Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Mac 2009

Edisi pagi : Tersurat dan Tersirat Sebalik Titah Semalam -Malaysiakini



Sikap tamak cetus petaka – Agong

KUALA LUMPUR 9 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negara ini supaya menghayati sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan iktibar dan pengajaran.


Seri Paduka bertitah, Rasulullah meninggalkan panduan amat berguna kepada umatnya untuk diikuti agar mampu mencipta satu tamadun yang gemilang.


Menurut Tuanku Mizan, antara asas ke arah kecemerlangan yang sering ditekankan oleh Rasulullah ialah kepentingan kesatuan di kalangan umatnya sebagai pemangkin kepada pembentukan ‘khaira ummah’ (umat terbaik).


“Untuk menjadi sebuah negara maju pada masa depan tidak akan tercapai jika aspek kesatuan atau perpaduan diambil ringan oleh semua pihak,” titah baginda.


Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah di Dataran Merdeka di sini hari ini.


Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.


Sambutan itu disertai hampir 100,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar dan badan bukan kerajaan (NGO).


Dalam perkembangan sama, Tuanku Mizan bertitah, sejarah Islam yang diterjemahkan melalui kegemilangannya telah membuktikan umat manusia pada suatu ketika dulu pernah bersatu di bawah paksi kebenaran.


“Disebabkan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri serta tidak mempedulikan nilai-nilai mulia dalam mengejar kepentingan duniawi maka berlakulah pelbagai mala petaka dan kemusnahan lantaran kemurkaan Allah,” titah Seri Paduka.


Oleh yang demikian, tegas Seri Paduka, Islam mengharamkan sebarang bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi sebaliknya menghampiri keamanan, kesamarataan hak dan saling bantu membantu antara satu sama lain.


Dalam titah tersebut, Yang di-Pertuan Agong juga memberi penekanan bahawa Islam mewajibkan perlindungan dan hak sama rata ke atas setiap lapisan masyarakat Islam dan bukan Islam.


“Beta menyeru umat Islam bersama-sama berusaha dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan serta meningkatkan penghayatan terhadap al-Quran dan Sunah Rasulullah sehingga menjadi ummah yang bersatu padu, terbilang dan sentiasa mapan mendepani cabaran semasa,” titah baginda.


Pada majlis itu, Seri Paduka berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada enam penerima.


Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 yang buat julung kalinya diperkenalkan pada sambutan kali ini ialah Profesor Dr. Sidek Baba dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membawa pulang RM50,000 dan plak.


Penerima Anugerah Maulidur Rasul pula ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman; dan Pengarah Urusan Syarikat Laksamana Nusantara Sdn. Bhd., Mortadha Abdullah.


Selain itu Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Mohd. Yunus Pathi Mohd; pelajar, Muhammad Ahmad Zahid dan kanak-kanak istimewa kurang upaya dari pinggang ke bawah, Muhammad Haziq Samrat.


Masing-masing menerima wang tunai RM22,000 dan plak.


sumber :  http://www.utusan.com.my



APA YANG TERSURAT ATAU TERSIRAT TITAH AGONG DI ATAS PADA PENDAPAT ANDA ?

sila komen di bawah untuk kita kongsi sama-sama.  

3 ulasan:

Amz CamPro berkata...

assalamualaikum wbt
aku sungguh terharu dengan titah YDP Agong semalam semeasa merasmikan maulud nabi...dari titah baginda tersirat kata-kata yang mudah difahami seperti yang telah dimerahkan oleh panglima dan yg tersiratnya adalah pemimpin xkira kerajaan atau pembangkang perlu mmbuang sifat tamak haloba dan sanggup menggunakan apa saje utk mndapatkan kuasanya...fuhh! makan dlm bagi yg ade kna mengena..huhu

Cheguman berkata...

Salam Panglima,
Bagi saya cabaran utama kita ialah untuk merealisasikan 'kuntum khairun ummatin...' itu.

Walaubagaimanapun, Allah telah berjanji dan beserta dengan itu memberikan kita panduan bagaimana untuk menjadi ummat terbaik, yakni ayat yang bersambung dengan ayat tadi.

Saya melihat Tun DrM telah menyahut cabaran tersebut dengan Wawasan 2020. Beliau mengenalpasti 9 cabaran yang perlu dilepasi bagi membezakan Malaysia dengan negara maju yang berasaskan sistem kapitalis, sosialis, komunis dan sebagainya.

Namun Allah Taala juga telah memberi amaran bahawa kita tidak akan berjaya selagi tidak diberikan ujian-ujian tertentu.

Di saat-saat kita meraikan kejayaan demi kejayaan di peringkat antarabangsa (antaranya menghimpunkan negara-negara selatan, mengetuai OIC, menjadi kuasa berpengaruh dalam ASEAN, dihormati oleh OPEC, dll), ujian pun tiba. Bermula dengan serangan matawang kemudian disambung dengan pendedahan kes Anwar.

Bagi saya, hikmah dari episode tersebut ialah kita berupaya menyaring pemimpin dengan lebih matang. Dalam kemelut 1998 dan PRU12, kita semakin mengenal yang mana kawan dan yang mana lawan. Insya Allah selepas ini kita akan lebih mantap.

Insya-Allah BPN akan terus menguasai forum maya dan mengetuai permuafakatan Islam.

Tai berkata...

Tuanku nasihatkan supaya pembangkang janganlah tamak kuasa sampai nak derhaka pada raja.

Cari Blog Ini

Translate