangsa dan agama saya. Saya telah memilih PAS, satu parti yang bukan sahaja menjaga bangsa dan agamanya tetapi telah berjaya mendakwahkan orang-orang bukan Islam di seluruh negara dari kalangan Cina, India dan Benggali. 


Namun dalam saya menghayalkan yang indah-indah datang pula perasaan jahat seperti kata orang-orang tua, jangan fikir yang baik-baik sahaja fikirkan juga apa yang tersirat. Maka hati saya berdetik, kalau setakat bertakbir oleh golongan bukan Islam pun sudah dikira sebagai kejayaan dakwah PAS maka saya tersenyum sumbing. Saya terbayang tentang saudara-saudara baru yang diIslamkan oleh PERKIM dari zaman Tunku Abd Rahman hingga zaman Taib Mahmud sudah berpuluh ribu orang kesemuanya. Malah ada mereka ini 'lebih Islam' daripada orang Islam PAS atau UMNO. Lihatlah beberapa contoh iaitu seperti sdr Riduan Tee Abdullah dan Sdr Ravi Abdullah. Mereka bukan sahaja memeluk Islam malah menjadi pendakwah yang berjaya.

Saya juga ingin bertanya kepada Cina-Cina dan India-India yang bertakbir itu, tahukah mereka makna takbir yang dilaung-laungkan itu. Allah maha besar! Allah maha besar! Allah maha besar!. Adakah orang-orang PAS memberitahu kepada mereka itu makna sebutan takbir dan memberi sedikit huraian ringkas tentang Allahuakbar itu? Adakah setelah diberitahu maknanya itu maka mereka akan bertakbir juga?.



Jawapannya mereka akan terus bertakbir. Sebab agama mereka tidak ada haram dan halal. Yang ada boleh dan tidak boleh atau baik dengan tidak baik.Ianya tidak menyalahi 'akidah' agama mereka. Bagi mereka tidak salah menyebut kerana mereka bukan memeluk agama Islam.

Bagi mereka yang penting jatuhkan Barisan Nasional. Takbirlah dan bacalah ayat Quran walaupun tunggang langgang asal Melayu PAS tidak lari dari Pakatan Rakyat. Orang Cina akan memberikan gambaran bahawa mereka sudah serasi dengan PAS agar Melayu PAS tidak lari daripada Anwar Ibrahim. PAS pun sudah tidak mementingkan negara Islam dan hukum Hudud. Slogan 'membangun bersama Islam' pun sudah diganti dengan slogan sebuah 'negara kebajikan'. 

Bagi orang bukan Islam, mereka sangat takut jika PAS berbaik dengan UMNO. Kalau hal itu terjadi, Pakatan Rakyat akan bungkus bersama-sama dengan harapan baru rakyat Malaysia ciptaan Anwar Ibrahim yang boleh membuatkan mereka sama rata sama rasa dengan Melayu UMNO. Sokong Anwar Ibrahim jadi PM, cita-cita Malaysia Malaysian yang mereka perjuangkan puluhan tahun akan tercapai. Oleh itu hati orang-orang PAS perlu dibelai agar mereka tidak lari kepada UMNO. Kalau dengan takbir boleh ambil hati orang PAS, takbirlah beramai-ramai.

Kemungkinan juga mereka bertakbir beramai-ramai adalah untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana budi baik Nizar Jamaluddin bekas MB PAS Perak telah banyak berjasa kepada mereka. Pemberian hak milik kekal 999 tahun Kampung Baru merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Kalau dengan takbir boleh ambil hati orang PAS, takbirlah beramai-ramai.


Akhirnya siapa yang tipu siapa dan siapa yang belit siapa. Jangan lah buat andaian yang boleh membuatkan orang tersenyum seorang diri. Belajarlah daripada sejarah silam. Jangan cepat sangat bersorak nanti kampung yang tergadai.

Takbir!
Takbir!
Takbir!

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

9 ulasan:

anakjatiperak berkata...

kesimpulan nya:
UMNO memang takut kalau2 orang bukan Islam sudah tunjuk minat nak berkawan dengan PAS. Sebab:
1. selama 50 tahun UMNO memomokkan kepada bukan Islam jika Pas menang, semua kena 'potong'.
2. Umno kata pada bukan Islam, pas akan potong tangan. nak makan sup tangan pegi kelantan.
3. Umno sedar bahawa untuk menang dalam pilihanraya,mesti dapatkan sokongan orang bukan melayu. Jadi, selama 50 tahun pas berusaha dan kini sudah mula dapat sokongan, umno jadi cuak.
4. Ust. Ravi bukan belajar di PERKIM sepenuh masa. Kena betulkan fakta. PERKIM hanya untuk permulaan mengenal Islam dan pusat program asas Islam.Ada juga kes saudara baru yang kesal dengan sikap PERKIM yang tidak ambil berat kebajikan mualaf.
5. Kpd penulis blog ini, hang jangan belagak sebab lahir dalam perut keluarga Islam kerana belum tentu hang mati dalam Islam dan Iman.Apa?hang ingat nak mati dalm iman ni cukup dengan mengaku hang dah Islam.Allah sahaja menentukan samada hang atau Nga KOr Ming akan mati dalam Islam atau sebaliknya.Kira hang bernasib baik sebab lahir dalam perut ibu Islam. Kalau idak, entah2 hang adalah manusia yang sesat dan sesesat sesatnya. Insaflah...

Panglima Perang Cyber berkata...

Tahniah PAS kerana berjaya mendapat sokongan bukan Islam.

Gamak juga ye PAS relakan isu Babi, kalimah Allah utk Kristian dan juga benar ceramah politik guna ayat quran.

Buruk2 UMNO x jadilah sampai macam tu utk dptkan kuasa.

