Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Mac 2009

Edisi Petang : Kerajaan Perpaduan Umno - Pas dan Pandangan Blogger BPN kita - Malaysiakini


Roslan Sms ada mengutarakan isu ini dan huraian dimaksudkan oleh Hj Hadi di blog beliau di sini

Komen saya juga ada disiarkan beliau dan saya memberi komen menyokong usaha tersebut yang ada selaras dengan hasrat BPN ke arah mewujudkan perpaduan seperti zaman Rasulullah s.a.w yang menyaksikan Islam memerintah 2/3 dunia dari perpaduan hati minda dan jasad berkat dari kasih sahabat kepada Nabi Rahmat..

Sekarang saya meminta pandangan semua blogger BPN hasrat ini. Adakah baik, tidak baik, ada agenda atau ?

Silalah isi demi kebaikan untuk semua rakyat negara kita di mana sahaja mereka berada dan jangan lupa sertakan nama blog anda di bawah komen tersebut.....

Salam perjuangan.

18 ulasan:

Amz CamPro berkata...

bagi aku,aku setuju hal ini diberikan perhatian dan dipertimbangkan dengan terperinci bagi menjamin masa depan negara yang lebih gemilang...
cuma aku kurang bersetuju tentang contoh yang diberikan yang mengatakan "kerajaan pimpinan BJ Habibie di Indonesia pasca Suharto. Walaupun kerajaan itu tidak kekal lama namun impaknya telah membawa suatu perubahan besar yang telah melonjak Indonesia kehadapan sehingga kini dalam sektor politik dan ekonomi serta perpaduan nasional"
aku tak nampak hal ini berlaku di Indonesia malah mereka seolah-olah statik dlm hal ini. Aku percaya,jika ini berlaku di Malaysia,ia merupakan sesuatu yang paling menarik dan terbaik pernah berlaku dlm sejarah sosio politik dunia...yg pnting,tali barut yg bencikan perpadua perlu dinyah dahuhu...

Daripada:
Ahli BPN:amzcampro.blogspot.com

PaKMie berkata...

Eloklah....apa yg kita perjuangkan ini pun utk kebaikan, lebih2 lagi jika ada cara penyatuan lagi baik...sy tetap bersama demi kebaikan agama,bangsa dan negara kita. Pakmie juga tetap bersama panglima perang cyber yg dipertua BPN!!!

Salam perjuangan....dah masuk blog Roslan sms dan dh bagi pandangan...

Pakmie.blogspot.com

gotahlantun berkata...

DEMI AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU,
PENYATUAN INI SEPATUTNYA DAH LAMA DULU.
KEDUA2 PEMIMPIN DARI SEMUA PERINGKAT HENDAKLAH DUDUK BERSAMA UNTUK BERBINCANG ARAH TUJU PENYATUAN.
SEGALA PERASAAN DAN IDE2 MESTILAH DIKETENGAHKAN DAN DIAMBIL KEPUTUSAN YANG TEPAT BAGI MENGUATKAN PENYATUAN.
WALAU BAGAIMANAPUN BANYAK PERKARA YANG HARUS DIAMBIL PERHATIAN DAN ADA KALANYA DIAMBIL DAN DIBUANG.

APAPUN EDEN SETUJU DENGAN PENYATUAN INI,WALAUPUN TERASA PERIT PADA AWALNYA.

gotahlantun.blogspot.com

Cheguman berkata...

Panglima,
Saya sokong 100%. Nampaknya jambatan sedang dibina bagi merealisasikan impian kita.

A-I-B berkata...

Pemuda UMNO bacul. Bila Islam nak dipermainkan oleh agama lain mereka tak berani nak berdemonstrasi dan berarak mempertahankan kesucian Islam. Tapi bila isu derhaka pada raja yang terjadi di Perak, seolah-olah merekalah yang jaguh mempertahankan raja2 melayu. Nampak sangat UMNO tak suka agama dan sisihkan agama. Kalau berani sila adakan demonstrasi bantah penggunaan nama Allah pada agama lain. Confirm tak berani. Dasar bacul dan tak suka Islam. Inilah hasil dari ajaran Islam Hadhari.

Malaysian-2Day berkata...

