Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Mac 2009

Edisi Petang : Penjelasan Versi Sebenar Dr Agus Yusoff oleh Kuda Kepang -Malaysiakini

PENJELASAN AGUS MENGENAI KONTROVERSI SIDANG DUN BAWAH POKOK

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok baru-baru ini adalah satu perkembangan politik yang luar biasa di Malaysia. Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff, adalah antara banyak pihak yang dihubungi oleh media untuk memberikan komennya. Bagaimanapun, komen Agus yang sepenuhnya tidak disiarkan oleh pihak media. Ini menyebabkan Agus dilanda kontroversi.

Di bawah ini adalah kenyataan penuh Agus yang diemailkan kepada blog ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga kekeliruan sebelum ini difahami oleh semua pihak, di manakah silap dan puncanya.
– Ruhanie Ahmad

Assalamualaikum wrth,

Terima kasih kerana telah dua kali berturut-turut dalam dua minggu ini laman blog Datuk menulis nama saya dan mengulas pandangan saya tentang isu politik semasa. Pertamanya, ulasan terhadap ranacangan Hujah di TV9 antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tan Sri Isa Samad. Keduanya, ulasan Datuk tentang pandangan yang saya berikan kepada wartawan mengenai kesahihan persidangan DUN Perak di bawah pokok -- yang Datuk namakan 'pokok demokrasi.'

Pertama sekali, perlu saya nyatakan bahawa saya tidak ingat kepada wartawan dari akhbar atau stesen TV manakah yang saya katakan bahawa sah sidang DUN diadakan di atas pokok. Ini kerana pada hari itu, terlalu ramai wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan dengan perkembangan politik semasa.

Kedua, saya mengaku saya berkata bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok. Kepada wartawan yang sama juga saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan rasa isi saya tentang politik supaya dituliskan, jika boleh, kerana saya sedih melihatkan krisis politik yang berlaku. Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH.

Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut: (i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan; (ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan (iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.

Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan), tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan). Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.

Selepas itu saya ditanya, sah atau tidaknya persidangan tersebut? Saya jawab persoalan ini sukar untuk dijawab dalam bentuk afirmatif kerana ia sudah menjadi satu krisis politik dan bukan lagi undang-undang. Jadi, payah untuk diselesaikan secara undang-undang, melainkan melalui penyelesaian politik. Alasan saya ialah, sekiranya melalui tindakan undang-undang, kedua-dua pihak yang bertelagah sukar untuk menerima keputusan mahkamah. Maksudnya, jika mahkamah memutuskan PR yang menang, maka BN sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Sekiranya mahkamah memutuskan BN menang, PR pula sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Maka konflik ini berterusan. Dan ini tidak baik untuk mahkamah, untuk rakyat dan untuk kestabilan politik negara.

Atas alasan itu, saya pun menyatakan rayuan saya supaya kedua-dua pihak yang bertikai dalam krisis ini mengambil dua pendekatan utama (kenyataan saya ini langsung tidak dilaporkan). Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.

Dalam percakapan telefon dengan pihak akhbar tersebut juga, saya tegaskan apapun keputusan DUN dan perundingan antara BN dan PR, DUN tidak akan terbubar kecuali dengan perkenan Tuanku Sultan atau telah tamat tempohnya selama lima tahun.

Begitulah antara lain, inti percakapan telefon saya dengan wartawan tentang krisis di Perak ini. Tapi, betul seperti Datuk kata, ia telah disiarkan dalam bentuk laporan terpilih yang mungkin tidak disengajakan. Apapun, kesannya tentu tidak baik kepada saya. Tidak baik kerana ia tidak menggambarkan hasrat sebenar saya untuk memberi pendidikan politik kepada rakyat. Tidak baik kerana ia tidak melaporkan pandangan sebenar saya supaya pemimpin politik kita -- sama ada dari BN atau PR -- berunding bagi membincangkan pendekatan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini.

Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya memilih untuk tidak berkata apa-apa, melainkan tadi pagi saya bercakap dengan wartawan NST untuk menagdu hal tentang statement saya yang dikeluarkan secara tidak lengkap. Saya juga memberitahu kepada dua kenalan rapat saya (orang politik) mengadu hal tentang isu ini yang sudah terlalu banyak dikupas oleh pemerhati, ahli akademik, peguam dan orang politik sehingga ia sudah menjadi semakin kompleks.