Fikirlah jangan terlalu menyokong sangat wahai sedara.


tq

Aliff Baa berkata...

kesian anakjatiperak. masih belum sedar usaha tersirat puak bukan islam dalam memecahbelahkan umat islam. TGHH dan gol. ulamak dah nak nampak, tapi anda masih kelabu lagi. Cuba buat solat istiqarah, mohon petunjuk Ilahi.

Nabau berkata...

Buruk-buruk UMNO cuma halalkan rasuah.

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Aku benci pkr, aku benci pas, aku benci dap, aku benci parti penipu, aku benci parti batu api, aku benci parti rasist, aku benci parti pecah belah, aku benci parti goyang kaki, aku benci parti pemalas, aku benci parti kerja dia hanya hasut rakyat, aku benci parti kerja dia tak der lain, hanya hasut rakyat, aku benci parti tak ada idea, aku benci parti bangang, aku benci parti samdol, aku benci parti peralat agama, AKU BENCI PARTI PALING HIPOKRIT !!!!!

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http;//pkrpasdap.blogspot.com

mana dah pergi ruang borak2...buatlah ruang nie..memeriahkan lagi politik malaysia

Abd Bashid Harun berkata...

Apa apa pun boleh sekarang. Tidak ada yang mustahil. Mereka sebelum ini sudah dibenarkan baca ayat al-Quran, tentulah tidak salah bagi mereka untuk melaung takbir. Jika mereka boleh baca Quran, apa masalahnya dengan takbir. Selepas ini mereka boleh mengucap dua kalimah syahadah jika mereka mahu walaupun bukan dengan tujuan untuk memeluk agama Islam.

rizuan mh berkata...

salam ziarah BPN,

ketika mula-mula baca isu ini di blog saudara amir, saya terus terbawa ke kenangan silam, bila mana saudara azrinizam@anginperubahan, dalam satu cermaha yg beliau sampaikan, beliau ada tontonkan klip video seorang India Hindu yg galak baca hadis dan Quran dlm satu ceramah PAS.

kelihatan di belakang lelaki itu ialah beberapa orang lelaki lain, yang saya kira mungkin ustaz atau orang alim-alim, tersenyum dan tergelak sambil ketayap putih di atas kepala.saya dapat fahami dgn mudah maksud hadis tersebut, tetapi nampak benar ia ditafsir sewenangnya oleh lelaki India Hindu tersebut.

itu cerita lama. yang menarik, tuan anginperubahan selanjutnya ada ceritakan yg lelaki India Hindu ini sekarang ketua kelab penyokong India kpd PAS. di pentas PAS, dia lebih PAS dan lebih ustaz lalu tak hairan kalau dia jadi ketua.pasti melopong India-India Hindu yang lain bila dgr lelaki ini bercakap.pasti bangga tak sudah kerana lelaki ini mampu baca Hadis dan Quran yg suci tanpa sedikit pun terpaling akidahnya daripada Hindu tegar kepada Islam. Lalu, mereka tidak risau lagi untuk menyokong PAS kerana akidah dan agama nenek moyang mereka iaitu Hindu pasti tidak akan terancam. kenapa? Sebab PAS hanya mahu berpolitik bukannya berdakwah atau menarik yg bukan muslim kepada Islam, apatah memeluk Islam. inilah PAS yg mereka kenal, PAS yg sendiri-sendiri mencipta dakwah politik Islam dan bukannya PAS yang mahu berdakwah Islamiah.

dan tadi, sempat juga saya jenguk-jenguk blog nikabduh,tertarik dengan satira kebodohan dalaman PAS ketika ini sprti yg beliau kisahkan (boleh jadi novelis nikabduh ni, insya-Allah).tapi saya fikir ada satu ayat yg beliau karang tu mcm menyimpang. beliau melihat UMNO dan BN sebagai teramat keji.biarlah, saudara seagama itu nak ckp begitu tak mengapalah sbb ayah yg mendidiknya pun pernah saja ckp begitu lalu apa lagi yg boleh kita harap, selain semoga mereka disedarkan. bukan saja nikabduh dan ayahnya, tapi seluruh pentaksub PAS.

cerita kebodohan PAS ini barangkali bukan isu yang baru dinampakkan. sememangnya orang-orang PAS ramai yang bertindak lebih perasaan dari akal.teringat bagaimana angkuh seorang lelaki di kampung saya, ketika pilihanraya baru-baru ini, mencabut semua bendera BN yang dipasang di atas satu jambtan yg dekat saja dgn markas mereka (tak jauh pula dgn sebuah masjid). lebih angkuh sbb lelaki tua ni pembengis dan tdk ada siapa pun yg berani tegur, sekurang-kurangnya itu yg beliau fikir barangkali.rupa-rupanya bkn tak mahu menegur tetapi sbb org UMNO dan BN lebih akal dari perasaan..dicabut sepuluh, seratus kembali dipacak malah sehingga ke depan markas membawa ke pintu rumah seorang pemimpin mereka.mengamuklah lelaki ni hehe..

hmm..suka hatilah...

rizuan mh berkata...

salam ziarah BPN, dan khusus buat anakjatiperak..erk???

nak tanya la, perak kat area mana tu? ada lg rupanya anak perak yg kurang faham (nak ckp bodoh je boleh tak??) mcm awak ni.tersilap asuhan kepartian kot ni..tak pa laa suka hati la.nak tegur lebih pun, ustaz ngn ulamak modelan awak pun dah cukup ramai.carilah hidayah..ilmu secukupnya semoga awak berpergian kelak sebagai pe-iman yg sahih insya-Allah.

akhir, mungkin, jgn bodohkan anak-anak Perak yg lain ok

Cari Blog Ini

Translate