Aku setuju 300% jika ahli PAS masuk menjadi ahli UMNO, TAPI untuk Parti PAS join Barisan Nasional di minta korang fikir masak2. PAS sekarang bukan lah PAS yang dahulu, Mereka kini amat sukar untuk di percayai. Mereka sanggup untuk menggadaikan perjuangan mereka iaitu Memperjuangkan ISLAM demi Kuasa! Mereka sanggup menggadai kan BANGSA (Melayu) demi memburu KUASA DUNIA! Mereka sanggup MENDERHAKA kepada RAJA dan menyokong bangsa lain dlm pakatan mereka yang menderhaka kepada RAJA MELAYU! Mereka juga sudah sinonim dengan MAKI HAMUN, FITNAH dan sehingga sanggup mempertahankan ahli pakatan mereka yang melakukan ZINA dan perkara SUMBANG! Adakah parti seperti ini yang kita mahu di dalam Barisan Nasional?

PAS secara langsung telah menggalakkan rakan2 mereka DAP dan PKR untuk berani memperlekehkan RAJA-RAJA MELAYU! Bangsa bukan MELAYU di dalam DAP dan PKR telah berani MENDERHAKA dan memaki hamun orang2 MELAYU di sebabkan sokongan dari PAS.

PAS perlu menunjukkan perubahan sikap dan membuktikan kepada RAKYAT MALAYSIA bahawa mereka telah menyesali dan akan meninggalkan sikap buruk mereka yang lalu sebelum mereka LAYAK untuk menyertai BARISAN NASIONAL.

PAS juga perlu sedar bahawa MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU sama penting dengan MEMPERJUANGKAN ISLAM. Di Malaysia ini, disebabkan orang MELAYU lah maka tinggi nya di letakkan ISLAM itu. Apa akan jadi jika DAP atau PKR yang memerintah Malaysia? Adakah anda rasa ISLAM akan berada di kedudukan nya sekarang di negara kita ini? Jawabnya TAK MUNGKIN!

Apache berkata...

Kalau nak penyatuan PAS perlu dibubarkan kerana UMNO telah wujud sejak dahulu lagi... sejak zaman berzaman orang melayu tidak bersatu kerana angkara PAS yang setiap masa memburukkan umno dan kerajaan...

blogresipi.com berkata...

Atas nama Melayu dan Islam saya menyokong sekiranya PAS bergabung dengan Barisan Nasional. Saya dah muak dengan sengketa sesama Islam yang sebenarnya menguntungkan bangsa lain. Andai kedua-dua parti bersatu dalam BN, suara Islam dan Melayu akan menjadi satu dan anasir-anasir lain tidak lagi boleh menuntut segala macam hak dan kesamarataan.

www.permatangpauh2u.com

Tanpa Nama berkata...

Akupun sokong cadangan panglima supaya umno bubar dan ahli-ahlinya masuk Pas. Pas sudah lama bertapak di Malysia, sejak 1952, sedangkan umno baru ditubuhkan pada 1987 (umno asal telah diharamkan dan mati pada 1987). Oleh itu eloklah parti yang lebih muda ikut parti yg lebih tua.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS sepatutnya dibubarkan....
PAS wujud selepas cabar Tunku Abdul Rahman...
PAS yg pecah belah orang melayu dan fatwa menyesatkan Islam...

Dgn CIna LIM dan India Karpal, PAS diam..

daripada jadi ahli PAS, baik sokong Ibrahim Ali...ada juga maruah...

abe MIE 'TERJAH' berkata...

Nak berjuang BM..suruhlah
NIk Aziz cakap melayu dengan betul...
BM laku ke di mata Allah?
Tulisan jawi PAS pun tak mahu...

pulau pinang macamana?
BM di swasta?
Nak masuk Universiti..blajar pun guna BI...

jangan lalak suruh orang jadi bodoh cukup lah...

adakah kita rosakkan BM kerana mempelajari Bahasa Arab dan al-Quran yang bukan dalam BM?

http://pkrpasdap.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' berkata...

PAS kini cedera parah..jadi untuk mengelakkan dia diserang ketika cedera ialah dengan cara menyerah diri...

bila sihat, PAS tikam UMNO pula...

ingat, PAS ialah Parti yang hidup bukan kerana perjuangan tapi kerana pandai memunipulasi senario semasa...