Sebenarnya, saya berbuat demikian kerana saya bimbang sekiranya krisis ini berlanjutan, ahli politik akan lupa untuk memberikan keutamaan kepada krisis ekonomi yang kita hadapi. Saya bimbang sekiranya kita terus berpolitik mempertahankan pandangan parti masing-masing, rakyat akan terabai dan kesejahteraan negara terjejas. Saya cukup bimbang tentang hal ini sekiranya ia boleh menjejaskan kestabilan yang kita nikmati.

Menariknya, apabila pandangan 'atas pokok saya' disiarkan, sesetengah blog -- ada yang memuji dan ada mengeji saya -- memetik dan menyiarkan kenyataan saya ini. Dengan itu, saya dapati bahawa hasrat asal saya untuk memberikan pandangan 'to educate' orang kita tentang politik supaya 'berbaik dan bertenang' sudah menjadi sebaliknya. Ini semata-mata kerana laporan terpilih yang Datuk maksudkan itu.

Tidak mengapalah soal saya dipuji atau dikeji. Itu hal yang kecil, tapi yang pastinya, saya harap Datuk sendiri, sebagai seorang bekas pemimpin UMNO, perlu memainkan peranan bukan lagi untuk mencurahkan api kepada keresahan rakyat, tapi jadilah sebagai pembimbing yang boleh membawa ketenangan kepada suasana politik yang panas hari ini.

Saya tidak boleh berperanan seperti Datuk kerana saya tidak mempunyai blog sendiri dan belum lagi berhasrat untuk mempunyainya. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadi orang politik, dan seboleh mungkin sehingga ke tahap ini, saya hanya mahu menjadi pengulas politik yang memberikan pandangan politik berdasarkan ilmu yang saya punyai.

Kepada Datuk dan juga untuk peringatan kepada diri saya sendiri, satu perkara yang perlu kita ingati ialah pesanan Voltaire, ahli falsafah Perancis yang terkenal. Kata beliau, kesilapan kita ialah kerana "kita tidak belajar dari sejarah (baca: pengalaman)."

Sekian, terima kasih.


MOHAMMAD AGUS YUSSOFF


artikel disalin dari blog Kuda Kepang (
http://kuda-kepang.blogspot.com )



*Artikel ini mohon disebar oleh semua Ahli BPN dengan kadar segera !!

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum saudara,
Amat malang sekali penjelasan mengenai undang-undang telah dibuat oleh seorang penganalisa politik seperti Dr Agus. Jangan lah diambil secara total penjelasan Agus kerana dia bukan pakar undang2.

Mesyuarat atas pokok atau bawah pokok itu adalah PENGHINAAN PALING DAHSYAT terhadap institusi DEWAN UNDANGAN NEGERI. Kenapa dibawah pokok sedangkan press conference pula diadakan dlm bangunan DAP? Adakah press conference lebih mulia dari Sidang Dewan?

Tai berkata...

Dah beres tuan.

PARPUKARI berkata...

SUDAH TUAN PANGLIMA, TELAH HAMBA POSTKAN DI DALAM BLOG HAMBA..

Tanpa Nama berkata...

hehehehehe...

korang nih reti baca ke tak...
kome letak surat nih untuk menidakkan aper yang blogger lain cakap...
tapi surat nih hanya menjelaskan apa yang telah disalah tafsirkan...

dr agus ader cadangkan 2 solution... dua-dua MB jumpa untuk seleasaikan sengketa secara kerajaan campuran...
atau dua-dua jumpa SULTAN PERAK untuk bubarkan DUN...
itu dah lama PR perjuangkan...
kome jer yang kecut teluq tak mau buat...
sebab aper...
takut kalah ker???

Tanpa Nama berkata...

Memang kami takut kalah jika buat pilihanraya.Kami kini hanya bergantung dgn pistol dan belantan polis bagi mempertahankan kuasa yg kami pegang ikut pintu belakang itu!

Panglima Perang Cyber berkata...

Mesej jelasnya ialah PERKENAN SULTAN

tu point penting.

Hak Sultan jangan buat main2 tau..

takkan baru setahun nak buat PRU lagi.

PARPUKARI berkata...

ITULA TUAN PANGLIMA, BESOK SETIAP KALI ADA ORG LOMPAT PARTI KITA KENA BUAT ELECTION, ASAL LOMPAT PARTI KITA KENA BUAT ELECTION, HARU BIRU LA MACAM NI, LAGIPUN FUCKATAN RIOT NI MEMANG TAKDE MARUAH PUNYA...SEMUA BOLEH DEPAN BOLEH, BELAKANG PUN BOLEH, APA NAK DIHERAN...

KALAU DEPA TADBIR NEGARA KITA ALAMATNYA KITA AKAN DUK DALAM JUNGLE LAW, ONLY DA STRONG WILL SURVIVE...MINTAK SIMPANG LA..

Panglima Perang Cyber berkata...

Betul tu !!!

Sokong ParpuKari jadi Presiden Restoran MamakKari hehe....

gurau je.

Tanpa Nama berkata...

Aku penyokong Umno juga, yg aku tak berapa berkenan dgn blog ni ialah ada yg nampak macam penyokong k'jaan tapi nulis dgn bahasa kesat, memaki dan mencarut.Bila kita kata org sebelah sana tak elok, kita kena buktikan yg kita ni elok,bukannya tunjukkan kita lebih teruk dari mereka.

Tengoklah Parpu Kari tu, sebut FUCKatan, mencarut lagi.Bunyi nama Parpu Kari macam berbau mamak.Tak taulah aku sama ada kaum mamak memang suka mencarut?Tapi nampaknya yg nama macam berbau melayu pun suka mencarut juga, jadi bukan mamak saja yg suka mencarut.

Harap pang5 dapat nasihatkan anak buah sebelah kita janganlah jadi lebih teruk dari org sebelah sana (tapi Pang5 sendiripun kadang-kadang nampak tersasul juga terikut-ikut dan kadang-kadang lebih teruk dar pihak yg sebelah sana).

Susah sangat ke nak jadi orang melayu yg berbudi bahasa?

Tanpa Nama berkata...

Ok...macam mana kenyataan prof Aziz Bari?....tolong siarkan secara lengkap

Xenan berkata...

Parpu Kari mesti lagi bijak dr Prof agus n Prof Aziz Bakri.

Cakap cam bijak jer..dulu amik law kat university mane?

Tahniah BPN.Sebar2kan lagi artikel ni.Bila dah paham apa yg prof agus kata..moga2 korg pulak hantar memorandum kat sultan mohon perkenan bubar dun.

anonymous berkata...

klo kat pihak Kerajaan,mereka byk menyeru kpd rakyat supaya bersatu membina negara(merujuk kbykn kenyataan mereka).tp klo pihak pembangkang,menyeru rakyat tumbangkan kerajaan,buruk2kan kerajaan,keluar kenyataan itu dan ini disokong dgn khabar2 angin jg yg dikatakan bukti.itu pun klo anda semua perasan(kecuali dah buta hati la sehingga x dpt menilai,berfikir).apabila negara jd huru-hara kelak,rakyat jd sengsara,x kira yg sokong mana2 parti.

org melayu x rasa dia melayu dah smpai sanggup hina raja sendiri.
org islam nya x rasa dia islam smpi kafirkan saudara islam dia sendiri.
org malaysia x rasa dia org malaysia sehingga sanggup hina/ caci negara sendiri.

ASAL NEGARA:
orang Cina ada negara CHINA.
orang INDIA ada negara INDIA.
orang MELAYU?..INDONESIA?x..sbb mereka x kata mereka org melayu,cuma rumpun melayu.tapi ttp letak negara INDONESIA,bangsa indonesia.
MELAYU cuma ada TANAH MELAYU,skrg MALAYSIA dgn bumiputera yg merdeka.

Hak Istimewa MELAYU/Bumiputera ttp dijaga dgn tidak meminggirkan kaum2lain,BUKAN bertuankan/Dihapuskan hak demi Kaum Lain.Kaum lain diiktiraf sbg warganegara selagi x mencabar/mempersoal hak2 istimewa org MELAYU/Bumiputera.

apabila MELAYU/bumiputera gadai hak MELAYU/bumiputera,MALAYSIA akan jadi MALAY(SIA-SIA)=orang melayu merempat dibumi sendiri..
bukan masa untuk menyalahkan org lain.ini masa untuk kita berfikir dan bertindak untuk melayu/bumiputera dan warga MALAYSIA bersatu..

Cari Blog Ini

Translate