NGAP-NGAP-NGAP

Tanpa Nama berkata...

salam..
kita kembali kepada sejarah.tanpa sejarah tidak ade perlembagaan yg kita junjung sekarang ni.

saya lihat penyokong PAS dan penyokong UMNO saling ego tanpa mengalah.saling menyatakan perjuangan mereka yg terbaik,yg terbagus..yg relevan..

tiada yg sanggup mengetepikan ideologi masing2 dan sama2 ikhlas untuk memperjuangkan penyatuan melayu..bangsa kita yg tidak bersatu.agama adalah anutan masing2.cuma perjuangan kita wajiblah bersandarkan pegangan agama islam.
bukan sapa yg tidak bersama2 parti mereka adalah kafir..tuduhan berat yg sangat keji kerana menganggap mereka adalah ahli syurga.
tidak perlu mengamalkan ajaran islam tetapi menyokong mereka akan masuk syurga..

marilah kita balik kepada niat asal menyatupadukan org melayu.itulah yg harus di fikirkan.jgn terlalu mengikut telunjuk si laknatullah munafik anwar ibrahim.sejak dari dahulu lagi memecah belahkan masyarakat.samaada di dalam kerajaan ataupun di luar kerajaan.

kita lihat contoh negara islam yg bergolak sekarang.adakah mereka tidak solat?tidak sokong parti islam?tetapi kerana tidak bersatu.mereka mudah di kucar kacirkan dan di musnahkan negara2 kafir lain.

adakah itu yg kita inginkan?contoh dekat sangat.hari2 keluar tv.tapi kita sibuk minta kerajaan hantar tentera la..buat demonstrasi jalanan la.kita kuatkan perpaduan antara kita dahulu.kemudian kita bantu negara islam yg lain.kita harusla di jadikan model oleh negara islam yg lain.insyaallah kita akan di hormati dan di geruni.

Tanpa Nama berkata...

oklah dah banyak sangat yang saya perhati kan komen2 dalam blog pang5 ni....syabas pang5 .teruskan usaha2 anda..kadang2 yang pahit tu lah yang akan memberi manfaat kepada semua.Pada Pendapat saya tak payah lah Pas ngan Umno bersatu..biar kan
pas tu jadi pihak yang bukan dari pihak barisan nasional atau pembangkang (susah sangat nak menyebut nya)Sekurang-kurangnya ada pro dan kontra nya dalam negara kita.Tapi yang menjadi masalah sekarang ni PKR ni...entah macam entah..PKR di lah dalang yang memporak peranda kan negara kita ni...diracunnya pemikiran rakyat dengan fitnah segala fitnah.sampaikan PAS tu sekali pun kena racun hingga kan dah TAK KENAL dah perjuangan mereka yang sebenarnya untuk apa..Lepas tu apa lagi dengan keadaan yang belaku DAp pun ambik kesempatan...padahal..dia tahu sejarah tanah melayu dan penubuhan negara malaysia melalui proses yang macam mana...tetapi atas sikap segelintir orang bumiputera yang konon nya jaguh...DAP pun ambik kesempatan untuk menjadi kan orang itu tunggangan untuk mencapai matlamat mereka selama ini....

Tai berkata...

Bersatu untuk kekuatan. Sangat elok.

Ezad berkata...

perlu ke BN bekerjasama dengan PAS?

PAS hipokrit. Bagi fatwa sesat. Hanya halal apabila beri keuntungan kepada mereka.

Biarlah BN berjuang sendirian tanpa bantuan PAS. Mereka munafik

Panglima Perang Cyber berkata...

Terima kasih pandangan pro dan kontra sahabat semua.

Ia sangat bermakna kerana ia pandangan kita sebagai blogger yang menjadi jambatan antara rakyat dan negara.

Bagi saya, perdamaian adalah puncak perjuangan kita sebagai BPN.

Jika ada pihak mahukan perdamaian maka usaha kena disokongan diserahkan kepada Allah jika ia ada hidden agenda di belakangnya.

kadang kala memaafkan musuh yang sudah lemah akan menaikkan maruah dan kehebatan si pemberi maaf.

Jangan ditiru sifat bongkak PAS ketika diajak bermuzakarah dan bermuqabalah pada tahun lepas selepas mereka mendapat kemenangan hasil mengorbankan prinsip dan maruah Islam.

Rupanya ia menjadi bencana yang menjatuhkan kembali maruah mereka dan menjelekkan sesiapa yang ada akal yang waras untuk menilainya.

itu pendapat saya dan sekadar pendapat peribadi sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Firman Allah :

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
( سورة الأنفال , Al-Anfal, Chapter #8, Verse #61)

Cari Blog Ini

Translate